About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Thursday, December 27, 2018

Rostec upgrades A-50 early warning aircraft


The Vega Radio Engineering Corporation of the Ruselectronics holding company (part of Rostec) and the Beriev Aircraft Company have upgraded the A-50 airborne early warning and control aircraft to the A-50U version.

Among other improvements enhancing the combat and aircraft performance characteristics of the plane, the companies have modernized radio technical complex Shmel. Thanks to the use of the modern electronic component base and high-performance computing tools, the aircraft is now capable to track more targets and guide more fighters.

As compared to the previous model, the A-50U plane features an increased range of detection of various airborne vehicles, including completely new aircraft. High performance of the radar has been achieved by implementing the end-to-end channel of digital radar data processing and upgrading the receiver and the transmitter.

“A-50U is heavily modified A-50 aircraft. In addition to enhanced performance of the radio equipment, we have also significantly increased the comfort level for the crew,” said Director of Rostec's Aviation Cluster Anatoly Serdyukov. “Upgrading the current aircraft fleet is a top priority for Rostec. Today's competences of the Corporation's specialists enable us to create unique products and modernize the already existing aircraft models.”

Functional software features have been improved thanks to installation of a new onboard computing system that is based on higher-speed and better-performing modern digital computing engines. The modernization has also embraced the display system at the operators' workplaces.

Reliability and performance of the satellite communication equipment, including information exchange speed, volume and quality, have been considerably enhanced. The aircraft navigation system has also been improved; the flight range and the mission duration have increased.
 ​
The A-50U aircraft is intended to detect, track and identify air targets, large ground and sea targets, submit information thereon to the command posts of the armed forces' automated control systems, guide fighters to air targets and front-line aircraft – to ground and sea targets

Saturday, December 1, 2018

PERAJURIT MUDA – BERMULANYA SUATU PERJUANGAN




Oleh: Paklang hamzah/ Foto: PRTD

Pada 20 Oktober 2018 yang lalu, seramai 1,408 Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki pengambilan siri 186/18 dan 77 Perajurit Muda Wanita siri 44/18 telah menamatkan latihan mereka dengan jayanya dalam satu Istiadat Perbarisan yang sarat dengan tradisi ketenteraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) Port Dickson, Bandar Tentera Darat, Negeri Sembilan.

Selama enam bulan yang bermula  pada 8 April 2018 hingga menamatkan latihan, Perajurit Muda ini dilatih dengan pengetahuan asas ketenteraan serta pelbagai kemahiran sebagai anggota tentera sebelum diserapkan ke pelbagai Kor dalam Tentera Darat.

Latihan ini merangkumi aspek pembentukan keperibadiaan ketenteraan, kekuatan mental dan juga fizikal bagi melahirkan seorang Perajurit Muda yang mempunyai keyakinan diri, berketrampilan, berdisiplin dan kompeten dalam kerjaya yang bakal diharungi kelak.

Latihan asas yang dijalani meliputi pembinaan karakter, pengetahuan am ketenteraan, pengendalian senjata, latihan jasmani dan kemahiran perang serta pengukuhan aspek kerohanian dan moral.

Kesemua Perajurit Muda ini akan diserapkan dalam pelbagai Kor (16 Kor) dalam Tentera Darat dan akan diberikan latihan yang sesuai dengan penugasan mengikut Kor masing-masing.

Istiadat Perbarisan telah disempurnakan oleh Jeneral Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi, Panglima Tentera Darat.  Turut  hadir ialah Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Dato’ Hasagaya bin Abdullah, Panglima Medan Barat Tentera Darat Lt Jen Datuk Azizan bin Md Delin, Panglima Latihan Tentera Darat Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri bin Alwi, serta Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan keluarga Perajurit Muda.

Anugerah

Pada siri latihan kali ini, seramai lima Perajurit Muda telah berjaya menerima anugerah berdasarkan pencapaian dan kecemerlangan dalam beberapa kategori.  Keseluruhan Terbaik  dianugerahkan kepada 1198793 PM Dexter Libau bin Robert berumur 22 tahun yang berasal dari Serian, Sarawak. Anugerah ini diberi berdasarkan berdasarkan kepimpinan, dedikasi tinggi, kesungguhan, kegigihan dan inisiatif yang tinggi serta menunjukkan kebolehan beliau di dalam semua aspek latihan di samping kecemerlangan dalam setiap ujian yang dilaksanakan.

Akademik Terbaik dianugerahkan kepada 1199008 PM Mohd Akmal Faqih bin Radzi (19 tahun) yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Kecergasan Jasmani Terbaik dimenangi oleh 1198644 PM Nur Izzudin bin Abdul Rahim (21 tahun) dan berasal dari Sik, Kedah.

Kawad Terbaik disandang oleh 1199071 PM Muhamad Asyraf bin Roslan berusia 22 tahun yang berasal dari Hulu Langat, Selangor . 

Penembak Terbaik dimenangi oleh 1198866 Mohamad Zaihan bin Rosland berusia 21 tahun yang berasal dari Sandakan, Sabah.


Hakikat

Pembangunan modal insan angkatan tentera semestinya bermula seawal pemilihan pegawai kadet maupun perajurit muda.  Era ini sambutan muda mudi yang ingin menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah sangat memberansangkan yang ternyatanya adalah untuk menjadikan ATM sebagai satu kerjaya dalam usaha merebut peluang pekerjaan yang semakin mengecil.

Justeru, cabaran kepada tim pemilihan untuk memastikan setiap individu terpilih adalah  yang benar-benar mempunyai kualiti terbaik bagi menggalas amanah negara adalah tanggungjawab yang berat kerana ianya akan memberi kesan negatif kepada jurulatih-jurulatih di pusat-pusat latihan jika pemilihan tidak menepati piawaian yang diperlukan bagi menyediakan anggota tentera yang benar-benar berkualiti.

Cabaran sebenar sebagai seorang anggota tentera adalah bukan jerih payah yang dihadapi semasa tempoh persediaan sebagai Perajurit Muda seperti yang disangkakan oleh kebanyakan orang awam.  Enam bulan menjalani latihan pengenalan dari dunia awam kepada dunia baharu untuk menjadi sebahagian warga tentera bukanlah ukuran sebenar kepayahan hidup dalam dunia ketenteraan. 

Meskipun pelatih terpaksa melakukan aktiviti lasak dan padat namun ianya bersifat persediaan asas secara berjadual tanpa tanggongjawab hakiki serta  dikawal selia dengan rapi oleh jurulatih yang terlibat bagi menjamin keselamatan dan kebajikan pelatih terjaga.

Cabaran sebenar setiap anggota tentera adalah bila mana seseorang itu sudah dikira layak untuk melaksanakan tugas dan peranan mengikut tahap masing-masing dan mampu bertindak rasional pada saat-saat dan suasana yang tidak menentu di dalam penugasan.

Namun begitu kecekalan, kesabaran dan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh setiap peserta Perajurit Muda semasa dalam tempoh peralihan ini merupakan manifestasi kepada keunggulan dan kompetensi sebagai perajurit masa depan yang menjadi harapan nusa dan bangsa untuk menggalas amanah mempertahankan kedaulatan negara dalam apa jua bentuk ancaman mendatang. PERAJURIT

PISTOL BAHARU MENGGANTIKAN PISTOL MAKAROV




Oleh: Paklang Hamzah/Foto: Rostec

Institut Penyelidikan Saintifik Pusat Kejuruteraan Ketepatan (TSNIITOCHMASH) adalah sebahagian daripada Rostec telah berjaya mencipta pistol 9 x 21mm yang boleh menggantikan pistol Makarov yang sudah menjadi legenda.  Pistol baharu ini sedang duji di lapang sasar yang dijangka siap pada Disember 2018.

Senjata api baru ini dibangunkan untuk kepentingan Kementerian Pertahanan Persekutuan Rusia dan perkhidmatan penguatkuasaan undang-undang. Ia bertujuan untuk menggantikan pistol Makarov yang berada dalam perkhidmatan ketenteraan dan polis Rusia. Pistol Makarov juga merupakan senjata peribadi pegawai-pegawai angkatan bersenjata dan pasukan keselamatan di negara-negara bekas anggota  Warsaw Pact  serta di China.

Menurut Pengarah Am  TSNIITOCHMASH Albert Bakov, pistol baharu ini adalah untuk kegunaan Kementerian Pertahanan di mana sedang diuji di lapang sasar seperti mana yang diarahkan oleh Kementerian Pertahanan dan ujian rasmi dijadualkan siap pada Disember 2018.  Keputusan mengenai penawarannya untuk angkatan bersenjata Rusia akan dibuat selepas itu.

Pistol semi-automatik Makarov telah diterima pakai dalam perkhidmatan pada tahun 1951. Semasa membangunkannya, Nikolay Makarov, seorang pereka senjata api Soviet, menggunakan sistem Walther PP yang dihasilkan sejak 1929 sebagai asas. Walau bagaimanapun, pereka bentuknya telah meningkatkan reka bentuk pistolnya  dengan mempermudahkan reka bentuk dan menjadikan ia lebih padat dan kurang bergantung kepada keadaan luaran.

"Projek ini membuktikan lagi bahawa Rusia mempunyai semua pengetahuan dan keupayaan yang diperlukan untuk mencipta senjata kecil yang berkualiti tinggi, termasuk senjata pendek. Produk sedemikian memerlukan pelbagai kepakaran dari sains asas ke metalurgi. Banyak negara yang mempunyai industri mesin yang maju tidak mampu mengembangkan pistol mereka sendiri. Tidak ada keraguan bahawa projek pakar kami akan diperhatikan di pasaran”, kata Sergey Abramov, seorang Arkeologi Konvensional, Amunisi dan Pengarah Kimia Khas Industri Perindustrian Rostec.

Rostec melaksanakan program pembangunan skala besar Armament cluster sesuai dengan strategi yang diluluskan. Yang terakhir ini membayangkan pertumbuhan purata pendapatan tahunan sebanyak 17% dalam rubles sehingga 2025, serta meningkatkan kecekapan operasi dan kemasukan ke pasaran global.

Rostec adalah sebuah Perbadanan Negeri Rusia yang ditubuhkan pada 2007 untuk memudahkan pembangunan, pengeluaran dan eksport produk perindustrian berteknologi tinggi yang direka untuk aplikasi awam dan tentera. 

Perbadanan ini terdiri daripada lebih daripada 700 organisasi yang kini merupakan sebahagian daripada sebelas syarikat induk yang beroperasi di kompleks perindustrian ketenteraan dan tiga syarikat induk yang bekerja dalam industri awam, serta lebih daripada 80 organisasi yang diuruskan secara langsung. 

Portfolio Rostec termasuk jenama terkenal seperti AVTOVAZ, KAMAZ, Concern Kalashnikov, Helikopter Rusia, UralVagonZavod, dan lain-lain. Syarikat-syarikat Rostec terletak di 60 entiti konstituen Persekutuan Rusia dan membekalkan produk ke pasaran lebih daripada 100 negara. Pada tahun 2017 hasil gabungan Rostec mencapai 1 trilion 589 bilion rubel, manakala pendapatan bersih dan EBITDA disatukan masing-masing berjumlah 121 dan 305 bilion rubel. Pada tahun 2017 gaji purata di Perbadanan adalah 46,800 rubel. 

Menurut strategi Rostec, objektif utama Perbadanan adalah memastikan Rusia mempunyai kelebihan teknologi dalam pasaran global yang sangat kompetitif. Objektif utama Rostec termasuk memperkenalkan paradigma tekno-ekonomi baharu dan digitalisasi ekonomi Rusia. PERAJURIT

Thursday, November 1, 2018

SULTAN KEDAH KE-29 DITABAL


Oleh: Paklang Hamzah

Seluruh rakyat jelata merafak sembah tahniah serta mendoakan kesejahteraan berpanjangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah sempena Istiadat Pertabalan Kebawah DYMM Tuanku  sebagai Sultan Kedah ke 29 pada 22 Oktober 2018 yang lalu.  Baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Negeri Kedah Darul Aman ke 29 pada September 2017 yang lalu berikutan kemangkatan paduka kekanda baginda Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Sesungguhnya tarikh tersebut telah tercipta satu sejarah keramat di mana kali terakhir rakyat negeri Kedah khususnya menyaksikan Istiadat Pertabalan Sultan Kedah ialah kira-kira 59 tahun yang lalu iaitu  pada tanggal 20 Februari tahun 1959, menyaksikan Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ditabal sebagai Sultan Kedah ke 28 menggantikan ayahanda baginda Almarhum Sultan Badlishah Ibni Almarhum  Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Sebaik selesai pertabalan, baginda Sultan kini bergelar Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.  Istiadat Pertabalan berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat resam Kesultanan Melayu Kedah di Balairung Seri, Istana Anak Bukit di Alor Setar.

DYMM Tuanku Sultan adalah ketua agama Islam kepada rakyat jelata, bersemayam di atas tahta kerajaan untuk terus memayungi rakyat negeri Kedah Darul Aman serta memelihara dan memperkasakan syariat  Islam yang suci untuk ke suatu tempoh yang mendatang.

Dalam konteks pertahanan, bidang ketenteraan adalah bidang yang tidak asing kepada baginda kerana baginda pernah menerima latihan ketenteraan di Akademi Ketenteraan India Dehradun pada 23 Julai 1962 hingga 30 Jun 1963.  Menyandang pangkat Leftenan semasa bertugas di Batalion ke 12 RAMD pada   Februari 1964 dan pernah terlibat dengan beberapa operasi keselamatan di kawasan sempadan Thailand.

Terkini, baginda merupakan Kolonel Yang DiPertua kepada ketumbukan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang dilantik menggantikan paduka kekanda baginda Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ekoran kemangkatan Almarhum baginda.  Baginda turut dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged Para pada 13 Februari 2018 yang lalu. Kolonel Yang DiPertua merupakan satu jawatan istiadat di dalam sesebuah rejimen tentera yang mana jawatan ini disandang oleh penaung rejimen yang kebiasaannya dalam konteks Malaysia adalah dalam kalangan kerabat Diraja.

Pengiktirafan

Islam mengiktiraf  istitusi Diraja sebagai sebuah institusi yang berdaulat yang wajib ditumpahkan taat setia kepada raja.  Al-quran juga menceritakan berbagai-bagai orang yang telah diberikan kuasa pemerintahan maupun kerajaan termasuklah golongan para nabi.  Antara mereka yang diberi kekuasaan oleh Allah ialah  Nabi Sulaiman A.S.  Pada ketika itu juga terdapat sebuah negara yang diperintah oleh seorang raja perempuan dari kerajaan Saba’ sepertimana yang dinyatakan dalam Surah Al-Naml Ayat 23 yang bermaksud:  “Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar”.

Terdapat juga kisah bagaimana Allah SWT mengiktiraf permintaan dari ketua-ketua Bani Israel untuk melantik seorang raja dalam kalangan mereka supaya mereka dapat berjuang bersama-sama dengan raja itu pada jalan Allah.  Firman Allah dalam Surah Al-baqarah Ayat 246 yang bermaksud: “Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad) tentang kisah ketua-ketua dari Bani Israel sesudah (wafatnya) Nabi Musa ketika mereka berkata kepada seorang nabi mereka: “Lantiklah seorang raja untuk kamu supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya pada jalan Allah”.

Allah SWT juga memberi kuasa memerintah kepada sesiapa yang dikehendakinya.  Ini dijelaskan melalui firmannya dalam Surah Ali Imran Ayat 26 yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan!, Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki.  Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang engkau kehendaki.  Dalam kekuasaan Engkau sahaja adanya segala kebaikan.  Sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.

Kesetiaan adalah rukun kepada kedaulatan raja.  Menurut Imam Al-Mawardi dalam kita Al-Ahkam AL-Sultaniah bermaksud: “Apabila pemerintah menunaikan hak rakyat (umat) maka menjadi tanggungjawab rakyat memberi ketaatan dan pertolongan kepada pemerintah”.

Kita sering dibacakan oleh para-para ulamak tentang tuntutan syariat dalam meletakkan kesetiaan kepada pemerintah berdasarkan kepada firman Allah dalam Surah An-Nisa Ayat 59, yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ‘Ulil-Amri’ yakni orang-orang yang berkuasa dalam kalangan kamu.  Kemudia jika kamu berbantah-bantah atau berselisihan dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikan kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulnya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat.  Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan elok pula kesudahannya”.

Baginda Payung Negeri

Raja adalah payung kedaulatan negara dan menjalankan tanggungjawab memberi naungan yang saksama kepada setiap rakyat tanpa mengira kaum dan anutan agama.  Raja berperanan sebagai tonggak kerukunan dalam proses sosialisasi rakyat, keadilan pemerintahan dalam memastikan kestabilan negeri yang dipayunginya terus aman dan makmur yang memangkin kepada kerahmatan Ilahi.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab rakyat jelata pula memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja pemerintah terutamanya bagi umat Islam yang telah disyariatkan supaya taat dan patuh kepada pemerintah.

Sesungguhnya perinsip keadilan, kesaksamaan dan perpaduan yang diterapkan oleh Kebawah DYMM Tuanku Sultan akan lebih menyatukan rakyat dan rakyat pula mempunyai tanggungjawab yang serupa dengan memelihara undang-undang, menjaga keselamatan pada sebilang masa serta menghormati dan menghargai institusi Diraja serta memupuk kecintaan kepada negeri.

Rakyat jelata mendoakan semoga Kebawah DYMM Tuanku Sultan dan Kebawah DYMM Tuanku Sultanah serta kerabat-kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat Ilahi, diteguhkan keimanan, dilanjutkan usia, dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan bagi meneruskan kesinambungan pemerintahan dalam suasana aman dan makmur serta dijauhi dari sebarang anasir jahat dan fitnah yang mencetus kepada mala petaka dan kehancuran agar ikatan ukhuwah dan kasih sayang antara rakyat sentiasa subur  berpanjangan di bawah payung pemerintahan Tuanku Raja berdaulat lagi berjiwa rakyat. DAULAT TUANKU!

Monday, October 1, 2018

DIRGAHAYU TUANKU




Artikel ini telah diterbitkan di dalam Majalah Perajurit edisi Okt 2018

Oleh: Paklang Hamzah /Foto: Mindef

Seluruh rakyat jelata mendoakan kesejahteraan berpanjangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda  Yang di- Pertuan Agong (SPBYDPA) ke 15, Sultan Muhammad Ke V sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah DYMM SPB Tuanku pada 9 September  2018 yang lalu.

Sebagai ketua negara, keupayaan baginda samada secara keperibadiannya maupun dalam konteks melaksanakan bidang kuasa yang diperuntukan untuk menjaga kedaulatan negara dan kesucian agama Islam sangat dikagumi oleh pelbagai lapisan rakyat jelata kerana kekuatan dan kekompetenan kepimpinan baginda.

Pentadbiran sesebuah negara memerlukan kepimpinan yang berktrampilan dan versatil dalam usaha menjana keberhasilan dalam konteks kelicinan pengurusan, perpaduan serta keharmonian kehidupan rakyat  seluruhnya.  Menurut Islam, kedudukan seseorang pemimpin lebih mulia dan tinggi kerana mereka ini disyariatkan bagi menggantikan tugas kenabian di dalam memelihara agama dan mentadbir urusan umat Islam.  

Imam al-Mawaradi di dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyah menjelaskan  bahawa tugas pemimpin adalah menjaga hal ehwal agama dan mentadbir urusan dunia.

Sedia maklum bahawa di dalam Perlembagaan Persekutuan Bahagian Empat Bab Satu menyatakan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara bagi Persekutuan yang dilantik melalui persetujuan Majlis Raja-raja.  Lafaz sumpah jawatan  SPBYDPA mencakupi ikrar taat setia pada menjalankan pemerintahan dengan adil sebagaimana  undang-undang dan perlembagaan serta memelihara kesucian agama Islam.

Justeru , menjadi kewajipan sebagai rakyat jelata meletakkan kesetiaan  terhadap Raja dan negara yang mana menepati salah satu perinsip dalam iktikad Ahlus Sunnah Wal Jama’ah iaitu mentaati  dan menghormati pemimpin.  Ini adalah selari dengan Firman Allah dalam Surah  an-Nisa’ ayat 59 yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri yakni orang yang berkuasa dari kalangan kamu.  Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisih) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah  kamu mengembalikannya kepada Al-quran) dan Sunnah jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat kerana yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya”.

Tular

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen yang mana pemerintahan beraja merupakan salah satu ciri-ciri unik yang dikekalkan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.  Konsep Raja  Berpelembagaan di dalam sistem pemerintahan Malaysia bermaksud kuasa Raja-raja dibatasi oleh Perlembagaan di mana Jemaah Menteri bertindak sebagai penasihat di Peringkat Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) di Peringkat Negeri.

Era mutakhir ini, institusi Raja yang sepatutnya dihormati oleh semua peringkat rakyat jelata tanpa mengira kaum sering menjadi bualan hangat bila mana sesekali dikocak ketenangannya dengan kenyataan-kenyataan yang tidak menyenangkan oleh segelintir pihak yang berkepentingan dan kebiadaban individu-individu  yang ‘tidak sihat’ otaknya yang berani mengeluarkan kata-kata yang menghina  lalu ditular menerusi media sosial oleh netizen yang prihatin supaya mereka yang terbabit disiasat dan dibawa ke muka pengadilan jika ianya mempunyai asas.

Kebebasan media bukan bermakna semua orang mempunyai kebebasan mutlak untuk melakukan sesuka hati termasuk memburukkan imej institusi raja. Penularan budaya ini dalam kalangan segelintir rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab, perlu diberi perhatian agar rakyat tidak terus dihasut membenci raja-raja yang boleh mengakibatkan taat setia rakyat terhadap institusi raja terhakis. Sungguh pun begitu banyak juga isu-isu yang ditular  tidak dapat dipastikan kesahihan apatah lagi isu yang diperkatakan itu tidak mempunyai apa-apa bukti mau pun sandaran.

Hal ini bukan sahaja menyebabkan kemudaratan dan mengganggu kemaslahatan rakyat, malah pada masa yang sama telah memberi kegembiraan kepada pihak-pihak yang menolak sistem kerajaan raja berpelembagaan dan Islam sebagai agama persekutuan.

Justeru, netizen disarankan supaya tidak terperangkap dan terpengaruh dengan isu-isu yang menjurus kepada kemelut yang menjejaskan keharmonian kaum dengan berpegang teguh kepada perinsip syariat Islam iaitu memerintahkan umatnya supaya menjaga lisan dan menahan diri agar tidak menulis dan menyatakan perkara-perkara yang tidak ada bukti kebenarannya. 

Peringatan ini jelas dirakamkan oleh Allah melalui firmanNya dalam Surah al-Isra’ ayat 36 yang bermaksud: “Dan jangan lah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.  Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan  serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”.

Meskipun saban masa Institusi Raja berdepan dengan cabaran namun, kita masih amat bersyukur  kerana Allah sentiasa memelihara SPBYDPA dan negara ini dari sebarang ancaman.  Di antara faktor yang menyumbang keberhasilan ini adalah sifat hikmah, tegas, bijaksana, adil dan saksama serta keupayaan Baginda YDPA telah dapat  mengharungi gelombang dan cabaran dalam pemerintahan dengan berkesan.  Di samping sokongan padu pembesar dan penasihat negara termasuk para ulama dan cendikiawan Islam yang mengurus tadbir dengan cemerlang.

Hasil pemikiran dan hubungan erat antara ulama dan umara’ dalam pemerintahan telah memberi manfaat kepada ummah dengan terbentuknya sistem pengurusan haji yang terbaik di dunia, pengurusan pendidikan, kewangan, perbankan, peneraju hub halal dunia dan lain-lain yang semuanya  berlandaskan syariat Islam telah menjadi sumber kekuatan dan kesejahteraan ummah keseluruhannya telah menjurus kepada limpahan rahmat dan kebaikan kepada rakyat jelata umumnya.

Rakyat menjunjung kasih dan merafak sembah di atas keperihatinan Baginda Tuanku dalam memartabatkan ugama Islam serta memajukan negara di samping membantu kehidupan rakyat seluruhnya menjalani kehidupan dengan aman dan harmoni di dalam suasana kepelbagaian kaum, adat dan budaya.  Daulat Tuanku!

Wednesday, September 26, 2018

UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK TENTERA DARAT 2018

Oleh Paklang Hamzah/Foto:PRTD


Bila bercakap tentang pasukan keselamatan, secara automatiknya fikiran seseorang akan membayangkan senjata api dan kemahiran menggunakannya.  Senjata api kecil atau repal merupakan objek yang sangat sinonim dengan dunia ketenteraan dan suatu alat yang menjana pembentukan keperibadian dan membina keyakinan seseorang anggota tentera.  Justeru kemahiran menembak merupakan keperluan asas yang sangat dituntut kepada semua peringkat dalam angkatan tentera khususnya. Hakikatnya seseorang anggota terlatih mesti berupaya mengendalikan sekurang-kurangnya senjata persendirian secara efektif di dalam persekitaran ketidaktentuan, ketakutan, kelesuan dan bahaya yang lazim dihadapi di dalam suasana perang.

Bagi Tentera Darat Malaysia (TDM), dalam proses memperolehi senjata moden dan canggih, aspek keupayaan pengendali atau penembak semestinya mempunyai pengetahuan yang releven dan selari dengan zamannya. Justeru, selain dari latihan tubi secara berterusan di peringkat unit, latihan atau pun pertandingan di peringkat formasi, antara perkhidmatan dan seumpama terus dipertingkatkan dalam usaha mempertajamkan keupayaan dan kemahiran setiap anggota ke tahap maksima.

Acara Tahunan

UKMTD merupakan acara tahunan dilaksanakan bagi menilai kemampuan dan tahap kemahiran individu dalam pengendalian senjata kecil.  Dalam masa yang sama UKMTD merupakan platform terbaik bagi mencungkil dan mengenal pasti bakat-bakat baharu dalam kemahiran menembak untuk diketengahkan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pertandingan yang bermula dari 17 hingga 25 September 2018 yang lalu telah menampilkan sedikit kelainan kerana ia dilaksanakan mengikut praktis ASEAN Armies Rifle Meet (AARM) 2018 yang akan dianjurkan oleh TDM pada bulan November di Kem Terendak yang melibatkan penyertaan dari 10 buah negara ASEAN iaitu Malaysia, Singapore, Thailand, Filipina, Brunei, Cambodia, Vietnam, Myanmar dan Laos.

Kesempatan melaksanakan UKMTD ini adalah merupakan ‘raptai’ dan persediaan TD untuk menghadapi kejohanan utama yang dianjurkan secara bergilir dalam kalangan negara-negara peserta.  Antara lain objektif UKMTD ini ialah untuk mengenal pasti penembak-penembak baharu untuk diketengahkan ke pertandingan AARM dan juga sebagai panduan dan persediaan kepada Ahli Jawatankuasa untuk penganjuran AARM yang bakal menjelang.

Selain dapat menguji kemahiran penembak-penembak dari Pemerintahan serta  Formasi TD, acara ini sekali gus telah menguji tahap sinergi setiap pasukan.
Antara formasi yang mengambil bahagian dalam acara kali ini ialah Trup TD 1 dari Gabungan 10 Bgd (Para) dan 165 Batalion Risik TD, Trup TD 2 yang terdiri dari Gabungan Grup Gerak Khas (GGK) dan Pasukan Udara TD (PUTD), Pemerintahan Medan Barat TD, Pemerintahan dan Latihan Doktrin TD, Pemerintahan Logistik TD, 1/2/3 /4 Divisyen dan Angkatan Petugas 450.

Acara ini telah melibatkan penyertaan keseluruhan seramai 542 orang  yang terdiri dari 79 orang pegawai dan 459 orang anggota Lain-lain Pangkat (LLP) merangkumi 482 peserta lelaki dan 60 peserta wanita.

Format pertandingan bagi UKMTD 2018 ini mempertandingkan pelbagai praktis dalam 5 kategori acara iaitu Rifle, Carbine, Pistol (Lelaki), Pistol (Wanita) dan Machine Gun.

Jaguh

Kpl Mohamad Zulfi bin Mohd Zulkifli dari Trup TD 1 telah dinobatkan sebagai jaguh UKMTD 2018 dengan membawa pulang piala pusingan, lencana jaguh dan wang tunai.  Di atas kejayaan ini beliau turut dinaikkan pangkat dari Koperal kepada Sarjan oleh Panglima Tentera Darat. Manakala Johan Keseluruhan Formasi diungguli oleh Trup TD 1.

Pemakaian Lencana Jaguh Menembak juga diberikan kepada Kpl mohd Fairuz Azizan dari Trup TD 1 untuk Jaguh Carbine, Kpl Mohd Helmi Zainal Abidin dari Trup TD 2 untuk Jaguh Pistol (Lelaki), Kpl Noor Khatijah bt Hazari dari Trup TD 2 untuk Jaguh Pistol (Wanita) dan Kpl Mohd Zamri Yusoff dan Kpl Mohd Iskandar Ismail dari Trup  TD 1 untuk Jaguh Machine  Gun.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi. Turut berada di lokasi UKMTD ialah Panglima Medan Barat TD Leftenan Jeneral Datuk Azizan bin Md Delin, Panglima Medan Timur TD Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw, Pegawai-pegawai Kanan TD dan hampir 1000 anggota TD.

Membentuk Persefahaman

Secara lazimnya kemahiran menembak atau mengendalikan senjata api bagi seseorang anggota tentera dapat membentuk persefahaman dan membina keserasian antara ahli setiap pasukan.  Ini boleh disamakan dengan TD yang mempunyai pelbagai kor serta kemahiran yang mana keunggulan hanya akan dapat dicapai melalui sinergi mapan serta pengorbanan individu yang meletakkan kepentingan pasukan sebelum diri sendiri.  Ini merupakan aspek fundamental di dalam kelakuan organisasi TD.

Ujian seumpama ini seperti juga pertandingan-pertandingan lain di dalam TD adalah pemangkin di mana kesatuan, keunggulan, pengorbanan serta kesetiaan diserap supaya di medan pertempuran kelak kualiti-kualiti ini akan berfungsi secara semula jadi di dalam persekitaran yang lebih mencabar.  MP

Saturday, September 8, 2018

Rostec modernizes the Be-200 amphibious aircraft for foreign markets


Rostec’s United Engine Corporation has presented the project to re-equip the Be-200 amphibious aircraft with the Russian-French SaM146 engine unit. The presentation took place at the ongoing Hydroaviasalon-2018 exhibition in the Russian city of Gelendzhik. The modernization will make it possible to introduce the aircraft on the European and American markets, and also to begin the validation of the aircraft in the transport and passenger configurations.

The re-equipment project provides for modernization of SaM146 engine, including improvement of the software for the digital automatic control system. The next stage is the integration of the engine into the Be-200 aircraft and further certification of the re-equipped version.

The key advantages of the SaM146 engine unit are its simple and reliable construction, competitive price and life cycle cost. The engine meets high standards of environmental friendliness and fuel economy. The SaM146 engine unit has also passed international certification and complied with prospective ICAO requirements.

“The implementation of this project will essentially make it possible to create a new aircraft based on the legendary Be-200, which is known to the world as a fire-fighting amphibious aircraft. The new engine opens up the possibility of the aircraft undergoing the certification and validation procedures necessary to enter the world market. I am sure that, thanks to improved technical characteristics and a well-deserved reputation, this plane will be in demand abroad,” said industrial director of the aviation cluster at State Corporation Rostec Anatoly Serdyukov.

The SaM146 is an integrated engine unit, including a turbofan engine and a nacelle with a reversing device. The SaM146 is produced by UEC-Saturn in an equal partnership with Safran Aircraft Engines to equip Sukhoi Superjet 100 passenger planes. PowerJet (a joint venture of Safran Aircraft Engines and UEC-Saturn) is supplying the SaM146 and providing after-sales servicing. UEC-Saturn is responsible for the design and manufacture of the fan and low-pressure compressor, low-pressure turbine, general engine assembly and testing. Safran Aircraft Engines is responsible for the high-pressure compressor, combustion chamber, high-pressure turbine, unit box, ACS and engine unit integration.

The Be-200 can take off both from land or water. The main areas of its application are firefighting, search and rescue operations, protection of water surfaces, environmental missions, and passengers and cargo transportation. The Be-200 has no equivalents in the world for a number of technical characteristics.

JSC United Engine Corporation (part of State Corporation Rostec) is an integrated structure specializing in the development, serial production and maintenance of engines for military and civil aviation, space programs and the navy, as well as oil and gas and energy industries. One of the priority directions of activity is the implementation of integrated programs for the development of enterprises in the industry by introducing new technologies that meet international standards.

Rostec Corporation is a Russian corporation that was established in 2007 to facilitate the development, production and export of high-tech industrial products designed for civilian and military applications. The Corporation comprises over 700 organizations that are currently part of eleven holding companies operating in the military-industrial complex and three holding companies working in civilian industry, as well as over 80 directly managed organizations. Rostec's portfolio includes well-known brands such as AVTOVAZ, KAMAZ, Concern Kalashnikov, Russian Helicopters, UralVagonZavod, etc. Rostec companies are located in 60 constituent entities of the Russian Federation and supply products to the markets of more than 100 countries. In 2017 the consolidated revenue of Rostec reached 1 trillion 589 billion rubles, while the consolidated net income and EBITDA amounted to 121 and 305 billion rubles respectively. In 2017 the average salary in the Corporation was 46,800 rubles. According to Rostec's strategy, the main objective of the Corporation is to ensure that Russia has a technological advantage in highly competitive global markets. Rostec's key objectives include the introduction of a new techno-economic paradigm and digitalization of Russian economy.​​

Tuesday, August 21, 2018

Rostec presents chameleon helmet to equip the "soldier of the future" at Army 2018


Rostec has presented a unique camouflage coating for military vehicles and soldiers' equipment able to mimic the color of the environment at the Army 2018 forum. The company illustrated the possibilities of the material with a soldier's helmet made for the advanced, third generation equipment Ratnik. The chameleon cover is on display at the corporation's permanent exhibition in Patriot Park.

The specialized electrically-operated material covering the helmet prototype is able to change color depending on the camouflaged surface and environment. The material can display dynamic changes of color intensity and simulate complex images, for example, the motion of leaves in the wind. Within Rostec, the development is performed by Ruselectronics and TSNIITOCHMASH.

"Existing types of camouflage do not change their masking properties depending on changes in the background. For example, soldiers will not be seen in a forest against greenery, but they will be visible against sand or snow. An innovative coating created by Ruselectronics provides unique opportunities for masking. We are demonstrating how it works using one element of equipment, i.e., a helmet. However, its application is much broader. It can be used in clothing, weapons, and military equipment," said Industrial Director of the Armament Cluster of Rostec Sergey Abramov. 

The coating is applied to the base, like ordinary paint, and does not require great accuracy in terms of thickness and uniformity. In particular, this means that repairs can be carried out in the field. The power consumption in continuous adaptation mode is no greater than that of an energy saving lamp. The mass of the coating is just a few hundred grams per square meter.

In the future, the technology could be applied in civilian sectors as well. For example, in the textile industry, it can be used to create clothing that changes color and pattern depending on a person’s mood.


Ruselectronics was created in 1997, and in 2009 became part of State Corporation Rostec. In 2017, United Instrument Manufacturing Corporation was integrated in the holding compnay. Ruselectronics is a key actor of the radio-electronics market. The holding company is accountable for more than 50% of electronic components' output in Russia, 8% of total output of the radio-electronic products, and provides more than 10% of jobs in the industry. The holding company is an umbrella for more than 130 enterprise and scientific organisations specialising in the development and manufacturing of radio-electronic components and technologies, communication devices and systems, automated control systems, robotic systems, SHF electronics, computing equipment and telecommunications equipment. Total workforce is above 80 thousand employees. The overall annual revenue of the holding company affiliates is above 180 billion rubles. The holding company's products are supplied to more than 30 countries of the world in Europe, Southeast Asia, Middle East, Africa and Latin America.


TSNIITOCHMASH forms part of Rostec State Corporation as a directly managed organization. It develops and produces armaments and military equipment for various types of military forces. Under the supervision of TSNIITOCHMASH, over 150 units and complexes of small arms, artillery, anti-tank weapons, military equipment and various types of cartridges have been developed, and their serial production started. They have been handed over to ground troops, paratroopers, air force, the navy and special units of law enforcement agencies.

Tuesday, May 1, 2018

NASIB PALESTIN DAN AL-AQSA

Artikel ini telah disiarkan di dalam majalah Perajurit edisi Mei dan Jun 2018
Oleh: Paklang Hamzah/ Foto: MAPIM

Kesempatan penulis berada dalam satu majlis wacana khas mengenai umat Islam sejagat khususnya membicarakan nasib Al-Quds dan Al-Aqsa yang kian terhimpit  di dalam cengkaman Yahudinisasi.  Ceramah yang disampaikan sendiri oleh Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) iaitu saudara  Haji Mohd Azmi bin Abdul Hamid. 

Sepintas lalu MAPIM adalah sebuah badan Non Govermental Organizations (NGO ) ditubuhkan untuk mengurus dan menyelesaikan masalah yang dihadapi umat Islam seluruh dunia.  Antaranya masalah luaran dan dalaman berkenaan isu global berkait, ekonomi , budaya, sosial dan pertahanan.  Secara khususnya MAPIM adalah rakan perundingan dan penyelaras  agensi pertubuhan-pertubuhan Islam untuk mewujudkan persepakatan dalam tindakan mendepani isu-isu Islam, perbincangan berterusan mengenai kaedah dakwah Islam yang berkesan dan pembinaan Khairo Ummah secara keseluruhannya yang bergerak aktif bersama 88 buah Pertubuhan Islam di Malaysia.

Kelangsungan daripada pertemuan singkat ini, saudara Haji Mohd Azmi membenarkan apa saja maklumat yang disampaikan dalam wacana tersebut samada  dalam bentuk syarahan maupun cetakan disebarkan dalam apa jua bentuk sebaran am bagi melebarluaskan permasalahan yang dihadapi oleh negara Palestin umumnya serta memanjangkan informasi tentang segala gerak kerja yang sedang diusahakan oleh MAPIM.  Mengambil pendekatan bahawa sesungguhnya ‘Mempertahankan Al-Aqsa Merupakan Suatu Kefardhuan’ maka  penulis rasa turut terpanggil untuk sama-sama menyahut seruan MAPIM sekadar kemampuan yang ada semuga usaha kecil penulis ini turut ditulis oleh Allah Swt sebagai suatu amalan yang baik.

Pendahuluan

Dr. Sharif Amin Abu Shammalah yang merupakan CEO Al-Quds Foundation Malaysia menulis bahawa sepanjang tahun 2017, Masjid Al-Aqsa dan bahagian timur Bandar Al-Quds telah berada di bawah penaklukan Zionis genap lima dekad.  Manakala bahagian barat telah ditakluki di bawah penjajahan sejak tahun 1948 Masehi, detik di mana rejim Zionis menjajah bumi Palestin dan mengusir rakyat Palestin keluar dari negara mereka sendiri.

Semenjak hari itu, tiada hari berlalu di Palestin dan Masjid Al-Aqsa melainkan keperitan demi keperitan.  Selepas penaklukan Al-Quds pada tahun 1967, Zionis telah mengambil satu pendekatan sistematik sejajar dengan rancangan kejam dan ganas yang bertujuan untuk mengubah hak penduduk Palestin dan orang-orang Islam ke atas Kota Palestin.  Mereka melakukan ‘Pengyahudian Al-Quds’ dan langkah ini dilakukan ke atas manusia, tempat-tempat suci, segala apa yang ada di atas permukaan bumi malah juga di bawahnya, sistem pendidikan, budaya dan cara hidup, rumah-rumah, pokok-pokok dan sehinggakan tanah perkuburan, jalan-jalan atau nama-nama jalan juga tidak dapat diselamatkan daripada usaha pengyahudian ini.

Apa yang perlu disebutkan di sini ialah peranan Yahudi seluruh dunia terutama golongan hartawan yang mendana aktiviti Yahudinisasi dalam Bandar Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa dengan mengumpulkan lebih dari 40 jutawan Yahudi di seluruh dunia agar menyumbang secara konsisten bagi menjadikan Al-Quds Bandar Yahudi yang mana statistik menunjukkan salah seorang dari mereka telah menyumbang sebanyaklebih 170 juta dollar sehingga kini.

Selain itu terdapat gerakan yang aktif di negara-negara Amerika dan Eropah dari pertubuhan Yahudi yang menyumbang usaha-usaha Yahudinisasi dalam kota Al-Quds dan menyampaikan dana untuk program-program pelaksanaan Yahudinisasi.  Dari Amerika sahaja sekitar 50 pertubuhan Amerika telah menyumbang lebih dari 260 juta dollar untuk pertubuhan Yahudinisasi sepanjang tempoh 2011 hingga 2015.  Israel membenarkan puluhan pertubuhan Yahudi di dalam Al-Quds untuk menerima sumbangan-sumbangan seperti ELAD, Pertubuhan Pelajar-pelajar kerana Haikal, Pimpinan Haikal, wanita untuk Haikal dan lain-lain lagi.  Namun pada sudut yang lain Israel memerangi badan-badan pertubuhan Palestin dengan merampas dan menutup dana mereka dan membicarakan ahli-ahlinya.

Sejarah Al-Quds dan Al-Aqsa


Imam Masjid Al-aqsa Sheikh Yusuf Abu Sunainah berbual dengan Cikgu Azmi

Kota Palestin (Baitul Maqdis) terletak di tengah-tengah negara Palestin yang merupakan bandar terpenting dan ibu kotanya  adalah salah satu daripada bandar-bandar bersejarah yang tertua dan salah satu bandar yang paling suci bagi pemilik agama-agama samawi antaranya agama Yahudi, Kristian dan agama Islam.  Dikaitkan kisahnya dengan para Nabi dan buminya dipenuhi tempat-tempat suci seperti Gereja Kebangkitan dan Masjid Al-Aqsa yang mulia menjadi warisan ketamadunan dan kebudayaan dunia termasuk dalam senarai “Tapak Warisan Dunia’ dan ‘Tapak Warisan Dunia Yang Terancam’.  Di tempat ini juga terjadinya konflik perbalahan antara pemilik tanah iaitu rakyat Palestin dan rejim penjajah Zionis.

Arab Yebus telah mengasaskan Palestin 4000 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa dan diperintah oleh pemerintahan Byzantine sehingga ia dibebaskan oleh Muslim Arab pada tahun 636 Masihi /16 Hijrah semasa pemerintahan Khalifah Ibn Al-Khattab.  Beliau mengembalikan kepada penduduknya  keamanan yang dijamin melalui ‘Perjanjian Umar’ yang menjadi satu penghormatan selain daripada lawatannya ke kota ini.  Ia adalah satu-satunya kawasan yang didatangi oleh Khalifah sendiri untuk membukanya.  Beliau melakukan semula Masjid Al-Aqsa dan menyusun persekitarannya, membaik pulih kestabilan masyarakat, pembangunan bandar dan menghidupkan semula sistem pendidikan secara aktif.

Keadaan ini berterusan sehinggalah ditawan oleh Frank Kristian pada tahun 1099 Masihi /492 Hijrah dalam satu peperangan yang panjang dengan negara Islam.  Kembalilah Palestin dan Al-Aqsa melalui tahun-tahun yang sukar di mana berlakunya pembunuhan dan pengusiran penduduk Palestin dan cubaan menukar Al-Aqsa menjadi ibu pejabat Gereja dan kubu pahlawan (Kubu Pahlawan Berkuda).  Keadaan ini kekal sehinggalah kebangkitan Islam yang diketuai oleh Salahuddin Al-Ayyubi pada tahun 1187 Masihi/583 Hijrah. 

Maka pemerintahan kembali semula kepada umat Islam dan kekal dimiliki oleh umat Islam lebih daripada tujuh abad pemerintahan oleh negara-negara Islam secara berselang seli oleh para Khalifah dan raja-raja yang bersaing dalam menjaga Al-Quds khususnya tempat-tempat agama di dalamnya.
Pada tahun 1917, Britain telah menawan Palestin dan Al-Quds (Baitul Maqdis).  Sejak dari peristiwa itu, Britain membantu kemasukan pendatang Yahudi dari Eropah dan lain-lain melalui penubuhan  ‘Negara Bangsa’ untuk orang-orang Yahudi di Palestin  melalui satu perjanjian yang dibuat oleh Menteri Luar British iaitu Balfour (1917) yang dikenali sebagai ‘perjanjian daripada pihak yang tidak memiliki kepada pihak yang tidak mempunyai hak’.

Rakyat Palestin menolak perjanjian itu dan Kota Palestin atau Al-Quds telah menjadi tonggak dan memainkan peranan dalam menggerakkan tenaga dan semangat umat Islam dalam menghadapi permasalahan ini dan memimpin revolusi menentang penjajahan British dan projek Zionis ini.  Telah berlaku beberapa revolusi seperti Revolusi Buraq (1924), Revolusi Oktober (1933), Revolusi Besar-besaran penduduk Palestin (1936-1939) dan lain-lain lagi.

Pada tahun 1948, rejim Zionis melancarkan perang pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin.  Mereka menawan sebahagian besar wilayah selepas satu siri pembunuhan ngeri secara beramai-ramai.  Manakala di Al-Quds mereka menawan sebahagian kawasan barat daripada kota ini yang berkeluasan 84 peratus yang mempunyai kira-kira 60 ribu penduduk bandar dan meninggalkan bahagian timur bandar kepada orang-orang Arab dan orang-orang Palestin di Jordan termasuk kawasan Kota Lama dan Masjid Al-Aqsa.

Pada tahun 1967, Zionis telah berjaya dengan misi penaklukan Kota Suci Palestin (Al-Quds) dengan penaklukan bahagian timur kota ini dan menamakannya dengan nama Israel dan menganggap ia sebagai satu bahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada mereka.  Masyarakat antarabangsa secara majoritinya menentang dan tidak mengiktiraf penaklukan ini.  Mereka menghalang  pemindahan kedutaan mereka ke kawasan  Al-Quds ini tetapi tidak mengambil tindakan sewajarnya yang lebih kuat untuk menolak penjajahan Israel.  Tindakan mereka hanya sekadar mengeluarkan kenyataan dan kutukan dalam keadaan aman.
kubah al-sakhrah


Sejak dari itu, isu Palestin telah berkembang pesat sejak dilancarkan kempen menentang penaklukan terhadapnya.  Israel mengabaikan undang-undang antarabangsa, resolusi-resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),  tidak memperdulikan bantahan beratus juta umat Islam dan masyarakat dunia yang menolak perlanggaran terhadap kesucian kota, tempat suci umat Islam dan penganut Kristian.  Al-Quds sentiasa menjadi percikan yang menyalakan kebangkitan Palestin menentang penjajahan seperti Gerakan Terowong (1996), Intifada (Kebangkitan) Al-Aqsa (2000) dan yang terbaharu adalah Intifada yang ketiga iaitu Intifada ‘Al-Quds’ (2015) hingga ke hari ini.

Masjid Al-Aqsa dikira sebagai tempat ketiga paling suci dalam Islam selepas Masjid Al-Haram dan Masjid Al-Nabawi yang menjadi sebab mengapa Kota Al-Quds menjadi sangat penting.  Ia juga merupakan tempat Rasulullah SAW diisrakkan dari Masjid Al-Haram dan darinya pula Rasulullah SAW dimikrajkan ke langit.  Padanya Rasulullah (saw) mengimamkan seluruh Nabi seperti mana yang dirakam di dalam Al-Quran Al-Karim dengan firmanNya yang bermaksud Maha suci Allah yang telah memperjalankan dengan hambaNya pada waktu malam dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan baginya dari tanda kebesaran Kami sesungguhnya Dia maha melihat. Al- Israk:1

Masjid Al-Aqsa ialah semua kawasan yang diliputi tembok (kawasan di atas tembok) yang merangkumi semua mercu tanda Masjid seperti Musolla Al-Qibali, Musolla Al-Marwani, semua kubah-kubah seperti kubah Al-Sakhrah dan kubah Al-Silsilah, pintu-pintu gerbang, wakaf-wakaf dan pondok-pondok serta lapangan-lapangan yang mencecah keluasannya 144,000 meter persegi, sekitar satu perenam dari kota lama Al-Quds semuanya adalah milik mutlak dan suci orang Islam.  Selepas Masjid Al-Aqsa jatuh ke tangan Zionis sejak 1967 ianya semakin terancam dan terdedah dengan aktiviti Yahudinisasi oleh pihak Zionis.

Yahudinisasi Al-Quds

Istilah Yahudinisasi Kota Al-Quds adalah merujuk kepada sekumpulan proses dan polisi yang diikuti oleh penjajah Zionis dan pertubuhan Yahudi terhadap Masjid Al-Aqsa dan Kota Al-Quds bagi merubah persekitaran keagamaan dan kebudayaan serta penduduk dari Islam Arab kepada  bandar Yahudi ala Barat  bagi membolehkan penukaran ini kepada bandar Yahudi sepenuhnya.  Projek ini berpusat dalam 3 peringkat iaitu manusia, tanah dengan apa yang ada di atas dan di dalamnya serta tempat-tempat suci. 
askar yahudi israel mengiringi pelancong yahudi masuk ke masjid alaqsa

Yahudinisasi Penduduk - Pada tahun 1948, Israel membunuh dan mengusir 60 ribu orang dan diikuti ribuan lagi pada tahun 1967 manakala yang sempat lari menyelamatkan diri ke bahagian timur dikira sebagai pendatang asing (imigran) bukan warganegara dan Zionis berurusan dengan mereka mengikut undang-undang penduduk Israel yang memberi kuasa penuh kepada Kementerian Dalam Negeri Israel merampas kad pengenalan (kerakyatan) mereka.

Israel telah menarik balik kerakyatan dari 14500 orang Al-Quds dan merangka untuk melucutkan 100 ribu kerakyatan lagi seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Zionis Benyamin Netanyahu supaya menjadikan penduduk Palestin di Al-Quds hanya 22 peratus sahaja supaya merubah demografinya untuk kepentingan Yahudi.

Kerajaan haram Israel terus memaksa undang-undang ketat ke atas rakyat Al-Quds bagi memastikan bandar Al-Quds kosong dari penduduk Arab Islam.  Setelah mereka menganggap penduduk asal Al-Quds sebagai imigran mereka memperkenalkan undang-undang pusat kehidupan pada tahun 1998 yang mana setiap penduduk Baitul Maqdis yang memiliki rumah atau kerja di luar sempadan Al-Quds akan dibuang kerakyatannya dan diharamkan pendidikan ke atas dia dan keluarganya serta perkhidmatan kesihatan sehingga diusir keluar dari A-Quds.

Sesiapa dari kalangan penduduk Al-Quds yang berbangsa Arab yang berkahwin dengan orang luar samada lelaki atau perempuan tidak akan diberikan pada pasangannya kerakyatan bahkan pada keluarga yang bakal hadir juga bagi membuatkan mereka berhijrah untuk hidup dengan keluarga mereka samada  orang Palestin atau negara lain.

Kerajaan Israel memperkenalkan pelbagai cukai yang tidak masuk akal dan tinggi bagi melumpuhkan ekonomi mereka supaya mereka terpaksa meninggalkan kedai mereka ke tempat lain maka akan lenganglah bandar Al-Quds untuk bangsa Yahudi sahaja.

Yahudinisasi Tempat - Israel menjadikan projek Yahudinisasi ini sejak hari pertama penjajahan Kota Al-Quds pada tahun 1967 Masihi dengan merobohkan penempatan bersejarah Muslim Maghribi dan mengusir seluruh penduduknya malahan ada juga yang menjadi mangsa jentolak.  Di dalam kampung ini terdapat 135 buah rumah, dua buah Masjid dan sebuah sekolah.  Di atas runtuhan kampong ini berdekatan dengan Masjid Al-Aqsa dari arah barat mereka mendirikan apa yang dinamakan hari ini sebagai ‘Tembok Meratap’. 
Cikgu Azmi di Medan Moroko dan dinding Ratapan Yahudi


Nama ini juga sebahagian dari usaha Yahudinisasi kerana dikatakan oleh mereka itulah tempat dinding kuil mereka.  Jadi mereka menangis kerana kehilangannya serta untuk menukar kebudayaan yang berkaitan dengan Masjid Al-Aqsa dan memasukkan unsur Yahudi dalam sejarah Masjid Al-Aqsa dengan dakwaan-dakwaan mereka.  Sedangkan kampong maghribi ini telah dibina 800 tahun sebelum penjajahan Israel iaitu selepas pembebasan Masjid Al-Aqsa dari tentera salib sebagai pemukiman mujahidin yang datang dari negeri sekitar Maghribi pada ketika itu dalam menyertai kempen Sultan Salahuddin al-Ayyubi bagi membebaskan Al-Aqsa.  

Siri keganasan ini berterusan sehingga hari ini, rumah dan bangunan terus dirobohkan. Dari statistik yang dapat dikumpul bermula 1967 hingga 1999 sebanyak lebih dari 2000 buah rumah telah dirobohkan.  Menurut PBB dalam statistik pengurusan hak asasi manusianya menyatakan lebih dari 1400 kes pencerobohan dicatatkan sejak 1988 hingga 2014.  Bertambah getir lagi bila laporan berkenaan isu yang sama mencatatkan 1236 kes sejak tahun 2000 hingga 2015 menyebabkan pengusiran ribuan dari warga Palestin.

Dari sudut lain, mereka menyukarkan dalam urusan mengeluarkan permit binaan bagi orang Palestin dengan menetapkan harga di luar kemampuan atau menghampiri mustahil bagi mendapatkan permit tersebut.  Bahkan tempoh kelulusan juga memakan masa kebiasaannya selama 3 tahun sehinggakan mereka meninggalkan Al-Quds dan membina kediaman di Tebing  Barat ataupun membinanya tanpa permit yang kemudian akan dirobohkan dan tuan bangunan akan menanggung kos perobohan tersebut atau  memaksa mereka merobohkannya sendiri.

Antara cabaran yang dihadapi oleh penduduk Al-Quds terutamanya penduduk Al-Quds Lama adalah mereka tidak dibenarkan menyelenggara kediaman mereka yang telah lama.  Sesiapa yang berbuat demikian akan dianggap sebagai jenayah dan dikenakan denda (walaupun secara sembunyi) sehinggalah ia runtuh sendiri dan ditinggalkan penghuninya.  Tambahan lagi dengan tawaran dari NGO Yahudi dengan jutaan dollar kepada penduduk Al-Quds supaya meninggalkan rumah mereka.  Namun mereka menolak dan enggan meninggalkan rumah mereka walaupun mereka sangat memerlukan duit bagi menjaga kelangsungan Kota Al-Quds dari ancaman Yahudinisasi.


Yahudinisasi Pendidikan - Sejak dari tahun 1967 lagi, sistem pendidikan Israel dijadikan sebagai sistem pendidikan yang mesti diikuti di Al-Quds dengan tujuan untuk memadam kebudayaan asal penduduk Al-Quds dan digantikan dengan kebudayaan mereka.  Tentera telah mengeluarkan amaran rasmi agar tidak diajar 55 buah buku yang berkait dengan bahasa Arab, pendidikan Islam dan falsafah.  Bagaimanapun larangan itu ditarik balik namun beberapa kandungannya dibuang dari buku-buku tersebut sehingga ia menjadi nipis. Usaha melakukan Yahudinisasi dalam pendidikan ini berterusan dalam 3 cara iaitu:
- Menjadikan pelajar tidak boleh bersekolah dengan menghalang mereka dari mendapat hak pendidikan atau menutup jalan-jalan ke sekolah dengan sekatan-sekatan tentera.
- Menghalang guru-guru dengan menangkap mereka dan mengenakan tekanan ke atas mereka.
- Mengganggu sistem pendidikan dengan campur tangan dalam bahan pengajaran dan mengarahkan ulang cetak bagi membuang darinya sebarang unsur patriotik yang berkaitan dengan Palestin atau nilai kenegaraan samada dari aspek sejarah, gambar, slogan ataupun pelajaran.
Realitinya mereka memenuhkan pendidikan pelajar Yahudi dengan kedengkian pada bangsa Arab, Islam dan menyeru kepada penghapusan etnik dengan pemesongan sejarah dan realiti.

Pengisytiharan Al-Quds Sebagai Ibu Negara Bersama - Selepas penjajahan ke atas bahagian timur Al-Quds pada tahun 1967 dan menggabungkannya ke bahagian barat dan mengisytiharkan ibu negara bersekutu bagi Israel namun ditolak oleh PBB dan Majlis Keselamatan Dunia yang menganggap ia tidak mematuhi undang-undang dan menuntut agar Israel keluar dari Al-Quds.  Israel tidak mengendahkan keputusan antarabangsa ini bahkan membuat penegasan pada tahun 1980 dengan melampau mengisytiharkan Al-Quds sebagai ‘Ibu Negara Abadi’  bagi Israel.  Majlis Keselamatan Dunia telah mengeluarkan laporannya bernombor 478 yang menyatakan pengisytiharan ini sebagai sebuah kebatilan dan bercanggah dengan keputusan antarabangsa yang lalu namun Israel terus berdegil dan tidak mengendahkan keputusan tersebut.

Penukaran Nama Tempat, Jalan Dan Bangunan - Rejim Israel secara berterusan menukar nama-nama Islam kepada nama-nama dalam bahasa Hebrew di papan-papan tanda sekitar Al-Quds bagi memadam tanda kewujudan orang Arab Islam dan tamadun mereka di sana.  Mereka telah menubuhkan Badan Penamaan Kerajaan yang bertugas menamakan semula jalan-jalan dan tempat-tempat serta mercu tanda  menurut kehendak Zionis dari segi politik, dakwaan sejarah, menurut Taurat yang telah dipinda dan mengeluarkan panduan pelancong, peta dan laporan rasmi dengan nama baharu tersebut termasuk mercu tanda yang sangat masyhur seperti pintu-pintu Al-Quds yang memiliki sejarah tersendiri dan jalan-jalan utama.  Bahkan Masjid Al-Aqsa juga telah dinamakan ‘Temple Mount’ dengan meletakkan papan tanda nama itu di atas pintu Masjid.  Telah siap ditukar nama-nama di Al-Quds kepada nama baharu sebanyak 7000 tempat.  Yahudinisasi ini merupakan jenayah ketamadunan dan kebudayaan yang dilakukan secara paksa dan tipu helah juga rompakan.

Penukaran Nama Mercu Tanda Bersejarah - Rejim Israel dan Badan Penempatan mereka ingin merombak persekitaran bangunan Kota Al-Quds dengan pelbagai langkah dan inisiatif.  Antaranya meruntuhkan pusat kediaman Arab dan Islam seperti yang berlaku di kampong Maghribi tahun 1967 dan digantikan dengan kawasan lapang di hadapan Tembok Burak (dinding barat bagi Masjid Al-Aqsa) bagi kegunaan Yahudi yang beribadah di Lapangan Meratap.  Di bukit Al-Syaraf yang menempatkan beberapa Masjid, Sekolah dan Surau golongan sufi serta sebuah Pasar  serta 700  buah rumah dipaksa penduduknya berpindah dan menggantikan mereka dengan pendatang Yahudi lalu dinamakannya Bukit Yahudi.

Yahudi membina Synagog Hurva setinggi 4 tingkat dengan kubah besar di atasnya bagi menandingi kubah al-sakhrah.


 Banyak lagi pusat kediaman yang bersejarah telah dirampas dan ditukar dari bangunan-bangunan Arab menjadi bangunan ketenteraan atau kuil seperti Sekolah Al-Tankizikiah (dari zaman Al-Mamluk) telah menjadi kuil Yahudi.  Surau sekolah itu telah ditukar sebagai tempat pembuangan sampah.  Begitu juga dengan kuil ‘Khemah Ishaq’ yang asalnya adalah tanah wakaf Islam yang bernama Hammam Al-Ain.  Contoh lain Rejim Israel telah bekerjasana dengan pertubuhan Yahudi menubuhkan  Synagog Hurva setinggi 4 tingkat di atasnya terletak sebuah kubah yang besar bagi menandingi Kubah Emas di Kubah Al-Sakhrah dalam usaha menguasai pemandangan bangunan Al-Quds.  Terkini pada tahun 2015 telah siap tandas awam bagi kegunaan pelawat Yahudi di kawasan ‘Tembok Menangis’ mereka di atas robohan bangunan orang Islam.

Rampasan Tanah Dan Perluasan Penempatan Haram - Rejim Israel secara terus menerus mengeluarkan perintah merampas tanah orang Palestin dan menjadikannya milik kerajaan.  Rampasan ini merangkumi rumah, Masjid dan bangunan yang telah dirobohkan dan dirampas, atau tanah pertanian yang ditukar milik kepada kerajaan dengan alasan mendirikan taman-taman Talmud dan projek-projek penempatan.

Projek penempatan ini bertujuan bagi menenggelamkan Al-Quds dengan lautan penempatan haram dan memadam ciri bangunan Arab Islam di samping terus menghimpit penduduk asal agar terpisah dari tanah air mereka.  Termasuk dalam projek ini  pembinaan dinding pemisah yang bersifat perkauman sepanjang 700 km yang mana 46 km darinya mengelilingi keseluruhan Al-Quds  bagi menjadikan ia terpisah dari kampung-kampung dan bandar-bandar lain secara geografi dan pentadbiran.  Sehingga menjadikan mereka menjadi bandar-bandar berasingan yang tidak layak mendapat kemudahan perbandaran dan menjurus kepada pengurangan penduduk Arab dari Al-Quds.
Bahagian perangkaan Israel mendedahkan tentang penambahan saiz penempatan Yahudi di Al-Quds melalui dua penggal perlantikan kerajaan sekarang Benjamin Netanyahu secara tepatnya antara 2009 dan 2016 yang mana telah mencapai penambahan bilangan pendatang sebanyak 70 peratus, ini meningkatkan nisbah tanah yang dibina penempatan baharu sebanyak 60 peratus.

Begitu juga dengan perangkaan bahawa tempat-tempat bersejarah di Al-Quds dijarah secara berleluasa bagi membina lebih banyak lagi penempatan.  Kini Israel telah mengusir 68 keluarga Palestin sepanjang tempoh pemerintahan Netanyahu, 55 keluarga telah diusir pada tahun 2015-2016, kini mereka mengancam untuk mengusir 300 lagi keluarga Palestin dari Al-Quds manakala yang lain telah diusir atau diruntuhkan rumah mereka.

Terkini pada Febuari 2017, walaupun dengan bantahan masyarakat antarabangsa, Knesset Israel meluluskan projek penempatan yang memelihara hak penempatan haram yang dibina di atas tanah rakyat Palestin pada sempadan 1967 walaupun dokumen pemilikan oleh orang Palestin dibuktikan.

Yahudinisasi Masjid Al-Aqsa

Walaupun Masjid Al-Aqsa merupakan suci dan memiliki kedudukan yang besar dalam Islam dan bagi orang Islam di seluruh dunia namun Israel tidak mengendahkannya bahkan mereka telah melakukan Yahudinisasi ke atas Masjid Al-Aqsa secara berperingkat bagi merealisasikan kewujudan Yahudi secara berterusan dan secara langsung di Masjid Al-Aqsa dan lapangannya.  Oleh itu mereka telah melalui beberapa peringkat secara bersambung antaranya:

Percubaan Membakar Dan Meletupkan Al-Aqsa – Pada tahun 1969, seorang ekstremis Yahudi telah menyebabkan kebakaran di Masjid Al-Aqsa khususnya di Masjid Al-Qibali.  Api turut meyambar mimbar Solehuddin Al-Ayyubi serta dinding Masjid dan perabotnya.  Rejim Israel melengahkan usaha memadamnya  bahkan melepaskan penjenayah ini dengan alasan pesakit jiwa tanpa dikenakan sebarang tindakan.  Setelah itu berulang-ulang usaha mengebom Masjid Al-Aqsa, yang terakhir ialah pada 2015 oleh seorang Yahudi warganegara Amerika yang merupakan anggota pertubuhan ekstremis Yahudi.  Walau bagaimanapun cubaan itu dapat dikesan beberapa jam sebelum dia melaksanakan operasinya.

Menguasai Beberapa Bahagian Dari Al-Aqsa – Israel memaksa penguasaannya ke atas beberapa bahagian dari Masjid Al-Aqsa antaranya Kubah Al-Janbalatiyah di perkarangan Kubah Al-Sakhrah telah ditukar sebagai Balai Polis Israel dalam Masjid Al-Aqsa.  Begitu juga pintu barat yang dirampas kuncinya dari orang Islam  pada tahun 1967 dan digunakan bagi polis dan juga pelampau-pelampau Yahudi merempuh masuk ke Masjid Al-Aqsa.

Galian Di bawah Al-Aqsa – Israel telah melakukan sebilangan besar galian di bawah Masjid Al-Aqsa bagi tujuan arkeologi dan juga pembinaan terowong.  Bilangan galian  di sekeliling Masjid Al-Aqsa dan di bawahnya sehingga tahun 2016 telah mencecah 63 galian.

Mereka mendakwa tujuan galian arkeologi itu adalah bagi mencari kesan Haikal Sulaiman yang mereka dakwa kewujudannya.  Galian ini telah menjejaskan tiang-tiang Masjid Al-Aqsa dan mengakibatkan juga keretakan pada dinding-dindingnya, selain meruntuhkan binaan-binaan sekelilingnya.  Galian ini juga telah melupuskan tingkat-tingkat sejarah yang ditinggalkan oleh Islam yang menjadi saksi kepada sejarah Masjid Al-Aqsa dan juga Al-Quds itu sendiri.

Galian ini bercanggah dengan ajaran Taurat apatah lagi etika keilmuan  bagi membuktikan ia ialah bandar Yahudi.  Sebahagian sejarawan Yahudi menolak  galian ini kerana menghormati etika keilmuan walaupun selama mana mereka menggali mereka tidak akan menjumpai kesan sejarah Yahudi di Al-Aqsa atau di bawahnya.  Mereka hanya akan menjumpai kesan dan kewujudan Islam yang awal ataupun Byzantium dan tidak ada kaitan dengan kewujudan Yahudi.

Larangan Pembaikan dan Pemulihan Di dalam Al-Aqsa – Larangan melakukan pembaikan dan pemulihan di dalam Masjid Al-Aqsa namun kerana kesucian Masjid ini adalah menjadi satu kewajipan bagi memelihara dan memmperbaiki bangunan, lapangan serta perhiasannya.  Mereka yang bermukim di Masjid Al-Aqsa mencuba secara sembunyi melakukan beberapa pembaikan yang sederhana tetapi mereka diancam dengan tangkapan dan dakwaan oleh Israel.  Menurut laporan rasmi bahawa bilangan projek-projek pemulihan yang tergendala oleh penjajah sehingga akhir 2016 mencecah 40 projek.

Pencerobohan Demi Pencerobohan – Pencerobohan ini berlaku secara berterusan oleh kumpulan-kumpulan pelampau Yahudi dan pelancong-pelancong asing terhadap Masjid Al-Aqsa di bawah pengawasan tentera penjajah.  Kumpulan pelampau ini merayakan upacara Talmud  di sana.  Beberapa tahun kebelakangan ini, pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa telah bertambah bilangannya dan bentuknya yang mana turut disertai orang kerajaan dan ahli Parlimen Zionis.  Percerobohan ini bertujuan membuktikan kewujudan Yahudi di masjid Al-Aqsa adalah benar dan juga Masjid Al-Aqsa adalah benar dan juga Masjid Al-Aqsa bukan lagi sebagai tempat sejarah yang di lawati bersama  antara orang-orang Yahudi dan orang Islam.

Pengepungan Al-Aqsa – Pembinaan Kuil-kuil Yahudi di sekeliling pagarnya seperti Kuil yang dibina di atas ‘Sekolah Al-Tankiziah’ yang bersambung dengan Masjid al-Aqsa atau pun yang lebih rendah darinya Kuil Wilson Bridge.  Pertubuhan Yahudi menggalakkan Yahudi dari seluruh dunia melawat Kuil-kuil ini bagi mengikat mereka dengan Al-Quds.  Selain itu rejim Israel mendirikan taman-taman Taurat sekitar Al-Aqsa menggantikan kesan sejarah Islam.

Bilangan Kuil yahudi yang mengelilingi Al-Aqsa dan di dalam Bandar Lama yang keluasannya tidak sampai 1 kilometer persegi adalah sebanyak 102 buah Kuil.  Pertubuhan Yahudi dan kerajaan Israel berlumba-lumba dalam merancang untuk meruntuhkan Masjid Al-Aqsa sebagai langkah mula membina Haikal Yahudi di atasnya.  Beberapa replika Haikal yang bakal dibina di atas tapak Masjid Al-Aqsa telah disiapkan oleh mereka.

Memerangi Kewujudan Orang Islam Di Al-Aqsa –Akhir 2015 Menteri Pertahanan Israel mengeluarkan kenyataan berkenaan Murabitin di Masjid Al-Aqsa  sebagai organisasi pengganas bagi mengelak mereka-mereka ini mendirikan solat di dalam Masjid Al-Aqsa.  Murabitin adalah terdiri dari lelaki dan wanita yang bernazar untuk berada dalam Masjid Al-Aqsa  untuk mempelajari Al-Quran dan menyekat Yahudi dari menceroboh dan mencemari Masjid. Mereka berada di sana pada setiap masa agar mereka dapat secara aman menghalang Al-Aqsa daripada pembahagian berdasarkan waktu dan ruang.  Di antara matlamat mereka  juga adalah untuk menghalang penjajah radikal daripada merampas Masjid tersebut.  Kerap kali mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan, gangguan malahan  hukuman daripada pihak berkuasa Israel yang ingin menghalang mereka daripada berada di Al-Aqsa.

 Ini menjadikan Israel campur tangan secara langsung bagi kepentingan kumpulan pelampau Yahudi yang mencemari Masjid Al-Aqsa dan menyeru kepada perobohannya untuk membina Haikal Yahudi di tempatnya.

Pada akhir 2015 Israel telah melancarkan perang yang terancang ke atas konvoi Syaddu Al-Rihal dengan menghentikan dan merampasnya agar tidak sampai ke Masjid Al-Aqsa.  Syaddu Al-Rihal ialah bas-bas yang membawa orang yang mahu mendirikan solat dari Palestin ke Masjid Al-Aqsa.
Melarang Orang Islam Solat di Al-Aqsa – Selain meletakkan orang yang solat dan guru-guru Al-Quran dalam senarai orang yang tidak dibenarkan memasuki Masjid Al-Aqsa dan memerangi Murabitin dari memulihara Masjid, polis Israel juga menangkap lelaki dan wanita dalam Masjid Al-Aqsa kerana melaungkan takbir ke arah kumpulan zionis yang menceroboh Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak.

Mereka juga mengenakan had umur bagi golongan yang dibenarkan masuk ke Masjid Al-Aqsa untuk mendirikan solat di dalamnya.  Kebanyakan kampung tidak dibenarkan ke atas penduduk di bawah umur 50 tahun dari memasuki Masjid Al-Aqsa. Ini membuatkan ribuan mereka mendirikan solat di luar kawasan Masjid iaitu di atas jalan tar kerana ada sekatan yang dibuat di sekeliling Masjid Al-Aqsa.

Di samping mengeluarkan larangan pergi ke Masjid Al-Aqsa bagi semua rakyat Palestinyang menetap di Gaza, Tebing barat dan beberapa tempat lain kecuali beberapa puluh orang tua.

Pembahagian Masa dan Tempat Ke atas Al-Aqsa – Ini adalah polisi paling bahaya yang menjurus ke arah Yahudinisasi Masjid Al-Aqsa iaitu dengan menetapkan masa-masa tertentu bagi menghalang orang Islam berada di dalam Masjid Al-Aqsa iaitu dari jam 7.30 hingga 11.30 pagi dan jam 1.30 hingga 2.30 petang kerana waktu ini dikhususkan kepada orang Yahudi membaca Talmud di Masjid Al-Aqsa.

Ini adalah permulaan kepada pembahagian tempat yang mana dikhususkan beberapa tempat untuk Yahudi mendirikan ritual mereka  di dalam Masjid Al-Aqsa serta menghalang orang Islam berada di tempat tersebut manakala dikhususkan tempat tertentu untuk orang Islam mendirikan solat dalam Masjid mereka.  Ini adalah pelanggaran hak umat Islam yang terkepung dalam Masjid Al-Aqsa dan ke atas kebebasan beribadah yang berlaku terang-terangan.

Pengharaman Azan di Al-Aqsa Dan Masjid Al-Quds

Pengharaman melaungkan azan di Al-Aqsa telah diusulkan oleh pihak rejim Zionis  untuk menghalang umat Islam dari melaungkan azan pada waktu malam di Masjid dalam perkarangan Al-Aqsa dan bandar-bandar Palestin yang terletak di kawasan Garisan Hijau iaitu sempadan yang memisahkan negara haram Israel dengan negara-negara jiran. 

Pembentangan usul kali pertama ini telah diluluskan di parlimen Israel pada Mac 2017.  Usul ini dibentangkan di parlimen berikutan penduduk yang tinggal di sekitar kawasan tersebut merasa terganggu oleh azan yang dilaungkan oleh masyarakat Palestin.  Usul tersebut mendapat sokongan penuh oleh kerajaan Israel dan telah mengharamkan laungan azan menggunakan pembesar suara sekitar jam 11.00 malam hingga 7.00 pagi.  Denda akan dikenakan sekitar USD13000 hingga USD2600 bagi sesiapa yang mengingkari undang-undang baharu ini.  Jelas bahawa undang-undang ini bertujuan menghapuskan identiti Islam di Al-Aqsa dan di Al-Quds kerana azan pertama dilaungkan oleh Bilal bin Rabah( r.a) yakni muazzin Nabi Muhammad (s.a.w ) di Al-Quds selepas tentera Islam berjaya menawan Al-Aqsa 1300 tahun sebelum Zionis menakluknya kembali.

Penutup

Apa yang disebut di sini hanyalah beberapa ringkasan dari kesukaran dan polisi jahat dalam usaha mengyahudinisasikan Al-Quds, Masjid Al-Aqsa, penduduk setempat, kebudayaan Islam dan jalan-jalannya.  Adapun apa yang berlaku adalah jauh lebih perit dan sukar serta sangat meruncing keadaannya.
Apa yang lebih penting dan wajib difahami dalam senario ini ialah keperihatinan masyarakat dunia luar dari kelumpok masyarakat Palestin bahawa orang Islam di dalam Al-Quds telah berkorban tenaga, harta serta nyawa dan menyumbang usaha yang sangat besar bagi menyekat perancangan Yahudinisasi dan mempertahankan Masjid Al-Aqsa dengan berdiri di hadapan serangan ganas, diancam penangkapan, dipukul dan disukarkan dalam pencarian rezki. 
Mereka sangat mendambakan peranan dan pertolongan kaum muslimin seluruh dunia samada dalam bentuk kerajaan, rakyat atau pertubuhan bukan kerajaan sama-sama tampil bagi mempertahan dan  memulihara Masjid Al-Aqsa dan Kota Suci Al-Quds yang suatu hari nanti akan mungkin terjajah dan berpindah tangan kepada Israel.
Dari titik ini Yayasan Al-Quds Malaysia yang mendukung perjuangan Al-Quds untuk bertahan dari penguasaan Yahudi ke atas bumi Palestin secara umumnya menyeru dan berharap kepada semua masyarakat Malaysia untuk sama-sama merasai keperitan yang ditanggung oleh saudara seislam di sana dan ikut sama berjuang cara yang termampu di lakukan.
Seperti mana maksud dari firman Allah Taala dalam Surah At-taubah Ayat 41: Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang dijalan Allah) samada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat (disebab pelbagai tanggungjawab).

Memetik sebahagian dari amanat Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardawi Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia menegaskan: Barangsiapa yang mampu menghadapi Israel dengan dirinya maka lakukanlah, barangsiapa yang mampu membantu para pejuang dengan hartanya maka lakukanlah dan barangsiapa yang tidak mampu maka ikhlaskanlah doa untuk mereka.  Sesungguhnya mempertahankan Al-Aqsa merupakan satu kefardhuan.

Ini jelas menunjukkan bahawa setiap muslim dituntut supaya membantu sama-sama menangani kesusahan yang ditanggung oleh saudara seislam yang lain semampu yang mungkin.  Justeru marilah sama-sama kita membantu pihak Al-Quds Foundation Malaysia dan juga MAPIM dalam usaha mereka melaksanakan Projek Wakaf Dan Infaq Aqsa yang mana dana yang diperolehi akan digunakan untuk tujuan berikut:

1.       Pemulihan dan Pemuliharaan- Projek untuk memulihara, membina semula dan memperbaiki pelbagai sudut binaan Masjid Al-Aqsa yang mana binaannya telah banyak dirosakkan oleh tentera Israel.  Sementara itu pencerobohan penduduk Yahudi untuk mengambilalih rumah-rumah warisan Palestin perlu dihalang dengan memastikan rumah-rumah di sekeliling Masjid Al-Aqsa tidak dirampas oleh Yahudi.

2.       Penyelenggaraan Dan Pengurusan – Aktiviti menyelenggara dan mengurus Masjid Al-Aqsa termasuk keperluan dana untuk membiayai petugas dan kerja-kerja pembersihan Masjid, pembiayaan elaun lima orang Imam sepenuh masa , kos elektrik serta bekalan.  Oleh itu dana yang terkumpul akan dijana lagi bagi mendapatkan pusingan dana yang cukup agar boleh membiayaai pengurusan dan penyelenggaraan Masjid Al-Aqsa.

3.       Pendidikan – Semua projek yang berkait dengan pendidikan yang dibangun dan diurus dalam kawasan Masjid Al-Aqsa untuk mempelajari dan mengajar ilmu Islam, Halaqah Al-Quran dan Hadis , Madrasah Tahfiz belia, kelas wanita dan kanak-kanak, tarbiyyah dan pelatihan generasi muda Islam.
4.       Perkhidmatan Awam- Semua aktiviti berkaitan dengan khidmat awam di dalam kawasan Masjid Al-Aqsa termasuk khidmat kesihatan, khidmat untuk warga emas dan OKU , khidmat untuk kanak-kanak dan wanita, penyelenggaraan dan penceriaan serta pengurusan landskap Masjid Al-Aqsa.

5.       Pembinaan Institusi – Aktiviti untuk membangunkan institusi untuk mengukuhkan Masjid Al-Aqsa yang dilengkapi perpustakaan, pusat penyelidikan, galeri, pusat wakaf, markas untuk belia dan wanita serta pusat penerbitan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak MAPIM di talian/fax : +604 421 6510/ Hotline: 011-1064 3309/ Website:www.wakafaqsa.com /Facebook:wakafaqsa.
Bagi yang ingin menderma boleh melalui CIMBBANK 8602715930 (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia). 

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini