About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Tuesday, March 31, 2009

JADUAL KESELURUHAN PROGRAM SAMBUTAN JUBLI INTAN TLDM 2009

Sumber: Navy.mil.my

a. Acara :Lumut Regatta
Tarikh :3 – 5 Apr 09(Jumaat-Ahad)
Lokasi :Pangkalan TLDM Lumut
Perasmi : YB Dato’ Kong Cho Ha

b . Acara :Pentauliahan PASKAL dan Hari Bersama Media
Tarikh :15 Apr 09 (Rabu)
Lokasi :PASKAL dan aktiviti pelayaran
Perasmi : PTL

c. Acara : Pelancaran CD/Album Lagu Patriotik oleh Kump. Koir Suara Warisan
TArikh : 17 Apr 09( Jumaat)
Lokasi : Auditorium KEMENTAH
Perasmi :Timb Menteri Pertahanan

d. Acara :Pengisytiharan Lumut Sebagai Bandar Tentera Laut
Tarikh : 23 dan 24 Apr 09(Khamis-Jumaat)
Lokasi :Bandar Lumut
Perasmi : DYMM Sultan Perak

e. Acara :Hari Terbuka Armada Bersama Jom Heboh dan TV3 Navy Special
Tarikh :25 dan 26 Apr 09(Sabtu & Ahad)
Lokasi :Jeti Pangkalan TLDM Lumut
Perasmi :PTL

f. Acara :Captain- In-Chief Match Race
Tarikh :26 Apr 09 (Ahad)
Lokasi :Pangkalan TLDM Lumut
Perasmi :DYMM Sultan Selangor

i. Acara :Sunset Ceremony and Precision Drill
TArikh : 26 Apr 09 (Ahad)
Lokasi :KD PELANDOK
Perasmi :DYMM Sultan Selangor

j. Acara :Upacara Perbarisan dan Penganugerahan Panji-Panji KD RAJAWALI, KD SRI SANDAKAN DAN PASKAL*
Tarikh :27 Apr 09 (Isnin)
Lokasi :Stadium Pangkalan TLDM Lumut
Perasmi :DYMM Sultan Selangor

k. Acara : Pelancaran Buku 75 Tahun TLDM dan Journal Pelayaran KLD TUNAS SAMUDERA*
Tarikh :27 Apr 09 (Isnin)
Lokasi :KD PELANDOK Pangkalan TLDM Lumut
Perasmi :DYMM Sultan Selangor

l. Acara : Pelancaran Setem dan Syiling Jubli Intan TLDM*
Tarikh :27 Apr 09 (Isnin)
Lokasi :KD PELANDOK Pangkalan TLDM Lumut
Perasmi :DYMM Sultan Selangor

m. Acara :Pelancaran Portal Pusat Sumber Maritim dan Sejarah TLDM (PUSMAS)*
TArikh :27 Apr 09 (Isnin)
Lokasi :KD PELANDOK Pangkalan TLDM Lumut
Perasmi :DYMM Sultan Selangor

MEI

a. Acara :RMN Golf dan BBQ
Tarikh :1 – 3 Mei 09 (Jumaat – Ahad)
Lokasi :Damai Laut Golf and Country Resort
Perasmi :PTL

b. Acara :Pentauliahan KD SRI KOTA KINABALU dan KD SRI LIKAS
Tarikh :15 Mei 09 (Jumaat)
Lokasi :KD SRI KOTA KINABALU dan KD SRI LIKAS
Perasmi :PTL/TPTL/ PWL 2

JULAI

Acara :Sambutan Ketibaan Kapal Selam TLDM
Tarikh :25 Jul 09 (Sabtu)
Lokasi :Pusat Hidrografi Nasional, Pulau Indah, Perlabuhan Klang
Perasmi :DYMM SPB YDP Agong/ DYMM Sultan Selangor


OGOS

a. acara :Perasmian Pusat Kepimpinan TLDM
TArikh :27 Ogos 09 (Khamis)
Lokasi :KD PELANDOK Pangkalan TLDM Lumut
Perasmi :PTL

b. Acara : Majlis Berbuka Puasa Pangkalan TLDM Lumut
Tarikh :27 Ogos 09 (Khamis)
Lokasi :Pangkalan TLDM Lumut
Perasmi :PTL


SEPTEMBER

a. Acara :Pentauliahan KD SRI GOMBAK
TArikh :9 Sep 09 (Rabu)
Lokasi :KD SRI GOMBAK, Kuala Lumpur
Perasmi :PTL

b. Acara :Majlis Berbuka Puasa bersama DYMM Sultan Selangor di MWL 3
TArikh :12 Sep 09 (Sabtu)
Lokasi :Markas Wilayah Laut 3
Perasmi :DYMM Sultan Selangor


OKTOBER

Acara :Rumah Terbuka TLDM Sempena Hari Raya Aidilfitri
Tarikh :3 Okt 09 (Sabtu)
Lokasi :KD SRI GOMBAK
Perasmi :PTL


DISEMBER

a. Acara :LIMA 2009
TArikh :1 – 5 Dis 09 (Selasa – Sabtu)
Lokasi :Langkawi
Perasmi :Perdana Menteri

Nota*:
1. Pelancaran Buku 75 Tahun TLDM, Journal Pelayaran KLD TUNAS SAMUDERA, Setem dan Syiling Jubli Intan TLDM serta Portal Pusat Sumber Maritim dan Sejarah TLDM (PUSMAS) akan dilaksanakan serentak pada 27 Apr 09 setelah selasai Upacara Perbarisan dan Penganugerahan Panji-Panji KD RAJAWALI, KD SRI SANDAKAN DAN PASKAL.

Tuesday, March 24, 2009

TLDM tingkat latihan perangi lanun

Sumber: Utusan Online

Oleh HAMDEN RAMLI utusansabah@utusan.com.my





SYED Zahiruddin Putra Syed Osman (kanan) bersalaman dengan pegawai dan anggota TLDM yang menyertai Eksesais Ostex East 1/09 di Pangkalan TLDM Sepanggar, Kota Kinabalu, semalam. - UTUSAN / GHAZALI BASRI






KOTA KINABALU 23 Mac - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan mempergiatkan latihan sebagai persediaan memerangi ancaman lanun yang dijangka kembali berikutan masalah kegawatan ekonomi global.

Panglima Wilayah Laut Dua, Laksamana Pertama Syed Zahiruddin Putra Syed Osman berkata, perkembangan terbaru yang menyaksikan beberapa insiden serangan lanun memerlukan TLDM untuk lebih berwaspada.

Sehubungan itu katanya, TLDM khususnya di bawah pemerintahan Markas Wilayah Laut Dua akan menjadikan Eksesais Ostex East yang bermula hari ini sebagai platform untuk meningkatkan keupayaan dan kesiagaan dalam memerangi ancaman lanun.

''Kita sudah mula nampak trend itu. Sebagai contoh, baru-baru ini berlaku di Selat Melaka dan Selat Singapura. Walaupun di perairan Sabah dan Sarawak masih belum ada kes serangan lanun tetapi kita mahu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

''Kalau terjadi apa-apa, kita tahu hendak bertindak," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Eksesais Ostex East 1/09 di Pangkalan TLDM Sepanggar di sini hari ini.
Ostex East diadakan tiga kali setahun bertujuan meningkatkan kesiagaan aset-aset TLDM di bawah pemerintahan Markas Wilayah Laut Dua yang berpangkalan di Sepanggar di sini.
Sebanyak 300 anggota membabitkan enam kapal akan menyertai eksesais selama enam hari yang berlangsung di perairan Sabah dan Sarawak.

Syed Zahiruddin menambah, latihan memerangi lanun itu akan turut melibatkan Pasukan Khas Laut (Paskal) TLDM.

Mengenai eksesais kali ini, beliau berkata, beberapa perubahan telah dilakukan bagi meningkatkan keberkesanan latihan.

''Kali ini latihan penembakan udara tidak akan menggunakan roket sebagai sasaran sebaliknya kita menggunakan sasaran yang ditarik oleh pesawat sewa khas," katanya.

Selain itu, ujarnya, eksesais kali ini akan melibatkan penyertaan pesawat pengawasan pantai Beachcraft, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

''Kita juga akan mengadakan simulasi perang bagi membolehkan pegawai-pegawai meningkatkan kepakaran taktikal sebelum melakukan aksi sebenar di laut," katanya.

RM280j pulihara pesawat pejuang

Sumber: utusan online
Laporan HERMAN HAMID, NIZAM YATIM dan YANG CHIN MEE

KUALA LUMPUR 23 Mac - Kementerian Pertahanan memperuntukkan RM280 juta untuk kos operasi dan memulihara semua pesawat pejuang miliknya pada tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, jumlah berkenaan adalah lebih banyak berbanding RM225 juta yang diperuntukkan pada 2007.

"Langkah ini adalah bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara serta memastikan pesawat pejuang berkenaan sentiasa berada pada tahap siap siaga," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Lip Eng ingin tahu butiran kos bagi memulihara pesawat terbabit bagi tahun 2007 dan 2008 serta jumlah pesawat berbanding bilangan juruterbang yang layak mengendalikannya.

Dalam pada itu, Abdullah yang juga Menteri Pertahanan berkata, terdapat 74 juruterbang yang telah dilatih bagi mengendali 19 pesawat Hawk manakala 40 juruterbang untuk memandu 16 pesawat MiG-29.

"Sebanyak 32 juruterbang juga disediakan bagi mengendali lapan pesawat F/A 18D dan tujuh juruterbang untuk 12 pesawat Sukhoi SU-30 MKM," jelasnya.
Beliau berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) setakat ini tidak mempunyai masalah dengan bilangan juruterbang yang berkelayakan bagi memandu pesawat terbabit kecuali bagi pesawat Sukhoi.

"Ini kerana sebilangan juruterbang pesawat Sukhoi berkenaan masih dalam proses latihan.
"Kita memerlukan masa untuk melatih juruterbang dengan kemahiran yang diperlukan bagi memastikan mereka sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ancaman dan keadaan," katanya.

Sementara itu, dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Abdullah berkata, adalah tidak wajar untuk membuat perbandingan antara nisbah Bajet Mengurus dan Bajet Pembangunan Kementerian Pertahanan mengikut tahun.

"Ini kerana Bajet Mengurus disediakan untuk menampung keperluan perbelanjaan operasi harian tahunan manakala Bajet Pembangunan adalah peruntukan bagi perbelanjaan sepanjang Rancangan Malaysia untuk tempoh lima tahun," katanya.

Katanya, peruntukan Bajet Mengurus untuk kementerian itu pada 2009 ialah sebanyak RM10.65 bilion dan Bajet Pembangunan pada tahun berkenaan ialah RM2.35 bilion.
"Walaupun jumlah Bajet Pembangunan adalah rendah pada tahun 2009 tetapi sekiranya dikira untuk tempoh lima tahun sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) ia berjumlah RM13.95 bilion," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, katanya, kerajaan tidak bercadang menjemput ahli-ahli Parlimen untuk melihat sebarang latihan ketenteraan yang dikendalikan oleh ATM.
"Kementerian juga tidak bercadang untuk menganjurkan sebarang seminar bagi meningkatkan kefahaman ahli Parlimen mengenai hala tuju pertahanan negara," katanya.

Friday, March 6, 2009

Previu TEMPUR Mac 2009

Sumber: forum gempurwira.com

GAGAH SETIA
MEMPERKASA DAYA MOBILITI TDMPenggantian Kenderaan Berperisai
F-16 E/F BLOCK 60 DESERT FALCONPesawat F-16 Paling Moden Di Dunia
PENGGUNAAN SISTEM KELUARAN TEMPATAN UNTUK TENTERA DARATBenarkah masuk Angin Keluar Asap?
MG3Kesinambungan MGKA Yang Teruji Di Medan Tempur
TYPE 45 DESTROYERKapal Pembinasa Terkini RN
MI-28NEPemusnah Malam
SELLER’S BONANZA AT AERO INDIA 2009
A-50E/PHALCON: THE NEW FORCE MULTIPLIER
TOWED DECOY SOLUTION
SHARDENED AIR COVER
V-22 OSPREY : THE GAME CHANGER
FIRST LOOK, FIRST SHOT
PASSIVE NON-COOPERATIVE TARGET RECOGNITION OPTION
AESA RADAR OPTIONS DISPLAYED
THE REAL GAME-CHANGER
SSAAB FLIES HIGH WITH WITH NEW CONTRACTS INDIGENOUS AEW & Cs TO BE PROCURED

Monday, March 2, 2009

Tentera Darat lengkapkan perolehan radar 3D

Sumber: Utusan Online

KUALA LUMPUR 1 Mac – Tentera Darat telah melengkapkan perolehan kedua radar TRML-3D bagi memantapkan sistem pengawasan pertahanan negara.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin berkata, sistem itu dikira telah memasuki perkhidmatan Tentera Darat namun belum boleh beroperasi sepenuhnya.

‘‘Sistem radar itu kini menjalani sesi ujian dan latihan sebelum boleh mencapai tahap operasi,” katanya pada sidang akhbar selepas Perbarisan Hari Ulang Tahun Ke-76 Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.

TRML-3D merupakan sistem radar tiga dimensi dan sesuai digunakan untuk pengawasan jarak sederhana.

Selain itu katanya, Tentera Darat juga telah mula menerima pakej kedua Sistem Roket Lancar Berganda (SRLB) ASTROS II dari Brazil baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, senjata itu sedang menjalani beberapa siri ujian dan penerimaannya dijangka dilengkapkan sebelum penghujung tahun ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhammad Ismail menegaskan, perubahan doktrin dan perolehan aset Tentera Darat adalah sejajar dengan keperluan peperangan konvensional.

Empat wanita lakar sejarah ATM

Sumber: Utusan online
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR




KAPTEN Diana Hamdan bersama rakan setugas, Kapten Siti Norfarhana Mohd. Aminuddin bersemangat setelah menerima anugerah yang melayakkan mereka menerbangkan helikopter Agusta A-109 milik Pasukan Udara Tentera Darat di Kem Sungai Besi, semalam.



KUALA LUMPUR 1 Mac - Empat srikandi Tentera Darat (TD) hari ini melakar sejarah tersendiri apabila muncul sebagai wanita pertama dalam beberapa bidang masing-masing di peringkat perkhidmatan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Mereka adalah Kapten Ungku Fatimah Zaharah Ungku Abu Bakar, 24; Kapten Nornie Fathma Ab. Rahman, 26; Kapten Diana Hamdan, 27 dan Kapten Siti Norfarhana Mohd. Aminuddin, 26.
Ungku Fatimah dari Kor Semboyan Diraja mencatat sejarah dalam ATM apabila muncul wanita pertama diberi tanggungjawab membawa panji-panji sama ada dalam operasi mahupun perbarisan.

Kata Ungku Fatimah, beliau berbesar hati dengan kepercayaan membawa panji-panji pada Perbarisan Hari Ulang Tahun Ke-76 Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.
''Panji-panji merupakan lambang kemegahan sesuatu pasukan atau unit dan semasa perang, ia akan diarak di hadapan pasukan itu sebagai tanda keberanian anggota-anggota yang terlibat," katanya yang ditemui selepas acara tersebut.


Nornie Fathma pula muncul wanita pertama dalam TD dan ATM yang diberi tugas sebagai ajutan perbarisan, iaitu mengelola dan memastikan ratusan anggota serta pegawai yang terlibat dalam sesuatu perbarisan berada di tempat sepatutnya sebelum diserahkan kepada penolong ketua perbarisan itu.

''Saya amat berbangga kerana ia sangat mencabar memandangkan sesetengah anggota perbarisan yang kebanyakannya kaum lelaki janggal menerima arahan daripada wanita," ujarnya.


Sementara itu, Diana dan Siti Norfarhana muncul golongan pertama wanita yang mendapat sayap penerbangan dalam TD seterusnya melayakkan mereka menerbangkan helikopter Agusta A-109 milik Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

Kedua-dua mereka yang kini berperanan sebagai pembantu juruterbang dalam satu-satu penerbangan bercita-cita untuk menjadi kapten pesawat dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin memberitahu, pelantikan pegawai wanita berkenaan membuktikan TD bersikap terbuka dalam hal kenaikan pangkat.

''Tidak ada masalah langsung dalam TD untuk mengambil wanita sama ada dari peringkat pegawai atau pangkat-pangkat lain," tegasnya

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini