About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Tuesday, February 11, 2014

Jakarta, Singapura makin tegang

Sumber Utusan

JAKARTA 10 Feb. - Hubungan tegang antara Jakarta dan Singapura berhubung tindakan Indonesia menamakan kapal tentera lautnya dengan nama bekas dua orang anggota tentera lautnya, meningkat apabila pegawai Kementerian Pertahanan Indonesia membatalkan lawatan ke Singapura sempena Pertunjukan Udara Singapura pada minggu ini.

Laman web akhbar The Jakarta Post melaporkan Kementerian Pertahanan Indonesia mengambil tindakan itu selepas kerajaan Singapura membatalkan mesyuarat dua hala antara kedua-dua negara berhubung kerjasama dalam sektor pertahanan.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Indonesia, Jeneral Sisriadi Iskandar berkata, atase pertahanan di Kedutaan Singapura di sini telah memaklumkan pembatalan mesyuarat dua hala itu melalui satu mesej teks, malam kelmarin.

''Mesej itu menyatakan pembatalan tersebut selepas mengambil kira pandangan awam di Singapura. Ia tidak pula menerangkan apakah pandangan tersebut,'' katanya, semalam.

Beliau berkata, Singapura juga menarik balik jemputan kepada 100 pegawai Tentera Indonesia (TNI) untuk menghadiri Pertunjukan Udara tersebut yang akan bermula di Pusat Pameran Changi, esok.

''Ekoran pembatalan tersebut, pegawai TNI termasuk komander, Jeneral Moeldoko, ketua turus, Leftenan Jeneral Budiman dan ketua marsyal udara, Ida Bagus Putu Dunia mengambil keputusan untuk tidak hadir di pertunjukan udara tersebut,'' katanya.

Tindakan Singapura membatalkan mesyuarat dua hala dan jemputan itu dibuat dua hari selepas kerajaan Indonesia tidak menghiraukan bantahan yang dikemukakan negara jirannya itu berhubung penamaan kapal perangnya sempena nama dua askar marin Indonesia yang terlibat melancarkan serangan bom di Singapura pada 1960-an.

Tentera laut Indonesia menamakan kapal perang tersebut sebagai KRI Usman-Harum 359 sempena Sarjan Kedua, Usman bin Haji Muhammad Ali dan Korperal Kedua Harun bin Said yang dihukum mati di Singapura pada 1968 selepas didapati bersalah melancarkan serangan bom di Orchard Road yang menyebabkan tiga orang terbunuh dan 33 orang lagi cedera.
Indonesia sebelum ini menamakan kedua-dua askar marin tersebut sebagai wira negara ini. - AGENSI

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini