About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Sunday, February 1, 2015

PENGIKTIRAFAN PASCA PERKHIDMATAN


Telah diterbitkan dalam majalah perajurit edisi feb 2015
Sehari bergelar angkatan tetap tentera Malaysia, maka seumur hidup seseorang itu diberi perhatian dan perlindungan kebajikan mengikut kadar dan keadaan tertentu seseorang kerana sepanjang tempoh perkhidmatan aktif warga tentera seperti juga penjawat awam yang lain diberi gaji, elaun serta insentif-insentif tertentu di bawah kementerian.  Namun istimewanya warga ATM ini ialah selepas tamat perkhidmatan pun kehidupan mereka dan keluarga masih diberi perhatian oleh kementerian yang sama melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) yang dibentuk khusus untuk menjaga kebajikan veteran ATM. Di samping pembentukan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) 89 tahun yang lalu yang mempunyai matlamat yang sama.
Dengan moto ‘Sentiasa Berjuang’, mereka terus menerus memberi komitmen secara sukarela melalui persatuan bagi menentukan rakan-rakan sepasukan yang tidak bernasib baik dalam konteks sosio ekonomi, hidup selesa dan terbela nasibnya. Semestinya mereka-mereka yang memberi sumbangan besar ini turut diberi anugerah dan pengiktirafan sejajar dengan usaha dan sumbangan mereka di dalam persatuan.
Darjah Setia Sentiasa Berjuang
Sempena Persidangan Perwakilan Tahunan Negara Ke-89 PVATM di TH Hotel & Convention Centre Alor  Setar baru-baru ini, seramai 16 orang individu dalam PVATM telah dianugerahkan Darjah Setia Sentiasa Berjuang (DSSB) bagi tahun 2014. DSSB adalah darjah penghargaan tertinggi dalam persatuan sebagai tanda menzahirkan penghargaan dan penghormatan kepada individu yang telah berjasa dan berkhidmat secara sukarela dalam memperjuangkan kepentingan persatuan dan ahli-ahlinya selaras dengan dengan visi, misi dan objektif persatuan.
DSSB mula diperkenalkan dalam tahun 1996 dan pertama kalinya dianugerahkan kepada semua ahli Jemaah Eksekutif dan Majlis Tertinggi persatuan pada tahun 1997.  Dalam majlis ini YAB Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir (Menteri Besar Kedah) dan Laksamana Tan Sri Dato’ Setia Mohd Anwar Hj Mohd Nor (Bersara)  selaku Presiden PVATM mengetuai penerima anugerah yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Di antara kriteria pertama penganugerahan DSSB ialah mereka-mereka yang terdiri daripada pemimpin negara dan negeri yang telah mempamerkan sifat keperihatinan terhadap perjuangan PVATM dan hal ehwal veteran ATM secara menyeluruh serta rela membantu persatuan dan veteran ATM dan keluarga dalam aspek kebajikan.  Penganugerahan darjah ini mestilah disokong oleh oleh Jemaah Eksekutif dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi secara majoriti.
Kriteria kedua penganugerahan DSSB ini ialah penerima dalam kalangan ahli-ahli persatuan yang terdiri daripada Presiden PVATM yang telah dipilih selama satu penggal atau lebih yang mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi yang membawa perubahan yang positif  terhadap pembangunan dan kemajuan persatuan selaras dengan visi, misi dan objektif persatuan. Penerima juga telah menunjukkan komitmen  dan sifat sentiasa rela berkorban tenaga dan masa dalam menerajui persatuan.  Penganugerahan darjah ini mestilah disokong oleh oleh Jemaah Eksekutif dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi secara majoriti.
Kriteria ketiga penganugerahan DSSB ini ialah mana-mana ahli yang telah berkhidmat sebagai Ahli Jemaah Eksekutif selama dua penggal atau lebih. Mempunyai sifat kepimpinan dan budi pekerti yang baik dan menunjukkan komitmen dan rela berkorban tenaga dan masa untuk melakukan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab membantu dalam pembangunan dan kemajuan selaras dengan visi, misi dan objektif persatuan. Penganugerahan darjah ini mestilah disokong oleh oleh Jemaah Eksekutif dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi secara majoriti.
Kriteria keempat penganugerahan DSSB ini ialah mana-mana Yang DiPertua PVATM negeri yang telah menjadi Yang DiPertua selama dua penggal atau lebih yang telah membuktikan jasa dan bakti yang cemerlang dalam menjaga hal ehwal kebajikan veteran ATM dan keluarga dalam kawasannya.  Mempunyai budi pekerti tinggi dan bersifat tidak mementingkan peribadi sendiri  serta telah menunjukan komitmen melaksanakan tanggungjawab dengan sukarela tidak kira masa dalam membantu pembangunan dan kemajuan persatuan selaras dengan visi, misi dan objektif persatuan. Penganugerahan darjah ini mestilah disokong oleh oleh Jemaah Eksekutif dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi secara majoriti.
Kriteria kelima penganugerahan DSSB ini ialah mana-mana ahli yang telah menjadi ahli persatuan tidak kurang dari 10 tahun dan menjadi sekurang-kurangnya dua penggal menjadi AJK peringkat negeri atau cawangan.  Jasa dan baktinya  dalam membantu dan menyumbang terhadap pembangunan dan kemajuan persatuan telah terbukti. Mempunyai budi pekerti tinggi dan telah menunjukkan komitmen dalam membantu perjuangan persatuan serta sentiasa secara sukarela menghulur bantuan tenaga tidak kira masa. Penganugerahan darjah ini mestilah dicalunkan oleh YDP PVATM negeri dan mendapat sokongan Presiden dan Jemaah Eksekutif dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi persatuan secara majoriti.
Anugerah DSSB juga boleh dilaksanakan selepas kematian (posthumous).  DSSB dizahirkan dalam bentuk selepang yang mengandungi tiga jalur warna rasmi PVATM beserta dua buah lambang rasmi (insignia) PVATM yang disadur dengan emas.  Iannya hanya boleh dipakai semasa majlis-majlis tertentu  anjuran PVATM mengikut arahan yang dikeluarkan oleh Jemaah Eksekutif atau Majlis Tertinggi dari masa ke semasa.
Berikut 14 orang lagi penerima anugerah DSSB 2014 ialah Allahyarham Lt Kol Dato’ Abdul Hamid Ibrahim (Bersara) (Mantan President of The World Veterans Federation), Kept Sharuddin bin Haji Omar (Bersara)-Timbalan Presiden PVATM, Mej Sazali bin haji Ismail (Bersara)-Naib Presiden I PVATM, Brig Jen Dato Hj Muslim bin Yusof (Bersara)-Naib Presiden II PVATM, Lt Kdr Hj Jayah bin Hj Said (Bersara)-Naib Presiden III PVATAM, Kapt Dato’ Yussof bin Yaacob (Bersara)-YDP PVATM Kedah, Hj Mohd Din bin Hosnin – YDP PVATM Selangor, Hj Abdullah bin Che Muda- YDP PVATM Trengganu, Kapt Abdul Latif bin Mohd Nor (Bersara)- YDP PVATM Pahang, En Rusli bin Hj Zinol – YDP PVATM P. Pinang, En Abdul Sanon bin Hj Sapari – YDP PVATM Sabah, En Spencer Ak Birai – PVATM Sarawak, Lt Kol Tajul Ariffin Chu Johari (Bersara)- Setiausaha Agung PVATM dan Kol Meor Omar Baki bin Abd Latiph (Bersara)- Mantan Bendahari PVATM.

Pingat Setia Sentiasa Berjuang
Dalam majlis yang sama seramai 5 orang yang telah memenuhi kriteria penganugerahan telah diberi anugerah Pingat Setia Sentiasa Berjuang (PSSB) yang merupakan pingat penghargaan kedua tertinggi di dalam PVATM. Pingat ini sebagai tanda menzahirkan penghargaan dan penghormatan kepada individu yang telah berjasa dan berbakti secara sukarela dalam memperjuangkan kepentingan persatuan dan ahli-ahlinya selaras dengan dengan visi, misi dan objektif persatuan. Ianya mula diperkenalkan dalam tahun 1996, dan pertama kalinya dianugerahkan kepada ahli pada tahun 1997.
Kriteria penganugerahan PSSB ialah mana-mana ahli persatuan yang telah menjadi ahli sekurang-kurangnya selama lima tahun secara berterusan dan tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh persatuan. Telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan sifat rela membantu perjuangan persatuan tanpa mengira tenaga dan masa.  Penganugerahan ini dicalunkan oleh YDP PVATM negeri dengan mendapat sokongan Presiden dan Jemaah Eksekutif serta diluluskan oleh Majlis Tertinggi persatuan secara majoriti.
Kriteria kedua penganugerahan PSSB ialah kepada mana-mana penjawat awam persatuan yang telah bekerja atau berkhidmat dalam persatuansekurang-kurangnya 15 tahun secara berterusan.  Calun tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib selama bekerja dengan persatuan dan telah menunjukkan komitmen serta mutu kerja yang tinggi dan sifat rela membantu rakan-rakan sejawatantanpa mengira tenaga dan masa.  Penganugerahan ini mestilah dicalunkan oleh Setiausaha Agung dengan mendapat sokongan Presiden dan Jemaah Eksekutif serta diluluskan oleh Majlis Tertinggi persatuan secara majoriti.
PSSB dizahirkan dalam bentuk pingat bersadurkan emas dengan lambang (insignia) rasmi PVATM yang digantung dengan pita 3 jalur warna rasmi PVATM. Ianya boleh dipakai bersama-sama dengan bintang dan pingat lain yang diterima semasa dalam perkhidmatan ATM.  Kedudukan pingat ini adalah yang terakhir sekali apabila dipasang (mount) bersama-sama pingat yang lain.

Penerima-penerima anugerah PSSB 2014 ialah Mej Hj Mohd Yusoff bin Hj Manap (Bersara)- SU PVATM Ampang Jaya, Kapt Asiah binti Ariffin (Bersara)- SU Srikandi PVATM Negara, En mapil bin Tahing- AJK PVATM Sabah, En Mohd Khan bin Abdul Rahman- Pengerusi Beliawira PVATM Trengganu dan Puan Aminah binti Razali- Staf Ibu Pejabat PVATM. 

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini