About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Saturday, September 2, 2017

VETERAN ATM – PENGORBANANMU DISANJUNG TINGGI


 Telah diterbitkan di dalam Majalah Perajurit Edisi Sep 2017

Oleh: Paklang Hamzah



Sejak pengoperasian Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV)  Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2001, JHEV merupakan satu-satunya jabatan  di bawah Kementerian Pertahanan yang dipertanggung jawabkan untuk menjaga hal ehwal kebajikan dan sosial Veteran ATM di Malaysia.  Selain daripada tugas-tugas membayar pencen dan memberi bantuan kebajikan kepada warga Veteran ATM, pada tahun 2012  kerajaan turut meluluskan Rang Undang-undang Akta Veteran 2012 (Akta 740) supaya JHEV diberi kuasa untuk memantau aktiviti  persatuan-persatuan Veteran ATM di seluruh Malaysia.

Rekod di JHEV ATM juga menunjukkan sehingga kini sejumlah 118,000 anggota Veteran ATM Berpencen yang berdaftar dengan jabatan ini manakala dianggarkan Veteran Tidak Berpencen adalah berjumlah 174,000 orang.  Berdasarkan kepada permohonan bantuan kebajikan kepada jabatan ini serta laporan yang diterima, JHEV ATM terus menghulurkan bantuan kepada semua Veteran ATM di seluruh Malaysia.

JHEV ATM juga telah menubuhkan One Stop Centre bagi mengurus dan menangani isu-isu yang dihadapi bakal pesara dan Veteran ATM termasuk dalam soal pembayaran berhubung dengan ganjaran, faedah persaraan dan pencen.  One Stop Centre ini diwujudkan di semua pejabat JHEV ATM Cawangan Negeri di seluruh negara ini berperanan sebagai medium perhubungan di antara bakal pesara dan Veteran ATM  dengan Jabatanarah Rekod  dan Pencen (JRP), Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Satu talian khas yang dinamakan Call Centre yang akan menjadi  saluran perhubungan khusus kepada warga Veteran dengan JHEV juga diwujudkan untuk berkongsi apa-apa permasalahan yang dibangkitkan oleh Veteran dan juga ahli keluarga mereka.

Langkah proaktif ini dilihat  mampu memudahkan bakal pesara dan Veteran ATM untuk melakukan sebarang urusan termasuk menyemak status pembayaran dan lain-lain urusan berkaitan kebajikan dengan lebih cepat dan tepat.



Senarai Persatuan-persatuan Veteran Yang Berdaftar

Sehingga kini (Ogos 2017) sebanyak 116 persatuan induk dan 301 persatuan  di peringkat cawangan yang telah berdaftar dengan JHEV ATM. Ketua Pengarah JHEV ATM selaku pendaftar kepada pertubuhan ini turut memantau dan menyelia operasi dan kelangsungan aktiviti persatuan-persatuan Veteran ATM berpandukan kepada perlembagaan persatuan yang dipanjangkan kepada pihak JHEV ATM sewaktu mula-mula persatuan ini didaftarkan.

-Persatuan Veteran ATM (PVATM)
(Veterans Association Of Malaysian Armed Forces) (VAMAF).

-Persatuan Veteran India ATM (PERIM)

-Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVTTBM)

-Persatuan Veteran Renjer Sarawak

-Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM)

-Persatuan Veteran Kor Perkhidmatan Diraja Malaysia (PVKPDM)

-Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak (PVTMS)

-Persatuan Veteran RAJD Selatan

-Pertubuhan Muafakat Tentera Tidak Berpencen (PMTTB)

-Persatuan Bekas Polis Tentera Wilayah Persekutuan Dan Selangor

-Persatuan Veteran Tentera Batalion Ke 22 Rejimen Askar Melayu Diraja

-Persatuan Veteran Komando Malaysia Sabah
-Persatuan Veteran 9 Rejimen Askar Melayu Diraja Malaysia

-Persatuan Veteran 11 Mta/23 Rejimen Askar Melayu Diraja Malaysia

-Persatuan Pegawai-Pegawai Bersara Angkatan Tentera (Retired Armed Forces Officers’ Assosiation) – RAFOC

-Kelab Pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja

-Pertubuhan Kebajikan Veteran Lain-Lain Pangkat 3 Renjer Malaysia

-Kelab Veteran Kor Armor DiRaja

-Persatuan Kelab Pesara Tentera Gerbang Tanjung Permai

-Persatuan Kebajikan Briged X Gurkha Malaya 4 RAMD

-Yayasan Bekas Komando Malaysia

-Persatuan Perpaduan Bekas Tentera Kamunting

-Pertubuhan Kebajikan Veteran Polis Tentera Wilayah Utara

-Persatuan Bekas Tentera British Malaysia

-Badan Kebajikan Bekas Perajurit Sungai Buloh

-Persatuan Pegawai Veteran Kor Kesihatan Kuala Lumpur Dan Selangor

-Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja

-Persatuan Veteran Kor Perkhidmatan Am (Bahagian Kerani) Zon Selatan

-Pertubuhan Veteran Exten Malaysia (Pekeem)

-Persatuan Bekas Tentera Batalion Ke 20 Rejimen Askar Melayu Diraja
Negeri Sembilan

-Persatuan Pemandu Teksi Bekas Tentera Wilayah Persekutuan (KL)
dan Selangor Darul Ehsan

-Persatuan Veteran T.L.D.M Bukan Berpencen

-Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Negeri Melaka

-Pertubuhan Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen
Negeri Pahang (PKVTTB)

-Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Melaka

-Persatuan Bekas Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
Malaysia (PBPKU)

-Pertubuhan Kebajikan Bekas Tentera 9 Rejimen Renjer Diraja (RRD)
Wilayah Utara

-Kelab Orang Kurang Upaya Veteran Perang Negeri Perak

-Pertubuhan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia

-Kelab Veteran Rejimen Semboyan Diraja Negeri Kelantan

-Persatuan Veteran 3 Melayu Diraja

-Persatuan Veteran Tentera Batalion Ke 21 Rejimen Askar Melayu Diraja

-Persatuan Veteran Kor Kesihatan Wilayah Timur (PVKKWT)

-Persatuan Bekas Guru Tentera Malaysia

-Persatuan Veteran Kor Polis Tentera Diraja (VEKOP-MP) Kelantan Terengganu

-Pertubuhan Khairat Kematian Veteran ATM Kawasan Kampong Gajah Perak

-Persatuan Veteran Sukarelawan Wataniah Malaysia

-Persatuan Veteran Kor Risik Perak (PVRP)

-Persatuan Veteran Kor JLJ Diraja

-Persatuan Veteran Kor Perkhidmatan Diraja Taiping

-Kelab Veteran Satu (1) Rejimen Renjer Diraja Malaysia

-Persatuan Bekas Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (Daulat)

-Pertubuhan Kebajikan Bekas Anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja Wilayah Timur (Ex-Sappers)

-Pertubuhan Perwira Wilayah Utara

-Persatuan Bekas Tentera Laut Diraja Malaysia

-Persatuan Bekas Perajurit Taiping Perak

-Kelab Veteran Kor Perkhidmatan Am Gaji Angkatan Tentera Malaysia (KVKG)

-Persatuan Veteran Tentera Kor Renjer (PVTKR)

-Persatuan Bekas Artileri Malaysia

-Persatuan Bekas 9 Rejimen Askar Melayu Diraja
-Persatuan Bekas Askar British (1967-1972) Selangor Dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

-Persatuan Usahawan Veteran ATM Negeri Sembilan

-Persatuan Veteran Kor Kesihatan Diraja Semalaysia

-Persatuan Bekas Pegawai Rejimen Askar Jurutera Diraja, Kuala Lumpur Dan Selangor (XSOA)

-Persatuan Veteran Kor Kesihatan Wilayah Utara Malaysia

-Persatuan Veteran 19MD (Mech)

-Kelab Pesara 23 Rejimen Askar Melayu Diraja

-Pertubuhan Kebajikan Bekas Tentera Tidak Berpencen Negeri Johor

-Pertubuhan Srikandi Veteran Tentera Hulu Selangor

-Persatuan Pesara Pegawai Tentera Laut Malaysia
(Retired Malaysian Naval Officers Association)

-Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Utara

-Persatuan Veteran 17 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) Malaysia
(PERKEV 17)

-Persatuan Veteran Artileri (Gunners) Wilayah Utara

-Persatuan Alumni Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
(PERHEBAT)

-Persatuan Pembela Veteran ATM Negeri Sabah

-Pertubuhan Tentera Tidak Berpencen

-Persatuan Airforce Seven

-Malaysian Armed Forces Sikh Veterans Association

-Kelab Pegawai Batalion Ke 28/21 Rejimen Askar Melayu Diraja

-Persatuan Veteran TUDM

-Persatuan Kebajikan Veteran India Bekas Anggota Dan Keluarga Tujuh Rrd (Mek)

-Persatuan Veteran 8 Rejimen Askar Melayu Diraja (PV8RAMD)

-Persatuan Bekas Tentera 13 RAMD Delta Force

-Malaysian Army Chinese Veterans Association (MACVA)
-Kelab Saem Sahabat 302

-Persatuan Veteran Bekas Tentera Intake 126

-Kelab Veteran ATM Bukit Sentosa Dan Bukit Beruntung

-Persatuan  Bekas Pasukan Khas TUDM dan Bekas Pasukan Pertahanan Darat TUDM Zon Tengah (PBPKU/Handau - Zon Tengah)

-Persatuan Kebajikan Veteran 2 RAMD (Harimau Malaya)

-Pertubuhan Kebajikan Bekas Askar Jurutera Diraja Wilayah Utara  (EX-SAPPER)

-Pertubuhan Kebajikan Keluarga Tentera Tidak Berpencen Kinta,Perak

-Kelab Veteran Kor Risik Malaysia (KVRM)

-Kelab Veteran IV RAMD Gurkha Malaya, Malaysia

-Pertubuhan Badan kebajikan bekas Tentera kg Bukit Kechil, Bkt Rambai, Melaka

-Persatuan Veteran 25 RAMD

-Persatuan Muafakat Veteran Sarawak (PMVS)

-Kelab Pesara Kor Perkhidmatan Am (Bahagian Kerani) Tentera Darat Malaysia (KeKPAK)

-Pertubuhan Veteran Wanita Angkatan Tentera Malaysia

-Persatuan Kebajikan Veteran Jurutera Komando dan Para

-Persatuan Veteran Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (PV 1 RAMD)

-Persatuan Veteran Komando Sarawak (PVKS)

-Kelab Old Volunteer Force 505

-Persatuan Veteran Lagenda 16 Rejimen askar Melayu Diraja

-Pertubuhan Kumpulan 1019 Berwawasan Semalaysia

-Persatuan Kebajikan dan aspirasi veteran ATM (ASPIRASI)

-Pertubuhan Veteran Perwira Negara Perwira Malaysia (PVPNNM)

-Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia

-Persatuan Bekas Perajurit Parlimen Bukit Gantang, Perak

-Persatuan Veteran 4 Rejimen Renjer Diraja

-Persatuan Veteran 4142 Rejimen Askar Jurutera Diraja

-Persatuan Veteran 503 AW

-Persatuan Veteran Ex Ord Perak

-Persatuan Bekas ATM Larut

-Persatuan Veteran 6 RAMD

-Kelab Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB) Veteran ATM

-Pertubuhan Kebajikan Veteran 933/934 'D' Kompeni 1976


Produk Terbaharu JHEV

Pada 31 Julai 2017 yang lalu, sempena Pelancaran Hari Pahlawan yang diadakan di MINES International Exhibition and Convention Centre (MIECC) di hadapan lebih daripada 15 ribu orang Veteran ATM dari pelbagai peringkat, YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan enam insentif baharu untuk manfaat Veteran ATM keseluruhan khususnya.  Dua daripadanya adalah merupakan skim baharu khusus untuk Veteran ATM yang tidak berpencen.  Usaha pengenalan dua skim ini adalah daripada sesi brainstorming oleh Kementerian Pertahanan/ATM sejak tahun 2016 dan beberapa siri makmal bersama PEMANDU bagi mencari kaedah yang terbaik untuk membantu golongan Veteran Tidak Berpencen.  Dalam program tersebut YAB Perdana Menteri juga menyampaikan bantuan saguhati kepada Veteran Kelainan Upaya (VKU), penerima pingat Setia Perkasa (S.P) dan penerima Pingat Gagah Berani (P.G.B) yang masih hidup.

Dua skim baharu yang dimaksudkan ialah:

a.    Bantuan Bakti Negara (BBN) - Skim ini diperuntukkan kepada Veteran ATM Warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah diberhentikan  daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana angkatan samada dari Angkatan Tetap ATM, Angkatan Sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh ATM (tanpa mengira tempoh perkhidmatan), Force 136, Tentera british yang berkhidmat di Malaya/Malaysia atau Singapura dan Sarawak Rangers.

Antara syarat-syarat lain yang diambil kira ialah tarikh Tempoh Tamat Perkhidmatan (TTP) penerima skim BBN ini mestilah sebelum 1 November 2017, Pemastautin Malaysia, Tidak menerima sebarang pencen, Veteran dengan jumlah pendapatan isi rumah kasar bulanan RM4,000.00 ke bawah (atau penerima BR1M) dan Veteran ATM yang berumur 60 tahun ke atas layak memohon walaupun bukan penerima BR1M.  Permohonan boleh dibuat mulai 31 Julai 2017 hingga 31 Oktober 2017 (tertakluk kepada pindaan) dengan mengisi boring secara online atau di pejabat-pejabat JHEV berhampiran.

b.    Skim Anuiti Veteran (SAVe) – Skim ini diwujudkan bagi menjamin kebajikan anggota/pegawai dan keluarga bagi mereka yang menamatkan perkhidmatan awal secara tidak berpencen untuk menerima pendapatan tetap secara bulanan.

Kelayakan bagi penerima skim ini ialah opsyen bagi pegawai yang menamatkan tauliah tanpa pencen, diiktiraf sebagai Veteran ATM mengikut seksyen 2 Akta Veteran 2012 serta mempunyai Caruman Ahli (10%) dan Caruman Kerajaan (15%).

Pemilihan SAVe adalah merupakan opsyen bagi anggota Lain-lain Pangkat (LLP) yang sedang berkhidmat semasa penguatkuasaan akta ini  dan mandatori bagi anggota yang memasuki perkhidmatan ATM selepas akta ini dikuatkuasakan. Syarat-syarat lain ialah LLP yang menamatkan tempoh perkhidmatan penuh masa (12/15/18 tahun) tanpa berpencen, diiktiraf sebagai Veteran ATM mengikut seksyen 2 Akta Veteran 2012 serta mempunyai Caruman Ahli (10%) dan Caruman Kerajaan (15%).

Konsep pelaksanaan SAVe, pegawai/anggota hanya mengeluarkan wang Caruman Ahli (10%) termasuk dividen dan bonus  dan mengekalkan wang Caruman Kerajaan (15%) di Lembaga  Tabung Angkatan Tentera (LTAT) apabila menamatkan perkhidmatan di mana LTAT akan membuat pelaburan terhadap wang caruman yang dikekalkan dan membayar dividen setiap tahun. Dividen yang diterima setiap tahun di bahagikan kepada 12 bulan dan dibuat pembayaran secara bulanan kepada anggota. Dividen tahun terakhir sebelum menamatkan perkhidmatan akan digunakan sebagai bayaran bagi tahun pertama selepas menamatkan perkhidmatan.

Pembayaran bulanan SAVe akan dibuat oleh LTAT melalui pengkreditan terus ke akaun bank yang akan dibayar seumur hidup dan wang caruman akan dibayar secara lump sum kepada waris apabila pegawai/anggota meninggal dunia.

Manakala insentif-insentif  lain yang turut diumumkan oleh YAB Perdana Menteri ialah:
a.    Penambahbaikan skim Pencen Hilang Upaya Angkatan Tetap berpencen dan Askar Wataniah yang tiada pencen akan dinilai mengikut peratus kecederaan sedia ada yang mana melibatkan pelarasan 300 peratus hingga 800 peratus dan akan dibayar dengan nilai minima RM500.00 hingga RM2000.00 kepada yang terlibat.

b.    Insentif untuk Veteran Kurang Upaya (VKU) yang sebelum ini menerima RM500.00 sebulan kini dinaikkan kepada RM1000.00 sebulan.

c.    Kuota ibadat haji dinaikkan dari 100 orang sebelum ini kepada 400 orang.

d.    Peruntukan awal dari kerajaan sebanyak RM5 juta diberikan kepada Tabung Rayuan Pahlawan.
Sebelum ini beberapa insentif telah pun dilaksanakan bermula dengan agenda Perumahan (pembinaan rumah mampu milik dan Program 1Malaysia Veteran Home Repair), Pendidikan (Skim bantuan Persekolahan dan Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam), Kesihatan (Skim Bantuan Perubatan e-mass dan Pembinaan Poliklinik AT), Kerjaya dan Keusahawanan (Program Recognition Prior Experiential Learning-RPEL), Bantuan Khas (Insentif Khas Insugensi, Bantuan Sara Hidup dan Skim Bantuan Bencana Alam) seperti mana yang telah diwar-warkan sebelum ini.

Kesimpulan

Natijah kepada perbincangan ini, sepatutnya Veteran ATM yang waras sudah mampu berfikir dengan mendapatkan maklumat-maklumat terperinci dan tepat dari sumber yang betul tentang apa yang telah kerajaan sediakan kepada mereka dan keluarga mereka mengikut kategori-kategori tertentu dalam konteks menjaga kebajikan dan meletakkan keistimewaan kepada Veteran ATM terhadap jasa dan pengorbanan mereka kepada negara.

Segala rungutan telah didengari dan dilayani sewajarnya oleh pihak kerajaan sesuai dengan keadaan ekonomi semasa dalam negara walaupun sebahagian besarnya menunjukkan sikap anti kerajaan dengan menuduh kerajaan dan agensi-agensi berkaitan tidak mempedulikan nasib mereka.  Kecenderungan Veteran ATM mengambil dan berkongsi maklumat melalui media sosial dan media baharu sepatutnya boleh memberi manfaat yang berguna untuk mendapatkan berita-berita dari sumber yang sahih tetapi bila kemudahan teknologi maklumat ini telah disalahgunakan, ianya telah menjadi medan untuk berkongsi maklumat yang salah dan penyebaran fitnah. Inilah fenomena yang mempengaruhi minda sebahagian Veteran ATM. Pada mereka, istilah kebajikan itu adalah mesti berupa ringgit-ringgit semata-semata dan mesti diberi kepada semua orang walaupun mereka tidak berada dalam golongan sasar. 

No comments:

Tinggalkan pesanan anda di sini