About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Saturday, December 5, 2009

APMM cadang beli dua kapal besar untuk tugasan rondaan

Sumber Utusan

LANGKAWI 3 Dis — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bercadang membeli dua buah kapal besar untuk tujuan rondaan di perairan yang terletak 200 batu nautika dari pantai.

Ketua Pengarah APMM Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish berkata kapal sepanjang 85 meter dengan keupayaan membawa helikopter diperlukan bagi meningkatkan rondaan terutamanya bagi pemantauan industri perikanan negara dan kawasan pelantar minyak.

Pembelian kapal besar itu adalah projek keutamaan yang akan dipohon di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 nanti, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

APMM mengadakan demonstrasi sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA 2009) di Awana Porto Malai di sini.

Mohd Amdan turut mengambil peluang sempena LIMA 2009 meninjau dan memandu uji bot-bot yang dipamerkan di segmen maritim, yang berpotensi dipilih sebagai aset APMM pada masa depan.

Pada masa ini, APMM mempunyai 120 kapal dan bot pelbagai jenis dan kelas, enam helikopter dan dua pesawat amfibia.

— Bernama

No comments:

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini