Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my
LANGKAWI 3 Dis. - Perbincangan antara kerajaan Malaysia dengan syarikat pengeluar pesawat tempur Gripen, SAAB telah dimulakan sejak enam bulan lalu berhubung penggantian jet MiG-29N yang akan ditamatkan perkhidmatannya mulai tahun depan.
Pengarah Kempen SAAB, Magnus Lewis-Olsson berkata, perbincangan dengan Kementerian Pertahanan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu masih berlangsung sehingga kini.
''Sehingga kini, pihak kementerian dan TUDM menunjukkan maklum balas yang positif.
''Gripen merupakan pesawat paling sesuai buat Malaysia kerana kos senggaraan dan pemodenannya yang berpatutan berbanding pesawat lain," katanya kepada Utusan Malaysia sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di sini hari ini.
Jun lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kerajaan akan menamatkan perkhidmatan MiG-29N bermula tahun depan.
Mengulas lanjut, Lewis-Olsson berkata, penggunaan enjin tunggal pada Gripen bukan isu bagi Malaysia untuk tidak memilikinya.
Katanya, dengan saiz pesawat kecil dan enjin yang lebih ringan, Gripen mampu bergerak laju apabila mengurangkan geseran di udara seterusnya menjimatkan penggunaan minyak.
''Walaupun Malaysia sudah biasa menggunakan pesawat tempur dengan enjin kembar, banyak angkatan tentera udara di dunia seperti Australia telah menghentikan dasar memiliki enjin berkembar," tegasnya.
Jelasnya, Gripen kini digunakan oleh empat negara termasuk negara pengeluarnya iaitu Sweden, Afrika Selatan, Republik Czech dan Hungary sementara sebanyak enam buah telah ditempah Thailand.
Sementara itu, Naib Presiden BAE Systems Asia Pasifik, Chriss Nunn ketika ditemui memberitahu, pihaknya sedia membekalkan pesawat tempur 'Eurofighter Typhoon' bagi menggantikan MiG-29M TUDM.
Beliau memberitahu, jet itu merupakan yang termoden dalam kategori pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) di dunia sehingga kini.
''Kami belum mengadakan perbincangan dengan kerajaan anda kerana Malaysia masih belum mengemukakan spesifikasi pesawat yang dicari," ujarnya.
Bersiap sedialah bagi menghadapi mereka (yakni musuh-musuh) dengan segala kekuatan yang termampu kamu sediakan dari pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh lain selain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedangkan Allah mengetahui-Al Anfal Ayat 60
About Me
- Minda Pertahanan
- Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.
Pages
Saturday, December 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
- Agensi Penguatkuasaan (5)
- APMM (17)
- ATM (71)
- Aviation (3)
- Ebooks (3)
- Eksesais (9)
- Exhibitions (4)
- LIMA (6)
- LIMA / DSA updated (9)
- LIMA updated (31)
- LIMA'09 updated (7)
- Luar negara (31)
- Menhan (3)
- National Task Force (7)
- NTF (6)
- Ops Benteng (5)
- PDRM (12)
- PKPP (1)
- SAR (1)
- Sejarah (5)
- Seminar (1)
- TDM (90)
- TLDM (135)
- TUDM (54)
- Umum (54)
- Veteran (31)
- Wataniah (7)
- Wataniah/Simpanan (2)
No comments:
Post a Comment