Monday, August 4, 2008

PENGISTIHARAN REJIMEN SEMPADAN - KOR BARU TENTERA DARAT YANG KE 16

Sumber: Majalah Perajurit Edisi Mac 2008
Oleh: Hamzah h.d

Pengekalan kedaulatan sesebuah negara bukan hanya khusus kepada negara-negara kuasa besar sahaja namun negara-negara kecil juga mempunyai maruah dan tanggungjawab yang serupa, apatah lagi bagi negara-negara Islam seperti Malaysia yang merupakan fardhu kifayah kepada rakyat yang beriman untuk mempertahankannya.

Ancaman atau serangan konvensional dalam negara setakat ini boleh dikatakan sudah berakhir selepas era konfrontasi dan insurgensi namun ancaman bukan tradisional yang berbentuk pencerobohan lintas sempadan seperti penyeludupan, kemasukan Pendatang Tanpa Izin (PTI) dan kemungkinan pembiakan aktiviti pengganas mula menjadi isu utama sejak akhir-akhir ini dan menuntut usaha kerajaan untuk menanganinya di kawasan sempadan.

Kepesatan pembangunan, kekayaan sumber asli serta keharmonian intergrasi kaum, menjadikan Malaysia satu destinasi ekonomi yang sangat menguntungkan bagi pendatang-pendatang asing samada secara sah atau sebaliknya. Walaupun kemasukan mereka sememangnya telah menyumbang kepada peningkatan ekonomi dan kelancaran pembangunan infrastruktur, namun kenyataan ianya turut mengancam sistem keselamatan negara dengan melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Justeru itu untuk mengekang pengeksploitasian penjenayah-penjenayah komersial mengganggu keharmonian dan keselamatan negara, langkah-langkah proaktif kerajaan melalui agensi-agensi pelaksana seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) telah melakukan pengawalan sewajarnya di semua sempadan negara.

Ringkasan Sejarah

Bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula telah termaktub bahawa membantu pihak berkuasa awam dalam apa jua situasi adalah merupakan tugas skunder yang tidak pernah dikesampingkan malah telah memberi komitmen sepenuhnya. ATM sebagai sebuah organisasi yang kredibel sentiasa menyumbang tenaga terhadap pengekalan kedaulatan negara. Beban tugas Batalion Infantri Tetap dalam membuat penugasan pengawalan sempadan menjadi bertambah berat ekoran pembinaan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) sepanjang 115 km dari Daerah Grik Perak hingga ke Daerah Jeli di Kelantan pada tahun1973.

Pembinaan JRTB yang merentasi Banjaran Titiwangsa bukan sahaja dilihat sebagai jalan pintas perhubungan Pantai Timur dan Barat Semenanjong, malah satu usaha menyekat dan melumpuhkan pergerakan Parti Komunis Malaya (PKM) ke selatan di samping memudahkan sokongan logistik kepada pasukan beroperasi. Pihak PKM melihat pembinaan JRTB akan menyukarkan penyusupan angkatan mereka ke semenanjong Malaysia maka tekanan demi tekanan telah dikenakan dengan menjadikan pekerja JRTB dan peralatan pembinaan sebagai sasaran dengan tindakan militan yang agresif yang mana bukan sahaja menjejaskan kelancaran pembinaan malah telah menelan kerugian jutaan ringgit.

Tindakan ini mendorong Markas Tertinggi merancang strategi membenteras kegiatan tersebut. Pada mulanya Batalion Infantri Tetap telah diaturgerakkan dengan membuat pertahanan statik di sepanjang JRTB dan Empangan Temenggor untuk memberi perlindungan keselamatan kepada mereka. Batalion ini juga dibantu oleh Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) yang terdiri dari anak-anak watan yang dikerah sepenuh masa di seluruh negara yang terdiri dari 49 platun.

Pada tahun 1979 platun ini telah disusun semula bagi menubuhkan Batalion Infantri Kerahan dengan nama Batalion Infantri Siri 300 Askar Wataniah (Bn. Inf. Siri 300) dengan memecahkan kepada lima Batalion Infantri Kerahan iaitu Batalion 301 berpangkalan di Batu 11, Tanah Merah Kelantan, Batalion 302 di Batu Melintang Kelantan, Batalion 303 di Pangkalan Hulu Perak, Batalion 304 di Grik Perak, Batalion 305 ditempatkan di Bukit Kayu Hitam Kedah. Walaubagaimanapun pasukan ini tidak dimasukkan ke dalam struktur organisasi Tentera Darat (TD) kerana kewujudannya merupakan perjawatan sementara berdasarkan keperluan semasa. Walaupun penampilan, beban tugas dan tanggung jawab menyamai angkatan tetap namun dalam beberapa perkara, anggota-anggota Batalion ini tidak menikmati keistimewaan-keistimewaan tertentu karana faktor dasar perkhidmatan.

Tugas pengawalan JRTB dan Temenggor telah dikurangkan ekoran dari perjanjian perletakan senjata dan gerakan militan oleh PKM pada 2 Disember 1989. Perubahan konsep gerakan telah disusun semula dengan mengkoordinasikan Op KOTA ECHO/FOXTROT (Belum) dan Op KOTA GOLF (Kalai) bagi negeri Perak dan Op MERPATI bagi negeri Kelantan. Batalion ini juga dilibatkan dengan pelbagai operasi lain seperti Op SETIA Khas SJR PP 083, Op KOTA BRAVO dan Op Pagar 12 Briged, Op INDERA 4 Briged, Op PAKSI 1 Briged/4 Briged dan Op SJR di Sanglang Perlis.

Berdasarkan komitmen dan iltizam yang dipamirkan selama 29 tahun melaksanakan tanggung jawab dan amanah, pelbagai pihak merasakan kewajaran supaya khidmat bakti Batalion ini dihargai. Justeru itu tarikh 12 Jan 2008 telah menjadi satu tarikh bersejarah terpahat di dalam kalendar TD negara, kerana kerajaan memberi pengiktirafan kepada pasukan ini dengan penyerapan semua pegawai dan anggota ke dalam sebuah lagi cabang perkhidmatan Infantri iaitu Rejimen Sempadan (RS) menjadikan Kor TD yang ke 16. Majlis pengistiharan telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dalam satu majlis gilang gemilang pada 09 Feb 2008 di Batalion Pertama RS Tanah Merah Kelantan.

Detik-detik Penubuhan Dan Wawasan

Idea bagi penubuhan RS ini adalah susulan daripada keperihatinan dan kesinambungan perancangan komprehensif kerajaan dengan mengambil kira keperluan semasa bagi menangani isu-isu keselamatan di persempadanan negara dengan hasrat untuk mempertingkatkan pengawalan dari ancaman jenayah lintas sempadan dan jenayah komersil seperti penyeludupan barangan terkawal dan kemasukan PTI ke dalam negara kita. Ianya selaras dengan rancangan pembangunan Army 2 plus 10 yang juga turut merancang tentang keperluan RS ini bagi menyelaras penugasan keseluruhan pengawasan sempadan secara sistematik dan bersepadu.

Bagi merealisasikan penubuhan RS, proses penyerapan pegawai/anggota dari Batalion Infantri Siri 300 (AW) seramai 3,600 orang telah dilaksanakan dengan upacara mengangkat sumpah yang dikendalikan oleh Pegawai Staf 2 Pengambilan Markas TD-CSM yang disaksikan oleh Panglima TD Jen Tan Seri Muhammad Ismail bin Haji Jamaluddin dan Panglima-panglima yang dilantik di dalam beberapa sesi yang berasingan. Bagi mengisi kekuatan sebenar RS, pengambilan Perajurit Muda akan dibuat mengikut prosedur dan keperluan semasa TD termasuk pengambilan anggota wanita.

Rejimen ini ditubuhkan berasaskan Batalion Infantri Siri 300 (AW) dengan menukarkan designasi kepada Batalion-batalion RS dan mengekalkan penempatan di lokasi yang sedia ada dengan membuat peningkatan dan penambahbaikan kemudahan dan infrastruktur. Rejimen ini akan bernaung di bawah Markas Divisyen ke 2 TD. Bagi tujuan pengawalan dan pemerintahan, sebuah Markas Briged juga ditubuhkan yang akan bertanggungjawab untuk mentadbir dan mengawal semua bentuk operasi yang akan dilaksanakan oleh Batalion RS.

Visi- Satu pasukan (dedicated force) TD yang mampu, seimbang dan bersedia melaksanakan misinya sebagai sebahagian daripada agensi pengurusan sempadan nasional.

Misi- Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar dan pertualang negara serta membantu Pihak Berkuasa Awam untuk mencapai keamanan dan keselamatan di persempadanan negara.

Objektif- Kewujudan Batalion Sempadan dan Markas Briged Sempadan merupakan usaha berterusan TD untuk menjaga keselamatan negara di samping bersiap sedia menghadapi penugasan baru dalam Polisi Pengurusan Sempadan Nasional.

Fungsi- Berdasarkan konsep operasi yang mendukung Polisi Pengurusan Sempadan Nasional, Briged Sempadan berperanan mengawal keselamatan sempadan daripada sebarang bentuk kegiatan pencerobohan, penyusupan, penyeludupan dan kegiatan jenayah. Ia juga akan berganding bahu dengan Pihak Berkuasa Awam tempatan yang lain bagi menggalakkan kerjasama pembangunan sosio-ekonomi di kawasan sempadan

Penutup

RS dengan wajah dan iltizam baru mewarisi perjuangan masa lalu pejuang-pejuang anak watan yang datang dari pelbagai golongan, petani, nelayan hingga kepada yang berjawatan kakitangan kerajaan yang dalam suka maupun duka berhijrah meninggalkan pekerjaan demi seruan pertiwi. Di dalam mengharungi perjuangan, mereka terkorban, meninggalkan isteri dan anak di buaian, meninggalkan ibu tua kesepian, mereka akur dan ‘taat setia’ dengan sedikit imbuhan.

Rakan seperjuangan generasi hari ini, mereka kembali bersumpah dengan cogan ‘SEDIA WASPADA’ dan berikrar dengan lafaz pengabdian dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan kerajaan Malaysia untuk mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan berbekalkan semangat kepahlawanan yang tinggi.

Hari ini mereka dihargai dan menikmati keistimewaan serta kemudahan yang selama ini dinikmati oleh rakan seperjuangan lain dalam Angkatan Tetap. Bagi rakyat umum, mereka menaruh harapan yang amat tinggi dan yakin dengan slogan, visi dan misi pasukan yang akan menampan segala anasir yang datang bermula dari garis sempadan. Selamat berjuang.

6 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum kpd yang berkenaan.
Hari ini 20.8.2011 adalah bulan ramadan.Buat pengetahuan orang islam yang ada agama,pada masa ini ada jurulatih askar yang sedang merendam askar yang berpuasa dlm air.Bagi askar biasalah klu nak rendam and hidup seharian dalam baju uniform basah.Tapi yg saya terkilan sebagai orang awam n islam adalah jurulatih yg beragama islam tidak benarkan askar yg dlm kursus membawa kain pelikat.Ini melibatkan hak asasi orang islam....cuba fikirkan macamana nak solat 5 waktu sedangkan kain pelikat tidak dibenarkan dibawa atas arahan jurulatih kursus semboyan di lata mengkuang,sik,kedah.Uniform perlu sentiasa basah atas arahan jurulatih.Askar direndam dlm air sedangkan sedang berpuasa,air masuk dlm lubang2 yg dilarang masuk,fikirkanlah bagaimana nak berpuasa dan solat,sedangkan jurulatih buat hal demikian.Sekurang-kurangnya bagi lah kain pelikat untuk solat.Tak de gunanya berpuasa tapi tak solat,nak solat jurulatih tak benarkan membawa kain pelikat dlm latihan hutan tersebut.Mananye pergi adab orang islam??Buat zalim ke atas askar bawahan.Pihak yg berkenaan sila check balik jurulatih askar yg terbabit.Jahil agama jurulatih terbabit,tidak sesuai jadi pemimpin.

Jebat2000 said...

saudara anonymous... Jika mahu perkara ini dilanjutkan dengan siasatan seharusnya saudara tampil dengan nama dan no telefon saudara pengadu untuk dihubungi. Tuduhan secara bersembunyi di sebalik anonymous tiada siapa yang akan melayan. terima kasih.

Anonymous said...

hahaha... lawak brtoi.... that true!! dalam hutan x boleh bawak kain pelikat-bju2 yang tidak di benarkan dalam arahan kecuali baju loreng(combat). tuan2 kena ambail tahu, kenape perlu buat macam 2... 1. command at operational and tactical level... 2. training- mission objective 3. brag2 yang x perlu xyah bawak buat berat je..... "kain pelikat"? itu je isu yang nak di bangkitkan?? soal-xde kain pelikat xboleh solat lah??? KAGAT dah ajar cara solat medan.... pakai loreng pown boleh... loreng basah pown boleh solat.... loreng kotor kne tanah, lumpur boleh gune pakai buat solat... masalah skarang,,, "ade org xnak solat je"..... OK!!! Isu kedua>> "jurulatih Jahil x bg solat".... satu bende yang aku agak rase kecewa lah.... tp skang kalau askar tu xmintak nak gi solat memang lah x solat!!!!.. try mintak ng jurulatih tu.. "Stap...mintak kebenaran nk solat jap" kalau die kate " xboleh!!!".... so skang adalah salah jurulatih... biar dieorg tanggung dose 1kali solat 60 thn seksa neraka!!!! boleh terima x pendapat aku nieh?????

Hamzah hd. said...

setuju dgn saudara... askar tak pernah menghalang utk bersolat. Masalah besar sebenarnya tak mau solat je.

Anonymous said...

btol tu.. KAGAT da ajar mcm-mcm.. cara solat di medan.. tak kan la tak de kain pelikat tak boleh sembahyang?
baju loreng yang berlumpur bukannya najis.. semua ini adalah latihan, bagaiana jika suatu hari nanti terjadinya perang? perlukah tentera bawa kain pelikat? sempat ker hendak menukar nye?? fikir fikirknlah..

Anonymous said...

Bayangkan anda tengah solat memakai kain pelikat.....musuh serang kedudukan anda.....takkan nama itu bodoh dan tak berakal, unprofessional soldier!!!

Tinggalkan pesanan anda di sini