Telah disiarkan dalam Majalah Perajurit edisi Jun 2019.
Oleh/Foto :Paklang
Hamzah, Internet
Sebagai rakyat bagi sebuah negara yang memiliki sebilangan pesawat
pejuang pelbagai peranan (MRCA) SU-MKM tentunya sangat berbangga kerana
keupayaan dan keunggulan pesawat ini adalah sangat dikagumi terutamanya bagi
rakyat Malaysia yang berkesempatan melihat sendiri kelincahan pesawat jenis ini
ketika beraksi pada setiap dua tahun sekali dalam Pameran Aeroangkasa dan
Maritim di Langkawi (LIMA) samada ianya dipandu oleh tim Russian Knight mau pun
dari tim TUDM sendiri. LIMA’19 juga buat
pertama kalinya menampilkan Pesawat Tempur Ringan Yak-130 menguji keupayaan
membuat persembahan aerobatik di depan khalayak.
Ternyata keupayaan dan kelincahan mereka memukau sesiapa sahaja
yang melihatnya. Namun begitu, selain
daripada pemain dan peminat-peminat pertahanan, tidak ramai dalam khalayak awam
yang tahu di sebalik keunggulan dan kelincahan
SU-MKM dan Yak-130 ini berpencak di angkasa, siapa sebenarnya yang
terlibat di dalam pengeluarannya. Ianya
tidak lain tidak bukan ialah sebuah kompeni dari Rusia iaitu Perbadanan IRKUT.
Perbadanan IRKUT telah ditubuhkan pada tahun 2002 yang mana pada
mulanya ia hanya sebuah Persatuan
Pengeluaran Penerbangan Irkutst. Hari ini, perbadanan itu adalah sebuah
organisasi perniagaan moden yang menyediakan kitaran kerja yang lengkap termasuk
reka bentuk, jualan pembuatan dan sokongan selepas jualan produk penerbangan
awam dan tentera. Seterusnya pada bulan
November 2006, Perbadanan IRKUT telah menjadi ahli Persatuan Pesawat Udara
Rusia (UAC).
Bagi memaparkan fasiliti industri yang berkembang maju IRKUT telah
disahkan selaras dengan piawaian antarabangsa dengan menggunakan lebih daripada
14,000 profesional yang mahir.
Sehingga kini IRKUT telah berjaya melaksanakan program bagi pesawat
pejuang (2 tempat duduk) pelbagai peranan untuk angkatan Aeroangkasa Rusia dan
Tentera Laut Rusia, Angkatan Pertahanan Udara Kazakhstan dan SU-30MKI untuk
Tentera Udara India, SU-30MKM untuk
Tentera Udara Diraja Malaysia dan SU-30MKI(A) untuk Tentera Udara
Algeria. Semasa melaksanakan program ini, Perbadanan IRKUT telah memperoleh
pengalaman kerjasama antarabangsa yang unik dalam pembangunan dan pembuatan
produk penerbangan.
Buat pertama kalinya, industri penerbangan Rusia telah membangun
dan mengeluarkan pesawat tempur pelbagai peranan yang sangat berkesan dengan
sistem buatan asing yang meluas digabungkan ke dalam peralatan avionik. Pada
masa ini, kerja-kerja yang bertujuan untuk pemodenan lanjut dan peningkatan
keupayaan pesawat tempurnya telah dijalankan.
Sebagai kontraktor utama, Perbadanan IRKUT bersama-sama dengan FSUE' Rosoboronexport' dan
Biro reka bentuk Sukhoi telah berjaya
melaksanakan program SU-MKI yang dilesenkan pengeluarannya di India iaitu di
fasiliti pengeluaran Hindustan Aeronautics Limited (HALL). Melaksanakan program penambahbaikan utama dan komprehensif
bagi Su-30MKI di India juga dijalankan. Teknologi saintifik terkini dan potensi
kejuruteraan Perbadanan IRKUT digabungkan
bagi memastikan pembangunan produk penerbangan yang baharu dibina lebih
canggih.
Pembangunan Pesawat Komersil
Menurut kontrak kerajaan yang ditandatangani untuk R&D,
Perbadanan IRKUT sedang membangunkan keluarga pesawat single-aisle yang
direka untuk pengangkutan penumpang di laluan udara domestik dan antarabangsa. Program
utama industri penerbangan Rusia juga adalah pembangunan dan pembuatan pesawat
udara single-aisle termaju dalam keluarga pesawat komersil MC-21. Keluarga pesawat yang dimaksudkan terdiri
daripada MC-21-300 (tempat duduk 160-211 pax) dan MC-21-200 (tempat duduk
130-165 pax) pengubahsuaian pesawat yang memaparkan tahap penyatuan yang
tinggi.
Ciri-ciri pembezaan utama keluarga MC-21 adalah kos operasi yang
rendah, prestasi alam sekitar yang tinggi, reka bentuk termaju, keselesaan
tinggi untuk penumpang dan anak kapal, dan khidmat sokongan selepas jualan.
Program ini dibangunkan dengan kerjasama antarabangsa secara meluas dengan
penglibatan beberapa syarikat terkemuka antarabangsa di dalam pembangunan ini.
Perintah eksekutif Presiden Persekutuan Rusia No. 378-rp yang bertarikh
6 Jun 2010, menyatakan bahawa Perbadanan
IRKUT dilantik sebagai pelaksana tunggal kontrak kerajaan untuk pembangunan dan
pensijilan bagi famili pesawat komersil MC-21.
Dari segi perkongsian pembangunan dengan syarikat pengeluar pesawat
asing Irkutsk Aviation Plant telah menghasilkan komponen untuk keluarga
Airbus A320 sejak tahun 2008.
Perbadanan RKUT adalah peneraju di dalam industri penerbangan
Rusia, yang menganggarkan pengeluar pesawat Top-10 di dunia. Portfolio produk
yang ditandatangani Perbadanan itu melebihi USD 19 bilion, yang kini terbesar dalam industri
penerbangan Rusia.
Yak-130
Untuk menjalankan
kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan
(R&D), Perbadanan IRKUT juga telah menubuhkan sebuah Pusat Kejuruteraan
yang dinamakan Yakovlev yang merupakan
anak syarikat perusahaan Biro
Reka Bentuk Yakovlev.
Kelibatnya di LIMA'19 memukau penonton |
Biro Reka Bentuk Yakovlev telah membangunkan pesawat tempur dua
tempat duduk Yak-130 sebagai platform latihan juruterbang-juruterbang asas dan
lanjutan di semua peringkat program latihan mereka. Ia juga boleh digunakan
sebagai pesawat pejuang ringan dalam konflik tahap rendah.
Di antara ciri-ciri penting yang terdapat pada pesawat ini ialah
peningkatan daya manuver dan termaju dari segi suite avionik jet pejuang,
kebolehpercayaan yang tinggi dan mempunyai jangka hayat yang panjang. Mematuhi
syarat-syarat yang ketat dari Angkatan Udara Rusia, Yak-130 memenuhi keperluan
semasa dan sesuai dengan permintaan pelanggan asing.
Jet tempur Yak-130 ini menampilkan susun atur aerodinamik dan
prestasi penerbangan subsonik yang serupa dengan jet pejuang moden. Ianya dapat menyesuaikan dengan latihan
tempur sebenar dan penggunaan simulasi sistem pertahanan diri dengan persenjataan udara ke udara /udara ke
bumi. Mod latihan tempur membolehkan ianya melatih juruterbang tanpa perlu membawa senjata yang sebenar. Unit kawalan bersepadu komputer dan simulator
merupakan elemen utama dalam merangka sistem latihan penerbangan dan misi.
Yak-130 boleh membawa sehingga 3000kg beban tempur di sembilan hardpoint
seperti roket, gun, misil, bom
berpandu dan lain-lain. Juga boleh dilengkapi secara pilihan dengan penjejak
laser, stesen optronik, di atas kompleks pertahanan modular, radar udara, serta
dengan senjata buatan asing selepas kerja R & D yang dibiayai pelanggan.
Ciri-ciri khas pesawat ini
ialah cekap beroperasi dalam skop penerbangan yang luas kerana
kesempurnaan aerodinamik, pergerakan yang cemerlang, keupayaan terbang tinggi
semasa serangan, pendakian kadar tinggi, tujahan tinggi pada nisbah berat badan
dan karakteristik cemerlang semasa berlepas dan mendarat.
Mempunyai konfigurasi aerodinamik yang sempurna, Yak-130 adalah
monoplane sayap sederhana dengan kelebihan alat angkat tinggi dan udara terbuka
pada tulang belakang memastikan penerbangan yang mantap dapat dikawal sehingga 35-deg.
sudut serangan. Pesawat ini juga dilengkapi
dengan gear pendaratan roda tiga yang boleh ditarik balik.
Pesawat ini dikuasakan oleh dua
enjin pintasan turbojet Al-222-25, masing-masing diberi pada 2,500kg tujahan. Nisbah
tujahan kepada berat yang tinggi memastikan beban G semasa manuver kekal tinggi
dan karakteristik pelepasan yang mengkagumkan.
Penutup lubang udara khusus
diaktifkan apabila pesawat beroperasi dari lapangan terbang yang tidak berturap
untuk megelakkan dari menyedut objek asing ke dalam enjin semasa berlepas dan
mendarat. Jika berlaku kecemasan dalam operasi autonomi di lapangan terbang
terpencil, Unit kuasa bantuan udara TA-14-130 memastikan ianya boleh
dihidupkan.
Sistem kawalan penerbangan
bersepadu melaksanakan fungsi sistem kawalan automatik dan sistem aktif keselamatan
penerbangan. Sistem kawalan penerbangan bersepadu mempunyai mod pengaturcaraan
semula, yang membolehkan mengubah karakteristik kestabilan dan kawalan pesawat.
Peralatan avionik digital
bersepadu mempunyai senibina terbuka dan boleh meluaskan skop fungsi dengan
pemasangan komponen baharu. Setiap kabin menempatkan kerusi lonjakan dengan keupayaan meluap
kanopi untuk memastikan pemandu dan pembantu dapat menyelamatkan diri dengan
selamat semasa kecemasan.
Spesifikasi Asas Yak 130
Dimensi - Panjang 11.49m, Tinggi
4.64m, Wing Span 9.86m, Wing area 23.5 sq.m, Wheelbase 3.94m,Wheel track 2.53m.
Enjin- Tujahan maksima 2x 2500kg,
Berat- Berlepas dengan muatan
maksima 10290kg,
Kapasiti Fuel- Tangki Dalam
1700kg, Tangki Luar 2x450kg.
Muatan tempur maksima 3,000kg.
Karakteristik Penerbangan –
Kelajuan maksima sebenar 1060km/h, Maksima mach no. Mach 0.93, Sudut serangan
maksima 35 deg, Had muatan operational
+8/-3g, Ketinggian maksima penerbangan12500m, Durasi penerbangan maksima
3.0h, Larian berlepas 550m, Luncur mendarat 750m, Kelajuan berlepas 210km/h,
kelajuan mendarat 190km/h.
Pesawat ini telah dikendalikan oleh Angkatan Udara Rusia dan
kontrak untuk membekalkan Yak-130 kepada Angkatan Udara negara-negara lain telah
pun ditandatangani. Baru-baru ini, IRKUT
memulakan pembuatan siri Yak-130 dengan penggunaan teknologi digital moden di
Irkutsk Aviation Plant.
Su-30SME
Berdasarkan ciri-ciri unggul dan terkenal dalam kalangan famili
Sukhoi, Su-30SME sebagai pesawat pejuang pelbagai peranan mampu melakukan pelbagai
misi tempur seperti menembak ancaman udara di ruang terbuka dan berlatarkan
bumi seperti sasaran di permukaan bumi dan laut pada waktu siang dan malam serta sebarang
keadaan cuaca.
Pesawat ini boleh memusnahkan komponen infrastruktur musuh yang
dilindungi oleh aset pertahanan udara serta melaksanakan tugas pengawasan dan
peninjauan yang jauh dari pangkalan di
samping digunakan untuk latihan sebenar pemanduan jet pejuang.
Konfigurasi aerodinamik bersepadu Su-30SME, digabungkan dengan sistem tujahan vektorin, telah menghasilkan
kebolehlaksanaan yang sempurna serta ciri pelepasan dan pendaratan yang tinggi.
Pesawat ini mampu melaksanakan beberapa gerakan manuver untuk
mendominasi serangan dogfight dan melancarkan serangan peluru berpandu. Dikonfigurasikan dengan dua orang
krew dapat meningkatkan keupayaan tempur melalui pengagihan beban kerja di
antara mereka.
Canards turut
dipasang bagi memastikan penerbangan
yang stabil pada posisi serangan altitut tinggi. Loji kuasa menggabungkan dua enjin jet turbo
AL-31FP secara pintasan dengan tujahan 25000-kgf selepas pembakaran memastikan
kelajuan 1.7M semasa penerbangan mendatar. Rizab bahan api yang besar,
bersama-sama dengan keupayaan mengisi bahan bakar dalam penerbangan, memberi kelebihan
untuk bertahan lebih lama dalam pertempuran.
Beban tempur keseluruhan Su-30SME
berjumlah 8000kg dipasang pada dua belas hardpoint. Pesawat ini mampu
menggunakan pelbagai jenis senjata api samada yang berpandu atau gabungan
senjata yang tidak berpandu yang terdiri daripada misil jarak dekat dan
sederhana udara ke udara dengan infra merah dan sistem radar homing, TV udara
ke permukaan sistem laser berpandu, misil anti kapal dan anti radar, bom udara
berpandu/tidak berpandu dan roket yang tidak berpandu. Juga dilengkapi dengan senjata binaan dalam.
Peralatan avionik terdiri
daripada beberapa komponen generasi baru termasuk Airborne radar, Sistem
navigasi dan penglihatan optronic, topi keledar paparan LCD
warna, Global Positioning system (GLONASS/NAVSTAR. Antara peranti-peranti
lain yang juga boleh dipasang ialah TV guided system, IR laser sighting station, Navigation
IR forward looking system dan Active jamming station.
No comments:
Post a Comment