Oleh Paklang Hamzah/Foto PRTD
Telah diterbitkan di dalam Majalah Perajurit edisi Apr 2018
Pada 21 Feb 2018, tercatat satu lagi detik bersejarah
dalam konteks pencapaian modal insan Tentera Darat Malaysia (TDM) di mana satu upacara
Serah Menyerah Bendera 18 RAMD (Para) oleh Panglima 8 Briged Brig Jen
Dato’ Nazari bin Abd Hadi kepada
Panglima Tentera Darat (PTD) Tan Sri Dato’ Sri Jen Zulkiple bin Hj Kassim dan
PTD menyerahkan pula kepada Panglima 10 Briged (Para) Brig Jen Dato’ Tengku
Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim sebagai simbolik penyerahan Batalion ke 18
Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ke bawah pemerintahan 10 Briged (Para) sempena
Pengisytiharan Pengoperasian sebagai salah sebuah Batalion Infantri (Para)
sekali gus bermulanya batalion ini berada di bawah pemerintahan 10 Briged (Para). Ini bermakna, 10 Bgd (Para) sudah mempunyai 4
batalion yang berkompetensi tinggi iaitu 9 RAMD, 17 RAMD, 8 RRD dan 18 RAMD yang menggenggam motto ‘TANGKAS
BERJUANG’.
Sejarah Dan Pembangunan 18
RAMD
Menyingkap sejarah penubuhan, Batalion
ke-18 RAMD telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Mei 1976 sebagai batalion infantri
biasa dan ditempatkan di Kem Segenting Port Dickson Negeri Sembilan dan disusun
semula menjadi Batalion Infantri Standard (BIS) pada 10 April 1999 dan
ditempatkan di Kem Sri Pantai Kuala Trengganu.
Seiring dengan perkembangan semasa TDM, pasukan ini sekali lagi telah
distrukturkan semula daripada BIS kepada Batalion Infantri (Para) berkuatkuasa
pada tanggal 10 September 2015.
PTD dalam ucapan
pengisytiharannya menyatakan bahawa pengstrukturan ini selaras dengan
perkembangan semasa TDM yang mahukan ketumbukan Pasukan Aturgerak Cepat (PAC)
ditingkatkan keupayaannya. Justeru,
sebagai langkah awal penaiktarafan batalion ini kepada sebuah PAC, serama 4
pegawai dan 46 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah dipilih untuk menjadi
kumpulan perintis dan telah menghadiri kursus Asas Payung Terjun di Pusat Latihan
Peperangan Khusus (PULPAK) Melaka.
Setelah mencapai tahap yang telah ditetapkan untuk diletak sebagai
sebuah pasukan berstatus operasi berdasarkan kepada keupayaan semasa khususnya
berkaitan kelayakan keanggotaan dan kelengkapannya.
Penstrukturan semula pasukan ini
juga turut didorong oleh perkembangan geostrategik negara dan negara-negara
rantau ini yang telah melalui perubahan secara konsisten. Berasaskan perkembangan ini juga TDM secara
proaktif telah merangka satu perancangan konprehensif untuk membangunkan satu
angkatan darat yang kredibel melalui
Pelan Pembangunan Army 4NextG yang dijajarkan daripada pelan pembangunan
yang terdahulu iaitu Army 2 10 Plus 10.
Menerusi pelan pembangunan ini,
TDM terus bergerak berlandaskan satu visi untuk menjadikan ketumbukan ini
sebagai sebuah angkatan yang mempunyai kebolehan serta keupayaan untuk
beroperasi di dua wilayah secara serentak dalam mendepani pelbagai spektrum
ancaman yang bukan sahaja pada waktu sekarang malah juga di masa-masa
mendatang. Tegas beliau, pensrukturan
ini juga membuktikan betapa seriusnya perancangan dan pengimplementasian yang
dibuat oleh kepimpinan tertinggi TDM terhadap visi ini.
Demonstrasi
Acara ini dipersembahkan kepada umum di Lapangan Terbang
Sultan Mahmud (LTSM) Kuala Trengganu dalam satu demonstrasi yang melibatkan
seramai 800 pegawai dan anggota dari ketumbukan ini. Pelbagai aset ketenteraan turut digunakan di
dalam demonstrasi keupayaan dan kemahiran (PAC) termasuk penglibatan aset Tentera Udara Diraja Malaysia
(TUDM) seperti pesawat Sukhoi SU-30MKM, pesawat pengangkut C130 H dan pesawat
E-725 Cougar.
Demonstrasi yang menggambarkan
keupayaan sebenar PAC dalam melaksanakan
misi yang dipertanggungjawabkan kepada mereka sebagai Pasukan Para. Aksi bermula dengan penyusupan Seksyen Pandu
Arah Udara dengan melakukan Penerjunan Bebas dari ketinggian 10 ribu kaki. Misi
mereka turut diawasi oleh dua buah Pesawat Pejuang Sukhoi SU-30MKM bagi tujuan Close
Air Support (CAS) bagi menentukan keselamatan dan kelancaran misi yang dilaksanakan
dari diganggu oleh elemen-elemen musuh. Kemudian
disusuli dengan Penerjunan Statik (Mass
Drop) melalui Pesawat C130 H sebagai Method of entry (MOE) anggota
PAC ke kawasan sasaran.
Dalam demonstrasi ini penarikan keluar seksyen Pandu Arah
Udara dengan menggunakan Teknik SPIE-Rig di ikuti dengan penyusupan
kumpulan serangan dengan teknik Fast Roping dan Hover Jump dengan menggunakan helikopter Nuri dari Skn
882 Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).
Turut hadir dalam upacara ini
ialah Menteri Besar Trengganu, YAB Dato’ Sri Haji Ahmad Razif bi Abd. Rahman, SUK
Negeri Trengganu YB Dato’ Wan Nawawi bin haji Wan Ismail, Panglima Medan Barat TDM Lt Jen Dato’ Azizan
bin Md Delin, Panglima 2 Divisyen Dato’
Mohd Ramli bin Jaafar, Panglima 10 Bgd (Para) Datuk Tengku Muhammad Fauzi bin
Tengku Ibrahim.
No comments:
Post a Comment