About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Monday, October 2, 2017

KEJOHANAN OLAHRAGA TENTERA DARAT KE-36

Oleh: Paklang Hamzah/Foto: PRTD

Acara Pembukaan Kejohanan Olahraga
Tentera Darat Ke-36 Tahun 2017 telah diadakan di Stadium Sukan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kajang yang berlangsung mulai 12 hingga 14 Sep 17.

Kejohanan ini melibatkan 9 formasi iaitu Trup Tentera Darat, Trup Medan Barat Tentera Darat, Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Formasi 1, Formasi 2, Formasi 3 dan 4 Divisyen Serta Angkatan Petugas 450.

Sebanyak 27 Acara dipertandingkan melibatkan 585 atlet.  Acara dimulakan dengan perarakan masuk bendera kejohanan yang dibawa oleh anggota 12 Komp KPTD yang diketuai oleh Kapt Afif bin Halim dan seterusnya acara menaikkan bendera Kejohanan.

Larian membawa masuk dan menyalakan Obor
di podium oleh 2 atlet sukan SEA KL 2017 iaitu Pbt Iskandar bin Alwi dan Pbt Zaidatul Husna bt Zulkifli.  Pbt Iskandar bin Alwi merupakan pemenang pingat gangsa acara lompat bergalah sukan SEA 2017 dan Pbt Zaidatul Husniah bte Zulkifli pula merupakan pemenang pingat perak bagi kedua-dua acara 100 dan 200 meter sukan SEA KL 2017.

Perasmian kejohanan telah disempurnakan
oleh Mej Jen Datuk Adnan bin Hj Abu Bakar, Inspektor Jeneral Tentera Darat (IJTD) dan bacaan ikrar kejohanan oleh Kpl Nik Fakaruddin bin Ismail,
Olahragawan Tentera Darat Tahun 2016 sebaik selesai ucapan perasmian.

Majlis turut dihadiri oleh Mej Jen Dato’ Hanafiah bin Jaafar, Panglima Markas Logistik Tentera Darat dan Pegawai-pegawai Kanan TD dan hampir 500 Warga Tentera Darat. 

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini