Telah diterbitkan di dalam majalah Perajurit edisi April 2015
Tentera Laut
Diraja Malaysia (TLDM) akan menyambut hari ulangtahunnya yang ke 81 April ini sentiasa
berusaha menjadikan sebuah organisasi
pertahanan maritim yang terunggul di rantau ini dan kelihatan tidak putus asa untuk
terus merancang dan memantapkan struktur organisasinya walaupun dalam suasana
perolehan aset tempur yang agak lembab.
Dengan struktur organisasi pemerintahan seperti mana yang ada pada hari
ini TLDM dijangka tidak mempunyai masalah untuk tampil sebagai sebuah angkatan
laut yang kredibel di rantau ini jika kerajaan bersedia membeli lebih banyak
lagi aset-aset tempur dan persenjataan yang diperlukan oleh TLDM dalam usaha mengukuhkan
pertahanan di wilayah-wilayah laut yang dipertanggungjawabkan.
Pengwujudan markas-markas pemerintahan yang baharu
dijangka memberi ruang yang cukup luas kepada pemerintahan TLDM di peringkat
tertinggi dan di peringkat markas memerhati dan mengawal permasalahan dan
keperluan yang boleh mengganggu hala tuju serta kelicinan proses ke arah
pengeluaran produk perkhidmatan yang terbaik kepada ketenteraman negara. Namun begitu jika tiada perolehan ketara bagi
menampung kekurangan yang sedang berlaku dalam flotila-flotila maka struktur
yang kelihatan mapan ini mungkin akan kelihatan cantik di peringkat pentadbiran
sahaja sedangkan tugas hakiki TLDM dalam menguatkuasakan pertahanan maritim
tidak berada di tahap sebenar.
Markas Tentera Laut (MTL) merupakan markas tertinggi
dalam hierarki organisasi di mana Panglima Tentera Laut (PTL) selaku ketuanya
diikuti dengan tahap kedua yang dibarisi oleh Timbalan Panglima Tentera Laut
(TPTL) yang bertanggungjawab kepada PTL bagi
mengetuai organisasi MTL itu sendiri serta panglima-panglima yang mengetuai
Markas-markas Pemerintahan seperti Markas Pemerintahan Armada (MPA), Markas
Pemerintahan Bantuan (MPB) dan Markas Pemerintahan Pendidikan Dan Latihan TLDM
(MPPL TLDM). TPTL dan Panglima-panglima markas pemerintahan adalah bertaraf
Laksamana Madya.
- Unit-unit di bawah Organisasi MTL ialah Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Perisikan Laut, Bahagian Operasi dan Exsesais, Bahagian Material, Bahagian Perancangan Pembangunan, Bahagian Kejuruteraan, Bahagian Pengurusan Strategik dan Bahagian Pentadbiran. Setiap bahagian diketuai oleh Asisten Ketua Setaf (AKS) yang bertaraf Panglima melainkan Bahagian Perisikan Laut yang bertaraf Kepten.
Markas-markas Pemerintahan Dan Naungan
Pada 14 Julai 2014 yang lalu, MPA sekali lagi menyaksikan perlantikan Panglima baharu bagi menggantikan Laksamana Madya Datuk Abdul Hadi Abdul Rashid yang bersara daripada perkhidmatan setelah menyempurnakan perkhidmatan beliau selama 40 tahun 8 bulan bersama TLDM. Penggantinya Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli merupakan Panglima Armada yang ke-20 sejak MPA ditubuhkan pada September 1980.
- Unit-unit di bawah Organisasi MTL ialah Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Perisikan Laut, Bahagian Operasi dan Exsesais, Bahagian Material, Bahagian Perancangan Pembangunan, Bahagian Kejuruteraan, Bahagian Pengurusan Strategik dan Bahagian Pentadbiran. Setiap bahagian diketuai oleh Asisten Ketua Setaf (AKS) yang bertaraf Panglima melainkan Bahagian Perisikan Laut yang bertaraf Kepten.
Pada 14 Julai 2014 yang lalu, MPA sekali lagi menyaksikan perlantikan Panglima baharu bagi menggantikan Laksamana Madya Datuk Abdul Hadi Abdul Rashid yang bersara daripada perkhidmatan setelah menyempurnakan perkhidmatan beliau selama 40 tahun 8 bulan bersama TLDM. Penggantinya Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli merupakan Panglima Armada yang ke-20 sejak MPA ditubuhkan pada September 1980.
MPA merupakan satu formasi utama yang menggemblingkan
aset dan modal insan bagi merangka serta penjanaan kuasa tempur TLDM
umumnya. MPA merupakan tunjang kepada pengoperasian
aset maritim yang telah dibahagikan kepada beberapa flotilla.
MPA juga turut di bantu oleh markas-markas dan unit-unit
lain yang bertanggungjawab memperincikan perancangan, perlaksanaan pengawasan di
lapangan seperti Markas Wilayah Laut Satu (Mawilla 1) yang berpusat di Tanjong
Gelang Kuantan yang memantau keadaan di laut Pantai Timur Semenanjong. Beberapa
aset tempur yang diletakkan di area ini mampu memberi perlindungan dan
tentangan berdasarkan keupayaan dan kesiapsiagaan semasa.
Markas Armada |
Markas Wilayah Laut Dua (Mawilla 2) yang kini telah
berpindah dari Labuan ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) yang akan
memusatkan pemerhatian di perairan laut negeri Sabah dan Gugusan Semarang
Peninjau (GSP). Beberapa buah kapal yang ditempatkan sepenuh masa di Mawilla 2 bersiap
siaga menghadapi segala kemungkinan.
Markas Wilayah Laut Tiga (Mawilla 3) berpangkalan di
Pulau Langkawi yang membuat pemantauan di kawasan Selat Melaka Utara. Tiada
kapal ditumpangkan di pangkalan ini kerana penugasan aset terus dari Lumut.
Markas Wilayah Laut Empat (Mawilla 4) yang masih di dalam
perancangan pembangunan akan mengambil peranan dalam pemantauan di perairan
laut Sarawak bila siap kelak.
Lain-lain unit di bawah naungan MPA yang telah dinaik
taraf menjadi sebuah markas ialah Markas Udara.
Markas Udara menaungi 3 unsur di bawahnya iaitu KD RAJAWALI yang pentauliahannya pada 1990 dengan aset udaranya semata-mata
pesawat terpakai WASP HAS MK I di namakan Skuadron (skn) 499 telah banyak
memberi pengajaran berguna kepada Unit ini dalam menimba ilmu
penerbangan. Oleh sebab keusangan aset pesawat maka skuadron ini telah
ditamatkan.
- Skn 501 adalah skuadron bagi penjagaan dan perawatan
pesawat helikopter Super Lynx 300 Mk 100 memasuki perkhidmatan bagi membantu
aset-aset permukaan di dalam peperangan atas permukaan (ASuW), bawah permukaan
(ASW), pengawasan sasaran melampaui garis ufuk (OTHT), operasi khas
PASKAL di samping melaksanakan tugas-tugas am dalam bentuk misi kemanusiaan
seperti Bodevec, Medevec dan lain-lain.
-Skn 502 yang mengoperasikan 6 buah pesawat AS 555 Fennec
sebagai pesawat latihan dan lain-lain peranan yang hampir sama dengan Super
Lynx 300 Mk 100 meski pun pesawat ini tidak membawa persenjataan berat.
Namun begitu bagi pertahanan diri dan sokongan penembakan pesawat ini dipasang
dengan tenggekkan mesingun MGKA berkaliber 7.62mm.
-
Markas PASKAL yang menaungi KD PANGLIMA HITAM iaitu sebuah unit elit
pengempur yang berwibawa dan digeruni di medan peperangan maritim.
-
Markas Selam dan Peperangan Periuk Api yang menaungi KD DUYUNG yang bertanggungjawab melaksanakan semua aktiviti
berkaitan dengan penyelaman, kejuruteraan bawah air, pemusnahan bawah air,
pemusnahan periuk api dan pelbagai lagi.
-
Markas Kapal Selam yang Unit di bawahnya ialah KD TUNKU ABDUL RAHMAN dan KD TUN
ABDUL RAZAK .
-
Markas Pangkalan Sandakan terletak di Bandar Sandakan Sabah. Unit di bawahnya ialah KD SRI SANDAKAN.
Beberapa buah kapal ditempatkan di Pangkalan sebagai pemerhati rapat yang mampu
bertindak untuk menghadapi segala kemungkinan.
-
Beberapa unit kecil yang juga di bawah
naungan MPA ialah Pusat Taktikal Marin (PUSTAKMAR) iaitu pusat latihan simulasi
taktikal peperangan kepada tim Aksi Informasi dan Organisasi (AIO) kapal.
-
Stesyen-stesyen Komunikasi yang berada di kawasan persekitaran pangkalan TLDM
Lumut.
Dengan kolaborasi markas-markas dan unit-unit di bawah
naungan, MPA dengan penuh yakin berupaya merancang dan mengatur gerak aset dan
modal insan yang sedia ada dalam melaksanakan peranan dan objektif markas.
Markas Pemerintahan Bantuan (MPB) yang turut menaungi beberapa
buah markas lagi di bawahnya seperti Markas Kejuruteraan, Markas Pangkalan
Lumut dan Markas Material. MPB
bertanggungjawab kepada Panglima Tentera Laut (PTL) dalam hal ehwal Pangkalan
Lumut, pembekalan stor dan alatganti serta senggaraan aset. MPB dan markas
naungannya berpusat di Pangkalan TLDM Lumut.
Markas Pemerintahan Pendidikan Dan Latihan TLDM (MPPL
TLDM) sebenarnya terletak di Jalan Semarak Kuala Lumpur namun begitu kebanyakan
unit-unit sokongan latihan lanjutan LLP dan pegawai serta Pusat Kepimpinan TLDM
berpusat di dalam Pangkalan TLDM Lumut cuma Pusat Latihan asas Perajurit Muda iaitu KD SULTAN ISMAIL
(KDSI) sahaja yang beroperasi di Tanjong Pengelih Kota Tinggi Johor yang mana
mempunyai prasarana lengkap sebagai sebuah pusat latihan asas yang juga
dilengkapi dengan sebuah dermaga bagi kemudahan kapal-kapal latihan merapat
untuk tujuan latihan penyesuaian kepada pelatih-pelatih baharu tentang budaya
kerja dan kehidupan navy peoples selepas mereka diterima bertugas di
pelbagai flotilla setamat kursus asas nanti.
Pusat Hidrografi Negara (PHN) yang terletak di Pulau
Indah Pelabuhan Kelang Selangor adalah merupakan kesinambungan daripada
penubuhan Cawangan Hidrografi TLDM yang ditubuhkan pada tahun 1969 dengan
mengubahsuai sebuah kapal MCMV untuk melaksanakan tugas-tugas pengukuran.
Pada 31 Oktober 1972, kabinet telah memutuskan dengan melantik TLDM sebagai
agensi yang bertanggung jawab terhadap kerja-kerja pengukuran hidrografi di
Malaysia.
Untuk tujuan itu sebuah kapal telah dibina di Limbungan
Hong Leong-Lurssen Butterworth dan memulakan perkhidmatan dengan TLDM pada
Januari 1978. Kapal yang berukuran 71 meter panjang dan 13 meter lebar
dengan keanggotaan 155 orang Pegawai dan LLP telah diberi nama dengan KD
MUTIARA (151).
Sebuah lagi kapal untk kegunaan hidrografi telah dibina
juga di Limbungan Hong Leong- Lurssen Butterworth dengan reka bentuk firma
Krogerwerft Jerman yang telah memulakan perkhidmatan dengan TLDM pada tahun
1996 dengan nama KD PERANTAU (255) sempena nama kapal hidrografi pertama
yang telah dilucutkan tauliah. Kedua-dua kapal ini dilengkapi dengan
peralatan hidrografi moden yang serba canggih. Sehingga pada tahun
1990an TLDM telah mula mengguna pakai carta MAL dan publikasi-publikasi yang
dikeluarkan oleh PHN.
Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM (PSSTLDM) turut
diberi bayangan oleh TLDM tentang kewujudannya.
Namun begitu penubuhan sebuah markas bagi menaungi dan menjadi perancang
kepada pengoperasian pasukan-pasukan simpanan ke arah yang lebih dinamik dan
sistematik adalah sangat relevan memandangkan kekuatan ketumbukan PSSTLDM
mencecah angka yang mampu diaturgerak sebagai pelapis angkatan tetap bila mana
diperlukan.
Armada
Kewujudan TLDM adalah bertitik tolak daripada kewujudan
armada itu sendiri bermakna tanpa armada, TLDM tidak akan wujud. Kewujudan
Amada TLDM boleh dikatakan bermula se awal pembentukan
Tentera Laut Simpanan Sukarelawan Negeri Selat - Straits Settlement Naval Volunteer Reserve (SSNVR) iaitu bermula dengan sebuah kapal Korvet Kelas Flower HMS LABURNUM yang dihadiahkan oleh Royal Navy sebagai pelantar latihan kepada anggota SSNVR pada tahun 1935. Namun begitu HMS LABURNUM telah ditenggelamkan oleh tentera Jepun sewaaktu perang dunia kedua.
Tentera Laut Simpanan Sukarelawan Negeri Selat - Straits Settlement Naval Volunteer Reserve (SSNVR) iaitu bermula dengan sebuah kapal Korvet Kelas Flower HMS LABURNUM yang dihadiahkan oleh Royal Navy sebagai pelantar latihan kepada anggota SSNVR pada tahun 1935. Namun begitu HMS LABURNUM telah ditenggelamkan oleh tentera Jepun sewaaktu perang dunia kedua.
Armada TLDM
dibahagikan kepada 4 flotila iaitu Flotila Serang, Flotila Bantuan, Flotila
Latihan dan Flotila Rondaan. Flotila membawa maksud kumpulan kapal-kapal di dalam Armada yang
mana setiap flotila mempunyai tugas-tugas khas tertakluk kepada jenis dan
kemampuan sesebuah kapal berdasarkan sistem persenjataan dan ekuipmen utama yang
dibawa.
Flotila Serang merupakan pemukul bahagian hadapan dan
berupaya menangani ancaman perang 4 dimensi.
Keupayaan dan kebolehan pelantar dalam flotilla ini tidak dirujuk kepada
saiz fizikal tetapi ianya lebih kepada kemampuan sistem persenjataan utama dan
skunder serta penderia-penderia sokongan serta sistem dorongan yang
menghasilkan keupayaan mobiliti yang tinggi.
Corvette ke 22 Kelas Kasturi - KD KASTURI (25) dan
KD LEKIR(26). Skuadron ini telah berjaya melaksanakan Pemanjangan Jangka Hayat
(SLEP) yang mana beberapa perubahan sistem persenjataan dan pemodenan ekuipmen
yang lebih canggih dan kontemporari mengikut perkembangan teknologi semasa dan
lebih mesra pengguna.
Jenis Corvette
Guided Misile (FFG)
Pembuat Blohm +
Voss (HDW) di Kiel, Jerman
Ditauliah15 Ogos
1984
Sesaran 1850 tan (berat penuh)
Panjang 97.3 meter (319.1')
Lebar 11.3 meter (37.1’)
Draf kedalaman 3.5 meter (11.5’)
Propulsi 4 x MTU 20V 1163 TB92 CODAD (21400 shp)
Kelajuan 28 knot
Persenjataan: Peluru Berpandu 8x MM40 Exocet block II anti kapal, Meriam: 1x, 1x Bofors 57mm/70, 2x2 MSIDS30B kembar
Torpedo: 2x3 B515 untuk torpedo A244S Whitehead
Penderia Penjejak udara/permukaan: Thales DA08
Navigasi: Kelvin Hughes 1007
Kawalan Tembakan: Thales Mirador
Sonar: ATLAS Elektronik DSQS-21C
Peperangan elektronik: DR3000S ESM, Scimitar ECM
Krew 128
Sesaran 1850 tan (berat penuh)
Panjang 97.3 meter (319.1')
Lebar 11.3 meter (37.1’)
Draf kedalaman 3.5 meter (11.5’)
Propulsi 4 x MTU 20V 1163 TB92 CODAD (21400 shp)
Kelajuan 28 knot
Persenjataan: Peluru Berpandu 8x MM40 Exocet block II anti kapal, Meriam: 1x, 1x Bofors 57mm/70, 2x2 MSIDS30B kembar
Torpedo: 2x3 B515 untuk torpedo A244S Whitehead
Penderia Penjejak udara/permukaan: Thales DA08
Navigasi: Kelvin Hughes 1007
Kawalan Tembakan: Thales Mirador
Sonar: ATLAS Elektronik DSQS-21C
Peperangan elektronik: DR3000S ESM, Scimitar ECM
Krew 128
Skuadron Frigate
ke 23- KD JEBAT (29) dan
KD LEKIU (26).
Jenis Frigate Guided Misile (FFG)
Pembuat BAE Systems Marine, Glasgow (dahulunya Yarrow Shipbuilders)
Ditauliah 9 Oktober 1999 (Lekiu)/ 20 November 1999 (Jebat)
Sesaran 1845 tan, 2390 tan (berat penuh)
Panjang 105.5 meter
Lebar (346’) 12.8 meter (42’)
Draf kedalaman 3.6 meter (11.8’)
Propulsi 4 Diesel MTU CODAD 24500kW (33300 shp)
Kelajuan 28 knots
Persenjataan
Peluru Berpandu: 8x MM40 Exocet SSM, 16x Sea Wolf SAM VLS
Meriam: 1x 57mm meriam utama Bofors, 2x 30mm sekunder MSI
Torpedo: 2x 3 B515 324mm (12.75in) Stingray anti kapal selam
Penderia Penjejak udara: Signaal DA08
Penjejak permukaan: Ericsson Sea Giraffe 150HC
Navigasi: Racal Decca
Kawalan Tembakan: 2x Marconi 1802
Sonar: Thomson-Sintra Spherion aktif serang/jejak Peperangan elektronik: AEG Telefunken/Marconi Mentor ESM, MEL Scimitar ECM
Krew 145
Pembuat BAE Systems Marine, Glasgow (dahulunya Yarrow Shipbuilders)
Ditauliah 9 Oktober 1999 (Lekiu)/ 20 November 1999 (Jebat)
Sesaran 1845 tan, 2390 tan (berat penuh)
Panjang 105.5 meter
Lebar (346’) 12.8 meter (42’)
Draf kedalaman 3.6 meter (11.8’)
Propulsi 4 Diesel MTU CODAD 24500kW (33300 shp)
Kelajuan 28 knots
Persenjataan
Peluru Berpandu: 8x MM40 Exocet SSM, 16x Sea Wolf SAM VLS
Meriam: 1x 57mm meriam utama Bofors, 2x 30mm sekunder MSI
Torpedo: 2x 3 B515 324mm (12.75in) Stingray anti kapal selam
Penderia Penjejak udara: Signaal DA08
Penjejak permukaan: Ericsson Sea Giraffe 150HC
Navigasi: Racal Decca
Kawalan Tembakan: 2x Marconi 1802
Sonar: Thomson-Sintra Spherion aktif serang/jejak Peperangan elektronik: AEG Telefunken/Marconi Mentor ESM, MEL Scimitar ECM
Krew 145
Skuadron Corvette
ke 24 Laksamana Class- KD
LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN (136), KD LAKSAMANA HANG NADIM (134), KD LAKSAMANA TAN
PUSMAH (137), KD TUN ABDUL JAMIL(135)
Jenis Corvette Guided Misile
Pembuat Assad/Laksamana
Ditauliah Julai 1997(134/135), Julai 1999(136/137)
Sesaran 705 tan (berat penuh)
Panjang 62.3 meter (204.4’)
Lebar 9.3 meter (30.5’)
Draf kedalaman 2.5 meter (8’)
Propulsi Propulsi 4x Diesel MTU 20V 956 TB 92 14800kW
Kelajuan 36 knots
Persenjataan
Peluru Berpandu: 6x OTO Melara/Matra Otomat Teseo Mk2 anti kapal,4x pelancar Selenia Elsag Albatros untuk Aspide SAM
Meriam: 1x OTO Melara 76mm/62 Super Rapid, 2x Breda 40mm/70 sekunder kembar
Torpedo: 2x3 ILAS-3 324mm (12.75in) Whitehead A244S
Penderia Penjejak udara/permukaan: Selenia RAN 12L/X Navigasi: Kelvin Hughes 1007 Kawalan Tembakan: 2x Selenia Orion 10X Sonar: Atlas Elektronik ASO 84-41 Peperangan elektronik: Selenia INS-3 ESM, Selenia TQN-2 ECM
Krew 47
Pembuat Assad/Laksamana
Ditauliah Julai 1997(134/135), Julai 1999(136/137)
Sesaran 705 tan (berat penuh)
Panjang 62.3 meter (204.4’)
Lebar 9.3 meter (30.5’)
Draf kedalaman 2.5 meter (8’)
Propulsi Propulsi 4x Diesel MTU 20V 956 TB 92 14800kW
Kelajuan 36 knots
Persenjataan
Peluru Berpandu: 6x OTO Melara/Matra Otomat Teseo Mk2 anti kapal,4x pelancar Selenia Elsag Albatros untuk Aspide SAM
Meriam: 1x OTO Melara 76mm/62 Super Rapid, 2x Breda 40mm/70 sekunder kembar
Torpedo: 2x3 ILAS-3 324mm (12.75in) Whitehead A244S
Penderia Penjejak udara/permukaan: Selenia RAN 12L/X Navigasi: Kelvin Hughes 1007 Kawalan Tembakan: 2x Selenia Orion 10X Sonar: Atlas Elektronik ASO 84-41 Peperangan elektronik: Selenia INS-3 ESM, Selenia TQN-2 ECM
Krew 47
Skuadron Kapal Selam - KD TUNKU ABDUL RAHMAN dan
KD TUN RAZAK.
Jenis Kapal Selam Penyerang Konvensional (SSK)
Pembuat Perancis
Ditauliah 2009
Sesaran 1700 tan
Panjang 67.5 meter
Draf kedalaman 5.4 meter
Propulsi 2x Diesel 1250 KW setiap satu
Kelajuan 20 knots
Persenjataan Peluru Berpandu: 6x tiub torpedo 21 inci untuk 18 torpedo atau peluru berpandu SM39 Exocet anti kapal
Penderia Sistem Tempur: SUBTICS
Sonar: aktif serang/jejak dan pasif.
Pembuat Perancis
Ditauliah 2009
Sesaran 1700 tan
Panjang 67.5 meter
Draf kedalaman 5.4 meter
Propulsi 2x Diesel 1250 KW setiap satu
Kelajuan 20 knots
Persenjataan Peluru Berpandu: 6x tiub torpedo 21 inci untuk 18 torpedo atau peluru berpandu SM39 Exocet anti kapal
Penderia Sistem Tempur: SUBTICS
Sonar: aktif serang/jejak dan pasif.
Flotilla Latihan terdiri daripada pelantar yang mempunyai
keupayaan khusus dalam menyediakan fasilitas untuk sesuatu latihan terutamanya
dalam konteks ilmu kelautan, evolusi malah juga untuk bina semangat. Flotilla ini bukan sahaja memberi perkhidmatan
kepada angkatan tetap TLDM malah juga menjadi pelantar sokongan untuk Pegawai
Dalam Latihan (PDL), PSSTLDM dan agensi-agensi luar.
- Skuadron 21 Frigate KD HANG TUAH (76). Sejarah
kapal ini sangat unik yang bermula dengan nama BLACK STAR yang dibina untuk
keperluan Ghana Navy namun setelah Presiden Ghana digulingkan, perolehan kapal
ini terbantut namun pihak Yarrow Shipbuilder meneruskan pembinaan kapal ini
sehingga siap. Setelah tersadai selama 6
tahun kapal ini diserahkan kepada Royal Navy dan di buat penambahbaikan dan
naik taraf dan ditauliahkan sepenuhnya pada 16 Mei 1973 dengan nama HMS MERMAID
dan telah berkhidamat dengan Royal Navy selama 4 tahun. Ditauliahkan semula dalam perkhidmatan TLDM dengan
nama KD HANG TUAH menggantikan KD HANG TUAH lama yang sebelumnya ialah HMS LOCH
INSH pada 22 Julai 1977. Namun
begitu KD HANG TUAH juga di beri nafas
baharu dengan penambahbaikan dan naik taraf seperti yang ada pada hari ini.
Jenis Frigate Kelas Mermaid
Pembuat:Yarrow Shipbuilder, Scottoun Yard
Mula dibina: 1973
Ditauliah: 1977
Sesaran: 2300 tan
Panjang: 105.5 meter
Lebar: 12.2 meter
Kelajuan : Maksima 18 knots, Ekonomi 12 knots
Meriam: 1x Bofors 57MK1 (A gun) dan 2 x Bofors 40/70
(Y-Gun)
Radar Navigasi: Kelvin huges1007 I -band
Draf kedalaman 4.9 meter
Jentera Utama: 2 x Stock Wartsila Diesel 12V SW 280
Janakuasa:3 x Wartsila SACM UD 25 12V
Aci: 2 x CPP Kamewa
Bot: 2 x RHIB (Evinrude 115HP), 2 x Gemini (Yamaha 40HP)
Krew: 210
- KLD TUNAS SAMUDERA (A13). Sebuah kapal layar
yang dihadiahkan oleh kerajaan British kepada TLDM. KLDTS diberi peranan dalam usaha membina jati diri modal
insan melalui variasi latihan secara kolektif termasuk dalam aspek pengendalian
layar, navigasi dan ilmu kelautan. Program sebegini merupakan usaha mencungkil
dan mendedah bakat-bakat baharu yang boleh diketengahkan untuk menentukan
kesinambungan warisan maritim ini menjadi budaya negara dan mampu bersaing di
persada antarabangsa.
Peluang dan pendedahan ini bukan sahaja dinikmati oleh
anggota TLDM tetapi sebenarnya ada agensi-agensi kerajaan dan swasta lain turut
menikmati kemudahan ini seperti May Bank Berhad, Kementerian Belia dan Sukan
dan Kementerian Pelajaran dengan menghantar pelatih-pelatih tajaan mereka
mengikuti program yang dianggap mencabar. Sepanjang tahun program voyage diatur
untuk memenuhi keperluan dengan memberi pendedahan dan kesedaran tentang
kepentingan budaya maritim di samping membina ketahanan jati diri dan
menerapkan nilai kerjasama dan semangat kerja berpasukan.
Sesaran 239 tan
Panjang 35 meter
Lebar 7.8 meter
Kelajuan 9 knots
Jentera utama 2 x injin diesel Perkins
Radar Navigasi: Racal Decca
Panjang 35 meter
Lebar 7.8 meter
Kelajuan 9 knots
Jentera utama 2 x injin diesel Perkins
Radar Navigasi: Racal Decca
- TEGUH SAMUDERA DAN GAGAH SAMUDERA Skuadron baharu kapal
latihan yang sudah pun dilancar ke air iaitu bakal di serap di bawah flotilla ini. Teguh Samudera dibina oleh syarikat tempatan
iaitu NGV Tech Sdn. Bhd dengan usaha sama NGV Tech Sdn Bhd dan Syarikat Daewoo Shipbuilding
Marine Engineering (DSME) dari Korea Selatan. Skuadron ini sudah berada dalam peringkat akhir
persiapan untuk diserahkan kepada TLDM.
Sesaran 1270 tan metrik
Panjang 75.9meter
Lebar 11.0 meter
Panjang 75.9meter
Lebar 11.0 meter
Draf 3 m
Jentera Utama 2 x MAN 9L27/38
Aci CPP 4 Blade
Kelajuan 20 knots
Persenjataan Meriam Main Gun 30mm &7.62 GPMG
Kelajuan 20 knots
Persenjataan Meriam Main Gun 30mm &7.62 GPMG
Krew 47 + 60 pelatih
Flotila Rondaan terdiri daripada skuadron kapal-kapal dari
pelbagai saiz yang tidak dilengkapi dengan persenjataan utama namun masih
mengekalkan sistem persenjataan sekunder.
Skuadron New Generation Patrol Vessel ini mampu dilengkapi dengan sistem kombat dan
sistem persenjataan utama yang terkini pada bila-bila masa jika memerlukan
untuk berbuat demikian.
-Skuadron NGPV ke 17- KD KEDAH (171), KD PAHANG (172),
KD PERAK (173), KD TRENGGANU (174), KELANTAN (175), KD SELANGOR (176).
Jenis Kapal Ronda
Pembuat Blohm + Voss/Howaldtswerke, German Naval Group (GNG) Boustead Naval Dockyard
Ditauliah Pertama 5 Jun 2006 (Kedah) dan terakhir / 28 Dis 2010 (Selangor)
Sesaran 1650 tan (berat penuh)
Panjang 90.1 meter
Lebar 12.8 me ter
Draf kedalaman 3.6 meter
Propulsi 2x Caterpillar 3616 (5450kW) diesel, 16000 bhp, 2 shaf controllable pitch propeller
Kelajuan 24 knots
Persenjataan
Peluru Berpandu: 4x MM40 Exocet SSM (FFBNW), 1x battery RAM SAM (FFBNW)
Meriam: 1x Oto Melara 76mm/62 Rapid , 1x Oto Melara/Mauser 30mm
Torpedo: (FFBNW)
Penderia Penjejak udara/permukaan: EADS TRS-3D/16 ES
Navigasi: STN Atlas 9600
Kawalan Tembakan: Oerlikon Contraves TMEO/TMX
Sonar: L-3 NDS 3060
Peperangan elektronik: Thales Sceptre X/Sealion ESM, Sippican ALEX Mk 137 ECM
Krew 70+
Pembuat Blohm + Voss/Howaldtswerke, German Naval Group (GNG) Boustead Naval Dockyard
Ditauliah Pertama 5 Jun 2006 (Kedah) dan terakhir / 28 Dis 2010 (Selangor)
Sesaran 1650 tan (berat penuh)
Panjang 90.1 meter
Lebar 12.8 me ter
Draf kedalaman 3.6 meter
Propulsi 2x Caterpillar 3616 (5450kW) diesel, 16000 bhp, 2 shaf controllable pitch propeller
Kelajuan 24 knots
Persenjataan
Peluru Berpandu: 4x MM40 Exocet SSM (FFBNW), 1x battery RAM SAM (FFBNW)
Meriam: 1x Oto Melara 76mm/62 Rapid , 1x Oto Melara/Mauser 30mm
Torpedo: (FFBNW)
Penderia Penjejak udara/permukaan: EADS TRS-3D/16 ES
Navigasi: STN Atlas 9600
Kawalan Tembakan: Oerlikon Contraves TMEO/TMX
Sonar: L-3 NDS 3060
Peperangan elektronik: Thales Sceptre X/Sealion ESM, Sippican ALEX Mk 137 ECM
Krew 70+
Skuadron 1 FAC (G) – KD PERDANA (3501), KD GANYANG
(3504), KD GANAS (3503) KD SERANG (3502).
Skn ini sebenarnya FAC(M) tetapi diturunkan taraf kerana tidak lagi
membawa misil sebagai persenjataan utama.
Jenis Kapal Ronda Laju,(Gun)
Pembuat Perancis
Sesaran 265 tan
Panjang 47 meter (154.2’)
Lebar 7 meter (23.1’)
Draf kedalaman 3.9 meter (12.8’)
Propulsi 4 MTU MD 16V 538 TB90 diesel 8820kW
Kelajuan 36.5 knots
Persenjataan
Meriam: 1x 57mm/70 meriam utama Bofors, 1x 40mm70 sekunder Bofors
Pembuat Perancis
Sesaran 265 tan
Panjang 47 meter (154.2’)
Lebar 7 meter (23.1’)
Draf kedalaman 3.9 meter (12.8’)
Propulsi 4 MTU MD 16V 538 TB90 diesel 8820kW
Kelajuan 36.5 knots
Persenjataan
Meriam: 1x 57mm/70 meriam utama Bofors, 1x 40mm70 sekunder Bofors
Skuadron 2 FAC (G) - KD HANDALAN(3511), PERKASA(3512), KD PENDEKAR(3513), KD GEMPITA
(3514). Skn ini juga bermula dengan FAC(M) tetapi diturunkan taraf kerana tidak
lagi membawa misil sebagai persenjataan utama.
Jenis Kapal Ronda Laju,(Gun)
Pembuat Sweden
Sesaran Sesaran: 240 tan
Panjang 43.6 meter (142.6’)
Lebar 7.1 meter (23.3’)
Draf kedalaman 2.4 meter (7.4’)
Kelajuan 34.5 knots
Persenjataan
Peluru berpandu: 4x MM38 Exocet SSM
Meriam: 1x 57mm/70 meriam utama Bofors, 1x 40mm70 sekunder Bofors
Torpedo: tiada
Penderia Penjejak permukaan: Philips 9GR 600
Navigasi: Kelvin Hughes 1007
Kawalan tembakan: Philips 9LV 212
Sonar: tiada data
Peperangan elektronik: Thales DR 3000 ESM
Pembuat Sweden
Sesaran Sesaran: 240 tan
Panjang 43.6 meter (142.6’)
Lebar 7.1 meter (23.3’)
Draf kedalaman 2.4 meter (7.4’)
Kelajuan 34.5 knots
Persenjataan
Peluru berpandu: 4x MM38 Exocet SSM
Meriam: 1x 57mm/70 meriam utama Bofors, 1x 40mm70 sekunder Bofors
Torpedo: tiada
Penderia Penjejak permukaan: Philips 9GR 600
Navigasi: Kelvin Hughes 1007
Kawalan tembakan: Philips 9LV 212
Sonar: tiada data
Peperangan elektronik: Thales DR 3000 ESM
Skuadron 6 FAC (G) – KD PAUS (3507), KD PARI (3510),
KD YU (3508), KD TODAK (3506), KD BAUNG (3509), KD JERONG (3505)
Jenis Kapal Ronda Laju (Meriam)
Pembuat Lurssen Werft Bremen, Jerman
Sesaran 244 tan
Panjang 44.9 meter (147.6’)
Lebar 7 meter (23.1’)
Draf kedalaman 2.5 meter (8.2’)
Kelajuan 32 knots
Persenjataan Meriam: 1x 57mm/70 meriam utama Bofors,
1x 40mm70 sekunder Bofors
Penderia Penjejak permukaan: Kelvin Hughes 1007
Navigasi: Racal Decca 1226
Peperangan elektronik: Thales DR 3000 ESM
Pembuat Lurssen Werft Bremen, Jerman
Sesaran 244 tan
Panjang 44.9 meter (147.6’)
Lebar 7 meter (23.1’)
Draf kedalaman 2.5 meter (8.2’)
Kelajuan 32 knots
Persenjataan Meriam: 1x 57mm/70 meriam utama Bofors,
1x 40mm70 sekunder Bofors
Penderia Penjejak permukaan: Kelvin Hughes 1007
Navigasi: Racal Decca 1226
Peperangan elektronik: Thales DR 3000 ESM
Skuadron PC 13
Kelas Sabah- KD SRI JOHOR (49) dan KD SRI PERLIS (47).
Jenis Kapal Ronda
(Meriam) yang ditempah dari firma Vosper Ltd Portmouth England pada
tahun 1963 dan berada dalam perkhidmatan TLDM bermula dari tahun 1964. Menjadi pelantar rondaan utama dalam era
pembentukan Malaysia serta memberi perkhidamatan yang sangat cemerlang dalam
usaha menyekat pencerobohan Tentera Indonesia melalui jalan laut pada zaman
konfrontasi. Menyertai Operasi Cabut di
perairan Laut China Selatan bagi menyekat kemasukan pendatang atau pelarian
Vietnam yang lari dari pergolakan dalam negara mereka. Kekuatan asal skuadron ini adalah sebanyak 8
buah. Selain dibuat pelupusan dan hilang di laut, selebihnya telah dilucutkan
tauliah dan diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim.
Sesaran 98 tan
Panjang 31.4 meter
Lebar 6 meter
Kelajuan 20 knots
Persenjataan Meriam: 2x 40/70 mm Bofors
Radar Navigasi: Racal Decca 1226
Panjang 31.4 meter
Lebar 6 meter
Kelajuan 20 knots
Persenjataan Meriam: 2x 40/70 mm Bofors
Radar Navigasi: Racal Decca 1226
Flotilla bantuan adalah merupakan platform yang berupaya
di dalam memberi bantuan samada dalam bentuk pengangkutan dan penghantaran
bekalan dan logistik atau bantuan dalam operasi-operasi lain seperti penyediaan
laluan selamat, pengukuran dan penghantaran trup untuk operasi amfibi dan
sebagainya. Flotila ini mengandungi pelbagai jenis dan saiz pelantar dan
mempunyai kefungsian tugas yang berbeza.
Skuadron 31 MPCSS - KD MAHAWANGSA (1504) dan KD
SRI INDERA SAKTI (1503).
Jenis Kapal Kawalan dan Perintah Pelbagai Guna (MPCSS)
Pembuat Korea Selatan
Ditauliah 1983
Sesaran 4300 tan (sesaran penuh)
Panjang 100m (328')
Lebar 15m (49')
Draf kedalaman 4.75m (15.5')
Propulsi 2x Deutz diesel, 2 shaf, 5986 bhp
Kelajuan 16.5 knot
Persenjataan Meriam:2 x 57mm/Dual Purpose, 2 x 20mm anti udara
Muatan keupayaan membawa 600 tentera, ruang kargo 1,000 meter padu, 10 x kontena 20', 680 meter persegi ruang kenderaan
Krew 136
Pembuat Korea Selatan
Ditauliah 1983
Sesaran 4300 tan (sesaran penuh)
Panjang 100m (328')
Lebar 15m (49')
Draf kedalaman 4.75m (15.5')
Propulsi 2x Deutz diesel, 2 shaf, 5986 bhp
Kelajuan 16.5 knot
Persenjataan Meriam:2 x 57mm/Dual Purpose, 2 x 20mm anti udara
Muatan keupayaan membawa 600 tentera, ruang kargo 1,000 meter padu, 10 x kontena 20', 680 meter persegi ruang kenderaan
Krew 136
Skuadron
Penyapu Periuk Api (MCMV) – KD MAHAMIRU (11), KD JERAI(12), KD LEDANG
(13), KD KINABALU(14).
Jenis Penyapu Ranjau
Pembuat Itali
Ditauliah Pertengahan tahun 80an
Panjang 51 meters (170 ka)
Kelajuan Kelajuan: 16 knots
Persenjataan 1 x Bofors 40 mm L/70
penderia Thomson Sintra TSM 2022 sonar
Thomson-CSF radar
Pembuat Itali
Ditauliah Pertengahan tahun 80an
Panjang 51 meters (170 ka)
Kelajuan Kelajuan: 16 knots
Persenjataan 1 x Bofors 40 mm L/70
penderia Thomson Sintra TSM 2022 sonar
Thomson-CSF radar
Skuadron
Fast Troop Vessel (FTV) – KD Sri Gaya (332) dan KD Sri Tiga
adalah 2 buah kapal yang digunakan sebagai pengangkut trup dan ransum dari Sabah ke Gugusan Semarang Peninjau (GSP) serta ke lain-lain destinasi jarak dekat.
adalah 2 buah kapal yang digunakan sebagai pengangkut trup dan ransum dari Sabah ke Gugusan Semarang Peninjau (GSP) serta ke lain-lain destinasi jarak dekat.
Skuadron Tunda – KTD KEPAH, KTD PENYU dan Bot
TUNDA 1- Memberi perkhidmatan penundaan, menolak dan menarik terutamanya dalam
memberi bantuan kepada kapal-kapal besar untuk merapat dan berlepas dari
dermaga. Dilibatkan dalam operasi-operasi khas seperti penundaan sasaran dan
sebagainya. Namun begitu KTD PENYU telah dijadikan pelantar khas dalam operasi
hidrografi.
Auxiliary – BUNGA MAS LIMA (BM5) dan BUNGA MAS
ENAM (BM6). Tercetusnya idea transformasi BM 5 ialah bermula dari OPERASI FAJAR
(OPS FAJAR) pada tahun 2008 memandangkan penugasan kapal-kapal TLDM untuk
pengawasan ini menelan kos yang terlalu tinggi. Satu konsep kolaborasi dan
perkongsian strategik di antara TLDM dan MISC telah termeterai. Dua buah kapal
dagang ditransformasikan menjadi sebuah kapal Auxiliary TLDM BM 5 dan BM 6 bagi
menyelesaikan satu masalah negara khususnya ATM mengekang ancaman baharu
peperangan tidak simetri di luar wilayah laut negara.
-MV MEGA
BAKTI
adalah sebuah kapal Submarine
Escape and Rescue-Intervention (SMER-I) .
Kapal ini telah dibina dan direka khas oleh Kepple Singmarine,
Singapura oleh syarikat Target Resourses
Sdn Bhd (TRSB). Sebagai syarikat pembekal kapal SMER-I, TRSB kemudiannya telah
mengikat kontrak dengan TLDM dan telah menandatangani kontrak pada 12 Jul 2012.
TLDM telah menerima kapal MEGABAKTI secara rasminya pada 24 Sep 2013 dan
diletakkan di bawah Markas Angkatan Kapal Selam TLDM (MAKS) yang berpangkalan
di Teluk Sepanggar Kota Kinabalu Sabah.
Sesaran 3451 MT
Panjang 79.65 Mtrs
Lebar 17.00 Mtrs
Kelajuan 17knots
Panjang 79.65 Mtrs
Lebar 17.00 Mtrs
Kelajuan 17knots
SMER-I
Deck 550 M²
Bahan
Bakar 960 M³
Air
Bersih 400 M³
Tech
Water 120 M³
Kekuatan
88 krew + 6 pegawai.
Skuadron
Bot Tempur CB90- Skuadron Tempur
CB90 mempunyai 2 versi iaitu CB90H dan CB90HEX. Perolehan awal bagi skuadron 1
ialah sebanyak 5 buah CB90H yang dinamakan sebagai TEMPUR 11 dan TEMPUR 12 yang
dibekalkan oleh N Sundin Dockstavarvet AB dan TEMPUR 13 dan TEMPUR 14
dibekalkan melalui PSC Naval Dockyard pada tahun 1999 dan TEMPUR 15 sebuah CB90
terpakai diperolehi pada tahun 2000.
Perolehan CB90HEX sebagai Skuadron kedua secara
berperingkat mulai dengan fasa pertama pada 23 Ogos 2001 di Sandakan sabah
iaitu TEMPUR 21, TEMPUR 22, TEMPUR 23, TEMPUR 24 dan TEMPUR 32. Dikuti dengan
perolehan fasa kedua pada Okt 2001 di Pelabuhan Kelang iaitu TEMPUR 33 dan
TEMPUR 34 bagi skuadron ketiga.
Perolehan fasa ketiga yang melibatkan TEMPUR 41, TEMPUR 42, TEMPUR 43
dan TEMPUR 44 pada Dis 2001 di Sandakan Sabah diletakkan di bawah skuadron
keempat.
Penempatan Skuadron 1 CB90 adalah di PTKK, Di Sandakan
sebanyak 7 buah iaitu TEMPUR 21, TEMPUR 22, TEMPUR 23, TEMPUR 32, TEMPUR 33,
TEMPUR 34, TEMPUR 42.
TEMPUR 41, TEMPUR 43, dan TEMPUR 44 di tempatkan di MPA manakala
TEMPUR 24 di KDSI Tanjong Pengelih.
Panjang 16.1 meters
Lebar 3.8m
Kelajuan Kelajuan 35 knots
Kelajuan Kelajuan 35 knots
Jentera Utama CB90H 2x Scania 2 x 410 Impeller sistem
water jet.
CB90HEX 2 x Carepiller
Janakuasa 588kw.
CB90 berupaya mendarat di pantai dan berupaya melakukan
pusingan 360 darjah semasa dalam kelajuan maksima. Apa yang lebih penting ialah CB90 mampu
memberi perlindungan kepada krew dari serangan senjata kecil musuh semasa
membuat serbuan.
Kesimpulan
Perkembangan terbaharu TLDM ialah pengumuman PTL tentang
kedudukan Skuadron FAC (M) 1 dan FAC (M)
2 yang telah di turun taraf dari Flotila Serang kepada Flotila Rondaan ekoran
daripada tindakan TLDM menamatkan peluru berpandu Exocet MM38 yang tiada lagi dalam inventori TLDM. Skuadron FAC Kelas Perdana sudah pun menjangkau 42 tahun dan skuadron FAC Kelas Handalan sudah 35 tahun dalam perkhidmatan TLDM tentunya usia sebegini bagi sesebuah kapal perang adalah sudah tidak lagi mampu berpencak dengan cergas di samudera.
Kerajaan tidak harus memandang ringan tentang keperluan TLDM ini yang mana dengan penurunan taraf ini , Flotila Serang yang sudah sedia kekuarangan pelantar penggempur akan menjadi bertambah kurang dan tiada bersengat lagi.
Apa tindakan yang perlu kerajaan ambil ialah bukan sahaja menggantikan pelantar yang terlibat malah kerajaan perlu menambah beberapa skuadron lagi yang bersaiz FAC M dan LCS bagi memanpung kekurangan di posisi serangan yang hanya berbaki 10 buah pelantar sahaja lagi. Angka ini tentunya sangat jauh dari angka mencuckupi bagi mengekang provokasi dan pencerobohan berbanding keluasan kawasan tanggungjawab yang harus dipikul oleh TLDM.
Perkembangan semasa krisis di Perairan Timur Sabah telah memaksa sebahagian aset
di‘paksa’ berhijrah untuk mengekang ancaman yang bersifat kemungkinan serangan
Puak Kiram akan berlaku dan aktiviti percolekan dan perlanunan yang semakin
agresif atas dasar balas dendam sekali gus menjadi satu sumber ekonomi yang
lumayan bagi penceroboh dalam ‘perniagaan’ tebusan.
Tidak mustahil jika serangan pihak Sulu
benar-benar terjadi, semua aset akan diaturgerak ke Sabah bagi memagari setiap jalan laut yang dikira tersangat luas berbanding jumlah aset
maritim penguatkuasa yang ada. Bagaimana
jika dalam masa yang sama Perairan Semenanjong juga menerima ancaman.? Apakah
dengan 10 buah pelantar dari flotila Serang yang berbaki mampu bertahan.?....Imaginasi
yang sangat menakutkan jika negara tiba-tiba terjebak dengn kancah peperangan.
1 comment:
TAHNIAH TLDM
Post a Comment