About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Friday, May 1, 2015

EKS KESELAMATAN MARITIM PELBAGAI NEGARA



Telah diterbitkan dalam Majalah Perajurit Edisi Mei 2015

Peserta diperkenalkan kepada PTL di majlis perasmian


Eksesais Keselamatan Maritim Pelbagai Negara (MNMSX) buat julung kalinya telah diadakan  sempena LIMA’15 mempunyai nilai yang sangat signifikan dan mencipta sejarahnya yang tersendiri kerana telah berjaya melibatkan tentera laut pelbagai negara dari pelbagai benua.

MNMSX adalah suatu usaha dan pendekatan  bagi  mempromosi keamanan dan kestabilan serantau dan mempamerkan kepada khalayak dan negara-negara dunia yang mana Malaysia mampu dan sentiasa mencari pendekatan realistik untuk bekerjasama dalam memastikan negara-negara serantau aman dan stabil.

Keamanan dan kestabilan juga bergantung kepada perpaduan rakyat antara negara-negara serantau dalam menghadapi sebarang potensi ancaman yang mengancam keselamatan  dan  kestabilan dengan bertindak secara kolektif.

Sebanyak 19 buah kapal dari 12 buah negara yang terlibat dalam LIMA’15 telah mengambil bahagian di dalam Eksesais ini iaitu:
-Malaysia: KD JEBAT, BUNGA MAS 6, KD MAHAWANGSA, KD LEKIR, KD SELANGOR dan KD KASTURI.
-Indonesia: KRI KUJANG dan  KRI HALASAN.
-Singapura: RSS SOVEREIGNTY dan RSS STALWART.
-Thailand: HTMS CHONBURI
-Brunei: KDB DARULEHSAN
-India: INS KAMORTA
-Myanmar: UMS MAHAR THIHA THURA
-Korea Selatan: ROKS DAE JO YEONG
-Bangladesh: BNS ABU BAKAR
-Pakistan: PNS ZULFIQUAR
-Rusia: RFS ADMIRAL PANTELEEV
-USA: USS SHILOH

Perlaksanaan Eksesais ini dalam 2 fasa iaitu Fasa Pelabuhan pada 20 Mac 2015 di Dewan Tun Rahah Pangkalan TLDM Langkawi sebaik sahaja selesai majlis perasmian oleh Panglima Tentera Laut Tan Seri Abdul Aziz bin Jaafar manakala Fasa Laut berlangsung pada 21 Mac 2015 di sekitar Perairan Pulau Langkawi.

MNMSX yang bertemakan Sekuriti Maritim ini telah melaksanakan latihan Maritime Interdiction Operation (MIOPS) yang melibatkan Tim Menggeledah Bersama dari pelbagai negara melaksanakan siasatan dan penggeledahan ke atas kapal simulasi yang disyaki membawa kargo terlarang.
MNMSX akan dilaksanakan dua tahun sekali sempena Pameran Langkawi Maritim dan Udara (LIMA) dengan siri-siri latihan yang akan dipelbagai sesuai dengan situasi semasa. 

Add caption

Eks ini wajar dijadikan acara dwi tahunan bagi memperkasakan doktrin

No comments:

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini