Oleh: Paklang Hamzah
Foto: Paklang Hamzah
MV MEGA BAKTI adalah sebuah kapal Submarine Escape and Rescue-Intervention (SMER-I)
yang dioperasikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Kapal ini telah dibina dan direka khas oleh
Kepple Singmarine, Singapura untuk kegunaan di Malaysia oleh syarikat Target
Resourses Sdn Bhd (TRSB).
Sebagai syarikat pembekal kapal
SMER-I, TRSB kemudiannya telah mengikat kontrak dengan TLDM dan telah
menandatangani kontrak pada 12 Jul 2012. TLDM telah menerima kapal MEGABAKTI
secara rasminya pada 24 Sep 2013 dan diletakkan di bawah Markas Angkatan Kapal Selam
TLDM (MAKS) yang berpangkalan di Teluk Sepanggar Kota kinabalu Sabah.
Spesifikasi
Teknikal Dan Peralatan
Name -
MEGA BAKTI
IMO No -
9612571
Official No - 334443
MMSI No -
533130895
Call Sign -
9MPU8
Speed - 17 Knots
Gross Tonnage -
3451 MT
Lenght - 79.65 Mtrs
Breadth - 17.00 Mtrs
SMER-I Deck -
550 M²
Fuel - 960 M³
Fresh Water -
400 M³
Tech Water - 120 M³
Accomondation -
88 krew + 6 pegawai.
Mampu beroperasi selama 21
hari di laut dengan kerupayaan operasi sejauh 5,000 batu nautika dengan kelajuan 15 knots.
Peralatan
Dan Fungsi
MEGA BAKTI adalah direka
sebagai kapal sokongan permukaan dalam operasi menyelamat mangsa yang terkandas
di dasar lautan yang membawa peralatan-peralatan yang berkaitan khusus dalam
operasi-operasi menyelamat terutamanya dalam konteks menyelamat kapal selam
yang terkandas di dasar lautan. Di antara peralatan-peralatan khusus yang dibawa
untuk tujuan tersebut ialah:
.
-Remotely Operated Vehicle (ROV)
adalah sejenis kenderaan yang dikawal oleh operator yang mana operator itu
sendiri tidak berada di dalam kenderaan (ROV) tersebut. Operator hanya mengawal dengan menggunakan
kabel yang bersambung dan berada di suatu lokasi di atas kapal Mega Bakti.
ROV digunakan bagi memasang Distressed Submarine Ventilation
and Depressurization System (DSVSD) pada kedalaman sehingga 400 meter. Ia berkebolehan
membersihkan halangan di escape hatch Distress Submarine (DISSUB),
merakam foto dan video serta menghantar Emergency Life Support Stores (ELSS)
pod.
-Emergency Life Support Stores (ELSS) Pod
digunakan sebagai bantuan perubatan, makanan dan pelbagai keperluan lain ke DISSUB
dengan menggunakan ROV. MEGABAKTI telah menyediakan 12 unit ELSS pod
yang berupaya menampung tekanan mencapai 65 bar.
-Portable Underwater Telephone System merupakan
peralatan yang digunakan untuk melaksanakan komunikasi antara MEGA BAKTI dan DISSUB.
-Distressed Submarine Ventilation and Depressurization
System (DSVSD) dipasang pada DISSUB untuk menyalurkan
udara bersih dan mengalirkan keluar udara tercemar dari DISSUB dengan menggunakan
hos. Sistem ini telah digunakan oleh Tentera Laut Perancis telah pun lulus
diuji berupaya sehingga mencapai kedalaman 250 meter.
-Double Lock Decompression Chamber (DDC) digunakan
untuk merawat krew kapal selam yang mengalami decompression sickness (DCI).
MEGABAKTI mempunyai 2 unit DDC yang mampu merawat 6 pesakit bagi setiap 1 unit DDC dalam sesuatu
masa. Untuk 2 unit DDC ia boleh merawat sehingga 12 pesakit.
-Global Positioning System Inteligent Bouy Tracking
System (GIB) digunakan bagi mengesan kedudukan DISSUB yang terkandas di laut
serta mampu mengesan sehingga ke 1,000 meter kedalaman.
-Kapal MEGA BAKTI juga mempunyai 2 buah bot penyelamat laju untuk melaksanakan operasi
menyelamat krew kapal selam pada bila-bila masa dan merupakan elemen perantara
komunikasi antara kapal induk dan
DISSUB.
MEGA BAKTI telah membahagikan perkhidmatannya kepada dua bentuk iaitu Operasi Utama
dengan melaksanakan SMER-I termasuk demontrasi dan latihan dengan menggunakan
sIstem SMER-I dan bertindak sebagai Mother
Ship kepada kapal selam TLDM.
Melalui
Operasi Skunder, TRSB mengatur MEGA
BAKTI memenuhi keperluan-keperluan lain
seperti menyediakan MEGABAKTI sebagai platform semasa menjalani operasi dan latihan
menyelam kapal, Operasi Mencari Dan
Menyelamat (SAR), sebagai kapal penyelamat
(recovery) torpedo latihan dan merangkumi
semua latihan dan Operasi Bencana serta misi bantuan kemanusiaan. PERAJURIT
2 comments:
Proud Malaysian 🇲🇾 Terima kasih ATM yang bertungkus lumus menjaga kedaulatan negara. Salam dari Sabah negeri di bawah bayu 🤍
Post a Comment