Perasmian Eksesais TAIAHA TOMBAK
Siri 25/2014 telah berlangsung dalam suasana santai dan serba ringkas
bertempat di Padang Kawad Batalion 6
Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 13 Ogos yang lalu.
Upacara perasmian telah di
sempurnakan oleh Yang Berbahagia Panglima 6 Brigad (Bgd) Brig. Jen Zakaria Yadi dengan di saksikan oleh Group
Captain Mohammed Mukhthar
Shariff (Alec
Sheriff ) selaku Penasihat Tentera New Zealand ke Malaysia, Brunei dan Thailand. Sebanyak 3 kontijen terlibat di dalam
perbarisan perasmian iaitu 2 kontijen dari batalion 6 RAMD dan 1 kontijen
dari Kompeni Victor Tentera Darat New
Zealand yang terlibat di dalam Eksesais kali ini.
Secara keseluruhan Eksesais
TAIAHA TOMBAK Siri 25/2014 telah
melibatkan lebih kurang 40 orang pegawai dan 500 orang anggota LLP dari
kedua-dua pihak ATM dan TDNZ yang dibahagikan kepada Blue Force dan Orange
Force.
Eksesais ini telah
berlangsung dari 13 Ogos sehingga 28 Ogos 2014 yang mana pelaksanaannya
dibahagikan kepada 2 fasa iaitu 13 hingga 20 Ogos merupakan fasa pengenalan yang dilakukan di
dalam kem sahaja yang melibatkan kedua-dua pihak partisipasi di mana kedua-dua
pihak TDM dan TDNZ membuat demonstrasi
kemahiran mereka bagaimana membuat operasi hutan mengikut cara masing-masing.
Dalam fasa pertama ini juga
kedua-dua pihak telah melaksanakan aktiviti yang menjurus kepada kerjasama dan
persefahaman melalui aktiviti-aktiviti sukan dan aktiviti sosial yang telah
dirancangkan.
Fasa kedua dari 21 hingga 25
Ogos merupakan fasa latihan medan bersama trup yang melibatkan batalion telah
diaturgerakan ke medan dalam kawasan hutan Baling Kedah yang memperuntukkan
persekitaran sebenar bagi kedua-dua pihak TDM dan TDNZ mempamir dan menunjukkan
keupayaan dan pengalaman mereka berperang di dalam hutan tropika.
Dalam fasa latihan medan ini
aplikasi taktikal yang mereka laksanakan adalah tidak terhad dan tidak langsung
tertakluk atau dipengaruhi oleh apa-apa taktikal yang diperuntukan di dalam eksesais
ini dan semua tindakan yang diambil adalah berdasarkan keupayaan dan pengalaman
sebenar kedua-dua buah pasukan. Ini bermakna walaupun dalam kedaan di mana
kedua-dua pasukan berada bersama-sama namun kedua-dua pasukan berhak mencorak
taktikal masing-masing mengikut cara yang telah dipelajari atau diamalkan oleh
pasukan sebelum ini.
Namun begitu segala penemuan
baharu dalam konteks taktikal dan teknik-teknik yang boleh diterima pakai oleh
kedua-dua belah pihak semasa menjalani latihan, maka subjek atau taktik/teknik baharu
itu akan diguna pakai terutamanya dalam mempertingkatkan kerjasama dan
persefahaman di antara kedua-dua negara.
Memandangkan Malaysia banyak
pengalaman di dalam operasi countered insurgency warfare (CIW) maka TDNZ
banyak memohon untuk mendapatkan teknik-teknik yang diguna pakai oleh TDM dan
dalam masa yang sama juga TDNZ yang mempunyai pengalaman yang luas di dalam
peperangan di Afghanistan, Lubnan dan lain-lain malah juga mahir dalam
peperangan dalam persekitaran bandar terbina atau operation in build up area
(OBUA) maka dalam fasa 2 ini memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk
melakukan pertukaran maklumat dan
pengalaman. Konsep peperangan masa kini yang lebih tertumpu kepada melawan
keganasan juga diberi perhatian dalam latihan fasa ke 2 ini.
Sejarah Eksesais
Eksesais ini adalah merupakan eksesais gabungan di
antara TDM dan TDNZ. Eksesais ini dilaksanakan
sekali setiap tahun yang merupakan
timbal balas kepada Eksesais KERIS MERE yang dilaksanakan di New Zealand pada
tahun 2006. Kali terakhir Eksesais TAIAHA TOMBAK dilaksanakan pada 4 Sep hingga 17 Sep 2006 di
kawasan Mahang, Kuala Ketil dan Sungai Petani, Kedah.
Eksesais ini dilaksanakan
dalam bentuk Field Training Ekscersice (FTX) di peringkat batalion di
dalam fasa ofensif peperangan konvensional. Penglibatan Trup TD adalah daripada
4 RRD seramai 1,113 orang pegawai dan LLP
manakala 2/1 Royal New Zealand Infantry Regiment (RNZIR) seramai
110 pegawai dan LLP.
.
Eksesais ini diberhentikan
sementara sejak tahun 2008 memandangkan pihak TDNZ terlalu padat penglibatan mereka dengan
operasi luar negara seperti Afghanistan,
Lubnan dan sebagainya.
Tujuan utama eksesais ini dilaksanakan ialah untuk
mempertingkatkan keserasian dan persefahaman di antara kedua-dua pasukan di
dalam melaksanakan CIW di samping menjalin hubungan rapat antara kedua-dua
negara yang melalui persefahaman dan kerjasama rapat ketenteraan Malaysia dan
New Zealand yang sudah terjalin sejak sekian lama. New Zealand adalah salah sebuah negara Five
Power Defence Arrangement (FPDA) yang dianggotai oleh Malaysia, Singapura,
British dan Australia. MP