sumber Utusan
Oleh SOFIAN BAHAROM
sofian.baharom@utusan.com.my
TANGGAL 1 Jun baru-baru ini genap 56 tahun kematangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam melaksanakan tugas-tugas mempertahankan kedaulatan ruang udara negara.
Dengan tema Kuasa Udara Kuasa Negara, pasukan itu sentiasa cemerlang dalam menjayakan tugasan hakikinya dan pada masa sama membawa transformasi tersendiri pada bidang pertahanan rantau ini.
Peranan ketumbukan itu dalam memenuhi tuntutan geostrategik semasa sentiasa berkembang dan bertambah kompleks terutama bagi menjamin ancaman dari segenap spektrum ditangani dengan efisien.
Kesiapsiagaan TUDM yang telah melalui pelbagai evolusi inovasi dan motivasi berjaya menghasilkan satu pasukan udara yang kredibel dan disegani di rantau ini.
Pengiktirafan demi pengiktirafan oleh masyarakat antarabangsa terhadap TUDM terutama melibatkan keupayaannya melaksanakan misi dengan cemerlang telah meletakkan pasukan itu pada tahap yang tersendiri dalam kalangan tentera-tentera udara asing lain.
Terbaru, testimoni daripada kerajaan negara Jepun yang memuji peranan TUDM dalam memberi bantuan logistik terhadap Pasukan Mempertahankan Diri Jepun (JSDF) Unit Bantuan Bencana semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Menteri Pertahanan Jepun, Itsunori Onodera berkata, Malaysia telah melaksanakan tugas yang terbaik dalam aspek penyelarasan serta sokongan terhadap JSDF dan rata-rata anggota pasukan itu memuji sikap profesionalisme negara.
Kenyataan tersebut sekali gus membuktikan bukan sahaja TUDM berupaya melaksanakan tugasan pada sebilangan masa namun cemerlang dalam menggalas imej negara di mata dunia.
Apa yang pasti, TUDM akan terus menempa kejayaan selaras dengan reputasi pasukan itu sebagai kuasa pertahanan udara negara yang tiada tolok bandingannya.
Dilengkapi aset-aset mapan seperti Sukhoi Su-30MKM, Boeing F/A-18D Hornet, Mikoyan MiG-29N, TUDM tidak pernah menoleh ke belakang dan terus mengecapi kecemerlangan di mata dunia.
Bukan sahaja dalam aspek pertahanan, peranan TUDM turut memberi impak terhadap bidang bantuan kemanusiaan termasuk melibatkan bencana di China dan Program Jiwa Murni (PJM) di tanah air.
Keseimbangan moral yang digerakkan TUDM bagi membuktikan sesebuah ketumbukan tentera juga berperanan dalam pembangunan sosial mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat awam sekali gus merapatkan jurang antara pasukan itu dengan rakyat.
Perkembangan pesat TUDM daripada Tentera Udara Diraja Persekutuan pada 1958 sehingga hari ini amat membanggakan negara dan rantau ini. Sebagai sebuah kuasa udara yang seimbang dan berkemampuan tinggi, imej cemerlang TUDM dilihat akan terus menjadi titik rujukan generasi akan datang.
Tepis ancaman segenap spektrum
Menurut Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan, rakyat di negara ini memandang tinggi peranan dan tanggungjawab TUDM mengawal ruang udara negara selama ini.
Beliau berkata, kalangan ahli akademik juga percaya, TUDM sentiasa siapsiaga dalam membendung sebarang ancaman baik dalam bentuk fizikal atau peperangan siber (cyber warfare).
Rakyat mengangkat ketokohan TUDM dan memberi kepercayaan yang amat tinggi terhadap keupayaan ketumbukan itu. Perkara itu amat jelas, kita akan terus berbangga dengan pencapaian pasukan tersebut," katanya ketika dihubungi.
Tambah beliau, keupayaan TUDM sebagai kuasa udara tidak dapat disangkal lagi terutama dalam menempuh cabaran dan rintangan yang mendatang pada masa depan.
Katanya, perkara ini kerana, TUDM sentiasa proaktif dalam membendung sebarang ancaman terutama melibatkan peperangan siber dan komitmen itu terbukti dengan pendekatan luar kotak Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud terhadap ancaman berkenaan.
Rakyat Malaysia memberi penghargaan sepenuhnya terhadap pengorbanan TUDM. Saya terkilan jika terdapat suara-suara sumbang memperlekehkan pasukan ini, mereka telah berkorban demi menjamin kedaulatan negara," ujarnya.

No comments:
Post a Comment