Sumber Majalah Perajurit Edisi Mac 2013
Oleh Hamzah hd.
Pada 28 Dis 2012 yang lalu, satu Majlis
Penutupan Kursus Asas Tempur Tanpa Senjata (TTS) Peringkat Briged
Sempadan Siri 2/2012 bertempat di Kem
Bataliaon ke 5 Rejimen Sempadan (Bn.5 RS) Bukit Kayu Hitam Kedah.
Seramai 58 orang
penuntut telah mengambil bahagian dan lulus dengan jayanya setelah bertungkus
lumus selama dua bulan setengah bermula dari 21 Oktober hingga 28 Dis
2012. Mereka terdiri dari Bn.2 RS
seramai 2 orang, Bn.4 RS seramai 2 orang dan selebihnya adalah peserta dari
Bn.5 RS.
Persembahan
dimulakan dengan gimik pertempuran dengan musuh di hutan berhampiran dan melakukan
method of entry (MOE) secara beramai-ramai ke medan pertempuran secara
agresif. Penuntut-penuntut kursus meneruskan persembahan dengan beberapa
aktiviti lasak seperti Latihan Jasmani sebagai pemanasan disusuli dengan gerak
Tumbukan dan Tangkisan, Lawan Gabungan, Rebahan, Bertarung dengan menggunakan
pelbagai senjata, Lakonan dan diakhiri dengan Lompatan Dan Pemusnahan.
Legasi Taekwondo
Dalam
peperangan atau pertempuran daratan yang khususnya tentera darat menjadi pemain
utama, elemen kesiagaan bukan sahaja tertumpu kepada kesaktian kelengkapan
infantri dan unit sokongan atau pemilikan repal peribadi dan keupayaan anggota membidik
sasaran dengan tepat tetapi keupayaan mempertahankan diri dan mampu membunuh hanya
dengan menggunakan anggota badan seperti tangan adalah keupayaan yang perlu
ada.
Keadaan
ini memerlukan satu kaedah seni bela diri yang ampuh di mana dengan hanya
kemahiran mengelak, menangkis, mengunci, menumbuk dan beberapa kaedah lagi gerakan
pertahanan diri mampu menundukan lawan di masa terdesak atau kecemasan. Suasana terdesak selalunya sering berlaku dalam
pertempuran senjata kecil dan berakhir dengan pertembungan dalam keadaaan
kehabisan peluru atau sedang mengaplikasikan taktik senyap.
Dalam
operasi-operasi Close
Quater Battle
(CQB) Pasukan Khusus tentera atau polis
sering berhadapan dengan suasana terdesak yang sangat memerlukan sentuhan
fizikal bagi menamatkan riwayat atau menawan musuh dalam keadaan kecederaan
yang minima.
Justeru,
kepelbagaian pendekatan telah diambil samada secara perseorangan atau
berkumpulan mempelajari ilmu mempertahankan diri (martial of art) dari pelbagai
pertubuhan yang berasaskan seni silat nusantara maupun seni mempertahankan diri
antarabangsa seperti Taekwondo dan sebagainya.
Taekwondo ialah salah satu
seni mempertahankan diri dengan
menggunakan anggota tangan dan kaki yang tercipta dalam sejarah Korea
dan di dokumentasikan sebagai teknik mempertahankan diri. Di Malaysia Taekwondo
mula bertapak pada tahun 1962 setelah diperkenalkan oleh Jeneral Choi Hong Hi
semasa beliau bertugas sebagai Duta Korea ke Malaysia dan kesinambungannya pada
tahun 1963 Persatuan Taekwondo Malaysia pun ditubuhkan dan ianya mula tersebar
ke seluruh tanahair dan dari tarikh itu juga sejarah TTS bermula.
Namun
begitu ATM mengambil pendekatannya yang lebih dinamik dan tersendiri dengan
memperkenalkan seni mempertahankan diri dan dipopularkan dengan nama Tempur
Tanpa Senjata (TTS) yang menggabungkan pelbagai elemen seni mempertahankan diri
dan dilatih secara intensif.
Bagi TD khususnya, Cawangan Seni
Mempertahankan Diri ATM yang berpusat di Pusat Latihan Polis Tentera (PULAPOT)
menjadi pusat latihan lanjutan serta
pusat pembentukan individu-individu yang akan menjadi Jurulatih dan peningkatan
diri dalam gerakan TTS ini.
Jika
sebelum ini TTS menjadi aktiviti yang digalakkan kepada unit-unit ATM tetapi
mutakhir TD mengambil pendekatan dengan menjadikan kursus asas TTS sebagai kurikulum asas kepada setiap anggota
baharu dan dikehendaki menamatkan kursus asas ini selama lebih kurang dua bulan
setengah di unit masing-masing sebelum dibenarkan untuk menjalani kursus-kursus
peningkatan kerjaya yang lain. Namun
begitu kurikulum ini menjadi wajib kepada anggota-anggota dari Kor Polis Tentera
kerana core business pasukan ini yang sangat memerlukan kemahiran seni
mempertahankan diri kepada semua individu.
TTS
yang biasa juga disebut unarmed combat merupakan teknik pertahanan diri
jarak dekat dengan beradu tenaga tanpa menggunakan sebarang senjata pendek
seperti kayu, pisau dan seumpamanya.
Namun begitu dalam kurikulum lanjutan TTS atau juga dikenali sebagai Tempur Wira,
penggunaan benet, cotar dan seumpamanya turut diajar dengan gerakan-gerakan
yang lebih extreme bagi memberi impak maksima dan pantas bagi menewaskan
musuh terutamanya kepada
Pasukan Khusus sesuai dengan misi atur gerak cepat yang memerlukan kemahiran
unggul dalam konteks bidang tugas mereka.
Dalam fikiran
penulis, sesuatu yang agak baru dan jarang sekali diberi pendedahan dalam
acara-acara rejimental ketenteraan ialah penglibatan pemimpin masyarakat
tempatan untuk diberi ruang khusus bagi memyempurnakan sesuatu acara.
Penglibatan Pemimpin Rakyat setempat adalah atas dasar keakraban tentera dengan rakyat |
Sesuai dengan perlebaran
konsep perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), bukan hanya kerjasama
tugas di antara Kementerian Pertahanan dengan Kementerian yang bersangkutan
dengan penguatkuasaan sahaja malah boleh diterjemahkan secara meluas dalam
bentuk kerjasama dengan penduduk-penduduk setempat melalui pemimpin-pemimpin
masyarakat dengan komuniti di dalam kem yang juga adalah sebahagian daripada
masyarakat umum. Perajurit
No comments:
Post a Comment