sumber utusan
KOTA BHARU 6 Ogos - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperketat syarat pengambilan anggota baru dengan kelayakan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bermula tahun depan.
Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan, Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim berkata, kelayakan bagi kemasukan peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) selama ini tidak akan digunakan lagi selaras dengan perubahan tersebut.
Katanya, perubahan ini turut mewajibkan semua calon baru yang membuat permohonan bagi mengisi jawatan pegawai mempunyai ijazah manakala pegawai yang sudah berkhidmat diwajibkan memiliki sarjana sebagai syarat untuk ditawarkan pangkat kolonel.
"Suatu ketika dulu memang kelayakan akademik bukan perkara paling utama kerana mereka akan melalui latihan sebelum menjadi askar tetapi sekarang ia perlu diubah," katanya.
Beliau ditemui selepas menyampaikan cek penghargaan kepada 204 anak anggota 8 Briged yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu di Markas 8 Briged Kem Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Hadir sama Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Abdul Rahim Mutalib.
Abdul Aziz berkata, skim pengsiswazahan pegawai turut diwujudkan kepada anggotanya yang layak bagi membantu mereka dalam kenaikan pangkat.
Jelas beliau, 68 peratus pegawai yang berkhidmat sekarang adalah daripada lulusan ijazah dan jumlah itu akan ditambah dalam tempoh beberapa tahun akan datang dengan merekrut siswazah ke jawatan pegawai.
Tambahnya, semua pihak perlu memandang positif perkara ini kerana ia dilakukan mengikut keperluan semasa malah ATM adalah simbol kekuatan negara yang membawa imej Malaysia.
"Dengan cara ini kita akan dapat membentuk sebuah pasukan tentera yang lebih hebat bukan sahaja dari segi praktikal tetapi pemikiran mereka.
"Sebagai contoh peralatan yang digunakan sekarang amat canggih dan memerlukan kepakaran maka orang yang mengendalikannya mestilah mempunyai latar belakang akademik yang baik," ujar beliau.
Sementara itu, tambahnya, ATM telah pun menghantar dan membiayai 50 pelajar cemerlang mengikuti kursus perubatan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Pelajar-pelajar terbabit katanya, akan segera diserapkan untuk berkhidmat sebagai doktor bersama ATM selepas tamat pengajian mereka.
Bersiap sedialah bagi menghadapi mereka (yakni musuh-musuh) dengan segala kekuatan yang termampu kamu sediakan dari pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh lain selain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedangkan Allah mengetahui-Al Anfal Ayat 60
About Me
- Minda Pertahanan
- Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.
Pages
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
- Agensi Penguatkuasaan (5)
- APMM (17)
- ATM (71)
- Aviation (3)
- Ebooks (3)
- Eksesais (9)
- Exhibitions (4)
- LIMA (6)
- LIMA / DSA updated (9)
- LIMA updated (31)
- LIMA'09 updated (7)
- Luar negara (31)
- Menhan (3)
- National Task Force (7)
- NTF (6)
- Ops Benteng (5)
- PDRM (12)
- PKPP (1)
- SAR (1)
- Sejarah (5)
- Seminar (1)
- TDM (90)
- TLDM (135)
- TUDM (54)
- Umum (54)
- Veteran (31)
- Wataniah (7)
- Wataniah/Simpanan (2)
No comments:
Post a Comment