Sumber utusan
Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my
AHMAD Zahid Hamidi, Purnomo Yusgiantoro (dua dari kanan), Jen. Azizan Ariffin dan Jen. Djoko Santoso (kanan) pada upacara penutup Eksesais Malindo Latgabma Darsasa di Melaka, semalam. - UTUSAN/ GAIE UCHE
MELAKA 8 April - Kementerian Pertahanan berpuas hati dengan kejayaan latihan kerjasama ketenteraan terbesar di antara Malaysia dengan Indonesia atau dikenali sebagai Malindo sejak eksesais itu diadakan bermula 1984.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada masa sama memuji kesungguhan yang ditunjukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) melalui latihan itu sebagai usaha meningkatkan keupayaan pasukan keselamatan tersebut.
Tambahnya, kejayaan itu turut memperlihatkan kepada rakyat bahawa Malaysia dan Indonesia mempunyai kerjasama dari segi perisikan, latihan dan pembinaan keupayaan ke arah kesiapsiagaan menghadapi ancaman keganasan.
"Malaysia dan Indonesia mempunyai persamaan latar belakang dan kita tidak akan berperang sesama kita. Inilah kerjasama yang dapat diterjemahkan dalam bentuk semangat serumpun dan ASEAN,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutupan Latihan Gabungan bersama, di darat, laut dan udara (Eksesais Malindo Latgabma Darsasa 7AB 2010) di Hotel Everly Resort, Tanjung Kling di sini hari ini.
Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, Leftenan Jeneral, Datuk Wira Allatif Mohd. Noor, Menteri Pertahanan Indonesia, Profesor Dr. Ir. Purnomo Yusgiantoro dan Panglima TNI, Jeneral Djoko Santoso.
Eksesais siri ketujuh yang bertemakan Pasukan Komando Tugas Gabungan menangani Keganasan melibatkan seramai 1,243 anggota ATM dan 452 TNI, telah bermula dari 25 Mac hingga Sabtu ini.
Ahmad Zahid menambah, berbeza dengan enam siri eksesais sebelum ini, eksesais siri ketujuh Malindo kali ini melibatkan kesemua elemen sensitif komando dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan pertahanan kedua- dua negara.
"Selain itu, eksesais melibatkan penggunaan alat-alat biologikal dan nuklear juga adalah sesuatu yang baru yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, katanya.
Ditanya sama ada tempoh lima tahun sekali mencukupi untuk mengadakan eksesais itu, Ahmad Zahid berkata, Malaysia juga sering menjalankan latihan ketenteraan dengan negara-negara lain dan ia tidak terhad dengan Indonesia sahaja.
"Saya fikir, latihan ini dibuat antara tiga dan lima tahun sekali pun sudah mencukupi. Banyak negara lain yang adakan latihan bersama, tempoh masa yang sama juga digunakan,'' katanya.
Bersiap sedialah bagi menghadapi mereka (yakni musuh-musuh) dengan segala kekuatan yang termampu kamu sediakan dari pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh lain selain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedangkan Allah mengetahui-Al Anfal Ayat 60
About Me
- Minda Pertahanan
- Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.
Pages
Friday, April 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
- Agensi Penguatkuasaan (5)
- APMM (17)
- ATM (71)
- Aviation (3)
- Ebooks (3)
- Eksesais (9)
- Exhibitions (4)
- LIMA (6)
- LIMA / DSA updated (9)
- LIMA updated (31)
- LIMA'09 updated (7)
- Luar negara (31)
- Menhan (3)
- National Task Force (7)
- NTF (6)
- Ops Benteng (5)
- PDRM (12)
- PKPP (1)
- SAR (1)
- Sejarah (5)
- Seminar (1)
- TDM (90)
- TLDM (135)
- TUDM (54)
- Umum (54)
- Veteran (31)
- Wataniah (7)
- Wataniah/Simpanan (2)
No comments:
Post a Comment