About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Tuesday, January 19, 2010

Sempadan Malaysia-Thailand terkawal

Sumber: Utusan

GERIK 14 Jan. - Keadaan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand adalah terkawal, kata Panglima Briged Sempadan, Brigedier Jeneral Azmy Yahya.

Beliau berkata, lebih 5,000 anggota tentera daripada lima Batalion Rejimen Sempadan bertugas di sepanjang sempadan bermula dari Bukit Kayu Hitam, Kedah hingga ke Rantau Panjang, Kelantan.

Katanya, kekuatan anggota itu tidak termasuk kakitangan agensi kerajaan lain yang turut bertanggungjawab mengawal sempadan seperti polis, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Jabatan Imigresen.

"Kita berterusan berjaya menghalang aktiviti bertentangan dengan undang-undang terutamanya menyekat kemasukan pendatang tanpa izin dan penyeludupan secara kecil-kecilan.

''Tanpa kerjasama daripada agensi-agensi lain, kejayaan ini tidak akan dapat dicapai. Saya berharap ia dapat diteruskan," katanya ketika ditemui selepas perbarisan sempena sambutan ulang tahun kedua Rejimen Sempadan di sini hari ini.

Pelbagai program diadakan sempena majlis tersebut termasuk acara perbarisan serta jamuan makan tengah hari manakala majlis makan malam diadakan pada 26 Januari ini.

Majlis itu juga sempena meraikan penubuhan Markas Briged Sempadan yang sebelum ini dikenali sebagai Markas 30 Briged Sempadan.

Markas 30 Briged Sempadan ditubuhkan pada 1 September 2006 sebelum ditukar nama kepada Markas Briged Sempadan pada 12 Januari 2008 ekoran pertukaran status operasi Batalion Siri 300 Askar Wataniah kepada Batalion Rejimen Sempadan.

7 comments:

Anonymous said...

KEPADA PANGLIMA BRIGED SEMPADAN,SAYA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN PENTADBIRAN,BN KE 4 SEMPADAN,SEKARANG ISTERI TINGGAL TUNGGU HARI SAJA NAK BERSALIN,SAYA PULA KENA MASUK OPERASI,DIMANAKAH CIRI-CIRI KEBAJIKAN YANG DI LAUNG-LAUNG OLEH ATM,,,,,,,,,,

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Askar pun manusia juga....kena jaga bini n anak2 juga.Allah akan tanya dalam akhirat apa yang di buat atas muka bumi...sama ada bekerja untuk negara sahaja sedangkan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga,mestilah seimbangkan kerja dunia n akhirat baru betul askar.Ni tahun 2011 operasi 3kali setahun...mcmana nak bagi kasih sayang kat family asyik2 operasi je...anakpun sampai menangis bangun tidur takut papa tinggal pergi kerja 2bulan tak balik.Kenapa askar Kor Rejimen Sempadan banyak kali operasi...???

Anonymous said...

KEPADA PANGLIMA BRIGED SEMPADAN,SAYA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN PENTADBIRAN,BN KE 4 SEMPADAN,SEKARANG 2011 operasi acap kali, dahlah 2 bulan tinggal anak bini, gaji murah x cukup makan...operasi pulak 3x setahun...gila ker apa..???kena bagitau perdana menteri ni...pentadbiran bodoh,cuti 3hari je dapat setelah opertasi 2 bulan tinggal anak n bini...bodoh pentadbiran tak berbaloi

Anonymous said...

berenti jelah bro kalau dah tak minat..

banyak lagik keje lain kat luar tu yg boleh bagik gaji lagi tinggi..

takyah nak masuk hutan, dapat keje dalam opis ada aircond..

takder saper paksa bro masuk askar.. dan takder saper nak suruh bro paksa keje askar sampai pencen..

pikir2 kan dan selamat beramal..

Anonymous said...

slm..mcmana nak resign..keje dah separuh mati dah...klu bijak pentadbiran x adalah orang nak komplain...ni lah orang suruh belajar ilmu dunia n akhirat...xnak belajar,belajar dunia jer...xleh nak tima kritikan orang...waso bodoh..

Anonymous said...

marah betul sedara anoy 28/5/11 1:49PM kita ni. habis dibodohkan mereka-mereka yg berkenaan.

tapi, apa fasal diluahkan di sini?

mz

Tinggalkan pesanan anda di sini