Sumber utusan
LANGKAWI 3 Dis. - Aksi tangkas pesawat amfibia Bombardier 415MP milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membuat demonstrasi sepanjang Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa (LIMA) 2009 menarik perhatian ramai terutama ketika membuat aktiviti menyedut dan melakukan serangan dengan air.
Namun ramai yang tidak tahu salah sebuah daripada pesawat tersebut dipandu oleh juruterbang wanita, Kapten Zalina Sungip, 41, yang turut dipertanggungjawabkan bagi mengawasi keselamatan perairan negara daripada diceroboh pihak luar.
Malah yang lebih membanggakan, beliau merupakan satu-satunya juruterbang wanita yang memandu pesawat amfibia keluaran Bombardier Amphibious dari Kanada itu.
"Saya tidak pernah bercita-cita menjadi juruterbang kerana asalnya mahu menjadi pendidik," katanya ketika ditemui di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini di sini hari ini.
Menurutnya, selepas menamatkan pengajian dalam bidang fizik dan matematik di Kanada, beliau berhasrat menjadi tenaga pengajar dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tetapi ditawar menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai juruterbang.
Selepas itu katanya, beliau menjadi juruterbang untuk pesawat Pilatus PC7 dan pesawat maritim dengan TUDM selama 13 tahun sebelum menyertai Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Penerbangan.
Namun Zalina berkata, selepas setahun bersama UPNM, beliau membuat keputusan untuk terbang semula dengan menyertai Stesen Amfibia APMM sejak sebulan lalu.
"Saya suka melakukan penerbangan dan LIMA 2009 merupakan penyertaan pertama saya sebagai peserta yang terlibat mengadakan pertunjukan udara," katanya.
Menurut ibu kepada dua anak itu, memandu pesawat amfibia sama seperti pesawat udara lain cuba kemampuannya boleh mendarat di atas permukaan air.
"Risikonya tetap ada terutama ketika membuat pendaratan di atas permukaan air," ujarnya.
Beliau berkata, selain membuat pengawasan maritim, pesawat itu mampu menyedut air sehingga 6,000 liter dalam tempoh enam saat untuk melakukan operasi memadam kebakaran atau membuat serangan udara terhadap pencerobohan kapal asing di perairan negara.
"Saya bangga menjadi juruterbang wanita tunggal di dunia yang memandu pesawat ini dan bekerja dengan juruterbang lelaki tidak menjadi satu masalah kerana mereka bekerja sebagai satu pasukan dan mereka juga adalah rakan ketika berkhidmat dalam TUDM sebelum ini," ujarnya.
Bersiap sedialah bagi menghadapi mereka (yakni musuh-musuh) dengan segala kekuatan yang termampu kamu sediakan dari pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh lain selain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedangkan Allah mengetahui-Al Anfal Ayat 60
About Me
- Minda Pertahanan
- Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.
Pages
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
- Agensi Penguatkuasaan (5)
- APMM (17)
- ATM (71)
- Aviation (3)
- Ebooks (3)
- Eksesais (9)
- Exhibitions (4)
- LIMA (6)
- LIMA / DSA updated (9)
- LIMA updated (31)
- LIMA'09 updated (7)
- Luar negara (31)
- Menhan (3)
- National Task Force (7)
- NTF (6)
- Ops Benteng (5)
- PDRM (12)
- PKPP (1)
- SAR (1)
- Sejarah (5)
- Seminar (1)
- TDM (90)
- TLDM (135)
- TUDM (54)
- Umum (54)
- Veteran (31)
- Wataniah (7)
- Wataniah/Simpanan (2)
2 comments:
Tahniah buat Kapten (M) Zalina Sungip. Kejayaan saudari menjadi kebangaan kepada saya dan juga bekas rakan sekelas saudari di SMDS. Saya tidak menyangka bahawa rakan saya ini suatu hari nanti akan menjadi seorang juruterbang yang hebat (saya ingatkan saudari akan menjadi doktor perubatan berdasarkan kecemerlangan saudari di dalam subjek "biology." Muga Allah menambahkan kecemerlangan lagi di dalam kerjaya Kapten. Kalau Kapten terbaca komen saya, sudilah hantar email kepada saya:azmi.mnor68@gmail.com
dah berapa jam kapten terbang kapal ini
Post a Comment