About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Saturday, December 5, 2009

12 EC725 tidak cukup untuk ganti Nuri

Sumber utusan

LANGKAWI 1 Dis. — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memerlukan lebih daripada 12 unit Eurocopter EC725 bagi menggantikan sepenuhnya perkhidmatan Nuri, kata Panglimanya, Jen. Datuk Seri Rodzali Daud.

Beliau berkata, bahawa menurut perancangan, TUDM memerlukan 27 Eurocopter sebagai permulaan.

"Kalau kita dapat 12 adalah baik tetapi ia bukan bermakna dapat menggantikan Nuri sepenuhnya. Pesawat Nuri akan diteruskan lagi sehingga kita dapat jumlah yang diperlukan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 (LIMA 2009) di sini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pertukaran Nuri dengan pembelian 12 Eurocopter EC725 kerana proses baik pulih Nuri menelan kos yang tinggi.

Bagaimanapun pembelian tersebut masih dalam kajian akibat kelembapan ekonomi dunia. - Bernama

No comments:

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini