About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Monday, November 30, 2009

Penampilan sulung pesawat terbaru APMM

Sumber Utusan

LANGKAWI 29 Nov. – Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 turut menyaksikan penampilan sulung pesawat udara terbaru Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang diperoleh pasukan tersebut kira-kira dua minggu lalu.



Pengarah Cawangan Operasi Udara APMM, Laksamana Pertama Maritim Zammani Mod Amin berkata, pesawat tersebut adalah Amfibi Bombardier CL415 yang digunakan untuk pelbagai operasi penguatkuasaan dan menyelamat di laut.

Menurutnya, pesawat tersebut menjadikan aset terkini di bawah Cawangan Operasi Udara APMM berjumlah lima buah selain sebuah lagi pesawat Amfibi dan tiga buah helikopter Dauphin N3.

‘‘Kesemua aset terlibat menyertai LIMA 2009 dan akan membuat demonstrasi mencari dan menyelamat mangsa di laut serta operasi penggeledahan mangsa tawanan lanun di atas kapal,” katanya di sini hari ini.



Latihan persiapan terakhir
pesawat udara LIMA 2009 di Pusat Pameran Antarabangsa
Mahsuri (MIEC) di Langkawi, semalam.



Beliau berkata, pesawat Amfibi terbaru itu yang berharga RM120 juta dan dibeli dari Kanada, kini boleh melaksanakan misi penuh.

Katanya, pesawat itu turut dilengkapi dengan sebuah bot di dalamnya bagi menjalankan operasi menyelamat di laut dan ia merupakan pembelian di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk memperkukuhkan operasi APMM.

‘‘Amfibi Bombardier CL415 juga mampu menyedut air sebanyak 6,000 liter di laut dalam tempoh masa 12 saat bagi melaksanakan operasi memadam kebakaran atau membuat serangan terhadap kapal lanun,” ujarnya.

Dalam pada itu Zammani berkata, aset APMM lain yang terlibat dengan LIMA 2009 ialah lima buah kapal peronda iaitu KM Gagah, Langkawi, Mulia, Marlin dan Siangin yang akan menyertai Perbarisan Kapal sempena pembukaan pameran itu.

Menurutnya, kesemua pesawat udara terlibat akan mengadakan demonstrasi setiap hari di kawasan perairan berhampiran jeti Awana Porto Malai bermula Isnin ini.

‘‘Orang ramai berpeluang menyaksikan demonstrasi itu dengan berada di kawasan khas jeti berkenaan,” ujarnya.

Beliau memberitahu, APMM juga akan menunjukkan ketangkasan anggota Pasukan Tindakan Khas (PTK) atau STAR Team yang akan terlibat dalam operasi menyelamat tawanan di atas kapal dengan melibatkan helikopter, kapal peronda dan lima bot kilat.

No comments:

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini