Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
KAPTEN Diana Hamdan bersama rakan setugas, Kapten Siti Norfarhana Mohd. Aminuddin bersemangat setelah menerima anugerah yang melayakkan mereka menerbangkan helikopter Agusta A-109 milik Pasukan Udara Tentera Darat di Kem Sungai Besi, semalam.
KUALA LUMPUR 1 Mac - Empat srikandi Tentera Darat (TD) hari ini melakar sejarah tersendiri apabila muncul sebagai wanita pertama dalam beberapa bidang masing-masing di peringkat perkhidmatan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Mereka adalah Kapten Ungku Fatimah Zaharah Ungku Abu Bakar, 24; Kapten Nornie Fathma Ab. Rahman, 26; Kapten Diana Hamdan, 27 dan Kapten Siti Norfarhana Mohd. Aminuddin, 26.
Ungku Fatimah dari Kor Semboyan Diraja mencatat sejarah dalam ATM apabila muncul wanita pertama diberi tanggungjawab membawa panji-panji sama ada dalam operasi mahupun perbarisan.
Ungku Fatimah dari Kor Semboyan Diraja mencatat sejarah dalam ATM apabila muncul wanita pertama diberi tanggungjawab membawa panji-panji sama ada dalam operasi mahupun perbarisan.
Kata Ungku Fatimah, beliau berbesar hati dengan kepercayaan membawa panji-panji pada Perbarisan Hari Ulang Tahun Ke-76 Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.
''Panji-panji merupakan lambang kemegahan sesuatu pasukan atau unit dan semasa perang, ia akan diarak di hadapan pasukan itu sebagai tanda keberanian anggota-anggota yang terlibat," katanya yang ditemui selepas acara tersebut.
''Panji-panji merupakan lambang kemegahan sesuatu pasukan atau unit dan semasa perang, ia akan diarak di hadapan pasukan itu sebagai tanda keberanian anggota-anggota yang terlibat," katanya yang ditemui selepas acara tersebut.
Nornie Fathma pula muncul wanita pertama dalam TD dan ATM yang diberi tugas sebagai ajutan perbarisan, iaitu mengelola dan memastikan ratusan anggota serta pegawai yang terlibat dalam sesuatu perbarisan berada di tempat sepatutnya sebelum diserahkan kepada penolong ketua perbarisan itu.
''Saya amat berbangga kerana ia sangat mencabar memandangkan sesetengah anggota perbarisan yang kebanyakannya kaum lelaki janggal menerima arahan daripada wanita," ujarnya.
Sementara itu, Diana dan Siti Norfarhana muncul golongan pertama wanita yang mendapat sayap penerbangan dalam TD seterusnya melayakkan mereka menerbangkan helikopter Agusta A-109 milik Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).
Kedua-dua mereka yang kini berperanan sebagai pembantu juruterbang dalam satu-satu penerbangan bercita-cita untuk menjadi kapten pesawat dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin memberitahu, pelantikan pegawai wanita berkenaan membuktikan TD bersikap terbuka dalam hal kenaikan pangkat.
''Tidak ada masalah langsung dalam TD untuk mengambil wanita sama ada dari peringkat pegawai atau pangkat-pangkat lain," tegasnya
4 comments:
setahu saya pegawai yang bawa panji panji mestilah yang paling 'junior' dalam satu satu pasukan .takkan dalam pasukan itu kapten paling 'junior' mana pegi leftenan muda . ataupun ada politik di sebaliknya .
SALAM, JGN LA KETINGGALAN ZAMAN.. MEMANG LA DIA NI KAPTEN.. TAPI LEPASAN ATMA/UPNM.. DIORANG NI COMMISION TERUS KAPTEN.. DAN BUDAK NI BARU AJE PASSING OUT.. TENTULAH JUNIOR BRO OI,,
:)
The most junior... supposedly the youngest in age. Be it a subbies or a Captain.
Post a Comment