About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Thursday, January 29, 2009

Malaysia terima kapal selam pertama negara

Sumber: Utusan Online



KUALA LUMPUR 28 Jan. – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) secara rasminya menerima kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman pada satu majlis di Toulun, Perancis, Isnin lalu.

Semalam, KD Tunku Abdul Rahman juga mencatatkan sejarah apabila ditauliahkan sebagai kapal selam pertama yang menyertai perkhidmatan TLDM.

TLDM dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, kedua-dua majlis berlangsung di Pangkalan Tentera Laut Perancis di Toulun dengan disaksikan Panglima TLDM, Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar.

Penerimaan diketuai Setiausaha Bahagian Perolehan Kementerian Pertahanan, Nazri Siron dan disertai Ketua Pengarah Kejuruteraan, Laksamana Pertama Khairudin Khalid dan Pasukan
Projek Angkatan Kapal Selam TLDM.

Katanya, DCNS pula diwakili Pengarah Projek Scorpene, Didier Husson dan Pengarah Urusan Limbungan Navantia Cartagena, Sepanyol, Menuel Filgureira.

“Majlis penerimaan yang berlangsung dengan penuh istiadat tentera laut itu diadakan di dalam kapal selam berkenaan,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, pelayaran pulang KD Tunku Abdul Rahman itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh krew kapal selam TLDM yang mahir dan terlatih.

“Pada majlis itu, Panglima Tentera Laut mengucapkan tahniah kepada krew tersebut kerana berjaya melepasi semua rintangan sehingga berjaya melayakkan diri menjadi krew kapal selam pertama negara,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, kapal selam berkenaan dijangka tiba di tanah air pada Julai depan serta berpangkalan di Markas Angkatan Kapal Selam, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar, Sabah.

Kapal selam Scorpene jenis tempur konvensional itu dibina di Cherbourg, Perancis oleh DCNS dan syarikat pengeluar kapal selam, Navantia dari Sepanyol.

5 comments:

Anonymous said...

kapal selam berharga berbillion ringgit tapi tongkang buruk yang dah tak 'seaworthy' bawa pendatang haram beratus juga yang lepas ke pantai negara kita . memalukan saja .

Minda Pertahanan said...

Kapal selam belum lagi balik ke negara kita. Kalau ye pun ada kapal selam, bukan lah bermakna sempadan negara tidak dibolosi. Itu keje tim penguakuasa maritim dan agensi2 seumpamanya untuk menanganinya. Takkan kapal selam nak jaga aktiviti lintas sempadan spt itu.

Anonymous said...

memang lah bukan kerja tim kapal selam tu . tapi apa guna ada aset berbilion ringgit tapi sempadan negara kerap dibolosi . tldm dan agensi 2 lain tu pun bawah kerajaan jugak kan ?

Anonymous said...

kalau nak tunggu 'blog owner approval' baik tak payah buat ruang 'comment' .

Minda Pertahanan said...

sori la bro... terpaksa guna 'owner approval'. bukan apa cuma ianya jadi reminder masa owner log in. kalau tidak saya tidak tau ada orang komen. ok peace..

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini