About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Monday, August 4, 2008

CHE POH- Bekas Komando yang hidup dalam kepayahan

Sumber: Majalah Perajurit Edisi Jul 2007
Oleh : Hamzah h.d

Surat Pembaca Perajurit kali ini melewati kelangsungan salah seorang bekas tentera yang jejaknya tidak ke hujung perkhidmatan. Beliau ialah bekas seorang anggota Batalion ke 22 Rejimen Gerak Khas iaitu 1033876 Lance Koperal Che Poh @ Kamaruzaman bin Che Kob.
Mendapat pendidikan di sekolah menengah ugama Nurul Iktifaq Kuala Besut. Lepas sekolah beliau bekerja di ladang kelapa sawit. Terpengaruh dengan siri drama televisyen ‘Combat’ yang cukup popular sikit masa dulu. Che Poh menghadiri temuduga Tentera Darat di Mentakap Pahang. Tahun 1980, pengambilan beliau adalah pengambilan percubaan bagi Tentera Darat (TD) untuk memperkenalkan latihan rekrut selama 4 bulan.

Pada permulaannya Che Poh memohon ke Cawangan Jurutera Letrik dan Jentera (JLJ) tetapi gagal dalam temuduga sebaliknya terpilih mengganggotai 22 Rejimen Gerak Khas yang berpangkalan di Sungai Udang Melaka. Membuat penerjunan statik di Gong Kedak sebanyak 7 kali yang mana melayakkan beliau menamatkan latihan asas sebagai komando.
Bagaimana perit pun dalam latihan komando kata orang namun pada Che Poh tidak merasa sukar untuk menghadapinya. Selepas tiga tahun berada di Sungai Udang, 22 RGK berpindah ke Kuala Kubu kerana kesesakan di Kem Sungai Udang dan Kem terakhir beliau bersama 22 RGK ialah di Kem Cameron Highland sebelum beliau menamatkan perkhidmatan selama 10 tahun iaitu pada tahun 1990. Sepanjang tempoh setianya bersama 22 RGK, Che Poh banyak menyertai operasi dan latihan namun beliau belum pernah sekali pun bertempur atau berhadapan dengan komunis yang pada masa itu masih lagi menjadi ancaman .

Beliau juga pernah terlibat dengan operasi pembersihan di pendalaman Sibu Sarawak dengan menaiki helicopter ke Sungai Tiau namun tiada apa-apa yang berlaku. Walaupun semasa mereka pergi ke Sarawak dengan menaiki C130 tapi pulangnya dengan menaiki kapal sewaan ATM iaitu Pernas Safari yang pada awalnya dijadualkan untuk menaiki Feri Malaysia. Birokrasi sebegini adalah perkara biasa sepanjang perkhidmatan beliau kerana TD tidak mempunyai pengangkutan laut atau udaranya sendiri dan menagih pengangkutan dari TLDM atau TUDM untuk ke Malaysia Timur.

Operasi pembersihan dari kem Tapah ke Cameron Highland selama satu minggu juga tidak menghasilkan apa-apa. Walau pun penat menongkah bukit, namun kepuasannya tetap dirasa bahawa bumi Malaysia sudah aman dari ancaman Parti Komunis Malaya (PKM). Itulah harapannya, harapan seluruh warga TD dan harapan seluruh rakyat Malaysia.
Latihan yang sangat mencabar baginya ialah sewaktu membuat penerjunan di Lubuk Jong di sempadan Rantau Panjang-Thailand. Mereka dikehendaki berjalan kaki balik ke Gong Kedak di sempadan Kelantan –Trengganu dalam suasana musim banjir.
Setelah 10 tahun berkhidmat bersama TD, Che Poh memulakan penghidupan sebagai seorang awamdan bekerja sebagai Pengawal Keselamatan. Pendapatan sebagai PK yang sedikit dan ditambah dengan masalah peribadi menyebabkan Che Poh mengalami tekanan jiwa dan beliau pernah hilang pertimbangan.
Pernah mendapat rawatan pesakit jiwa Hospital Melaka dan Hospital Kota Bharu. Sehingga sekarang penyakit ini akan menyerang bila mana jiwa beliau berada dalan keadaan tertekan. Mendapat bekalan ubat secara berkala dari klinik kerajaan yang terdekat dan masih berusaha membuat rawatan susulan.

Che Poh juga mengidap penyakit Gout yang serius yang mana memerlukan perbelanjaan yang besar untuk mendapat bekalan ubat yang berterusan. Beliau tidak mampu lagi untuk membeli ubat di kedai Farmasi.

Hidup Perlu Diteruskan

Bagaimanapun Che Poh masih bernasib baik kerana Syarikat Kawalan Keselamatan sanggup memberi peluang untuk beliau bekerja sebagai Pengawal Keselamatan demi menyara diri dan keluarga dengan gaji lebih kurang RM600.00 sebulan. Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah menyumbang RM 100.00 sebulan sehingga kini, namun pendapatannya harus diagihkan untuk rawatan dan keluarga.

Bila ditanya tentang penglibatan Persatuan Bekas Tentera (PBTM) maupun Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM) dalam memberi bantuan khidmat nasihat dan sebagainya, beliau menjawab. “Langsung tak ada kerana sehingga kini beliau belum pernah mendaftar sebagai ahli dan tidak pernah berhubung dengan mereka atau Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) sejak menamatkan perkhidmatan”.

Penulis berharap JHEV, KVKM atau pun PBTM boleh meninjau secara khusus permasalahan yang sedang dihadapi Che Poh. Walaupun sebelum ini permasalahan ini tidak dimaklumkan. Apapun sebab dan alasannya fungsi persatuan-persatuan terbabit atas dasar menjaga kebajikan pesara harus merendah diri untuk turun padang sejajar dengan sumpah perajurit Komando yang Kedua Belas yang berbunyi “Saya Akan Mengharumkan Nama Bere Hijau dan Rakan-rakan Seperjuangan Yang Memakainya Hingga Akhir Hayat Saya” rasanya amat terkilan dengan kisah ini dan mungkin ramai lagi yang belum tampil atau belum dikesan. Che Poh yang kini boleh dihubungi di alamat No 1A, Kampong Baharu, Jalan Gong Manok, 22300 Kuala Besut. Trengganu . No Telefon: 09-6910596. Sekian..

6 comments:

agensipasticekal said...

salam, terharu saya baca crite che poh, itu baru seorang saya ada lg cerita tambahan, kawan saya rahim yg dulu askar berkhidmat uk negara malaysia pertahan dengan nyawa sendiri bukan nyawa ayam tapi apakah dia dapat selepas berhenti, yg saya nampak dapat sakit je, cuba bygkan dia stok sebelah badan tak boleh begerak, makan, mandi, tido, berak semua buat atas katil shaja, isteri motong getah, anak terpaksa beniaga sendiri untuk tampung pebelanjaan hidup utk adik yg masih bersekolah, elaun dr kerajaan cuma rm100 sebulan, tlg igt rm100 sahaja. kita di malaysia ni hidup dengan matawang rupiah ke, belanja sekadar itu bolehkah menampung hidup, lbh baik bawak tempurung pi pasar mlm minta sedekah lagi banyak, tapi dia tak mampu, nak begerak pn org kena tolong inikan pula nak minta sedekah, saya hairan persatuan perajurit buat kerja apa, kerja melobi supaya dapat duit dan pi enjoy, sahabat saya dah masuk lam surat kahabar tahun lepas, tp lihatlah, apakah kemajuanya hamppeh takda apa,sbbtu saya hairan kenapa mereka yg berjuang untuk mempertahan negara tiada siapa yg peduli, samada veteran kah atau pegawai atasan tiada siapa yg peduli, yg penting buat nama dan duit, bagi mereka biarlah mereka dan keluarga mereka yang tanggung, siapa suruh mereka masuk tentera dulu skrg siapa nk tolong, tekilan bila saya dapat tahu sebilangan veteran masuk politik, tetapi apa yg mereka buat, punya ramai veteran lg yg hidup melarat tiada siapa peduli, kita mampu bekerja, mampu bekeluarga, dan anak kita mampu bejalan dengan amen pergi sekolah kita mampu pergi kerja dengan aman atas sebab apa, fikirkan lah sekiranya tiada mereka mereka ini mampukah kita buat macantu, rm100 sebulan.. hehe buat lawak betul, nak belanja sehari pn dah mejangkau rm40 ringgit sehari , ini pulak sebulan tetapi mereka mampu utk hidup.jadi saya lampirkan disini no hp anak dia sekiranya ada org yg ikhlas dan sudi call lah dan bantulah dan anda harus ingat bkn che poh dan kawan saya sahaja yg mengalami nasib serupa ini ada lagi jd marilah kita tolong sepatutnya no anak dia 0194819591 along, tolonglah mereka yg megantikan kita semasa berjuang dulu

Minda Pertahanan said...

terima kasih saudara kerana perihatin dengan nasib bekas2 tentera. saya percaya ramai lagi bekas tentera dan keturunan mereka yang hidup tidak setaraf dan tidak mengecapi kesenangan spt orang lain. Mungkin saudara boleh jelaskan, di kawasan mana atau dimana sahabat kita ni berada supaya cawangan2 JHEV atau PBTM berhampiran boleh membenatu mana yang patut.Terima kasih.

Anonymous said...

Cdo melihat isu ini harus diteliti dari pelbagai aspek. Adalah tidak patut kita menyalahkan pihak JHEV atau persatuan bekas komando secara melulu tanpa memahami permasalahan sebenar. Cdo nampak, Kpl Che Poh, sebenarnya gagal membuat perancangan yang rapi sebelum beliau mengambil tindakan untuk menamatkan perkhidmatan beliau setelah 10 tahun berkhidmat. Kesengsaraan beliau pada hari ini adalah disebabkan kegagalan beliau merancang dengan teliti sebelum beliau membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan.

Anonymous said...

Saya melihat Che Poh ini tidak berhubong dengan Kelab Veteran Komando ataupun PBTM.Untuk menyalahkan pihak lain,saya tidak tepat.Cobalah kemukakan masalah kepada PBTM atau Kelab Veteran Komando untuk khidmatnasihat.

Banyak cara yang kita boleh gunakan Che Poh ini contoh: Jab Kebajikan,Baitulmal dan NGO yang berunsurkan kebajikan tidak termasuk golongan koperat dll.

Yang penting sekarang coba hubongi KVK atau PBTM negeri.


GONZALES LASAK
Harimau Satu

Abah said...

Penulis artikel ini Sdra Jebat2K pernah menghubungi saya dan meminta pendapat serta apa yang perlu dibuat bagi menanggani permasalahan anggota ini. Saya telah memberi maklumat kepada beliau, kepada siapa perkara ini perlu diperpanjangkan. Saya pasti sdra Jebat 2K telah pun menghubungi orang yg berkenaan. Selepas perkara ini tidak berdetik seketika, saya beranggapan perkara ini telah selesai. Apa yang diperhatikan kemungkinan perkara itu senyap begitu sahaja. Kepada orang berkenaan sila ambil tindakan yang sewajarnya.

Kepada Che Kob saya nasihatkan supaya cuba-cubalah bercampur sedikit dengan masyarakat sekeliling, jangan buat macam 'Merak bueh'. Langsung tak nak campur masyarakat. Saya rasa kalau perkara ini anda sendiri kemukakan atau berjumpa dengan YDP KVKM disana takkan lah mereka biarkan begitu sahaja. Inilah katalah 'sikap'tak hendak berubah dari masa perkhidmatan sehingga sudah berusia sebegini dan ditambah pula dengan masalah semasa. Terimalah nasihat saya dengan hati yang terbuka, walaupun nasihat tsb akan 'keras' sedikit.

Anonymous said...

sapa suruh masuk tentera? kemudian ramai yg berhenti 10 tahun atau 13 tahun. memang terlalu ramai yg konon tak tahan dalam tentera dan gelojoh berhenti 10 atau 13 tahun ini mempunyai masalah di luar sana. kenapa nak salahkan tentera? kalau sudah berhenti,sudah tidak ada apa2 urusan dengan tentera dah. Lainlah kalau berpencen. Dia ingat askar ni Jabatan Kebajikan Masyarakat ke? Ada 1000 kelebihan kalau berpencen,tapi dia yg gagal pilih dan rancang hidup sendiri.

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini