Sumber: Majalah Perajurit Edisi Nov 2007
Oleh: Hamzah h.d
Kesiapsiagaan kapal perang dalam ertikata menentukan float move and fight adalah satu persediaan menyeluruh sesebuah kapal perang untuk melakukan sesuatu misi. Kesiapsiagaan teknikal dan sumber manusia harus ditangani secara menyeluruh tanpa kompromi kerana impak kemusnahan terlalu besar jika aspek-aspek teknikal yang kecil tidak diberi perhatian sewajarnya.
Dalam teknologi terkini, Periuk Api atau Ranjau merupakan salah satu teknik peperangan untuk memusnahkan atau sabotaj angkatan musuh semasa keluar atau masuk terusan atau pelabuhan.
Salah satu cara Ranjau diaktifkan atau berfungsi ialah disebabkan magnet pada badan kapal. Magnetic field atau medan magnet pada badan sesebuah kapal merupakan elemen pengaktif sensitiviti makanisma ranjau di samping gangguan akustik dan tekanan kemampatan air semasa sesebuah kapal berada dalam jarak keberkesanannya.
Medan magnet terhasil dengan cara geseran arus air dan juga ketukan komponen besi yang berada di dalam bahtera atau membuat kerja-kerja iron work terutama selepas kapal menjalani pelayaran yang berterusan dalam masa lama atau selepas menjalani refit.
Bagi membolehkan kapal terus terapung, bergerak dan berperang, kapal-kapal perlulah memiliki daya medan magnet yang rendah untuk kapal-kapal melalui kawasan laluan bebas ranjau dengan lebih yakin. Alangkah ruginya jika sekiranya langkah-langkah pengawalan medan magnet tidak diambil yang mana memungkinkan berlakunya letupan periuk api yang bukan sahaja merosakan bahtera dan peralatan malah juga akan kehilangan banyak nyawa.
Faktor-faktor Penyebab
Banyak faktor penyebab mengapa bacaan medan magnet di kapal boleh menjadi tinggi. Di antara faktor-faktor umumnya mengikut darjah kekerapan berlaku ialah:
1. Faktor bahan yang mana tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Sebagai contoh: Propeler yang harus digunakan oleh kapal-kapal Penyapu Ranjau (MCMV) ialah yang diperbuat dari aluminium yang mempunyai gred tertentu. Untuk menentukan keaslian pesanan yang dibekalkan oleh pembekal, maka satu ujian atau analisa mesti dilakukan terlebih dahulu di Pusat Penyeyapan Kapal dengan menggunakan makanisma tertentu. Dengan kata lain ialah kualiti bahan yang digunakan bukan perkara yang boleh dikompromi kerana bukan sahaja satu penipuan malah risiko tercetusnya musibah di kemudian hari.
2. Faktor pengaruh persekitaran di dalam kapal itu sendiri yang diisi dengan barang-barang yang bermagnet yang dibawa belayar. Oleh kerana itu badan Kapal Penyapu Periuk Api adalah dibina dengan gentian kaca atau kayu dan komponen-komponen lain banyak dibina dengan menggunakan tembaga untuk menggantikan besi.
3. Faktor masa iaitu rawatan magnetik tidak mengikut jadual atau tempoh masa yang tertentu yang mengakibatkan kelekaan dari berbuat demikian.
4. Faktor manusia yang menjurus kepada kurang pengetahuan kepada sesetengah warga kapal yang tidak mengendahkan larangan dan tidak komited untuk sama-sama mencegah atau berkerjasama untuk mengelakan larangan-larangan dari dilanggari. Kesedaran dan pemahaman kepada semua warga kapal amat penting supaya pencegahan bermula di peringkat asas.
5. Faktor-faktor lain ialah dari segi peralatan yang dipasang di dalam kapal itu sendiri yang tidak diselenggarakan dan kurang pemeriksaan. Di samping kaedah pengawalan magnetik yang tidak mengikut peraturan dan tiada kawalan.
Cadangan Penyelesaian
Dalam mencari penyelesaian dan untuk menentukan sesuatu amalan yang tidak baik dari terus berlaku dalam perlaksanaan kerja, kaedah alternatif berdasarkan baik dan buruknya harus diaplikasikan ke dalam carta aliran kerja yang sistematik dan berdisiplin di Pusat Penyenyapan yang sedia ada. Ini adalah semata-mata untuk memberi jaminan keberkesanan sesuatu tindakan dari peringkat asas dan mentradisikan amalan yang baik dari peringkat penyediaan perolehan sehingga ke peringkat pemasangan sesuatu peralatan di kapal-kapal dalam usaha untuk memberi kenyakinan menidakkan impak yang memudaratkan kepada pengguna yang terakhir.
Di antara kaedah-kaedah yang dikenal pasti boleh merealisasikan impian pengurangan bacaan medan magnet seperti yang dibincangkan ialah:
1. Setiap peralatan yang hendak dipasang di kapal-kapal MCMV khususnya hendaklah diuji nilai di pusat penyeyapan magnetik terlebih dahulu dalam usaha untuk mengesahkan peralatan tersebut sesuai untuk digunakan atau tidak. Hanya sedikit keburukan ialah cara ini akan melambatkan proses pemasangan di kapal dan juga memberi tambahan kerja tapi dengan perancangan yang betul ianya tidak akan menjadi masalah.
2. Peralatan yang dibekalkan hendaklah dipastikan menepati spesifikasi yang diperlukan. Dengan cara ini, kualiti peralatan terjamin dan boleh digunakan terus oleh pengguna di samping memudahkan pembekal untuk menyediakan peralatan yang diminta tanpa ada unsur-unsur penipuan, korupsi dan juga birokrasi penolakkan daripada penasihat teknikal kepada pembekal yang membekal secara sambil lewa . Dengan makanisma yang sedia ada dan sedikit peningkatan kepakaran yang lebih tinggi diperlukan untuk proses ini.
Pengistiharan atau arahan pembelian peralatan MCMV melalui memo atau pekeliling Departmen Perolehan harus dirujuk dan dikuatkuasakan dalam memberi kesedaran dan kefahaman kepada yang terbabit.
3. Tahap gegaran kapal dan tahap kebisingan sesuatu maknisma di dalam kapal mesti dikurangkan seminima mungkin.
Perlaksanaan Proses
Berdasarkan faktor-faktor keselamatan kapal maupun anggota, ekonomi dan keberkesanan, kaedah menguji nilai di Pusat Penyeyapan harus diberi penekanan sebagai cadangan dalam merealisasikan penyelesaian. Peralatan yang dibekalkan yang mana tidak menepati spesifikasi harus dipulangkan semula kepada pembekal tanpa kompromi. Peralatan bukan magnetik pula mesti disimpan di dalam stor bukan magnetik dan peralatan bermagnet yang mana masih boleh dirawat dan rawatan harus ditandakan tarikh luput dan disimpan di dalam stor bukan magnet dalam usaha untuk tidak dipengaruhi oleh barang-barang lain yang bermagnet.
Bukan itu sahaja, malah melakukan rawatan fizikal ke atas badan kapal itu sendiri adalah langkah terakhir yang harus juga dipatuhi dan ditradisikan oleh pentadbir terhadap sesebuah kapal perang untuk menentukan ‘signature’ medan magnet ini dapat diminimakan seminima mungkin. Proses ini mestilah juga dilakukan dengan kaedah tertentu di kawasan yang telah dikhaskan dari masa ke semasa mengikut keperluan dan nasihat dari pakar yang terbabit. Menggangap proses ini kurang penting adalah satu langkah yang kurang bijak yang lambat laung akan merugikan dan memalukan organisasi yang diamanahkan.
Renungan
Teknologi terkini dalam keperluan ini sememangnya sentiasa dipertingkatkan dan dikemaskinikan dalam penyelidikan dan pembangunannya sejajar dengan pembangunan peralatan pertahanan global. Apa yang penting ialah adakah Pusat Penyeyapan dalam angkatan laut kita berusaha membuat anjakan paradigma seiring teknologi?.
Pertanyaan lagi adakah kefahaman dan kesedaran mampu melonjak kesungguhan memberi keyakinan kepada kerajaan betapa pentingnya perolehan ini sebagai kelengkapan ‘primary’ dalam angkatan laut?.
Tepuk dada tanya pemikiran kerana ranjau juga bergerak bersama teknologi dan sentiasa mempunyai revolusinya yang tersendiri dalam menghancurkan kapal perang musuh. Sebagai contoh ialah MR 80 (war version mine) yang dibina dan bertindak di bawah pengaruh magnetic, akustik dan tekanan.
Pelayaran angkatan perang negara menuju destinasi masih jauh. Kesedaran ‘mencegah lebih baik dari berubat’ harus dimasukkan dalam agenda mengkaji dasar dan doktrin pertahanan akan datang. Dalam situasi perang, terusan akan menjadi semakin sempit dan semakin sukar untuk ‘manoeuver’ dengan selamat.
Aset negara yang semakin mahal dan ‘berharga’ dalam menjaga maruah bangsa jangan dibiarkan kecundang sebelum berjuang dan musnah sekelip mata. Justeru itu, mengamati atau bermuhasabah dengan perpatah melayu “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna” adalah kaedah terbaik dalam membuat sesuatu perkiraan supaya perpatah “sudah terantuk baru tengadah” tidak menjadi kenyataan.
Bersiap sedialah bagi menghadapi mereka (yakni musuh-musuh) dengan segala kekuatan yang termampu kamu sediakan dari pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh lain selain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedangkan Allah mengetahui-Al Anfal Ayat 60
About Me
- Minda Pertahanan
- Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.
Pages
Monday, August 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
- Agensi Penguatkuasaan (5)
- APMM (17)
- ATM (71)
- Aviation (3)
- Ebooks (3)
- Eksesais (9)
- Exhibitions (4)
- LIMA (6)
- LIMA / DSA updated (9)
- LIMA updated (31)
- LIMA'09 updated (7)
- Luar negara (31)
- Menhan (3)
- National Task Force (7)
- NTF (6)
- Ops Benteng (5)
- PDRM (12)
- PKPP (1)
- SAR (1)
- Sejarah (5)
- Seminar (1)
- TDM (90)
- TLDM (135)
- TUDM (54)
- Umum (54)
- Veteran (31)
- Wataniah (7)
- Wataniah/Simpanan (2)
No comments:
Post a Comment