About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Thursday, December 3, 2020

TRUP MK 2 DIV BANTU MENANGANI COVID-19 DI PENJARA POKOK SENA

Telah disiarkan di dalam majalah perajurit isu Nov/Dis 20

Oleh: Paklang Hamzah/ Foto: MK 2 DIV

Dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 dalam negara, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa komited dalam melaksanakan peranan sekundernya yakni membantu agensi-agensi kerajaan dalam menangani sesuatu kesulitan.

Satu pusat rawatan, Makeshift Treatment Center (MTC) telah ditubuhkan bagi memberi rawatan kepada tahanan yang telah dijangkiti COVID-19 di dalam Penjara Pokok Sena. 

Pusat ini didirikan dengan kerjasama di antara pelbagai agensi seperti KKM, ATM, Jabatan Penjara, JBPM (HAZMAT), JKR, Syarikat konsesi Edgenta, TNB dan SADA (Syarikat Air Darul Aman). 

Tim Teknikal yang diketuai oleh Kol (Dr) Mohd Arshil bin Moideen, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Jabatan Perubatan Tentera HATTM dan dianggotai oleh Lt Kol (Dr) Faira Rosmarina binti Mohd Rustam, Penolong Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan 2 Div, Kapt (Dr) Muhammad Asyraf bin Khairul Hasni, Pegawai Pemerintah B Komp 2 Bn Ubat, serta pegawai-pegawai daripada KKM Putrajaya telah ditugaskan bagi memberi nasihat teknikal untuk mendirikan pusat rawatan tersebut.

Sehubungan dengan itu Pasukan B Komp 2 Bn Ubat telah diaturgerakkan bagi membantu Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dalam menangani COVID -19 di Penjara Pokok Sena, Kedah. 

B Komp 2 Bn Ubat telah mengaturgerakkan aset logistik iaitu khemah yang akan digunakan sebagai wad ICU, pusat nyahkuman, donning and doffing station, clinical waste management tentages, makmal, bilik gerakan dan shower system untuk petugas serta generator set . 

Seramai 2 Pegawai Perubatan, 5 Paramedik dan 2 anggota Semboyan pasukan ini akan diaturgerakkan sepanjang pengoperasian pusat rawatan tersebut.

Aturgerak aset dan Pegawai serta anggota tentera bagi misi ini akan diletakkan di bawah pemantauan Mej Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Panglima 2 Divisyen. Pusat ini dijangka akan beroperasi pada 20 Okt 2020.


Wednesday, December 2, 2020

38 PELATIH INSPEN TERIMA SAYAP PENERBANGAN

 Telah disiarkan di dalam majalah perajurit isu Nov/Dis 20

Oleh: Paklang Hamzah/Foto PRTUDM


ALOR SETAR, 9 Okt 2020 – Agenda pertahanan mesti diteruskan meski pun pandemik COVID-19 masih menghantui masyarakat antarabangsa. Legasi pejuang perlu disediakan sebaik mungkin bagi menentukan aset-aset strategik negara boleh dioperasikan oleh modal insan terlatih. 


Justeru, saban tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan memastikan pelapis-pelapis baharu juruterbang pesawat sayap kaku dan helikopter mesti dilahirkan bagi memenuhi keperluan pertahanan negara di masa-masa mendatang.


Dalam suasana norma baharu, Majlis Penyampaian Sayap Penerbangan bagi Kursus Asas Penerbangan Siri 81/18 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 60/18 tetap diteruskan walau pun tanpa kehadiran ibu bapa dan orang-orang yang tersayang menyaksikan majlis yang penuh bermakna ini.


Seramai 38 pelatih Institut Penerbangan 1 (INSPEN 1) dan Institut Penerbangan 2 (INSPEN 2) yang terdiri daripada 8 orang calon juruterbang pesawat pejuang, 15 orang calon juruterbang pesawat angkut dan 15 orang juruterbang helikopter yang bakal berkhidmat di dalam ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima Sayap Penerbangan hari ini.


Penyampaian Sayap Penerbangan ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM kepada mereka-mereka yang terlibat bertempat di Dewan Aeroangkasa, Kolej Tentera Udara (KTU), Kepala Batas, Alor Setar.


Pemenang


Bagi menghargai kecemerlangan pelatih-pelatih, 3 piala telah dianugerahkan kepada pelatih cemerlang  iaitu Piala Panglima Tentera Udara (Terbaik Keseluruhan Sayap Kaku), Piala Nuri (Terbaik Keseluruhan Helikopter) dan Piala Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (Terbaik Akademik). 



Menepati kualiti dan kriteria yang ditetapkan, Leftenan Mohamad Faiz bin Hazmi TUDM, anak kelahiran Ipoh, Perak dan graduan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia  (UPNM) dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal telah  dinobatkan sebagai penerima Piala Panglima Tentera Udara. 


Bagi Piala Nuri (Terbaik Keseluruhan Helikopter) telah dianugerahkan kepada Leftenan  Mohamad  Izzat bin Rusli TUDM, dari Kemaman Terengganu, juga graduan UPNM dalam jurusan Sains Komputer Pertahanan. 


Bagi Piala Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (Terbaik Akademik) pula telah dianugerahkan kepada Leftenan Sanggethiran A/L Ganesan TUDM yang berasal dari Gombak, Kuala Lumpur dan graduan UPNM di dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal.


Panglima Tentera Udara di dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelatih yang berjaya menamatkan kursus masing-masing. Meski pun segala pengorbanan dan curahan tenaga serta keringat selama ini telah terbukti, namun masih banyak dugaan dan suasana yang berbeza dan lebih mencabar yang bakal ditempuhi di masa hadapan sebagai juruterbang-juruterbang operasi yang berstatus combat ready.


PTU juga mengingatkan agar mereka semua menghadapi segala yang akan ditempuhi kelak dengan kegigihan, ketabahan, disiplin dan semangat juang yang tinggi, membudayakan nilai teras TUDM (Integriti, keberanian, kecemerlangan, Esprit De Corps atau setiakawan dan mengutamakan perkhidmatan) serta Ground Rules PTU bagi melaksanakan misi memelihara kedaulatan negara. 


Kompetensi setiap juruterbang di dalam menghadapi peperangan udara era moden yang bersifat dinamik yang mana kemampuan dan kepakaran dalam mengendalikan aset-aset yang serba moden dan berteknologi tinggi adalah satu kemestian. Faktor ini selari dengan pelan rancangan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP 55) dengan perancangan perolehan aset-aset baharu demi memastikan TUDM sebagai angkatan udara yang kekal berupaya dan bersiapsiaga mempertahankan kedaulatan ruang udara negara dan menjamin TUDM sebagai kuasa udara yang unggul.


Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM serta warga KTU khususnya jurulatih INSPEN 1 dan INSPEN 2 serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak kerana KTU sekali lagi berjaya melahirkan juruterbang-juruterbang dan sekaligus perwira-perwira negara yang bakal berjuang dan mencurahkan bakti kepada agama, bangsa dan negara. 


Beliau turut mengucapkan tahniah kepada ibu bapa dan keluarga para pelatih yang telah memberikan dorongan, motivasi, doa dan menjadi tulang belakang  serta semangat di atas kejayaan para graduan sehingga dianugerahkan Sayap Penerbangan meskipun mereka tidak dapat menghadiri majlis ini berikutan langkah-langkah pencegahan pandemik COVID-19.



Turut serta di majlis bersejarah ini ialah Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’  Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM; Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM;  Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Roshaimi bin Zakaria TUDM; Panglima Bantuan Udara, Mejar Jeneral Dato’ Muhamad Norazlan bin Aris TUDM;  pegawai-pegawai kanan TUDM. Turut dijemput khas mewakili TDM ialah Brigedier Jeneral Dato’ Haji Mohd Halim bin Khalid, Panglima Markas Briged Keenam Infantri Malaysia dan Laksamana Pertama Sazalee bin Shoib, Panglima Udara TLDM, Markas Udara TLDM mewakili TLDM. Majlis kali ini berlangsung secara norma baharu dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19.


Tuesday, December 1, 2020

PENGORBANAN YANG PERLU DIBAYAR………

 Telah disiarkan di dalam majalah perajurit isu Nov/Dis2020

Oleh: Paklang Hamzah/Foto: PVATM Ketereh

 Bicara Nostalgia Perajurit  kembali  menemui pembaca setelah sekian lama ruangan ini tidak diberi fokus.  Bicara kali ini penulis ingin berkongsi dengan pembaca beberapa peristiwa yang di alami oleh perajurit- perajurit tanahair dalam usaha membebaskan negara daripada ancaman samada melalui daratan, laut dan udara.

 Ancaman pengganas komunis pra dan pasca merdeka banyak mengimbau sejarah pahit maung warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya Tentera Darat Malaysia (TDM) mengharungi denai belantara dalam menjejaki dan mengekang kemaraan pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya (PKM) yang bergerak dan bertindak agresif menentang pasukan keselamatan negara.

Mereka adalah pahlawan negara.  Generasi mereka yang kini bergelar veteran ATM mau pun PDRM meneruskan kelangsungan hidup dalam pelbagai situasi.  Selain yang telah gugur di medan perjuangan, ramai yang telah kembali ke rahmatullah kerana fitrah.  Namun masih ada lagi pahlawan-pahlawan yang masih meneruskan kelangsungan hidup dengan membawa kenangan yang tidak boleh dilupakan selagi hayat dikandung badan. 

 Meniti sisa-sisa umur yang berbaki, mereka tidak minta didendang namun sejarah telah mencatat mereka adalah pejuang negara yang sangat perlu didendang oleh generasi terkini yang  telah diwarisi oleh mereka sebuah negara yang aman dan bebas dari sebarang ancaman dalam negara selepas perletakan senjata oleh PKM dalam tahun 1989/1990.

 Program Menggamit Memori - Pengorbanan Mu Tetap Dihargai

 Satu program pengkisahan sejarah perjuangan veteran ATM telah dianjurkan oleh Persatuan Veteran ATM (PVATM) Cawangan Ketereh pada 14 Nov 2020 yang lalu adalah satu manifestasi penghargaan dari pihak persatuan kepada pejuang-pejuang era insurgensi yang masih hidup di sekitar negeri Kelantan sekali gus untuk dilihat dan difikirkan tentang keperluan kajian semula oleh pihak-pihak tertentu dalam usaha untuk memartabatkan jasa dan pengorbanan veteran-veteran pasukan keselamatan umumnya yang rata-rata berada dalam golongan B40.

Timbalan Ketua Cawangan PVATM Ketereh, PW 1 PRI Othman Md Ali (Bersara) selaku penyelaras program ini berkata, program ini adalah satu usaha mencungkil bahan-bahan sejarah perjuangan pasukan keselamatan khususnya ATM melalui ucapan-ucapan lisan veteran-veteran yang pernah mengalami pengalaman pahit getir dalam tempoh perkhidmatan mereka.  Bahan-bahan ini akan cuba dikongsi dengan masyarakat umum melalui sebaran media sedia ada bagi memberi kesedaran berterusan kepada masyarakat tentang jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan sebelum ini yang memangkin kepada keamanan negara yang mereka kecapi hari ini.

Program sehari ini telah berjaya menghimpunkan seramaI lebih 200 orang hadirin yang terdiri dari ahli-ahli PVTM Cawangan Ketereh, PVTLDM Kelantan, PVTUDM Kelantan, PVATM  Cawangan  Salor, Kelab Artileri Kelantan, Kelab VKOF Kelantan, Grup Batalion 301, PV5 RAMD, Anggota tentera Kem Desa Pahlawan, SRS Nilam Puri, Jabatan Perkhidmatan Awam Kelantan, Kelab Radio Amatur Kelantan dan Penduduk Kampung Cengal Ketereh.

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Tarmizi bin Haji Musa, Wakil Peribadi Ahli Parlimen Ketereh di Dewan Putera Kampung Cengal Ketereh dalam suasana norma baharu pematuhan prosedur operasi standard COVID-19.

Ahli Panel 1



31567 PW 2 RQMS Abd Rahman bin Wahid (bersara) dilahirkan pada 2 Nov 1957.  Memasuki TD pada tahun 1976 dalam Kor RAMD.  Menceritakan detik-detik cemas ketika  menyertai operasi khas di Hutan Simpan Kenaboi Durian Tipus Negri Sembilan pada 16 September 1982.
 

Beliau yang bersama platun Unit Combat Intelligence Squad (UCIS) seramai 15 orang telah diarahkan memasuki kawasan Hutan Simpan tersebut untuk meninjau kegiatan komunis hasil maklumat yang diperolehi dari Orang Asli di kawasan tersebut.  Oleh kerana maklumat dari Orang Asli yang agak samar menjadikan platun beliau tanpa disedari berada pada kedudukan yang bahaya.  Platun mereka di serang pada jarak 20 meter dan beliau sendiri dihinggapi peluru musuh sehingga  menembusi perutnya. Disebabkan kecederaan parah yang dialami, beliau menerima rawatan di hospital  besar Seremban selama 2 bulan. 

Selepas 21 tahun berkhidmat dalam TD, beliau bersara pada  bulan Oktober 1998 dan mengakhiri khidmatnya di Unit 105 Infantri di Kem Tentera  Pangkalan Chepa  Kelantan.  Di dalam perkhidmatan, beliau telah dianugerahkan Darjah Kepahlawanan ATM (BAT).

 Ahli Panel 2


29319 PW2 Nik Yahya bin Nik Husin (bersara)  lahir pada 27 Dis 1950.  Memasuki TD pada Ogos 1972 dan ditempatkan dalam Unit 14 RAMD. Menceritakan pengalamannya bertempur dengan pengganas kominis pada tahun 1980 di mana tempat beliau bertugas di Pos Bukit Berapit  kawasan Gubir diserang hendap oleh komunis selama hampir setengah jam. 

 Beberapa tahun kemudian sekali lagi beliau terlibat dengan pertempuran apabila trak mereka diserang hendap semasa menghantar ulang bekal ransum dari Kem di Pangkalan Hulu juga ke Pos Bukit Berapit. Dalam kejadian berbalas tembak tersebut dua orang rakannya meninggal dunia.

 Mengakhiri perkhidmatan beliau di Unit  13 RAMD Kem Bentong Pahang pada tahun 1994. Sejak bersara beliau mengidap penyakit kanser usus dan telah menjalani pembedahan pada tahun 2011. Bagi menampung pencen bulanan yang diterima  sebanyak lebih kurang RM1200.00 sebulan, beliau masih lagi berhempas pulas bekerja bagi menambah pendapatan. Selain pingat perkhidmatan, cuma pingat Jasa Malaysia (PJM) sahaja yang beliau terima semasa bersara. Walau pun PJM tidak berarti apa-apa, Nik Yahya tetap bersyukur dengan anugerah itu.

 Ahli Panel 3

933623 KPL Nek Ya bin Noor (Bersara)  bertugas di Kompeni Alpha Platun 1 Unit 7 RRD pula menceritakan,  memilih kerjaya menjadi anggota tentera telah mengubah kehidupan beliau menjadi seorang yang bergelar Orang Kelainan Upaya (OKU).  Nek ya dilahirkan pada 13 Mei 1954 dan memasuki TD dalam Kor Renjer pada 21 Jan 1975.

 Ops DAOYAI MUSNAH  iaitu operasi bersama tentera Malaysia –Thailand pada tahun 1976 bertujuan untuk membuat pembersihan ke atas kem komunis yang terbesar di Nathawi Sadao  selatan Thai.  Kem ini dibina dengan begitu rapi dengan menjadikan terowong sebagai laluan utama dan tempat mereka berlindung dan menjalani kehidupan seharian dan melancarkan strategi taktikal apabila diserang.  Dalam operasi tersebut beliau telah terpijak jerangkap samar yang dipasang oleh pihak musuh dan mendapat rawatan selama 3 bulan sebelum kaki kirinya terpaksa dipotong dari paras buku lali.

 Unit terakhir beliau  ialah Markas Staf Kem Desa Pahlawan dengan menamatkan perkhidmatan selama 21 tahun.  Menetap di Kok Lanas Kelantan.  Di awal persaraan Nek ya bekerja sebagai pemandu teksi untuk menambah pendapatan bagi menampung bayaran pencen yang diterima di tahap 3 angka sahaja. Oleh kerana permintaan kenaikan pencen tidak dapat ditunaikan oleh kerajaan, beliau berharap pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM dapat mengkaji semula jumlah elaun hilang upaya yang diterima memandangkan kos kehidupan yang semakin meningkat.  Hingga saat ini hanya Pingat Perkhidmatan Am (PPA) saja yang pernah diterimanya meski pun pernah bersabung nyawa mengabdikan diri demi keselamatan negara. .

 Ahli Panel 4

 


551613 SJN Abd Rahman bin Yaacob (Bersara) mula berkhidmat pada 28 Feb 1973. Setamat latihan rekrut beliau ditempatkan di Kompeni Charlie 7 RRD berpangkalan di Sungai Petani Kedah.

 Dalam satu operasi di Dublin Estate Bukit Hijau Karangan Kulim pada tahun 1974, platun Rahman pernah bertempur di dalam kebun getah dan berjaya membunuh 2 orang anggota komunis.

 Rahman pernah bertempur dengan segerombolan komunis di Gunung Poi Slim River Perak pada tahun 1975 .  Beliau bersama rakan-rakan lain dari platun 7 membuat pengawasan dan kawalan di sebuah permatang sementara rakan-rakan yang lain sedang menyiapkan landing pad (LP) untuk pendaratan helikopter untuk membawa mereka pulang selesai operasi. Dalam peristiwa itu Rahman yang menggunakan senjata GPMG dan rakan-rakannya  selamat manakala di pihak komunis yang sedang bergerak pulang ke Betong itu 5 orang terbunuh termasuk seorang pegawai kanan PKM.  Semua anggota komunis yang terkorban dipikul untuk dibawa turun ke LP untuk di bawa pulang bersama.

 Pada tahun  1976, menyertai Ops DAOYAI MUSNAH 1 di Sadao Thailand. Jam 4 petang platun beliau diserang  oleh komunis semasa rondaan di kebun buah-buahan. Seorang Sarjan cedera parah dan seorang lagi rakannya terkorban terkena tembakan di dada dan beliau sendiri terkena tembakan di betis. Walau bagaimanapun kem tersebut beserta 4 orang anggota komunis dapat di tawan oleh pihak keselamatan.

Unit terakhir beliau ialah di Bn Infantri 105 (AW) sebagai ketua kerani  sebelum menamat kan perkhidmatan pada  27 Feb 1994. Selain pingat dalam perkhidmatan, tiada apa-apa pingat yang diterima selepas itu untuk dibanggakan kepada anak-anak cucu.

 Ahli Panel 5


803783 PW1 JGN (bersara) Abd Wahab
adalah salah seorang daripada krew KD SRI PERAK (KDSP) yang terselamat  dalam tragedi kapal karam pada tahun 1984.  Pada masa itu Wahab yang berpangkat  Bintara Muda adalah Juragan di dalam kapal tersebut.

 Menceritakan kisah pelayaran beliau bersama 28 anak-anak kapal KDSP pada 06 Jan 1984 dari Pangkalan TLDM Lumut konvoi bersama KD SRI TRENGGANU (KDST) dan KD HANG TUAH (KDHT) ke Labuan bagi siri latihan untuk pegawai kadet baru TLDM dalam suasana cuaca buruk. Ketika berada di Laut China Selatan iaitu antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak,  KDST yang berada di belakang KDHT menghadapi masalah teknikal menyebabkan konvoi berpecah dua. 

KDSP yang berada paling belakang diarah menuju ke Labuan secara sendirian sementara KDHT terpaksa mengiringi KDST untuk menghulurkan bantuan. Ketika itu ombak kuat menghempas kapal hingga anak-anak kapal susah untuk beristirehat atau tidur serta jarak pemandangan yang terhad. Detik cemas dipercayai bermula apabila kapal  dihempas ombak yang terlalu kuat dan dipercayai hatch atau penutup keselamatan atas geladak hadapan kapal renggang menyebabkan air laut memasuki kapal sedikit demi sedikit.

Menyedari air laut yang memasuki kapal berukuran kira-kira 30 meter panjang itu sudah tidak boleh dikawal dan mula tenggelam walau pun pelbagai usaha dilakukan oleh anak-anak kapal bagi menyelamatkan keadaan termasuk menghubungi kapal induk dan Markas namun tidak berhasil.

Kejadian berlaku terlalu pantas memaksa semua krew terjun ke laut menyelamatkan diri. Pelampung penyelamat yang dicampakkan ke laut terbuka dengan baik dan mereka terus  berenang menuju ke pelampung dan sempat melihat kapal itu tenggelam sepenuhnya di tengah lautan pada kira-kira jam 1700H 8 Januari 1984. 

Setelah terapung di lautan selama 4 hari di dalam rakit keselamatan, kedudukan mereka dapat di kesan oleh sebuah pesawat jenis AP-3C ORION milik Tentera Udara Australia yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat KDSP. Satu jam kemudian iaitu lebih kurang 1700H, sebuah kapal dagang MV Thunderhead yang berada tidak jauh tiba untuk mengambil kesemua yang terselamat. Tiga krew kapal tidak dapat diselamatkan. Pada 12 Jan, dua buah helikopter Nuri TUDM membawa mereka ke Kuching sebelum menaiki pesawat Hercules C130 TUDM menerbangkan mereka ke Ipoh.

 Renungan

 Rata-rata jika ditanya pendapat veteran-veteran pasukan keselamatan, mereka bersyukur kerana ditakdirkan berkhidmat sebagai anggota tentera.  Mereka ikhlas berkhidmat untuk negara di kala negara berdepan dengan ancaman PKM meski pun mereka tahu memasuki tentera waktu itu nyawa ibarat telur di hujung tanduk.  Mereka tidak pernah memikirkan tentang berapa banyak gaji yang dibayar  waktu itu.  Asalkan dapat sedikit wang untuk dititipkan kepada ayah bonda dan anak isteri di kampung.

Mereka akur, setiap perjuangan akan berdepan dengan musibah.  Ada yang menemui ajal di tempat kejadian di hutan belantara dan lautan, ada yang ajal di dalam perjalanan, ada yang cedera parah dan ramai yang masih hidup bergelar OKU, tanpa kaki, tanpa tangan malah penglihatan dan pendengaran.

Meneruskan kelangsungan hidup dalam dunia yang semakin mencabar, mereka membina keluarga, membesarkan anak-anak dalam kepayahan dan serba kekurangan.  Kepada siapa harus mereka mengadu?.  Mereka ada jabatan dan persatuan yang bertungkus lumus berjuang mencaknai kebajikan mereka namun jabatan dan persatuan tidak mempunyai apa-apa kuasa. Mereka didendang dengan  pingat dan penghargaan sebagai penyedap hati kerana tak semua pingat berisi wang.  Sehinggakan ada yang berkata….”Kami sebenarnya bukan wira kepada negara ini kerana perjuangan dan pengorbanan kami di hutan belantara malah di samudera raya tidak pernah ditonton orang.  Wira negara  sebenar adalah warga yang menghasilkan emas untuk negara di medan olimpik dan seumpamanya”.  Sampai bila mereka akan dilagukan dengan janji-janji kosong…..

Wednesday, October 21, 2020

COVID-19 EXTRACTION DIPERKENALKAN DALAM EKS PARADISE 7/20

Telah diterbitkan di dalam Majalah Perajurit isu Nov/Dis 2020

Oleh: Paklang Hamzah/ Foto: PRO TUDM

Kuala Lumpur, 21 Okt 20 – TUDM melaksanakan Eksesais PARADISE 7/20 bermula 12 Okt 20 dengan hanya melibatkan elemen TUDM (Single Service) tanpa sebarang penglibatan Elemen Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berikutan mengelakkan risiko penularan pandemik COVID-19. 

Eks PARADISE 7/20 yang berlangsung selama 12 hari menyaksikan penglibatan pegawai dan anggota lain-lain pangkat seramai 700 orang serta 20 buah aset dan elemen sokongan digerakkan untuk mencapai objektif eksesais ini.  

 Eks Paradise 7/20 dilaksanakan bagi menguji kesiagaan dan kompetensi TUDM ketika negara mendepani cabaran krisis kesihatan global.

Meski pun eksesais yang dilaksanakan di dalam skala yang kecil namun ianya menjadi  satu keperluan bagi memastikan pertahanan negara sentiasa bersiapsiaga walaupun ketika suasana krisis mahupun aman. 

Secara tidak langsung eksesais ini dapat meningkatkan kredibiliti dan keyakinan rakyat dan negara kepada TUDM di dalam mengendalikan isu-isu di sempadan maritim negara.

Membawakan tema Ready and Competent atau Bersiaga dan Kompetensi, Eks PARADISE menjadi antara platform yang bertujuan meningkatkan dan menilai tahap integrasi antara pelbagai elemen pesawat pejuang, pesawat pengangkut, helikopter dan elemen Pasukan Khas Udara (PASKAU).

Latihan-latihan yang dilaksanakan adalah merangkumi dan menjurus kepada peranan TUDM iaitu Air and Surface Control (ASC), Force Application (FA), Intelligence and Situational Awareness (ISA), Force Enhancement (FE), Force Sustainment (FS) dan termasuk Air to Air Refuelling (AAR), Force Down Procedure dan Container Delivery System (CDS), selaras dengan doktrin kontemporari yang digunapakai oleh TUDM. 

Malah eksesais kali ini mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila buat pertama kali bertepatan dengan cabaran mendepani Covid-19,TUDM melaksanakan latihan Covid-19 Extraction yang dilaksanakan dengan penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE) lengkap serta mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan yang juga menjadi SOP norma baharu yang boleh diaplikasikan dan ditambah baik bagi kesiagaan dan kompetensi anggota bagi menangani kes-kes di luar jangka terutama melibatkan penularan penyakit berjangkit seperti Covid-19. 

Projek Jiwa Murni

Sempena eksesais ini juga, pihak penganjur turut melaksanakan program jiwa murni bersama komuniti setempat iaitu sumbangan wang tunai dan barang makanan keperluan asas hasil sumbangan warga TUDM kepada dua  komuniti yang dikenalpasti di Kuantan iaitu Permata Al-Insyirah Kampung Sungai Isap dan Rumah Orang Tua Kampung Pandan Permai. 

Program ini bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim di antara anggota pertahanan khususnya TUDM dengan orang awam selain membantu meringankan beban kewangan kepada golongan yang memerlukan. 

Majlis Penutupan

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM, hari ini menyempurnakan Majlis Penutup Eksesais PARADISE (Paradrop, Air Defence, Insertion, Strike, Search and Resque and Extraction) 7/20 secara persidangan video (Video Conferencing) dari Markas Tentera Udara ke markas-markas wilayah, pangkalan-pangkalan udara utama dan unit-unit Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

PTU di dalam ucapan penutup mengucapkan syabas kepada semua peserta kerana eksesais ini berjaya dilaksanakan dengan baik dan sempurna tanpa sebarang insiden yang tidak diingini dan ketika negara di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). 

Menurutnya, tujuan utama Eks PARADISE ialah untuk memastikan keupayaan dan kesiapsiagaan TUDM sentiasa berada di tahap yang terbaik khususnya bagi melindungi kedaulatan ruang udara negara. 

Secara keseluruhan, beliau menjelaskan bahawa objektif eksesais iaitu meningkatkan tahap interoperability dalam menjalankan operasi berjaya dicapai iaitu menilai kesediaan pertempuran, meningkatkan tahap saling kendali di dalam menjalankan operasi, menilai kemahiran dan kecekapan pegawai dan anggota serta tahap keberkesanan peralatan, sistem dan persenjataan TUDM. 

Majlis penutup eksesais turut dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM; Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Haji Mohammad Salleh bin Haji Osman TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Roshaimi bin Zakaria TUDM; Panglima Bantuan Udara, Mejar Jeneral Dato’ Muhamad Norazlan bin Aris TUDM serta pegawai kanan TUDM dan turut disaksikan bersama secara persidangan video di markas, pangkalan dan unit TUDM.





Monday, October 12, 2020

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN EKSESAIS PARADISE 7/20

 


Sumber: Pro TUDM

KUANTAN - 12 Okt-Majlis Perasmian Pembukaan Eksesais PARADISE (Paradrop, Air Defence, Insertion, Strike, Search and Resque and Extraction) 7/20 telah disempurnakan oleh Panglima Operasi Udara (PANGOP), Lt Jen Dato’ Haji Mohammad Salleh bin Haji Osman TUDM bertempat di Auditorium Bomba, Pangkalan Udara Kuantan (PU Kuantan) hari ini. Mendepani cabaran COVID-19, majlis perasmian pembukaan eksesais turut disiarkan secara terus secara persidangan video (VC) ke Markas Wilayah Udara (MAWILUD) 2 dan pangkalan-pangkalan udara utama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Terdahulu, ketibaan Panglima Operasi Udara bersama delegasi telah disambut oleh Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brigedier Jeneral Mohd Fadzil bin Mohd Diah TUDM selepas melalui proses disinfeksi dan pemeriksaan suhu (thermal scanner) di Bangunan Pergerakan Udara, PU Kuantan sebagai SOP pencegahan COVID-19. Seterusnya, PANGOP telah menerima hormat daripada Kawalan Kuarter PU Kuantan sebelum dibawa ke Auditorium Bomba untuk Majlis Perasmian Eksesais PARADISE 7/20. 



Di dalam ucapan perasmian eksesais, Panglima Operasi Udara menyentuh tentang ciri-ciri kepimpinan yang baik iaitu kompeten (competent), profesionalisme dan dipercayai (reliable). Menurut beliau, seorang pemimpin harus mampu meyakinkan orang yang dipimpin (art of influence) di dalam melaksanakan sesuatu tugas dengan meyakinkan mereka kenapa sesuatu tugas atau perkara tersebut perlu dilaksanakan (sense of purpose) seperti yang ditekankan oleh Panglima Tentera Udara.




Beliau turut menegaskan bahawa kejayaan tidak dicapai dengan mudah tanpa disertai komitmen, kerjasama berpasukan, strategi yang betul serta keyakinan. Maka, semua warga TUDM khususnya diumpamakan berada di bawah satu bumbung dan perlu bekerjasama dalam apa juga tugas yang dilaksanakan. Gabungan elemen udara seperti pejuang, helikopter, mobiliti dan elemen dukungan daratan akan menyerlahkan potensi dan meningkatkan prestasi apabila tugasan yang melibatkan pelbagai kemahiran, pengalaman dan penilaian digabungkan. 


Menurut beliau lagi, berikutan situasi negara yang masih berdepan dengan pandemik COVID-19, eksesais pada kali ini hanya melibatkan elemen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu “Single Service” tanpa sebarang penglibatan elemen Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Meskipun dilaksanakan dalam skala kecil, eksesais ini akan terus menjadi platform terbesar TUDM di dalam menambah baik prosedur dan tahap profesionalisme setiap anggota serta memastikan aset TUDM berada dalam tahap kesiapsiagaan yang tinggi bagi memastikan pertahanan negara sentiasa terjaga.


Majlis pembukaan turut dihadiri oleh Mejar Jeneral Dato’ Zulkifli bin Hamid TUDM, Panglima Wilayah Udara 1; Mejar Jeneral Felix Gonsalvez TUDM, Ketua Staf, Markas Pemerintahan Operasi Udara merangkap Pengarah Eksesais Paradise 7/20; pegawai-pegawai kanan serta anggota TUDM.


Thursday, October 8, 2020

Datuk Arman Rumaizi Panglima 2 Div Yang Baharu

 

Sumber: PRO 2 Div TDM


Pada 8 Oktober 2020, telah berlangsung Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 2 Div di Dewan Banquet Wisma Perwira 2 Div, Kem Tun Razak Pulau Pinang.


Serah Terima Tugas Panglima 2 Div dimulakan dengan acara menandatangani Nota Serah 

Terima Tugas Panglima 2 Div di antara Brig Jen Dato’ Haji Mohd Halim bin Khalid dengan Mej 

Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad sebagai Panglima 2 Div yang baharu.


Seterusnya, acara penyerahan Tongkat Kuasa daripada Brig Jen Dato’ Haji Mohd Halim bin Khalid, Pemangku Panglima 2 Div kepada Mej Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Panglima 2 

Div.


Upacara tersebut telah disaksikan oleh Lt Jen Dato' Mohammad bin Ab Rahman, Panglima 

Medan Barat Tentera Darat.



Majlis diteruskan dengan Serah Terima Tugas Pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan 

Tentera (BAKAT) 2 Div yang telah diadakan di Rumah BAKAT 2 Div. 


Serah terima tugas ini telah dilaksanakan di antara Datin Hajjah Norihan binti Ab Razak, Pemangku Pengerusi BAKAT 2 Div dengan Datin Noor Natasya bt Mohd Mustapa, Pengerusi BAKAT 2 Div, disaksikan oleh Kol Hj Abd Jalal Zaidi Abd Majid, Ketua Staf MK 2 Div. 



Turut hadir dalam perbarisan adalah Brig Jen Zamsari Abu Hasan, Panglima 8 Bgd, Brig Jen 

Dato’ Hassan Embong, Panglima 30 Bgd, dan Kol Norazman Ismail, Komander Artileri Div 2 

Div.



Friday, September 25, 2020

OP BENTENG ZON UTARA KEKANG JENAYAH RENTAS SEMPADAN

 Oleh: Paklang Hamzah/Foto:NTF 


KEDAH, 24 Sep 20 – Aktiviti Jenayah Rentas Sempadan (JRS) di sepanjang perbatasan Malaysia – Thailand menghadapi jalan buntu setelah kegiatan mereka berjaya disekat oleh agensi keselamatan yang dikoordinasi oleh Markas Briged Keenam Infantri Malaysia dengan kerjasama agensi keselamatan terdiri daripada ATM, PDRM, Kastam, Imigresen, AKSEM, RELA dan APMM dalam OPERASI BENTENG (OP BENTENG) Zon Utara.

Pada pagi 22 Sep 20, AKSEM Perlis telah berjaya menahan kenderaan yang mencurigakan di kawasan Felda Rimba Mas, Padang Besar, Perlis setelah berlaku kejar mengejar. Suspek melarikan diri semasa kereta ditahan untuk pemeriksaan keselamatan. Sebuah kenderaan Proton Waja yang berisi 300kg daun ketum bernilai RM 17,000.00 telah berjaya dirampas. Rampasan telah diserahkan kepada  Balai Polis Padang Besar, Perlis untuk tindakan selanjutnya.

Pada 22 dan 23 Sep 20, trup operasi Briged Utara PGA berjaya merampas daun ketum seberat 1474kg yang ditinggalkan tekong. Sebanyak 5 siri tangkapan di sekitar Ladang Getah Rimba Emas dan Bukit Batu Putih, Padang Besar. Kesemua rampasan bernilai RM 57,740 telah diserahkan kepada Balai Polis Padang Besar, Perlis untuk tindakan selanjutnya 

Pada 22 Sep 20, trup operasi ATM telah merampas 305kg daun ketum yang cuba diseludup ke Thailand dengan menggunakan sebuah motorsikal yang berpendaftaran Thailand yang dianggarkan bernilai RM 11,150.00 di Durian Burung, Kedah. Rampasan telah diserahkan ke Balai Polis Kuala Nerang, Kedah.

Hasil rampasan dalam OP BENTENG  Zon Utara pada 22 dan 23 Sep 20 secara keseluruhannya adalah sebanyak 2079kg daun ketum yang bernilai RM 85,890 dalam masa dua hari berturut-turut. Agensi-agensi gabungan di bawah Op BENTENG Zon Utara sentiasa mengambil serius terhadap segala aktiviti penyeludupan yang berlaku di perbatasan.

Kejayaan menggagalkan aktiviti JRS dalam operasi kali ini adalah hasil  daripada risikan agensi keselamatan dan maklumat dari orang awam.


Thursday, August 6, 2020

PjM U TAMAT LATIHAN DALAM SUASANA NORMA BAHARU

 Oleh: Paklang Hamzah/foto PRO TUDM


IPOH, 5 Ogos 2020 - Meski pun penularan Pandemik COVID-19 masih melanda negara, Perbarisan Tamat Latihan  pelatih lelaki Perajurit Muda Udara (PjM U ) telah dilaksanakan dengan jayanya.

Latihan asas PjM U siri 22/60 telah memulakan latihan pada tanggal 1 Jan 20 sehingga 21 Ogos 20, berlarutan selama 32 minggu berbanding 24 minggu bagi siri-siri yang lepas telah berdepan dengan pandemik COVID-19. Latihan yang dilaksanakan terpaksa  mengikut SOP yang ditetapkan.

Istiadat perbarisan ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM yang diadakan di Padang Kawad, Akademi Tentera Udara, Ipoh.

Perbarisan yang dilaksanakan secara statik hari ini terdiri daripada 315 PjM U serta diiringi gabungan Pancaragam Akademi Tentera Udara dan Kolej Tentera Udara diketuai oleh Lt Muhamad Haniff bin Che Razak TUDM. 

Setiap pelatih telah dibahagikan kepada 3 flait dan menjalani latihan dalam tiga (3) fasa iaitu fasa satu iaitu latihan asas ketenteraan, fasa kedua iaitu pelajaran serta akademik dan fasa ketiga iaitu latihan, ujian praktikal serta pembentukan sahsiah setiap pelatih.

Pada Istiadat Perbarisan PjM Udara kali ini, PjM U Amirul Faris bin Ahmad Kamal telah dipilih sebagai penerima Anugerah PjM U Terbaik Keseluruhan. Ianya berdasarkan penilaian keseluruhan di dalam fasa-fasa yang ditempuhi oleh setiap pelatih. Bagi Anugerah PjM U Akademik Terbaik pula telah disandang oleh PjM U Muhammad Hafizuddin bin Abdul Halim manakala Anugerah Penembak Terbaik telah disandang oleh PjM U Nik Muhaimin bin Nik Sazali.

Panglima Tentera Udara di dalam ucapan di perbarisan pada pagi ini telah menzahirkan penghargaan dan tahniah kepada semua PjM U yang berjaya menamatkan latihan kerana mereka juga diperlukan untuk meneruskan perjuangan dalam usaha membentuk angkatan udara yang unggul dan berwibawa di rantau ini. 

"Asas yang telah diperolehi ini sewajarnya menjadi dokongan dalam menempuhi pengalaman agar Visi dan Misi TUDM dapat direalisasikan" ujar Panglima Tentera Udara. 

Ianya selari dengan Perintah Ulung Panglima Tentera Udara, dalam Teras Ketujuh, Budaya Kerja dan Chief of Air Force Ground Rules iaitu memperkukuhkan kerjasama berpasukan dengan membudayakan positive mindset di kalangan seluruh warga TUDM. 

Beliau juga menzahirkan terima kasih kepada para jurulatih dan staf pusat latihan serta tidak terkecuali ibu bapa dan keluarga yang telah memberikan dorongan dan semangat kepada PjM U yang mengharungi latihan dengan jayanya. 

Meskipun tanpa kehadiran ibu bapa dan keluarga tercinta pada istiadat perbarisan kali ini berikutan kekangan pandemik COVID-19, para PjM U tetap memberikan komitmen penuh menjayakan momen bersejarah mereka pada hari ini. Kesemua PjM U ini seterusnya akan ditempatkan di pasukan-pasukan yang telah ditetapkan dan mereka kemudiannya akan menghadiri kursus asas ketukangan bagi memantapkan pengetahuan mengikut ketukangan masing-masing. 


Turut hadir ke istiadat perbarisan adalah Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato' Roshaimi bin Zakaria TUDM serta beberapa Pegawai Kanan TUDM. MP

Monday, July 27, 2020

KEMASUKAN PATI KE PULAU LANGKAWI - PENDUDUK DAN NELAYAN TEMPATAN JADI TALI BARUT

KUALA LUMPUR, 27 Julai 2020- Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Ekoran dari beberapa cubaan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke Pulau Langkawi, dua lelaki warga Myanmar yang menetap di Pulau Langkawi disyaki dalang sindiket penyeludupan PATI ditahan dalam satu operasi khas bersepadu yang dikoordinasikan oleh National Task Force ( NTF) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 21 Julai yang lalu.

Kedua-dua lelaki terbabit ditahan cuba memberi rasuah kepada pegawai penguatkuasa APMM bagi memberi laluan untuk kemasukan migran melalui jalan laut. 

Susulan tangkapan pertama, satu serbuan dilakukan di sebuah rumah di Kuala Teriang, Langkawi disyaki dijadikan tempat transit dengan melibatkan tangkapan ke atas 34 orang warga asing daripada Thailand dan Myanmar.

NTF menjelaskan hasil maklumat risikan serta soal siasat, didapati terdapat penglibatan penduduk setempat sebagai tali barut kepada sindiket-sindiket berkaitan.

Modus operandi yang digunakan adalah dengan melibatkan bantuan dari penduduk setempat dengan memindahkan PATI yang baharu memasuki perairan Malaysia ini menaiki bot-bot nelayan tempatan dan menyamar sebagai nelayan sebelum didaratkan ke pulau-pulau sekitar Langkawi. 

Tangkapan terbaharu, 27 PATI dipercayai etnik Rohingya termasuk dua tekong warga Myanmar ditahan di pantai Pulau Rebak, Langkawi pada 26 Julai 2020. Kesemua PATI yang ditahan dibawa ke Jeti APMM Bukit Malut untuk tindakan lanjut.

NTF menegaskan  bahawa penglibatan penduduk tempatan membantu kemasukan PATI baik melaui laluan perairan mahupun daratan persempadanan Negara merupakan satu perbuatan khianat. 

NTF akan sentiasa membuat pemantauan berterusan serta tindakan tegas akan diambil bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan negara terpelihara. Tangkapan demi tangkapan akan dilakukan bagi mengesan saki baki sindiket yang terlibat dalam penyeludupan PATi.

Masyarakat juga digesa untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam menyalurkan sebarang maklumat berkenaan dengan PATI, aktiviti penyeludupan, pencerobohan sempadan atau sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan melalui talian hotline Pusat Operasi NTF (011-6251 1223). 

Sunday, June 21, 2020

LAWATAN KERJA MENTERI KANAN PERTAHANAN KE PU BUTTERWORTH DAN KTU

Sumber: PRO TUDM

20 Jun 2020 - Pangkalan Udara Butterworth (PU Butterworth) menjadi pangkalan udara pertama dilawati oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dalam sesi lawatan kerja beliau ke perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Lawatan Kerja ini adalah manifestasi amanat beliau yang memfokuskan empat hala tuju Kementerian, antaranya :
1. Memperkasakan ATM dari segi aset dan persenjataan.
2. Mempertingkatkan sistem teknologi yang digunakan oleh ATM agar selari 
dengan perkembangan teknologi terkini.
3. Memperkasakan industri pertahanan agar Malaysia dapat menjadi sebuah 
negara yang kuat dalam industri pertahanan di rantau ini. 
4. Memperkasakan aspek kesejahteraan anggota ATM dan kebajikan veteran 
ATM.

Ketibaan Menteri Kanan Pertahanan turut diiringi Komander Pangkalan, Brig Jen Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM telah menerima dan memeriksa Kawalan Kuarter dari PU Butterworth. Beliau tiba di No. 18 Skuadron disambut oleh Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato' Roshaimi bin Zakaria TUDM; beberapa pegawai kanan TUDM serta kumpulan eksekutif pangkalan. Lawatan kerja Menteri Kanan Pertahanan turut dihadiri Menteri Belia 
dan Sukan, YB Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican; dan Ketua Setiausaha 
Kementerian Pertahanan, Datuk Muez bin Abd Aziz. 

YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob serta delegasi telah diberikan taklimat berhubung PU Butterworth dan pengoperasian pangkalan, perancangan pembangunan infrastruktur termasuk kediaman RKAT kepada warga PU Butterworth, kekangan serta cabaran yang 
dihadapi oleh pihak pangkalan secara holistik. Beliau juga telah dibawa melihat pameran statik pesawat pejuang F/A-18D (Hornet), Hawk dan helikopter EC 725 AP. YB Menteri Kanan Pertahanan dibawa melihat kesiagaan pengoperasian Pusat Simulator Pejuang (PSP) iaitu Full Mission Simulator (FMS) HAWK dan Tactical Operational Flight Trainer (TOFT) Hornet serta berpeluang membuat simulasi menerbangkan pesawat pejuang.

Kehadiran YB Menteri Kanan Pertahanan untuk mengetahui dengan lebih dekat cabaran-cabaran yang dihadapi oleh TUDM khususnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya diharap dapat membawa perubahan baharu di dalam memperkasakan aset ketenteraan sebagai organisasi yang ampuh di dalam mempertahankan kedaulatan negara tercinta. Perubahan landskap dunia juga menuntut ATM untuk memperkasakan 
keupayaan pertahanan dengan mengambil kira keperluan teknologi aset pertahanan dan persenjataan di samping mendepani ancaman asimetrik yang perlu diberi keutamaan dalam dasar pertahanan negara. Perubahan-perubahan ini adalah penting dalam meletakkan ATM sebagai pasukan pertahanan negara yang digeruni dan dihormati.

Lawatan ulung Menteri Kanan Pertahanan kali ini turut melakar sejarahnya yang 
tersendiri apabila dilaksanakan ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan 
(PKPP) dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti pemeriksaan suhu badan diambil daripada semua yang terlibat oleh pihak Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) pangkalan, amalan penggunaan “hand sanitizer”, penjarakan sosial dalam jarak 1 meter serta meminimumkan jumlah kehadiran.

Sementara di sebelah petangnya pula, Kolej Tentera Udara (KTU), Alor Setar, Kedah menjadi lokasi kedua Lawatan Kerja Menteri Kanan Pertahanan yang memfokuskan Zon Utara sebagai lokasi lawatan bagi pangkalan/pasukan di bawah naungan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Selepas lawatan kerja di Pangkalan Udara Butterworth (PU 
Butterworth) pada waktu pagi, Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob meneruskan lawatan kerja ke KTU dengan diiringi oleh Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM. 

Ketibaan Menteri Kanan Pertahanan 
disambut oleh Komandan, Brig Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM dan barisan eksekutif KTU. 
Sebaik ketibaan, Menteri Kanan Pertahanan telah menerima dan memeriksa Kawalan Kuarter dari KTU seterusnya beliau dan delegasi menjalani saringan pemeriksaan suhu badan dan penggunaan “hand sanitizer” sebagai Prosedur Operasi Standard (SOP) langkah pencegahan COVID-19. Beliau dan delegasi kemudiannya diberikan taklimat 
oleh Komandan KTU di Dewan Taming Sari.

YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dan delegasi telah dibawa melawat Institut 
Penerbangan (INSPEN) iaitu INSPEN 1 dan INSPEN 2. Beliau juga dibawa ke Bangunan Simulator untuk meninjau lebih dekat pengoperasian simulator khusus untuk pelatih INSPEN. Lawatan kerja di KTU selama lebih kurang 1 jam ternyata memberi peluang kepada TUDM amnya dan KTU khususnya untuk membangkitkan perkara-perkara yang memerlukan perhatian dan sokongan daripada YB Menteri Kanan Pertahanan untuk 
memperkasakan kualiti dan keberkesanan latihan khasnya untuk juruterbang di Kolej 
Tentera Udara. 

Lawatan kerja Menteri Kanan Pertahanan turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez bin Abd Aziz; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato' Roshaimi bin Zakaria TUDM; beberapa pegawai kanan TUDM serta kumpulan eksekutif KTU. 
-

Saturday, June 20, 2020

PKP HARI KE-95 DAN HARI KE-11 PKPP

Sumber: PRO Mindef

Putrajaya 20 Jun- Berikut adalah  sidang media YB DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB Menteri Kanan Pertahanan mengenai Pelaksanaan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) HARI KE-95 dan hari KE-11 PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Task Force Operasi Pematuhan

• Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 67,004
pemeriksaan semalam (19 Jun 2020) bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

• Sebanyak 3,744 Pasukan Pematuhan telah membuat pemantauan dan melibatkan seramai 16,675 anggota. 

• PDRM telah menahan 48 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Daripada jumlah ini 40 individu telah direman dan 8 lagi dikenakan kompaun. Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti refleksologi atau urut (10) dan aktiviti yang menyukarkan penjarakan sosial (38). 

Kawalan Sempadan Negaru
• Operasi Benteng yang melibatkan ATM, PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim 
Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19. 

• PDRM telah membuat 69 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 34,275 kenderaan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus. PDRM telah berjaya menahan 10 warganegara asing di Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng atas kesalahan imigresen.

• Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba 
memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus.

Operasi Sanitasi Awam COVID-19

• Ops Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan 
Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac 2020 telah melakukan 8,703 operasi sanitasi 
merangkumi 134 zon. Sebanyak 12,289 premis telah disanitasi yang terdiri daripada 2,672 pusat perniagaan, 5,185 bangunan kerajaan, 1,588 kawasan perumahan termasuk PPR, 2,490 tempat awam dan 354 pasar raya.

• Semalam (19 Jun 2020), sebanyak 70 operasi sanitasi meliputi 43 Zon di 11 buah negeri antaranya Sarawak (19 operasi), Melaka (14 operasi) dan Sabah(10 operasi).

Kuarantin Wajib

• Dari 10 sehingga 18 Jun 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat saringan ke atas 6,719 individu di seluruh pintu masuk negara. Daripada jumlah ini, 6,696 individu didapati negatif COVID-19 dan sedang menjalankan proses kuarantin
wajib di kediaman masing-masing (home quarantine). 22 individu lagi didapati positif dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan, manakala 1 individu lagi masih 
menunggu keputusan saringan. 

• Pada 19 Jun 2020, seramai 281 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air melalui
Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dari Singapura, UAE, China, Brunei, Pakistan, 
Vietnam dan Hong Kong. 278 individu telah diperintah untuk menjalani proses 
kuarantin wajib di kediaman mereka (home quarantine) manakala 3 lagi dibawa ke hospital.

Barang Keperluan Asas

• Semalam (19 Jun 2020), penguatkuasa Kementerian Perdagangan cNegeri dan 
Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantaun harian ke atas 25 jenis bekalan barangan di 822 premis perniagaan termasuk peruncit (618), pemborong (174) dan pengilang (30). Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupidan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi. 
• Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) juga telah membuat pemantauan di peringkat pengeluar makanan dan memberi jaminan bekalan barangan keperluan 
mencukupi. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak bimbang dengan bekalan 
makanan dan keperluan kerana ianya dijamin mencukupi.

• Semalam, pegawai penguatkuasa KPDNHEP juga telah melakukan 2,287 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP. Pemeriksaan KPDNHEP mendapati 2,247 premis mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Sebanyak 36 premis telah diberi nasihat dan 4premis lagi diberi amaran atas ketidakpatuhan SOP.

• Kerajaan ingin menggesa pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dan kebersihan diri terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian.

Tapak Binaan

• Semalam (19 Jun 2020), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah membuat pemeriksaan di 73 tapak binaan di seluruh Malaysia yang melibatkan 138 penguatkuasa. 

• Daripada jumlah itu, pemeriksaan CIDB telah mendapati 56 tapak binaan telah patuh SOP yang ditetapkan manakala 2 tapak binaan tidak patuh SOP dan diberi amaran manakala 15 tapak binaan tidak beroperasi. 

• Jumlah kumulatif tapak binaan yang mematuhi SOP sehingga semalam adalah 2,173 tapak binaan dan 419 tapak binaan tidak patuh SOP dan diberi amaran. Penguatkuasa CIDB turut mengarahkan 19 tapak binaan untuk tutup kerana tidak mematuhi SOP.

Friday, June 19, 2020

PENERIMA ANUGERAH KADET TUDM TERBAIK LKTA 7/19 DAN KAP 29/19

Sumber:PRO TUDM

ALOR SETAR, 18 Jun 2020 – Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM hari ini telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet Latihan Ketenteraan Tahun Akhir (LKTA) Siri 7/19 dan Pegawai Kadet Kursus Asas Pegawai (KAP) Siri 29/19 yang diadakan bertempat di Dewan Aeroangkasa, Kolej Tentera Udara (KTU), Kepala Batas, Alor Setar, Kedah.



PIALA SERI PERKASA (TERBAIK KESELURUHAN ALK) disandang oleh LtM Muhammad Yassirr bin Hakimi TUDM (375510) telah dilahirkan pada 5 Januari 1996 di Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak bongsu daripada lima orang adik-beradik dan telah melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera Diraja (MTD) sebelum menyambung pengajian ke UniversitiPertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Beliau telah berjaya memperolehi Ijazah Sarjana  Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Komunikasi).


Anak bongsu kepada Encik Hakimi bin Abdullah dan Puan Fatimah binti Lee ini pernah                    dianugerahkan dengan Anugerah Menteri Pertahanan 2013, iaitu anugerah pelajar terbaik keseluruhan MTD, Anugerah Individu Pelajar Terbaik Universiti (Kategori Lelaki) 2019 dan Anugerah Pingat Emas Naib Canselor Konvokesyen ke-10 UPNM diatas pelbagai penglibatan dan pencapaian sepanjang pengajian di UPNM. 

Karisma dan sifat kepimpinan yang ditunjukkan sejak awal pengajian telah melayakkan beliau dilantik memegang beberapa jawatan dalam universiti. Beliau merupakan Presiden Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan bagi tahun 2017, Pegawai Kadet Sarjan sesi 2015/2016 dan Pegawai Rendah Kanan Batallion ALK Sesi 2018/2019. Beliau sentiasa terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti sukan dalaman ALK. Beliau juga pernah mewakili universiti ke pelbagai pertandingan sukan lasak seperti International Triathlon Port Dickson, International Duathlon Port Dickson,Triathlon ATM dan beberapa pertandingan marathon. Selain itu, beliau juga pernah mewakili universiti ke Kejohanan Olahraga MASUM pada tahun 2016. Beliau juga bergiat aktif dalam arena perdebatan antara universiti seperti Debat ASTAR UM dan Debat Piala Presiden UKM selain menjadi penceramah kepada beberapa agensi luar dan dalam seperti penceramah kepada Mahasiswa UPSI dan PKBM Negeri Selangor.

Hasil sifat, kesungguhan, usaha dan kecemerlangan yang ditunjukkan dalam pelbagai aspek, beliau telah dipilih sebagai Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) dan dianugerahkan Piala Seri Perkasa serta sebilah pedang kehormat. LtM Muhammad Yassirr bin Hakimi TUDM (375510) bercita-cita untuk menjadi salah seorang pemegang tampuk pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia. Beliau ditauliahkan ke Cawangan Penerbangan,Tentera Udara Diraja Malaysia.




PIALA SERI ANGKASA (TERBAIK TUDM ALK) dimenangi oleh LtM Muhammad Zikri bin Mohd Zamri TUDM (375513) telah dilahirkan pada 9 Mac 1996 di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak kedua daripada tujuh orang adik beradik dan telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam, Selangor. Sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan seterusnya berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal.

Selain mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang tinggi, beliau turut aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di UPNM. Beliau sering mewakili kompeni dalam sukan-sukan ketenteraan seperti Log Race, Cross Country dan Ujian Kemahiran Merentas Halangan dan Kawad (UKMHK). Beliau turut aktif dalam Kelab Pemuafakatan Siswa Siswi Felda (PERSADA), UPNM dan menjawat jawatan Presiden. Beliau juga turut terlibat dengan Perkampungan Intelektual PERSADA peringkat Zon Tengah. Beliau adalah seorang yang berdedikasi tinggi dalam melibatkan diri dalam pentadbiran Batalion dan Kompeni sehingga dipilih untuk menjadi pemegang pangkat dari tahun 2 sehingga tahun 4. Semasa pengajian beliau di UPNM. Beliau telah menjawat jawatan Pegawai Rendah Kanan Kompeni Hang Nadim.

Hasil kesungguhan dan kecemerlangan yang ditunjukkan dalam bidang akademik dan ketenteraan telah melayakkan beliau dipilih sebagai Pegawai Kadet Terbaik LKTA Siri 7/19 dan dianugerahkan Piala Seri Angkasa serta sebilah pedang kehormat. LtM Muhammad Zikri bin Mohd Zamri TUDM (375513) bercita-cita untuk menjadi salah seorang pemegang tampuk pemerintahan dalam Angkatan Tentera Malaysia. Beliau ditauliahkan ke Cawangan Penerbangan, Tentera Udara Diraja Malaysia.



PIALA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN HAJI AHMAD SHAH
(TERBAIK KAP SIRI 29/19) menjadi milik LtM Ahmad Ashraf Hanif bin Jamaluddin TUDM (375957) merupakan anak ke-4 daripada 5 adik beradik dilahirkan di Ipoh Specialist Hospital, Perak pada 8 Ogos 1995. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Temiang, Johor dan kemudiannya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn Kuala Lumpur pada tahun 2008 hingga 2010 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak Muar, Johor sehingga tamat SPM. Beliau seterusnya menyambung pengajian di peringkat STPM di Sekolah Tinggi Muar, Johor dan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam bidang Pengajian Strategi Pertahanan. Berkat usaha dan doa yang tidak putus-putus daripada kedua ibu bapa, beliau telah memperoleh Anugerah Hadiah Buku Lembaga Pengarah Universiti di Majlis Istiadat Konvokesyen UPNM.

Di samping itu, semasa menuntut di UPNM, beliau turut bergiat aktif dalam Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) bagi perkhidmatan Tentera Darat. Selepas tiga tahun bergelar Pegawai Kadet PALAPES, beliau telah ditauliahkan sebagai seorang Pegawai ATM dengan pangkat Leftenan Muda pasukan simpanan. Setelah menamatkan pengajian di UPNM, atas minat yang mendalam dalam bidang ketenteraan, beliau telah melapor diri ke Rejimen 501 Askar Wataniah (AW) Tebrau, Johor dan beliau telah menyandang jawatan sebagai Pegawai Latih Kursus bagi Kursus Asas Perajurit Muda    Sukarela (APMS).

Pada 16 Jun 2019, beliau terpilih untuk mengikuti Kursus Asas Pegawai Siri 29/19 di Sekolah Latihan Pegawai. Beliau telah menunjukkan ciri-ciri kepimpinan, komitmen, disiplin dan karisma yang tinggi sepanjang tempoh latihan dan telah melayakkan beliau diberikan pangkat Pegawai Rendah Kanan. Beliau juga amat disenangi oleh rakan-rakan pelatih dan jurulatih. Dengan prestasi yang telah ditunjukkan sepanjang latihan, LtM Ahmad Ashraf bin Jamaluddin TUDM telah dipilih sebagai Pegawai Kadet Terbaik bagi KAP Siri 29/19 dan menerima Piala Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji  Ahmad Shah dan sebilah pedang kehormat. Beliau akan diserapkan ke Cawangan Penerbangan, Tentera Udara Diraja Malaysia.


Tinggalkan pesanan anda di sini