About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Monday, April 27, 2020

HUT TLDM KE 86

Saban tahun biasanya pada setiap 27 Apr , Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan meraikan Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) nya dengan acara Perbarisan Istiadat, mengadakan aktiviti-aktiviti promosi TLDM dengan mengadakan hari armada di samping aktiviti kemasyarakatan dengan masyarakat sekitar.

Namun begitu,  pada HUT Ke 86/2020, buat julung kalinya semua acara-acara tersebut tidak dapat dirancang kerana negara menghadapi Wabak Covid 19 yang turut melanda ke seluruh dunia.

Walau bagaimana pun, kesiapsiagaan aset dan modal insan sentiasa diberi keutamaan dengan penugasan dan aturgerak angkatan  sentiasa berada pada tahap maksimum.

HUT  2020, TLDM masih mengekalkan tema yang sama iaitu ARMADA SIAGA TLDM PERKASA.

Minda Pertahanan mengucapkan Selamat HUT ke 86, semuga TLDM terus maju jaya sebagai benteng pertahanan perairan  negara pada sebilang masa.

SEDIA BERKORBAN

Wednesday, April 1, 2020

SAMBUTAN HUT KE 66 SKUADRON PERTAMA RAJD

Artikel ini telah diterbitkan di dalam majalah Perajurit edisi Apr 2020


Oleh: Paklang Hamzah/Foto: RAJD


Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (1 Skn RAJD) ditubuhkan pada 1

Januari 1954 yang merupakan skuadron tempur sulung yang menjadi       tonggak utama di dalam RAJD untuk memenuhi penugasan di awal penubuhannya.

Tanggal 1 Jan 2020, genaplah 66 tahun penubuhan 1 Skn RAJD yang mana buat julung kalinya pasukan ini mengadakan sambutan HUT bertempat di Padang KawadKem Sangro Taiping Perak. Seramai 4 pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam perbarisan yang diketuai oleh Penolong Pegawai Pemerintah Kapt Syuriya binti Mohamad dan disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah 1 Skn RAJD, Mej Dzul Hakim bin Hj Mohd Khalid.

Perbarisan diserikan dengan pemakaian pangkat 3 orang anggota yang telah dinaikkan pangkat dari Koperal ke Sarjan dan dari Supper ke Lans Koperal serta 6 orang anggota yang dianugerahkan Sijil Kecemerlangan Pegawai Pemerintah 1 Skn RAJD bagi tahun 2019.

Sesuai dengan usia 66 tahun penubuhan RAJD, Mej Dzul Hakim dalam ucapannya telah menekankan 6 teras penting dalam Kor RAJD yang perlu semua anggota patuhi selari dengan hasrat Ketua Jurutera ke-15 ketika menyampaikan Perintah Ulung yangbeliau sesuaikan dengan UBIQUE iaitu Unity, Brotherhood, Information, Quality, Uniformity dan Emphaty. Oleh itu, 6 fokus ini haruslah kita hayati, perhalusi dan praktikkan secara optimum kerana akan memberikan impak yang mendalam di dalam sesebuah pasukan tempur RAJD.

Para tetamu disajikan dengan persembahan pantomin bagi memperingati jasa dan pengorbanan salah seorang perwira negara dari 1 Skn RAJD yang cedera dalam melaksanakan Operasi Kota di kawasan Empangan Temenggor Gerik, Perak pada tahun 1975 dan diakhir pantomin Peg Pemerintah Mej Mohd Dzul Hakim bin Mohd Khalid menyampaikan sumbangan kepada LKpl (B) Mohd Jamal bin Abd Rahman iaitumerupakan anggota yang cedera semasa Operasi tersebut.


Majlis diteruskan lagi dengan upacara memotong pulut kuning iaitu simbolik kepada HUT Skn 1 RAJD ke-66. Seterusnya hasil kutipan tabung derma pada hari tesebut telah diberikan kepada kepada wakil  Allahyarham SSjn Gahani yang meninggal pada 12 Dis 2019 lalu dan LKpl (B) Mohd Jamal bin Abd Rahman. penyampaian cenderahati kepada Mantan-Mantan Pegawai Pemerintah, Mantan-Mantan SMS 1 Skn RAJD.

Turut hadir menyaksikan perbarisan tersebut adalah Mantan Ketua Jurutera ke-9 Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Mohd Hashim bin Hj Abdullah dan isteri, Mantan-Mantan Pegawai Pemerintah, Mantan-Mantan Sarjan Mejar Skuadron (SMS) 1 SknRAJD, ahli-ahli Bakat dan veteran-veteren yang pernah berkhidmat di 1 Skn RAJD.

RAJD Sepintas Lalu

Sehingga kini RAJD mempunyai 12 buah skuadron yang mana skuadron 1,2,3,5,6,7,8 dan 9 merupakan skuadron medan yang ditempatkan di Taiping, Kuching, Kota Kinabalu, Perlis, Kelantan, Kluang dan Melaka . Skuadron 4 merupakan pakar dalampengendalian jambatan berpusat di Kem Gemas, skuadron 10 bersama skuad elit PARA di Kem Trendak manakala skuadron 11 bertindak sebagai skuadron makanise diTemerloh dan skuadron 12 khusus untuk pengendalian chemical, biological,radiological and nuclear (CBRN) ditempatkan di Kem Trendak Melaka.

Sesuai dengan cogan kata UBIQUE yang membawa pengertian ‘Di Mana Sahaja’, yang berperanan untuk membantu Tentera Darat (TD) untuk bertempur, hidup dan bergerak(fight,life and move). Justeru mereka akan memberi bantuan kejuruteraan taktikaldalam semua fasa peperangan untuk meningkatkan mobiliti pasukan sahabat seperti membuka laluan dan jalan-jalan pendekat, membina jambatan dan rakit bagi merentasi wet gap serta membersih padang periukapi dan halangan.

Dalam melambatkan pergerakan musuh pula mereka akan melubangkan jalan (road cratering), memasang halangan dan melakukan kerja-kerja pemusnahan ke atassasaran-sasaran strategik seperti reserved demolition termasuk menafikan sumber-sumber penting jatuh ke tangan musuh.

Dalam melindungi dan membantu meneruskan kelangsungan hidup pasukan sahabat,terup RAJD terlibat menyediakan medan dan kubu pertahanan. Mereka juga terkenal dengan cogan kata first in last out kerana merupakan pasukan terawal masuk dalamkawasan misi untuk kerja-kerja penyediaan awal seperti pemasangan litar letupan dalam reserved demolition atau membina jambatan dan jalan-jalan pendekat ke objektif musuh.

Merekalah antara pasukan terakhir yang akan berundur atau keluar dari kawasan misi setelah memastiakn sasaran dimusnahkan atau kerja-kerja menutup gap medanperiukapi telah selesai. RAJD juga diperlukan melakukan pelbagai tugas untuk pasukan-pasukan selain bantuan kepada pasukan taktikal. Majoriti penugasan sebegini adalah di kawasan senggaraan formasi seperti membina dan menyelenggara bangunan, membina jalan dan landasan terbang dan bekalan air. Selain daripada itu RAJD juga terlibat dengan Projek Jiwa Murni seperti membina jambatan, rumah, mesjid dan surau untuk masyarakat awam. Begitulah uniknya penugasan mereka yang mempunyai rentetan sejarah yang panjang.

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini