About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Wednesday, May 1, 2019

Laporan LIMA 2019-Meneroka Pasaran Malaysia Baharu

Telah diterbitkan pada edisi Mei 2019 Majalah Perajurit

Oleh: Paklang Hamzah
Langkawi International Maritime And Aerospace Exhibition (LIMA) adalah pameran pertahanan, industri sivil dan komersil terbesar di region Asia Pasifik dan dikenali sebagai salah satu platform peneraju kepada agensi pertahanan di mana pemain-pemain industri pertahanan saling memaparkan teknologi terbaharu dalam sektor pertahanan dan komersil.  Selari dengan tema Defence and Commercial Connecting Intelligence telah menyaksi kolaborasi rapat antara penganjur bersama EN Project Sdn Bhd dengan dua Kementerian iaitu Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan dengan pembahagian 60 peratus kepada sektor pertahanan dan 40 peratus sektor komersil berbanding pecahan 70/30 pada LIMA’17.
Berucap di hadapan media semasa majlis high tea di Resort World Langkawi 
LIMA 2019 adalah merupakan edisi ke 15 sejak penubuhannya pada tahun 1991 dengan menzahirkan penglibatan Malaysia di dalam konteks pembangunan pertahanan maritim, aeroangkasa, keselamatan dan industri perdagangan tempatan dan serantau dengan mengekalkan venue utama di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) sebagai tapak pameran utama, persidangan, seminar, mesyuarat perdagangan, pertunjukan udara dan pameran statik pesawat. Segmen maritim mengekalkan lokasi Resort World Langkawi (RWL) untuk pameran kapal-kapal berlabuh, demonstrasi maritim dan pameran aset-aset maritim.
Istimewanya edisi kali  ini adalah kembalinya YAB Tun Dr Mahathir Mohamad ke persada pemerintahan era Malaysia Baharu selaku Perdana Menteri ke 7 sekali gus menjadi perasmi utama sebagaimana yang pernah beliau lakukan pada siri-siri LIMA semasa beliau menjadi Perdana Menteri ke 4 dahulu.  Tentunya tidak banyak kerja rumah yang perlu disiapkan untuk menjayakan agenda negara ini kerana Tun sudah cukup arif tentang keperluan dan perlaksanaannya apatah lagi kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan dan swasta yang sama-sama memikul tanggungjawab ini sudah cukup berpengalaman di dalam pengendaliannya.
Para penganalisis menunggu kehadiran LIMA’19 dengan spekulasi yang pelbagai kerana  buat pertama kalinya LIMA bertuankan kerajaan Malaysia Baharu yang dikatakan sedang mengalami krisis kewangan yang memungkinkan acara-acara penting tidak boleh dilaksanakan dengan sempurna.
Tun M sedang diberi taklimat oleh pempamir di booth yang dilawati
Namun begitu melihat kepada peningkatan penyertaan pempamer serta kehadiran pedagang dari dalam dan luar negara pada siri LIMA kali ini tidak menunjukkan kegoyahan atau dipengaruhi oleh isu-isu semasa di dalam negara.  Begitu juga partisipasi aset-aset pada sektor aeroangkasa dan maritim masih berada pada tahap yang memberangsangkan seperti mana pada siri-siri yang sebelumnya dan dilihat oleh penganalisis dalam dan luar negara sebagai penganjuran yang masih lagi berada pada momentum yang tepat dan sepatutnya.
Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dalam sidang akhbarnya, menyifatkan LIMA’19 ini sebagai yang terbaik pernah diadakan sambil meminta rakyat Malaysia diluar negara yang mempunyai bakat dalam aeroangkasa, maritim dan pertahanan, pulang ke tanahair untuk mencurahkan bakti dan kepakaran demi pembangunan dan kemajuan negara.
Menteri Pertahanan YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu dalam wawancaranya bersama media, LIMA’19 mencatatkan kehadiran pengunjung mencecah 279,000 orang.  Seramai 42,030 orang pengunjung perdagangan sejak hari pertama dibuka di mana terdapat penambahan seramai 2000 orang berbanding edisi sebelum ini. Beliau menjelaskan seramai 13,787 orang pengunjung perdagangan direkod pada hari pertama iaitu mewakili 43 peratus antarabangsa dan 57 peratus pengunjung perdagangan tempatan.  Manakala pada hari kedua mencatat seramai 14,930 orang pengunjung terdiri dari 40 peratus antarabangsa dan 60 peratus pengunjung tempatan. Pada hari ketiga seramai 13,313 kehadiran pelawat perdagangan dengan pecahan 40 peratus antarabangsa dan 60 peratus pelawat tempatan yang memasuki pusat pameran sehingga pameran ditutup.
Suasana ini menggambarkan bahawa komitmen dan versatiliti seluruh warga Kementerian-kementerian terlibat serta  pihak penganjur bersama EN Project Sdn Bhd bagi menjayakan agenda dwi tahunan kerajaan ini berada di tahap tinggi dan mampu menafikan dan menangani segala kekurangan yang timbul dengan memastikan semua acara berlangsung seperti mana yang dirancang.
Persefahaman serta tindakan dan kawalan bersepadu agensi-agensi keselamatan kerajaan dalam memastikan  keselamatan pengunjung di Pulau langkawi secara umumnya memberi keyakinan penuh kepada khalayak tentang tahap keselamatan di sepanjang LIMA berlangsung.
Skop Pameran
Pameran adalah tertumpu kepada Aerospace and Maritime defence, Civil  and security, Training and simulation, Commercial Aviation (General Aviation, Corporate and Business Aviation, Maintennance, Repaire and Overhaul), Airports and Airports services, Commercial Maritime (Marine Maritime, Federal Port Authorities, Port Operators, Port Auxilliar sevices and Cruise Liners).


Seperti mana penganjuran siri-siri LIMA yang lepas program dibahagikan kepada beberapa acara iaitu Acara-acara Rasmi, Persidangan dan Seminar, Jamuan Rasmi dan Makan Malam dan Acara-acara Sampingan yang mana LIMA’19 telah berjaya mewujudkan acara-acara baharu dari masa kesemasa.
Pada 26 hingga 28 Mac pameran hanya dibuka kepada pelawat-pelawat perdagangan dan delegasi-delegasi dari jam 10.00 pagi hingga jam 5.00 petang dan pada 29 dan 30 Mac pameran dibuka kepada pelawat-pelawat awam dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Di segmen maritim dibuka kepada delegasi pelawat perdagangan dan pelawat awam bermula pada 26 hingga 30 Mac dari jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang setiap hari.
Pertunjukan Udara untuk hari perdagangan 26 hingga 28 Mac adalah pada jam 12.30 tengahari hingga 2.30 petang dan untuk hari pelawat awam 29 dan 30 Mac diadakan 2 sesi iaitu pada jam 10.00 hingga 12.00 pagi dan 2.30 hingga 4.30 petang.
Demonstrasi maritim berlangsung setiap hari  bermula 26 hingga 30 Mac dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi  pertama pada jam 10.00 hingga 12.00 tengahari dan sesi kedua pada jam 5.00 hingga 6.00 petang.
Setiap kemasukan ke MIEC dikenakan kepada pelawat perdagangan sebanyak RM100.00 sehari jika memohon secara dalam talian dan RM 150 bagi pemohon on site dan pelawat awam sebanyak RM 15.00 setiap seorang yang memohon secara dalam talian dan RM 20.00 bagi pemohon walk in. Tiada apa-apa bayaran dikenakan bagi pengunjung ke segmen maritim, warga emas dan juga kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.
Penglibatan Kompeni Pertahanan Dan Komersil Antarabangsa
Sebanyak 32 buah negara yang mengambil bahagian dalam LIMA’19 ialah Australia, Austria, Belarus, Canada, China, Republic Czech,  France, Germany, Hong Kong, India, Indonesia, Italy, Japan, Malaysia, Netherlands, Norway, Pakistan, Philipines, Poland, Romania, Russia, Singapore, Slovakia, South Korea, Spain, Sweden, Switzerland, Thailand, Turkey, Ukraine, United Kindom, United State of America.
Jumlah keseluruhan kompeni yang terlibat sebagai pempamer ialah 406 buah yang mewakili kompeni tempatan sebanyak 206 buah dan 200 buah kompeni antarabangsa. Di antara Kompeni Pertahanan dan Komersil terkenal yang terlibat ialah Airbus International, Rafale International, Thales Global dan MBDA (France), ASELSAN, TAIS Shipyard, Turkey Aerospace Industry dan Roketsan (Turki), BAE System (UK), Boeng (US), Bousted Heavy Industri Corporation/BHIC, Composites Technology Research Malaysia/CTRM, SAPURA Group dan Malaysia Airport Holding Bhd/ MAB (Malaysia),  China Electronic Technology Corporation/CETC dan China National Aero- technology Import & Export Corporation (China), Leonardo (Italy), Kongsberg (Norway), MTU Asia (Singapore), SAAB International ( Sweden), United Aircaraft Corporation, Rosoboronexport, Russian Helikcopter dan United Shipbuilding Corporation (Russia).
Sebanyak 12 Pavillions yang mewakili negara Australia, Belarus, China, France, Germany, Japan, Rusia, Slovakia, Turki, Ukraine, United Kindom dan United State of America.  Pavillion terbesar dengan saiz 969.5 sqm adalah milik negara Turki diikuti oleh negara Russia yang berkeluasan 697 sqm. Pavillion kompeni antarabangsa terbesar ialah ASELSAN  Turki (252 sqm) diikuti oleh BAE System UK (250 sqm), Dassault Aviation France (243 sqm),Turkish Aerospace Industri (180sqm) dan United A/c Corporation Russia 175 sqm).
Pavilion komersil dipelopori oleh Kementerian Pengangkutan dan pavilion kompeni tempatan terbesar ialah BHIC (609 sqm) diikuti oleh NADI (570 sqm), Muhibbah Engineering (180sqm) dan Sapura Group (156 sqm). Ukuran kasar keseluruhan  ruang pameran menjangkau lebih daripada119,209 sqm.

Kolaborasi bersama kementerian pengangkutan dan Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa melalui National Aerospace Industry Coordinating Office (NAICO), Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) dan Malaysian Investment Development Authority (MIDA) telah menawarkan platform yang berbeza untuk industri tempatan berkembang maju.  Kementerian pengangkutan menampilkan Civil Aviation Authority (CAAM), Marine Department of Malaysia, Air Accidents Investigation Bureau (AAIB), Port Klang Authority (PKA), Johor Port Authority, Penang Port Commission, Bintulu Port Authority, Universiti Malaysia Trengganu (UMT) dan lain-lain.
Senarai Pesawat Terlibat
LIMA’19 telah menghadirkan 88 buah pesawat keseluruhannya dari pelbagai negara di Aerial Display.  24 buah pesawat daripadanya terlibat di dalam pertunjukan udara. Pesawat-pesawat tersebut ialah 6 buah SU-30MKM (TUDM), 4 buah F/A-18D (TUDM), 6 buah Hawk 108/208 (TUDM), 3 buah A400M (TUDM), 8 buah PC 7 MKII (TUDM), 3 buah EC 725 (TUDM), 2 buah SIKORSKY S61A-4 NURI (TUDM), 1 buah SUPER LYNX (TLDM), 1 buah FENNEC (TLDM), 1 buah AGUSTA AW 139 (APMM), 1 buah DAUPHIN AS365 (APMM), 5 buah SU-30SM (Russian AF), 1 buah YAK 130 (Russian AF), 1 buah EXTRA 300L (Aerotree), 1 buah B52 (USAF),  2 buah TEJAS (Indian AF), HARBIN Z9 AS365 DAUPHIN ( Pakistan Navy), 7 buah KT-1B WONG BEE (Indonesia).

24 buah pesawat dari 3 tim aerobatik telah mempamerkan kehebatan masing-masing dengan aksi-aksi yang memukau penonton. Tim aerobatic Jupiter dari Indonesia menggunakan 7 buah pesawat jenis KT-1B. Tim aerobatic Russian Knights dari Russia menggunakan 5 buah pesawat jenis Su-30SM. Tim aerobatic TUDM menampilkan 12 buah pesawat iaitu SU-30MKM (4), FA-18 (4), HAWK (4), EC725 (1) dan SK61 (1).
10 buah pesawat mempamerkan aksi secara solo iaitu 3 x SU-30 MKM, 2 x  F/A 18D HORNET dan 1 x PC7 dari TUDM, 1 x TEJAS dari Indian Airforce, 1 x B52 USAF, 1 x YAK 130 dari Russia dan 1 x EXTRA 300L dari Aerotree Krisakti.
54 buah lagi pesawat yang berada di pameran statik sepanjang LIMA’19 berlangsung iaitu SU-30MKM, F/A-18D, HAWK 108/208, CN235, EC725, A400M (TUDM), SUPER LYNX, FENNEC (TLDM), AGUSTA A109 (PUTD), AGUSTA AW 139, AGUSTA  AS 365 (PDRM), AGUSTA AW 139 , DAUPHIN AS365 (APMM), MI-17, AGUSTA AW 139 (BOMBA), AIRBUS 320 NEO (Air Asia),LEAJET 60 (CAAM), Airbus helikopter H135 P3, PIAGIO AVANTI (Aerial Power Line), CESSNA Citatioon Latitude (Aerotree), KC-235 STRATOTANKER, C17, MQ-1 PREDATOR UAV (USAF),  F/A-18 SUPER HORNET, P-8 POSEIDON, SIKORSKY SH-60 SEAHAWK (USN), TYPHOON (FSR)(Eurofighter Typhoon), GRIPEN (RTAF), F-15SG (RSAF), WING LOONG II UAV (AVIC China), H145 Heli (Airbus), E 190-E2(Ambraer), ANKA (Turki Aerospace), AGUSTA AW 189 (Leonardo), FALCON 8X (Dassault Aviation), ROBINSON R44, Mosquito Aviation XE, Rutan Long-EZ,Aero L-39C Albatros (AF Jets Sdn Bhd).
Penglibatan Aset-aset Maritim
Keseluruhan 104 buah kapal, bot dari pelbagai saiz dari negara-negara peserta telah mengambil bahagian di mana kapal-kapal besar bersauh di Perairan dermaga Star Cruise Resort World Langkawi.  
11 buah kapal bertambat di dermaga Star Cruise untuk dibuka kepada pelawat-pelawat pada tarikh-tarikh yang ditetapkan iaitu CNS YUE YANG, SLNS SAGARA, USS PREBLE, HMAS DIAMANTINA, VPN LY THAI TO, RV DISCOVERY, INS KADMATT, JS ASAGIRI, BNS SOMUDERA JOY, BCGS SYED NAZRUL dan KRI BANDA ACHEH.
27 buah kapal TLDM dan Agensi Tempatan yang mengambil bahagian di dalam Fleet Review ialah KD MAHAWANGSA, KD JEBAT, KD KASTURI, KD LEKIU, KD PERANTAU, KD GAGAH SAMUDERA, KD TEGUH SAMUDERA, KLD TUNAS SAMUDERA, KD TUNKU ABDUL RAHMAN, KD LAKSAMANA HANG NADIM, KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL, KD LAKSAMANA MUHD AMIN, KD PENDEKAR, KD GANYANG, KD MAHAMIRU, MV MEGA BAKTI (TLDM), KM PEKAN, KM BAGAN DATUK, KM PERWIRA, KM MARLIN, KM SIAGIN (APMM), RV DISCOVERY (UMT), POLARIS (MARINE DEPT), DALLA PIETA (MOFAZ), GENTING DREAM (GENTING CRUISE LINE), MARELLA DISCOVERY (MARELLA CRUISE).
16 buah kapal Tentera Laut Asing yang mengambil bahagian di dalam Fleet Review ialah HTMS NARATHIWAT (RTN)  KDB DARUTTAQWA (BRUNEI), INS KADMATT (INDIA), HMAS DIAMANTINA (AUSTRALIA), BNS SOMUDERA JOY, BCGS SYED NAZRUL (BANGLADES), VPN LY THAI TO (VIETNAM), PNS ASLAT (PAKISTAN), USS BLUE RIDGE, USS WILLIAM P LAWRENCE (USA), ROKS SOYANG (SOUTH KOREA),SLNS SAGARA (SRI LANGKA), JS ASAGIRI (JAPAN), KRI BANDA ACHEH, KRI HALASAN (INDONESIA), PLANS YUE YANG (CHINA).
43 elemen udara dan maritim yang mengambil bahagian dalam siri-siri demonstrasi di Resort World Langkawi sepanjang Pameran LIMA’19 ialah pesawat SUPER LYNX, AS 555 FENNEC, Bot RHIB dan CB90 dari TLDM, AW 139 AGUSTA, AS 365 N3 DAUPHIN, Bot PENYELAMAT, Bot KILAT, Bot PENGGALANG, Bot PETIR dan Bot PELINDUNG dari APMM, Bot Peronda Laju dari Perikanan, Bot PERENTAS, Bot PENUMPAS dari Jabatan Kastam, POLARIS bouy Tender dari Maritime Dept, Heli AW 139, AS 355, RHIB, WATER CAT, Fast Attack Craft dan APB Patrol Craft dari PDRM.
18 aset agensi kerajaan turut mengambil bahagian di pameran statik segmen maritim. RHIB, Starstreak Misile Transponder Vehicle KPMS, SUPER LYNX dan AS 555 FENNEC dari TLDM, Scan Eagle Unmanned Aerial System(UAS), Mobile Surveillance Radar, Mobile Surveillance Unit, RHIB PETIR dan Thales PULMAR Unmaned (UAV) dari APMM, ARIB Bot dan Jet Ski dari Bomba,  HUMINGDA Ampb. Bot dan ZODIAC Rubber Dinghy dari PDRM, COBRA Team Assault Vehicle dari Jabatan Kastam, Mobile Surveillance Radar dari STRIDE dan Comunication on the Pause (COTP) dari HQ ATM.
MOU Dan Kontrak Termeterai
Sejumlah tujuh kontrak Perolehan dan Program Kolaborasi Industri (ICP) di antara Kementerian Pertahanan dan pelbagai syarikat telah ditandatangani. Manakala, pertukaran enam MOU telah dimeterai,

Selain daripada itu, penyerahan lapan Surat Niat (LOI) dan sepuluh Surat Setuju Terima (LOA) bagi pelbagai kontrak Perolehan Kementerian Pertahanan, yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Halimi bin Abd Manaf, Ketua Setiausaha Kementerian.
Jumlah keseluruhan nilai Perolehan yang dimeterai adalah RM3.67 bilion. Sebahagian besar perolehan ini adalah bagi tujuan penyelenggaraan aset-aset pertahanan sedia ada bagi memastikan keselamatan dan tahap kesiagaan pertahanan negara sentiasa berada pada tahap yang optimum. Pada masa yang sama, kerajaan akan terus mempertimbangkan perolehan aset-aset strategik baharu dengan mengambil kira perkembangan teknologi semasa serta perkembangan ancaman keselamatan bukan tradisional.
Selain daripada kontrak-kontrak yang dimeterai pada majlis ini, kementerian juga dimaklumkan bahawa terdapat perjanjian / MOU yang telah dimeterai di antara syarikat-syarikat sepanjang LIMA ’19 berlangsung yang dianggarkan bernilai melebihi RM500 juta. Ini menjadikan nilai keseluruhan kontrak bagi LIMA ’19 melebihi RM4.0 bilion berbanding nilai keseluruhan RM 3.8 bilion pada LIMA’17
Penutup
Kejayaaan  yang dicapai dalam setiap kali penganjuran LIMA merupakan manifestasi kepada kestabilan ekonomi dan politik serta gandingan  kerjasama erat dalam kalangan anggota tentera, polis dan agensi awam yang diberi mandat dalam semua sektor telah memberi keyakinan kepada pedagang-pedagang negara luar yang telah membuat keputusan untuk mengambil bahagian dalam acara LIMA’19 ini.
Peningkatan nilai keseluruhan pemeteraian kontrak  MoU/LoA/LoL memberi petanda bahawa kerajaan memandang serius soal kesiapsiagaan ATM dengan memberi keutamaan kepada jalinan kerjasama dan persefahaman serta pemindahan teknologi dengan negara-negara pengeluar, penambahbaikan, penyelengaraan, pemanjangan hayat serta pemodenan  aset-aset sedia ada dengan tidak menjadikan kekangan ekonomi negara sebagai alasan demi menjamin kedaulatan negara berada di tahap tertinggi. Namun begitu kekecewaan masih terpancar dalam kalangan peminat dan penggiat pertahanan dan keselamatan bila mana tiada perolehan aset strategik baharu diumumkan sejak beberapa siri LIMA yang lalu.  Di antara perolehan tambahan aset strategik yang dinanti-nantikan ialah Multi Role Combat Aircraft (MRCA) untuk TUDM dan Multi-Purpose Supply & Support Ship (MPSS) untuk TLDM.
Antara lain LIMA’19 banyak memberi manfaat kepada industri pertahanan negara dari segi penghasilan dan pengembangan inovasi peralatan strategik yang mampu memenuhi kepeluan operasi.
Bagi rakyat Langkawi khususnya, acara dwi tahunan ini memberi impak yang sangat positif di dalam sektor pelancongan serta pembangunan infrastruktur dan peningkatan hasil rakyat dalam industri kecil dan sederhana (IKS) yang menjana kepada pembangunan ekonomi rakyat.

SISTEM PERTAHANAN UDARA TLDM

Telah diterbitkan di dalam Majalah Perajurit edisi Mei 2019

Oleh/Foto: Paklang hamzah
Anggota PPU sedang membuat demonstrasi kepada orang awam di LIMA'19 

Tidak ramai khalayak yang tahu tentang kewujudan Pasukan Pertahanan Udara Angkatan Tentera Malaysia  (PPU ATM) melainkan penggemar-penggemar pertahanan yang sentiasa mengikuti rapat setiap perkembangan yang berkisar di dalam sistem pertahanan negara.  Mungkin kita biasa dengar nama-nama sistem seperti Starbust, Igla, Anza, FN6, Jernas/Rapier dan Starstreak namun mungkin ramai yang tidak ambil tahu bahawa nama-nama tersebut adalah merupakan sistem persenjataan yang digunakan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam konteks pertahanan udara di daratan.  Apa pun pada coretan penulis kali ini cuma akan memfokuskan serba sedikit tentang kewujudan Pasukan Pertahanan Udara TLDM (PPU TLDM).
Dalam usaha meningkatkan keupayaan sistem pertahanan udara negara, Markas ATM telah mendapat persetujuan bagi mewujudkan Pasukan Pertahanan Udara pada setiap perkhidmatan angkatan darat, laut dan udara pada awal tahun 1990an.
Bermula dengan perolehan sistem peluru berpandu jarak dekat iaitu Starburst secara berperingkat di bawah kawalan Tim Projek Starburst Pasukan Artileri Tentera Darat kemudian dipanjangkan penugasan  dengan menubuhkan PPU TLDM dan PPU TUDM bagi menjaga kepentingan pangkalan masing-masing.
Sejarah Penubuhan
Penubuhan (PPU TLDM) bermula di Pangkalan TLDM Lumut pada bulan Disember 1994 di bawah naungan Markas Pemerintahan  Armada dan berpindah ke bangunan tetapnya setelah siap dibina pada 14 januari 1998. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Panglima Angkatan Tentera ketika itu, Jen Tan Sri Dato’ Seri Ismail bin Haji Omar  pada 14 Disember 1998.
Bagi memenuhi keperluan semasa pertahanan di Pangkalan dan aset-aset yang berada di Sabah dan dan Sarawak, maka pada 12 Feb 2007, Pasukan Pertahanan Udara TLDM Kota Kinabalu (PPU TLDM KK) telah diwujudkan dan masih lagi  menggunakan sistem misil Starburst yang mana semua keanggotaan yang telah mempunyai kualifikasi ground base air defence (GBAD) dari Lumut dibawa ke Kota Kinabalu bagi memperkasakan pertahanan di persekitaran Borneo sempena pengoperasian pangkalan dan penempatan aset strategik TLDM di Telok Sepanggar Kota Kinabalu Sabah.
Walau bagaimana pun penggunaan sistem persenjataan Starburst tidak kekal lama dan tidak lagi digunakan dalam ketiga-tiga perkhidmatan di atas sebab-sebab tertentu dan ditamatkan pada tahun 2014.
Penstrukturan semula pasukan mula dilaksanakan secara  berperingkat pada tahun 2015, ATM telah melaksanakan perolehan  sistem pertahanan udara yang baharu iaitu Sistem Persenjataan Misil Starstreak bagi menggantikan misil Starburst.
Latihan berterusan mematangkan mereka

Dengan perolehan tersebut, PPU TLDM KK telah ditubuhkan semula.  PPU TLDM KK telah dirasmikan pada 12 Mei 2016 oleh Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Muda Datuk Khairul Anuar bin Yahya dan diterajui oleh Lt Kdr Muhamad Rahshafizi bin Shahir TLDM sebagai Pegawai Memerintah PPU TLDM KK.
Secara umumnya boleh dikatakan bahawa PPU TLDM KK akan mengambil peranan dan tanggung jawab mengawal serangan udara musuh di persekitaran strategik Borneo manakala sistem pertahanan Udara Tentera Darat  dan PPU TUDM akan mengawal serangan udara musuh di persekitaran strategik Semenanjung.
PPU TLDM KK kini dalam fasa membangunkan semula pasukan dan meningkatkan  kesiagaan pasukan sejajar dengan tanggungjawab yang diamanahkan. Kini pasukan beroperasi dengan kekuatan 44 orang anggota dan pegawai dengan ‘Menjadi elemen pertahanan udara yang efisien’ sebagai visi dan ‘Menyedia dan mengatur gerak pasukan untuk melindungi dan mempertahan Pangkalan TLDM Kota Kinabalu dan aset-aset penting daripada serangan udara musuh’ sebagai misi pasukan.
Dari Starburst ke Starstreak
Perolehan persenjataan misil bumi ke udara dalam kategori very short range air defence (Vshorad), Starstreak dibekalkan untuk kegunaan ketiga-tiga perkhidmatan. Sistem ini telah dibekalkan kepada PPU TLDM KK pada awal tahun 2016 untuk membangunkan keupayaan ground base air defence.  Konsep operasi sistem ini adalah untuk mempertahankan aset-aset kritikal dari serangan musuh.  TLDM memperolehi aset sistem Starstreak ini dan pengoperasian amat penting untuk meningkatkan pertahanan udara selari dengan konsep sistem pertahanan udara nasional (SPUN).
Sistem Persenjataan Misil Starstreak Lightweight Multiple Launcher New Generation (LML-NG Starstreak) diperbuat pada tahun 2016 oleh United Kindom dan mampu beroperasi selama 4 jam dengan dikawal oleh 3 atau 4 orang anggota.
Ciri penting LML-NG Starstreak  ini ialah mempunyai daya ketepatan tinggi sehingga hampir 100 peratus untuk mengena sasaran dengan jarak keberkesanan 7 km bagi sasaran tetap dengan keupayaan Dart menembusi sasaran setebal 25mm. Menggunakan sistem panduan semi-automatic command to line of sight (SACLOS) iaitu satu kaedah panduan arahan misil yang mana pengendali berterusan menunjukkan peranti penglihatan ke sasaran sementara misil sedang manuver.  Elektronik di peranti penglihatan atau misil kemudian membimbing ke sasaran. SACLOS ini berfungsi dengan kawalan laser beam riding. Bagi memastikan sasaran adalah pesawat musuh, peranti Identification Friendly of Foe (IFF) diaktifkan di mana kod pesawat kawan telah direkodkan terlebih awal dan mampu mengesan kehadiran pesawat musuh dalam jarak 15 km.
Pada Hemat Penulis
Berdasarkan maklumat yang dipamerkan kepada umum tentang kebolehan dan kekuatan semasa, penulis merasakan satu lagi keperluan yang perlu TLDM ambil kira ialah jumlah perolehan LML-NG dan pembesaran Pasukan PPU perlu dipertingkat  supaya semua pangkalan TLDM dapat diberi perlindungan sewajarnya dengan mengambil kira bahawa semua pangkalan itu adalah strategik dan menjadi suatu kelebihan jika radar amaran awal turut diintergrasikan sebagai sensor tambahan bagi pengesanan awal kehadiran pihak musuh. Keupayaan menerima maklumat  pergerakan sasaran seawal dikedudukan melangkaui ufuk (OTH) sudah tentu mempunyai kelebihan tersendiri dalam manipulasi taktikal.
Peperangan memerlukan kemahiran taktikal dan pengendalian sistem yang tinggi dalam kalangan anggota pasukan.  Untuk menjadi seorang anggota PPU yang terlatih dan kompeten tentunya memerlukan pendedahan inklusif terhadap silibus GBAD dengan memberi penekanan di peringkat kursus asas dan lanjutan.
Pemodenan dan peningkatan kuasa tembak misil surface to air (SAM) ATM tidak harus terhenti dan berpuas hati di tahap VSHORAD atau  man portable air defence system (MANPADS) di lokasi- lokasi terhad sahaja namun taburan penempatan PPU mau pun grup artileri pertahanan udara (GAPU) dapat memberi cegah rintang yang ampuh terhadap kemaraan elemen pesawat tempur pihak musuh.

Tinggalkan pesanan anda di sini