Sumber: PRO TUDM
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA
ALHAMDULILLAHIROBBIL A'LAMIN, WASSOLATUWASSALA MU'ALA SAYYIDINA MUHAMMADIN ASYRAFIL ANBIYA IWAL MURSALIN, WA'ALA ALIHI WASOHBIHI AJMAIN.
SEGALA PUJI-PUJIAN HANYALAH UNTUK ALLAH SUBHANAHU WATAALA; TUHAN SEKALIAN ALAM; SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SALALLAHU’ ALAIHI WASSALAM.
SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN SAYA RAFAKKAN KE HADRAT ALLAH SUBHANAHU WATAALA KERANA ATAS KURNIA DAN INAYAH-NYA JUA, SAYA TELAH DIIZINKAN UNTUK TERUS MEMIMPIN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA YANG KITA KASIHI INI.
SAYA SENTIASA MEMOHON AGAR SELURUH WARGA TUDM DIKURNIAKAN KETEGUHAN IMAN, KEKUATAN DAN KESABARAN UNTUK TERUS KOMITED MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN PENUH KEIKHLASAN DAN DEDIKASI.
HARI INI, TUDM TELAH MENJANGKAU 62 TAHUN, SATU USIA YANG MELAMBANGKAN KEDEWASAAN DAN KEMATANGAN SEBUAH ORGANISASI. TUDM TERUS MENGORAK LANGKAH SEBAGAI SATU KETUMBUKAN UDARA YANG MODEN DAN MANDIRI DALAM MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN RUANG ANGKASA NEGARA. ADALAH MENJADI ASPIRASI SAYA SEPERTI MANA PANGLIMA-PANGLIMA TERDAHULU UNTUK MENERUSKAN LEGASI KECEMERLANGAN DENGAN MEMIMPIN SELURUH WARGA TUDM KE ARAH MELAKSANAKAN MISI MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN DAN KESELAMATAN RUANG UDARA SECARA LEBIH EFEKTIF DAN EFISIEN.
JUSTERU, SAYA INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH PADA RAKAN SEPERJUANGAN, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG SEDANG BERKHIDMAT MAHUPUN YANG TELAH MENAMATKAN PERKHIDMATAN. SESUNGGUHNYA SETIAP KEJAYAAN DAN PENCAPAIAN TUDM HINGGA KE HARI INI MERUPAKAN HASIL DEDIKASI, KETABAHAN DAN PENGORBANAN SETIAP ANGGOTA TUDM.
DI HARI YANG PENUH BERMAKNA INI, MARILAH KITA SAMA-SAMA MENDOAKAN AGAR ROH PARA PAHLAWAN YANG TELAH GUGUR SEMASA MELAKSANAKAN TUGAS DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DI KALANGAN PARA SYUHADA.
KITA JUGA TURUT MENDOAKAN SEMOGA ANGGOTA-ANGGOTA YANG TERCEDERA DAN HILANG UPAYA, PARA BALU DAN JUGA KELUARGA MEREKA, TERUS DIKURNIAKAN KESABARAN DAN KETABAHAN DALAM MENGHARUNGI LIKU-LIKU KEHIDUPAN MEREKA.
MARILAH KITA BERTAFAKUR SEJENAK, DAN BAGI MEREKA YANG BERAGAMA ISLAM, MENGHADIAHKAN BACAAN SURAH AL-FATIHAH KEPADA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN YANG TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH. AL-FATIHAH.
WARGA TUDM YANG SAYA HORMATI SEKALIAN. TAHUN 2020 INI MERUPAKAN TAHUN YANG AGAK MENCABAR BUKAN HANYA KEPADA NEGARA KITA MALAH KEPADA SELURUH DUNIA. KITA KINI SEDANG BERHADAPAN DENGAN MUSUH YANG TIDAK KELIHATAN IAITU PANDEMIK VIRUS CORONA 2019 ATAU COVID-19, YANG BERUPAYA MELUMPUHKAN SESEBUAH NEGARA. KERAJAAN MALAYSIA TELAH MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH DRASTIK BAGI MEMBENDUNG PENULARAN WABAK VIRUS INI YANG TURUT MELIBATKAN ATUR GERAK ATM SEBAGAI KUMPULAN BARISAN HADAPAN ATAU FRONTLINERS BAGI MELANDAIKAN KELUK PENULARAN ATAU FLATTENING THE CURVE.
TUDM TURUT SAMA MEMBANTU PIHAK
PDRM DALAM TUGAS SEKATAN JALANRAYA DAN RONDAAN DALAM PENGUATKUASAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP).
DARI SEGI ATUR GERAK ASET UDARA, TUDM TELAH MELAKSANAKAN LEBIH KURANG 42 MISI PENGHANTARAAN UDARA YANG MEMBAWA SEBANYAK LEBIH KURANG 270 TON KEPERLUAN BARANGAN PERUBATAN DAN KESIHATAN TERMASUK SPESIMEN KLINIKAL TAMBAHAN, BEKALAN DARAH, VENTILATOR DAN PERALATAN PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT (PPE) SERTA FACE MASK (PELITUP MUKA) BAGI KEGUNAAN KUMPULAN BARISAN HADAPAN DI SABAH DAN SARAWAK.
SELAIN DARI ITU, PESAWATHELIKOPTER EC-725 TELAH MELAKUKAN SEBANYAK LEBIH KURANG 20 PENERBANGAN DENGAN MENGHANTAR BANTUAN MAKANAN SEBANYAK LEBIH KURANG 30 TON KE KAWASAN PEDALAMAN DI SABAH DAN SARAWAK.
ALHAMDULILLAH, KESEMUA MISI PENGHANTARAAN UDARA INI TELAH DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN LANCAR SEKALIGUS MEMBUKTIKAN TUDM SENTIASA BERSEDIA, KOMITED DAN SENTIASA DALAM KEADAAN SIAP SIAGA SEBILANG MASA.
PENGUKUHAN SEMPADAN BAGI MEMELIHARA KEDAULATAN NEGARA, TUDM SENTIASA KOMITED DALAM MEMPERKUKUHKAN KAWALAN PERSEMPADANAN PERAIRAN MALAYSIA MELALUI PENGAWASAN UDARA. ASET – ASET TUDM TELAH DIATURGERAK UNTUK MEMBUAT PENGAWASAN DAN RONDAAN UDARA DI PERAIRAN SELAT MELAKA, LAUT CHINA SELATAN SERTA LAUT SULU.
MANIFESTASI DARI DEDIKASI DAN KOMPETENSI YANG TINGGI, TUDM TELAH BERJAYA MENGESAN BEBERAPA BUAH BOT WARGA ASING DI PERAIRAN SELAT MELAKA DENGAN RATUSAN IMIGRAN BARU-BARU INI. SYABAS SAYA UCAPKAN KEPADA KESEMUA WARGA TUDM YANG TERLIBAT DI DALAM OPERASI TERSEBUT.
BAGI MEMBENDUNG KEMASUKAN DAN PENYELUDUPAN PENDATANG ASING TANPA IZIN YANG BERKEMUNGKINAN TURUT MEMBAWA MASUK PENYAKIT COVID-19, BUAT JULUNG KALINYA YBHG PANGLIMA ANGKATAN TENTERA (PAT) TELAH MENGUMUMKAN PENUBUHAN SATU PASUKAN DIBERI NAMA NATIONAL TASK FORCE.
PASUKAN INI ADALAH USAHA KOLABORATIF ANTARA ATM DENGAN AGENSI-AGENSI KESELAMATAN YANG LAIN IAITU PDRM, APMM, APM, KKM, IMIGRESEN DAN JUGA RELA. OPERASI BERSEPADU INI DINAMAKAN OPERASI BENTENG YANG BERTUJUAN UNTUK MEMPERKETATKAN LAGI KAWALAN SEMPADAN NEGARA. SAYA PERCAYA LANGKAH INI AKAN MAMPU MENGATASI DAN MENYEKAT KEMASUKAN PATI MELALUI ‘LORONG-LORONG TIKUS’ DAN SEMPADAN MARITIM NEGARA.
PARA PERWIRA, BINTARA, SERTA PERAJURIT UDARA YANG SAYA
SELAMA HAMPIR 23 TAHUN, KAEDAH PENYELENGARAAN PERALATAN TUDM
TELAH DILAKSANAKAN MELALUI KAEDAH KONTRAKTORISASI. KINI TUDM DALAM PROSES MELESTARIKAN KEUPAYAAN SENGGARAAN TERSEBUT SECARA BERPERINGKAT SEHINGGA TUDM DAPAT MEMPEROLEH KEMBALI KEUPAYAAN SENGGARAAN PREVENTIF ( ATAU PREVENTIVE MAINTENANCE)
SEHINGGA KE TAHAP SECOND LINE ATAU INTERMEDIATE LEVEL MAINTENANCE.
PADA MASA YANG SAMA, KITA AKAN JUGA MULA BERUSAHA UNTUK MEMBINA SEMULA KEUPAYAAN SENGGARAAN PEMBETULAN (ATAU CORRECTIVE MAINTENANCE) YANG MANA TELAH SEKIAN LAMA LENYAP DARIPADA TUDM.
BAGI MEMPERTINGKATKAN KAPASITI DAN KEUPAYAAN DALAM SENGGARAAN TUDM, SATU SINERGI MODEL KERJA YANG ”BARU” PERLU DIWUJUDKAN DI ANTARA TUDM DENGAN PIHAK INDUSTRI TEMPATAN BAGI TUJUAN TERSEBUT.
SELAIN ITU, KAEDAH INI AKAN MEMBERI PELUANG UNTUK MENILAI SEMULA KEBERKESANAN POLISI SENGGARAAN DAN MEMBUAT PENAMBAHBAIKAN SERTA PERUBAHAN YANG SEWAJARNYA. PELAKSANAAN INI DILAKSANAKAN SECARA PROGRESIF DAN SISTEMATIK AGAR TIDAK MENJEJASKAN PIHAK INDUSTRI PERTAHANAN MAUPUN TUDM SAMA SEKALI.
ANTARA LANGKAH-LANGKAH DIAMBIL BAGI KELESTARIAN KEUPAYAAN SENGGARAAN ADALAH PENYELENGGARAAN STRUCTURAL INSPECTION 18 (ST-18) BAGI PESAWAT C-130 YANG DILAKSANAKAN OLEH CAWANG KEJURUTERAAN PU SUBANG MULAI 1 APRIL 2020. SELAIN ITU, SEBANYAK LIMA BUAH PESAWAT PC-7 Mk II AKAN DIKENDALIKAN OLEH TUDM SEPENUHNYA BAGI SENGGARAAN DI PERINGKAT ORGANIZATION LEVEL MAINTENANCE (OLM) DAN INTERMEDIATE LEVEL MAINTENANCE (ILM) MULAI OKTOBER 2020 MANAKALA BAKI SELEBIHNYA MASIH LAGI DIKENDALIKAN OLEH PIHAK KONTRAKTOR TEMPATAN IAITU AIROD SDN BHD; DAN PELAKSANAAN SATU
PROGRAM PENYELENGGARAAN STRUCTURAL CORROSION INSPECTION PROGRAM (SCIP) BAGI SEBUAH PESAWAT B200T PULA BAKAL DILAKSANAKAN PADA 14 JULAI 2020 KELAK.
BAGI MEMPERSIAPKAN WARGA TUDM UNTUK BERSAMA-SAMA MENCAPAI PEMBANGUNAN KEUPAYAAN SECARA KONSISTEN, SAYA MAHUKAN PIHAK PENGURUSAN LOGISTIK BERUSAHA MEMANTAPKAN INTEGRATED LOGISTICS SYSTEM (ILS) DI DALAM TUDM.
USAHA JUGA HENDAKLAH DILAKUKAN UNTUK MEMPERKEMASKAN PROSES KERJA LOGISTIK BAGI MENCAPAI TAHAP KUALITI KERJA YANG LEBIH MANTAP, BETUL DAN MENCAPAI STANDARD PRESTASI YANG DITETAPKAN DI SAMPING USAHA UNTUK MEMPERBAIKI PENGURUSAN PROSES PEMBAIKAN YANG LEBIH EFISIEN DAN COST EFFECTIVE.
WARGA TUDM YANG SAYA HORMATI SEKALIAN,
DALAM ERA GLOBALISASI DAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI YANG AMAT DINAMIK INI, TUDM PERLU BERGERAK SEIRING DENGAN PERUBAHAN DAN PERSAINGAN DUNIA MASA KINI. PELAN TRANSFORMASI AIR FORCE NEXT GENERATION SELAMA SEPULUH TAHUN AKAN TAMAT PADA TAHUN 2020 DAN AKAN DISUSULI DENGAN SATU PELAN STRATEGIK YANG BAHARU IAITU PELAN PEMBANGUNAN KEUPAYAAN TUDM 2055 ATAU DENGAN SINGKATAN CAP55.
CAP55 MERUPAKAN PELAN JANGKA PANJANG SELAMA 35 TAHUN YANG MERANGKUMI PEMBANGUNAN KEUPAYAAN, PENSTRUKTURAN SEMULA ASET KETUMBUKAN DAN SUMBER MANUSIA BAGI MENCAPAI VISI KE ARAH MEMBENTUK SATU KUASA UDARA YANG DOMINAN. PELAKSANAAN CAP55 AKAN DIBUAT SECARA 3 FASA IAITU FASA 10 TAHUN PERTAMA – FASA 15 TAHUN KEDUA – DAN FASA 10 TAHUN YANG TERAKHIR.
MANAKALA OBJEKTIF STRATEGIK BAGI SETIAP FASA AKAN DIBANGUNKAN SECARA BERASINGAN. CAP55 FASA 1 AKAN BERMULA PADA JANUARI 2021. IANYA ADALAH SELARI DENGAN KERTAS PUTIH PERTAHANAN YANG MANA AKAN MENETAPKAN HALATUJU TUDM SEBAGAI SATU KETUMBUKAN YANG A LEAN-AND-MEAN AIR FORCE MELALUI STRATEGIC OBJECTIVES YANG TELAH DITETAPKAN.
NAMUN DEMIKIAN, BEBERAPA PROGRAM PEMBANGUNAN KEUPAYAAN YANG TELAH BERMULA LEBIH AWAL DAN TELAHPUN DIBERI KELULUSAN BAGI PELAKSANAANNYA OLEH KERAJAAN, SEPERTI :
1. UNMANNED AERIEL SYSTEM (UAS) - KATEGORI MEDIUM ALTITUDE LONG ENDURANCE (MALE),
2. PEROLEHAN 1 X RADAR PERTAHANAN UDARA DAN JUGA 1 X SKN MARITIME
PADA MASA YANG SAMA, KITA JUGA SEDANG MEMOHON UNTUK PERTIMBANGAN KERAJAAN BAGI PEROLEHAN ASET KRITIKAL BAGI TUDM IAITU 2 ATAU 3 X SKN PESAWAT PEJUANG YANG BERKEUPAYAAN MELAKSANAKAN DWI FUNGSI ATAU DUA FUNGSI IATU FUNGSI FLIT (FIGHTER LEAD IN TRAINER) DAN FUNGSI LCA (LIGHT COMBAT AIRCRAFT).
TUDM AMAT BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN DI ATAS KEPERIHATINAN YANG TELAH DIBERIKAN MELALUI KELULUSAN PROJEK-PROJEK INI YANG MANA IANYA MAMPU MENGURANGKAN JURANG KEUPAYAAN TUDM. FOKUS PEMBELIAN ASET PERTAHANAN UDARA INI ADALAH BAGI MEMPERKUKUHKAN LAGI PENGAWASAN UDARA DAN MARITIM BERDASARKAN KEDUDUKAN GEOGRAFI DAN KEADAAN FIZIKAL NEGARA INI DAN JUGA PERKEMBANGAN GEO-STRATEGIK YANG MELIBATKAN PERAIRAN LAUT CINA SELATAN.
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG SAYA HORMATI,
CABARAN UTAMA YANG KITA HADAPI KINI ADALAH ISU KEKANGAN PERUNTUKAN KEWANGAN. KEMELESETAN EKONOMI YANG MELANDA DUNIA TURUT MEMBERI IMPAK KEPADA NEGARA DAN SUDAH SEMESTI MEMBERI KESAN KEPADA TUDM. ADALAH MENJADI HARAPAN AGAR PIHAK KERAJAAN DAPAT MEMAHAMI AKAN CABARAN TUDM DAN SEMOGA PERUNTUKAN YANG SEWAJARNYA DAPAT SALURKAN BAGI MENENTUKAN PENGOPERASIAN TUDM TIDAK TERLALU TERJEJAS.
SEMENTARA ITU, BAGI MEREKA DI BARISAN HADAPAN YANG BERTUGAS DI PANGKALAN-PANGKALAN, TERUTAMANYA PENGURUS-PENGURUS PTJ ADALAH DISARANKAN UNTUK MENJALANKAN AMANAH BERLANDASKAN DO MORE WITH LESS TANPA MENGKOMPROMIKAN KEBERKESANAN OPERASI DAN KESELAMATAN BAK KATA PEPATAH, “MEMBUJUR LALU, MELINTANG PATAH” - TIDAK KIRA APA RINTANGAN SEKALIPUN, KITA AKAN TERUS BERUSAHA DI DALAM MEREALISASIKAN TUDM SEBAGAI SATU ANGKATAN TEMPUR UDARA YANG AMPUH.
WARGA TUDM YANG SAYA KASIHI SEKALIAN,
PADA TANGGAL 01 JUN 2020 INI, TUDM AKAN MENUBUHKAN SATU SKUADRON BARU BAGI PENGOPERASIAN SISTEM UAS TUDM, YANG BAKAL DITERIMA DALAM MASA YANG TERDEKAT INI, INSYAALLAH.
SKUADRON UAS TERSEBUT AKAN MENGAMBIL-ALIH PERJAWATAN NO 11 SKUADRON, YANG MANA SEBELUM INI DIKHUSUSKAN BAGI PESAWAT SU 30 MKM. MANAKALA SKUADRON SU 30 MKM YANG SEDIA ADA PULA, AKAN DIPERJAWATKAN DENGAN PERJAWATAN NO 12 SKUADRON.
KEPUTUSAN INI SUDAH SEMESTINYA MELIBATKAN PERASAAN EMOSI WARGA SU 30 MKM SERTA PROSES DOKUMENTASI SEMULA OLEH PIHAK SUMBER MANUSIA DI MARKAS TENTERA UDARA DAN SEBAGAINYA.
NAMUN SAYA RASA KITA PILIHAN KERANA PELAKSANAANNYA ADALAH DI ATAS KEPERLUAN PEMELIHARAAN FAKTA SEJARAH. TAHUN 2020 JUGA MERUPAKAN TAHUN YANG MELIBATKAN PERPINDAHANDAN PENGOPERASIAN FASILITAS BARU SUSULAN PENUTUPAN PU KUALA LUMPUR YANG MANA IANYA MENYEDIAKAN PRASARANA TUDM YANG LEBIH SISTEMATIK DAN BERPUSAT (CENTRALIZED) BERSESUAIAN DENGAN PERANAN MARKAS DAN UNIT-UNIT YANG TERLIBAT.
PENEMPATAN SEMULA PU KUALA LUMPUR KE LOKASI YANG BARU ADALAH SELARAS DENGAN HASRAT TUDM UNTUK MEWUJUDKAN KEMUDAHAN PRASARANA YANG MODEN SERTA KONDUSIF DI MANA AKAN MEMBERI IMPAK POSITIF KEPADA KESIAGAAN TUDM. SEBAGAI CONTOH, PERPINDAHAN MARKAS PEMERINTAHAN OPERASI UDARA, MARKAS PEMERINTAHAN BANTUAN UDARA, PUSAT OPERASI TENTERA UDARA, SERTA AIR WARFARE CENTER KE PU SUBANG, MARKAS PEMERINTAHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA KE PU SENDAYAN MANAKALA MARKAS WILAYAH UDARA 1 KE PU KUANTAN.
WARGA TUDM YANG SAYA KASIHI SEKALIAN,
DALAM USAHA UNTUK MENGADAPTASI NEW NORMAL ATAU KEBIASAAN
BAHARU, PERKARA BERKAITAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN ANGGOTA PERLU DIBERI PERHATIAN. NASIHAT DAN SARANAN KERAJAAN UNTUK MEMBENDUNG PENULARAN WABAK COVID-19 PERLU DIPERINGATKAN KEPADA SEMUA LAPISAN ANGGOTA PADA SEBILANG MASA DEMI
KESIHATAN DAN KESELAMATAN DIRI SERTA ORANG LAIN.
SAYA MENYERU SETIAP ANGGOTA UNTUK MENINGKATKAN KAWALAN KENDIRI TERHADAP KEBIASAAN BAHARU YANG AKAN MENJADI AMALAN SEHARIAN KEHIDUPAN. WE NEED TO EMBRACE THE NEW NORMAL IN OUR DAILY LIVES – WHICH IS NO LONGER THE SAME ANYMORE.
IANYA SEBENARNYA BUKAN SESUATU
YANG SUKAR UNTUK DIAMALKAN, SEBALIKNYA BOLEH DIADAPTASI DEMI
KEPENTINGAN BERSAMA. WALAUPUN TERDAPAT KEKANGAN DAN CABARAN DENGAN KEBIASAAN BAHARU INI, SAYA MAHUKAN SEMUA WARGA TUDM TETAP MELAKSANAKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DENGAN PENUH KOMITED DAN DEDIKASI. SEBAGAI CONTOH, SEJURUS PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIBERI KELONGGARAN, SEGALA LATIHAN DAN KURSUS TERUTAMANYA LATIHAN ASAS AKAN DITERUSKAN. SAYA PERCAYA HAL INI BOLEH DITANGANI DAN
DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA.
SAUDARA SAUDARI YANG SAYA KASIHI SEKALIAN
TEMA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TUDM YANG KE-62 ADALAH
“BERUPAYA BERSIAGA, KEDAULATAN TERJAGA”. KEUPAYAAN DAN
KESIAGAAN ADALAH DUA ELEMEN PENTING DALAM EMPLOYMENT KUASA
UDARA BAGI MEMPERTAHANKAN KEUTUHAN KEDAULATAN RUANG UDARA
DALAM ERA MASAKINI, SPEKTRUM TUGAS DAN PERANAN TUDM ADALAH AMAT LUAS. SELAIN DARIPADA KEPERLUAN MEMILIKI KEUPAYAAN TEMPUR YANG BERKREDIBEL, KEKUATAN TUDM JUGA PERLU DIDOKONGI OLEH TAHAP KESIAGAAN ASET YANG TINGGI DAN SUMBER MANUSIA YANG MANTAP SERTA BERKEMAMPUAN BAGI MENANGANI SEBARANG UNSUR YANG AKAN MENGGUGAT KESELAMATAN
PENGAMATAN INTEGRASI 3M IAITU MAN,
MACHINE AND METHOD ADALAH AMAT PENTING KERANA IANYA DAPAT
MENJANA SINERGI KEPADA KESEIMBANGAN DI ANTARA KEUPAYAAN DAN KESIAGAAN BAGI MENENTUKAN TUDM SEBAGAI SATU KUASA UDARA YANG BERKEMAMPUAN LAGI BERKESAN BAGI MEMASTIKAN KEAMANAN DAN KESELAMATAN NEGARA TERJAGA.
AKHIR KATA, SAYA MENYERU SELURUH PERINGKAT WARGA TUDM, UNTUK MEMPERBAHARUI ILTIZAM DALAM MENERUSKAN USAHA DAN PERJUANGAN KITA DEMI MEMPERKASAKAN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA SUPAYA KEDAULATAN TANAH AIR YANG TERCINTA INI AKAN TERUS TERJAGA. SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN TUDM KE-62.
SEMOGA TUHAN YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG SENTIASA MELIMPAHKAN PETUNJUK DAN BIMBINGANNYA KEPADA KITA SEMUA DALAM MENERUSKAN KHIDMAT BAKTI PENUH IKHLAS DAN TAAT SETIA KEPADA TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA DAN NEGARA YANG KITA CINTAI.
SAYA JUGA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN SELAMAT HARI GAWAI KEPADA ANGGOTA YANG MENYAMBUTNYA WALAUPUN PERAYAAN KALI INI DISAMBUT SECARA SEDERHANA, SAYA PASTI IANYA TETAP MEMBERI KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN BERSAMA.
AKHIR KATA, SEMOGA ALLAH SUBHANAHU WATAALA MEMBERKATI SEGALA USAHA MURNI TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA DAN MENGURNIAKAN KITA DENGAN KECEMERLANGAN,
PERLINDUNGAN DAN KEKUATAN YANG BERTERUSAN, INSYA ALLAH.
“BERUPAYA BERSIAGA, KEDAULATAN TERJAGA”
“SENTIASA DI ANGKASA RAYA”