Artikel ini telah disiarkan di dalam majalah Perajurit edisi Sep 2019
Oleh/Foto: Paklang Hamzah, 10 Bgd (para)
Oleh/Foto: Paklang Hamzah, 10 Bgd (para)
Laporan dari penduduk
dan nelayan di sekitar Kampung Pantai Irama Bachok yang mengatakan pernah
terserempak dengan sekumpulan lelaki asing yang tidak dikenali dan sangat
mencurigakan telah mendarat dan meresap di persekitaran kampung mereka. Pada mulanya mereka kelihatan bergerak dalam
kumpulan kecil dan berlagak sebagai pekerja buruh am yang terdapat di kawasan
ini. Namun dalam beberapa hari penduduk kampung merasakan semakin ramai kelibat
orang asing ditemui di persekitaran Kampung mereka tanpa mengetahui dari mana
datangnya.
Atas inisiatif
beberapa orang kampung melakukan intipan tentang aktiviti mereka terutamanya di
waktu malam. Hasil dari intipan, mereka mendapati terdapat aktiviti yang
mencurigakan yang mana pernah kelihatan kelibat mereka ini berurusan dengan
bot nelayan yang menghampiri pantai dan kelihatan memunggah sesuatu yang
mencurigakan. Atas kesedaran tentang
keselamatan kampung mereka, perkara ini telah dibawa ke pengetahuan pihak
polis. Siasatan dari perisikan polis mendapati kemungkinan besar kumpulan
yang dicurigai oleh orang-orang kampung adalah anggota militan yang sedang
merancang sesuatu. Sebagai tindakan
lanjut, maklumat itu telah dimaklumkan kepada pihak tentera darat.
Hasil perisikan medan
Tentera Darat mendapati sekumpulan warga asing yang berkekuatan seramai lebih
daripada 100 orang sedang merancang untuk melakukan sesuatu secara
militan. Mereka dibantu oleh rakan-rakan mereka yang sudah bertapak di
negara ini yang sebelum ini berkerja sebagai buruh pembinaan pada siangnya. Mereka memiliki senjata api yang diseludup
melalui laut dengan menggunakan bot nelayan tempatan yang disewa khas.
Bilateral Force
Dibentuk
Tindakan seterusnya
ialah pada 15 Julai 2019 yang lalu, Force Integration LINUD MALINDO
2019 telah dibentuk. Operasi bersama bilateral ini adalah antara Batalion Ke-8
Rejimen RRD (PARA) dan Batalyyon Infanteri PARA RAIDER 501/BAJRA YUDHA (Blue Force)
dalam Airborne Operations yang diterajui oleh Battle Group Hornbill
(Pasukan 8 RRD(Para).
Persediaan operasi ini
telah dilaksanakan di Rejimen Ke-8 Renjer Diraja (RRD) (Para) bagi menguji
taktik, teknik dan prosedur serta prosedur tetap bersama dalam airborne
operation melibatkan kedua-dua negara selain mengeratkan kerjasama dalam
bidang ketenteraan.
Setelah kedudukan
dan kekuatan pihak musuh telah dikenal pasti, pihak pemerintah kedua-dua
angkatan merangka satu serangan akan dilakukan dengan kemasukan gabungan
angkatan blue force yang berkekuatan seramai 524 orang ke
penempatan musuh dengan cara penyusupan behind enemy line melalui udara
sehari sebelum serangan akhir dilakukan.
Di pagi yang hening 25
Julai 2019 jam 0700H, Pantai Irama Bachok digemparkan dengan kehadiran 2 buah
pesawat pejuang F/A18D Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diikuti dengan bunyi
dentuman bom yang sangat kuat.
Kawasan penempatan musuh terlebih dahulu
diberi air closed support bagi mengkucar-kacirkan
penempatan musuh yang sedang berkubu di salah satu kawasan terpencil sekitar
kampung Pantai Irama Bachok.
Sejurus selepas itu kelihatan
angkatan blue force mara melakukan serangan gerak dan tembak dari
pelbagai penjuru. Kemaraan mereka sememangnya disedari oleh pihak musuh dan
diberi tentangan hebat. Sekali lagi Pantai Irama Bachok dihujani dengan
rentetan tembakan tubi dari kedua-dua pihak. Asakan taktikal padu selama 2 jam
dari blue force telah melumpuhkan sepenuhnya pertahanan musuh.
Pada jam 0930H keadaan
kembali tenang. Berdasarkan laporan situasi yang dikeluarkan oleh pihak
blue force, seramai 117 orang musuh telah ditembak mati dan 27 orang
menjadi tawanan perang. Sumber perisikan medan mengesahkan tiada lagi
ancaman akan berlaku. OPS LINUD MALINDO
2019 dibubarkan pada 25 Julai 2019 jam 1100H.
Majlis Penutupan
Eksesais Lintasan Udara
Malaysia-Indonesia 2019 ( Eks LINUD MALINDO 2019) merupakan siri kedua yang
pernah diadakan secara bilateral antara Batalion ke-8 Rejimen RRD (Para) dan
Batalyyon Infanteri PARA RAIDER
501/BAJRA YUDHA . Kali pertama eksesais
ini dilakukan di Indonesia pada tahun 2016.
Kolonel Infanteri
Elkines Vilando Dewangga, Asisten Operasi Kostrad TNI-AD dalam ucapan penutupan
menegaskan bahawa Latihan LINUD MALINDO 2019 ini mempunyai nilai strategik bagi
kedua-dua angkatan darat dan sudah sepatutnya digerakkan secara rutin pada
setiap tahun bagi memperkuatkan kerjasama bilateral kedua negara khususnya di
dalam bidang keamanan. Skim latihan yang disusun telah memberikan
gambaran kepada kedua-kedua negara meski pun bertindak dengan taktik yang
berbeza dalam satu platun namun mampu menghancurkan sasaran mengikut Standard Operation Procedure (SOP)
seperti yang dirancang bersama. Latihan ini sekali gus akan memperkuatkan
kerjasama bilateral Indonesia dan Malaysia khususnya di bidang keamanan
memangkin kepada hubungan yang lebih kukuh kedua negara dalam menjaga keamanan regional.
Turut berucap di dalam
majlis penutupan ini ialah Kolonel Asri bin Shukor Pengarah Latih Markas
Tentera Darat-OPLAT. Beliau sangat berpuas hati dengan dengan semangat
kerjasama serta daya juang yang tinggi yang telah dipamerkan oleh pemain
kedua-dua negara. Tegas beliau, ini sekali gus telah meningkatkan
hubungan profesional dan saling boleh operasi
di antara TDM dan TNI-AD serta sinergi yang kukuh. Eksesais ini telah
berjaya mencapai objektif yang digariskan.
No comments:
Post a Comment