About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Friday, March 15, 2019

MINDEF KUTUK INSIDEN DI CHRISTCHURCH

Kuala Lumpur 15 Mac - Kementerian Pertahanan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam terhadap serangan ke atas dua buah masjid iaitu Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand tengah hari tadi yang telah menyebabkan 40 maut dan puluhan lagi cedera termasuk dua rakyat Malaysia. 

Lebih menyedihkan insiden tembakan itu turut dirakam dan disiarkan secara
sengaja oleh penjenayah tersebut di internet.

YB Mohamad Sabu selaku Menteri Pertahanan dalam kenyataannya amat bersimpati dan berharap keluarga mangsa dan masyarakat Christchurch tabah menerima ujian dan menyeru agar masyarakat dunia bersama-sama mengutuk jenayah ini yang tidak boleh diterima sama sekali oleh akal yang waras. 

Beliau percaya, kerajaan New Zealand akan memastikan keselamatan rakyat di negara itu sentiasa terjamin dan penjenayah terlibat akan dikenakan hukuman sewajarnya.

Kementerian Pertahanan juga masih menunggu laporan penuh daripada Pejabat Penasihat Pertahanan (PPP) Malaysia di New Zealand serta sentiasa berhubung rapat dan sedia bekerjasama dengan Kementerian Luar dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia di sana.

No comments:

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini