About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Friday, January 11, 2019

HUBUNGAN INSTITUSI RAJA DENGAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap
pertahanan negara Malaysia dan ianya meliputi tiga cabang utama iaitu Tentera
Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Selaras Perlembagaan Negara, institusi raja dijunjung tinggi oleh ATM.

Kesemua sembilan Raja-Raja Melayu merupakan penaung yang bergelar sebagai
Kolonel Yang DiPertua atau Kepten Yang DiPertua sesuatu Perkhidmatan, Rejimen
ataupun Kor di dalam ATM seperti:

1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah selaku Kolonel Yang DiPertua TUDM.

2. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Mukhtafi Billah Shah selaku Kolonel Yang DiPertua Kor Armor Diraja (KAD) dan Kor Ordnans Diraja (KOD).

3. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, selaku Kolonel Yang DiPertua Rejimen Renjer Diraja (RRD) dan Kor Polis Tentera Diraja (KPTD).

4. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj
Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj selaku Kepten Yang
DiPertua TLDM.

5. Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir selaku Kolonel Yang DiPertua Rejimen Semboyan Diraja (RSD) dan Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD).

6. Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum
Sultan Iskandar Al-Haj selaku Kolonel Komandan Gerak Khas (GGK).

7. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan
Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-
Maghfur-Lah selaku Kolonel Yang DiPertua Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dan Kor Kesihatan Diraja (KKD).

8. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin
Ibni Almarhum Sultan Badlishah selaku Kolonel Yang DiPertua Rejimen Askar
Melayu Diraja (RAMD) dan Kor Perkhidmatan Diraja (KPD).

9. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V selaku
Kolonel Yang DiPertua Rejimen Artileri Diraja (RAD) dan Kor Risik Diraja (KRD).
Semenjak memegang jawatan Menteri Pertahanan pada Mei 2018, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu telah membuat beberapa kunjungan hormat termasuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ketika itu adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Selangor, Pemangku Sultan Pahang, Sultan Johor, Sultan Perak dan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.

Dalam jangka masa terdekat, Menteri Pertahanan juga akan membuat kunjungan hormat terhadap Sultan Kedah, Sultan Terengganu dan Sultan Perlis.

No comments:

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini