About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Monday, April 16, 2018

PAVILLION TDM DI DSA (MITEC) 2018

Program Network Centric Operation (NCO) mula diperakui di peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jun 2010 dan mula dibangunkan pada tahun 2011. Sehingga kini, program NCO telah memasuki fasa kedua dan sedia dipertingkatkan sehingga fasa yang terakhir menjelang tahun 2035.
Sempena DSA 2018, Tentera Darat (TD) telah menubuhkan Malaysian Army Pavilion, bertujuan untuk mempamerkan keupayaan TD di dalam era digital dengan menubuhkan bilik operasi divisyen yang berupaya mengawal aktiviti latihan dan operasi secara real time.

Penubuhan Malaysian Army Pavilion ini adalah berkonsepkan TD  yang moden melalui integrasi rangkaian yang efektif meliputi aspek sensor, perintah dan kawalan, dan platform sistem persenjataan untuk membantu angkatan mencapai integrasi serta situasional awareness  secara real time. Platform yang telah terhasil ini juga adalah kejayaan kolaborasi di antara TD dan pemaju industri tempatan.  Sistem yang dipamerkan di Malaysian Army Pavilion merangkumi galeri pameran di koridor dan bilik operasi divisyen di bahagian dalam.

Galeri pameran di koridor memaparkan Mannequin yang dilengkapi dengan Future Soldier System (FSS) serta Satellite Communication Manpack System yang berkemampuan untuk menyediakan rangkaian perhubungan di antara pasukan yang terlibat. Sementara di bahagian dalam pula memaparkan Bilik Operasi Divisyen.

Dilengkapi dengan sistem NCO yang berkeupayaan untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan perintah dan kawalan kepada pelbagai operasi dan aktiviti di medan. Bilik operasi ini juga turut dilengkapi dengan pelbagai paparan operasi dan komunikasi dua hala antara satu sama lain secara real time.

Bagi tujuan DSA 18, Bilik Operasi Div ini mempamerkan kebolehan untuk mengawasi dan mengawal 3 situasi yang berlainan seperti berikut:

- Op WAWASAN di Kelantan (400 km dari MITEC).
Rondaan oleh anggota yang dilengkapi dengan Future Soldier System (FSS) di kawasan Op Wawasan (sempadan Malaysia/Thailand) di Rantau Panjang, Kelantan.

- Rancangan Tembakan Artileri (200 km dari MITEC).
Melaksanakan Rancangan Tembakan  Artileri menggunakan meriam 105 mm Howitzer  dan kenderaan Malaysian Infantry Fighting Vehicles (MIFV) di Lapang Sasar Asahan, Melaka.

- OBUA di ZUCoV (350 km dari MITEC).
Kompeni Infantri melaksanakan operasi pertempuran di kawasan terbina (Operation in Built-Up Area 

- OBUA) di Zulkiples Urban Combat Village (ZUCoV), PULADA, Johor.
Konsep Malaysian Army Pavilion sempena DSA 2018 ini berjaya beroperasi dengan baik dan terbukti mempertingkatkan peranan Combine Arms Division Operation Room sebagai sebuah pusat command and control (C2) dalam mengawal latihan dan operasi secara real time dengan menggunakan platform sistem Network Centric Operation (NCO).

No comments:

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini