About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Monday, October 2, 2017

KEJOHANAN OLAHRAGA TENTERA DARAT KE-36

Oleh: Paklang Hamzah/Foto: PRTD

Acara Pembukaan Kejohanan Olahraga
Tentera Darat Ke-36 Tahun 2017 telah diadakan di Stadium Sukan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kajang yang berlangsung mulai 12 hingga 14 Sep 17.

Kejohanan ini melibatkan 9 formasi iaitu Trup Tentera Darat, Trup Medan Barat Tentera Darat, Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Formasi 1, Formasi 2, Formasi 3 dan 4 Divisyen Serta Angkatan Petugas 450.

Sebanyak 27 Acara dipertandingkan melibatkan 585 atlet.  Acara dimulakan dengan perarakan masuk bendera kejohanan yang dibawa oleh anggota 12 Komp KPTD yang diketuai oleh Kapt Afif bin Halim dan seterusnya acara menaikkan bendera Kejohanan.

Larian membawa masuk dan menyalakan Obor
di podium oleh 2 atlet sukan SEA KL 2017 iaitu Pbt Iskandar bin Alwi dan Pbt Zaidatul Husna bt Zulkifli.  Pbt Iskandar bin Alwi merupakan pemenang pingat gangsa acara lompat bergalah sukan SEA 2017 dan Pbt Zaidatul Husniah bte Zulkifli pula merupakan pemenang pingat perak bagi kedua-dua acara 100 dan 200 meter sukan SEA KL 2017.

Perasmian kejohanan telah disempurnakan
oleh Mej Jen Datuk Adnan bin Hj Abu Bakar, Inspektor Jeneral Tentera Darat (IJTD) dan bacaan ikrar kejohanan oleh Kpl Nik Fakaruddin bin Ismail,
Olahragawan Tentera Darat Tahun 2016 sebaik selesai ucapan perasmian.

Majlis turut dihadiri oleh Mej Jen Dato’ Hanafiah bin Jaafar, Panglima Markas Logistik Tentera Darat dan Pegawai-pegawai Kanan TD dan hampir 500 Warga Tentera Darat. 

Sunday, October 1, 2017

LARIAN MERDEKA TD 2017


Larian Merdeka Tentera Darat Malaysia (TDM) sempena ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia ke 60 berkonsepkan gabungan Pegawai dan anggota TD di semenanjung Malaysia dengan membawa bendera Malaysia, ATM dan TD yang melibatkan 60 anggota TD bagi setiap zon yang diwakili oleh setiap Formasi sebagai simbolik kepada ulang tahun kemerdekaan negara  yang ke 60.
Namun dari segi pelaksanaan, larian ini dilancarkan dari 3 arah iaitu Laluan Utara, Timur/Barat dan Selatan menuju ke Kuala Lumpur dengan peruntukan masa selama 16 hari bermula dari 12 Ogos dan berakhir pada 28 Ogos 2017. Setiap laluan dibahagikan kepada beberapa legs yang mana setiap legs akan dianggotai oleh 59 pembawa bendera bagi menggambarkan detik-detik menjelang angka 60. Satu lagi bendera pengenap  diketemukan pada hari kemuncak larian yang berakhir di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada 28 Ogos 2017.
Tujuan larian ini ialah untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan warga tentera di samping memperingati perjuangan generasi terdahulu dan menonjolkan kejayaan anak watan dalam memperjuangkan kemerdekaan.
Bermula dengan Laluan Timur  pada 12 hingga 16 Ogos 2017 dari Pengkalan Kubur Kelantan hingga ke Kemaman Terengganu.  Larian dibahagikan kepada  5 legs merangkumi 46 check point. Seramai 295 pegawai dan anggota  dari 4 dan 8 Briged Infantri Malaysia terlibat dengan larian sejauh 668km.
Pelepasan Laluan Utara 1 pada 18 Ogos  di Bukit Kayu Hitam dibahagikan kepada 4 legs yang berakhir di Taiping pada 22 Ogos telah melibatkan seramai 236 pelari pembawa bendera yang mewakili Brigade Ke 6 Infantri TD.  Larian diteruskan dengan  Laluan Utara 2 pada 23 hingga 27 Ogos dari Taiping ke Templer Park yang juga dibahagikan kepada 4 legs dengan 37 check point dengan melibatkan seramai 236 Pegawai dan anggota dari Briged ke 2 Infantri TD. Jarak keseluruhan larian pada laluan utara ini ialah 555km.

Pelepasan Laluan Selatan pada 19 Ogos bermula dari Tanjung Piai Johor melalui Melaka, Negri Sembilan, Sepang dan berakhir di Putrajaya pada 27 Ogos sejauh 342 km melibatkan keanggotaan dari 1,7 dan 10 Briged Infantri Malaysia.
Secara keseluruhannya larian ini telah melibatkan hampir 1,500 orang anggota dan pegawai dengan jumlah jarak larian lebih 1,500 km.
Penutupan Larian Merdeka TD berlangsung di KLCC pada 28 Ogos dengan perarakan masuk 180 peserta larian dari semua laluan Utara, Selatan dan Timur dengan diiringi Tambor Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diserikan lagi dengan persembahan pentomin oleh Badan Kesenian TD dan Batalion 73 KPD.
Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Mohd Johari Baharum, Timbalan Menteri Pertahanan dan turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Panglima Angkatan Tentera, Ketua Setia Usaha Kementerian Pertahanan, Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut dan Panglima Tentera Udara.

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini