Jenazah Koperal Mohd Faizol Rosli, 29, telah ditemui pada jam 1045H oleh tim penyelam PASKAL TLDM 30 meter dari Pulau Perak selepas empat hari hilang akibat terjatuh ke laut di Pulau Perak, dekat perairan Langkawi. Jenazah tiba di Pangkalan Udara Butterworth pada jam 1330H sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya Butterworth untuk bedah siasat.
Dalam kejadian jam 4.40 petang Isnin lalu, Koperal Johbartlee Kanil, 32, dari Sabah dan Koperal Mohd Faizol Rosli, 29, dari Kampung Sungai Limau di Pulai, Baling, dekat sini, dilaporkan hilang di Pulau Perak selepas terjatuh ke laut ketika mengambil air. Kedua-dua anggota itu dari Tim Nusa Batalion ke-4 Rejimen Renjer Diraja (RRD) berpangkalan di Oran, Perlis dan masing-masing ditugaskan di Pulau Perak yang terletak kira-kira 66 batu nautika dari barat daya Langkawi, sejak sebulan lalu.
Gambar Ihsan Markas TD.
No comments:
Post a Comment