Kenyataan Media
YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Pertahanan Malaysia
Latihan Thunder of the North Bukan Kempen Ketenteraan di Yemen
Kuala Lumpur, 16 Februari 2016
Saya ingin mengesahkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak menyertai sebarang kempen ketenteraan yang diterajui oleh Arab Saudi untuk menentang pemberontakan di Yemen seperti mana yang digembar-gemburkan dalam sosial media.
Latihan Thunder of the North yang diadakan di utara Arab Saudi merangkumi pasukan darat, laut dan udara dan melibatkan penyertaan dari 20 buah negara termasuk Malaysia. Latihan ini diadakan pada 16 Februari hingga 4 Mac 2016 di kawasan latihan Hafar Al Batin, di wilayah utara Arab Saudi. Ia merupakan latihan ketenteraan perbagai negara yang telah wujud lebih 15 tahun lalu, dan telah diadakan sebelum operasi ketenteraan di Yemen lagi.
ATM dijemput oleh pihak Arab Saudi untuk menyertai latihan tersebut dan telah mengambil kesempatan yang ada bagi menimba pengalaman operasi ketenteraan dalam suasana yang amat berlainan dengan di Malaysia. Latihan di kawasan teluk ini adalah yang pertama kali disertai oleh ATM. Justeru, pastinya ia memberi manfaat yang besar dan pengalaman yang amat berguna kepada ATM pada masa depan.
Selain itu, latihan ini juga memberi peluang kepada ATM untuk lebih memahami prosedur-prosedur berkaitan bantuan kemanusian dan bencana (HADR) dan interoperability yang mungkin dilaksanakan kelak khususnya dalam operasi menyelamat dan membawa keluar warga Malaysia sekiranya berlaku konflik di rantau tersebut.
Dalam usaha ATM untuk menjadi sebuah angkatan yang kredibel di rantau ini, ATM akan sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk melatih warganya dalam pelbagai situasi dan suasana serta membolehkan ATM beroperasi dalam multi-terrain. Ini adalah sejajar dan seiringan dengan visi ATM.
Latihan ketenteraan yang dinamakan Thunder of the North ini diadakan di utara Arab Saudi, sementara Yemen terletak di bahagian selatan sempadan Arab Saudi. Justeru, jelas sekali latihan ini tidak ada kaitan langsung dengan kempen ketenteraan terhadap Yemen ketika ini.
Saya konsisten menyatakan bahawa Malaysia menyokong sebarang usaha membanteras kegiatan militan, namun ATM tidak terlibat dengan sebarang operasi ketenteraan di dalam Yemen.
=tamat=

2 comments:
TIAH ATM.
Bukti Tentera Malaysia diberi kepercayaan.
Post a Comment