Lawatan Perdana Menteri ke kapal KM PERWIRA di Jeti Resort World |
Langkawi 17 Mac- Sempena Pameran Langkawi International
Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA’15), beberapa aktiviti yang akan
disertai oleh Maritim Malaysia yang merupakan penyertaan kali ke-6 Maritim Malaysia (MM) di LIMA Langkawi.
Sejumlah 9 aset laut agensi ini yang terlibat iaitu KM
PERWIRA, KM MARLIN, KM SIAGIN, KM TENGGOL,
BOT PENGGALANG 26, BOT PENGGALANG 27, BOT PENGGALANG 40, BOT PENYELAMAT 5 dan BOT KILAT
6.
Sementara 3 aset udara MM iaitu pesawat Bombardier, helicopter,
Augusta dan Dauphin. Seramai 150 pegawai dan anggota lain-lain pangkat (LLP)
penguatkuasa MM turut terlibat.
Antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh MM ialah:
1. Pameran di dua lokasi iaitudi MIEC dan pameran kerjaya di
Pavilion TLDM di Resort World yang dibuka setiap hari.
2. Pameran di MIEC dibuka kepada pengunjung pada 20 dan 21 Mac 2015
(Jumaat dan Sabtu).
3. Lawatan Perdana Menteri ke kapal KM PERWIRA di Jeti Resort World
pada 17 Mac.
4. Lawatan Timbalan Perdana Menteri ke kapal KM PERWIRA di Jeti
Resort World pada 18 Mac.
5. Demonstrasi yang melibatkan 3 aset MM iaitu CLB415 dan 2
helikopter Dauphine dari 17 hingga 21 Mac 2015 di Resort World Langkawi.
6. Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) perkongsian strategi
MM dengan Petronas. MP
No comments:
Post a Comment