Oleh Hamzah hd.
Demonstrasi khas maritim
adalah di antara acara yang ditunggu-tunggu oleh pengunjung-pengunjung yang
hadir dan menjadi tarikan utama di
segmen maritim yang diadakan di Jeti world Resort porto Malai sempena LIMA
2013.
Demonstrasi khas tersebut
merupakan gabungan pergerakan 20 buah aset dari agensi-agensi kerajaan dan
syarikat-syarikat swasta. Demo ini
diterajui oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim
(APMM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)dan Jabatan Laut Malaysia
(JLM). Manakala syarikat swasta yang
terlibat ialah MSET Sdn Bhd dan Syarikat Alaf Strategi.
|
CB90 TLDM |
|
APMM |
|
KDRM
|
Demontrasi khas maritim ini
yang dilaksanakan selama lebih kurang 1 jam telah mempamirkan gabungan
pergerakan dan keupayaan aset permukaan serta udara dari semua agensi kerajaan
dan swasta yang terlibat.
Ianya
berkongsepkan Strategi Lautan Biru (NBOS) yang dibahagikan kepada 4 fasa
pertunjukan iaitu Pembinaan Situasi Demo, Demontrasi Menyelamat Di darat,
Demonstrasi Menyelamat Maritim serta Pertunjukan Bot dan Lintas Hormat.
Pesawat-pesawat yang terlibat ialah Super Lnyx
combat dan Fennec dari TLDM, Dauphin AS 365-N3 dan Agusta AW 139 dari APMM.
|
PASKAL menyerbu ke atas kapal yang dirampas dari udara |
|
Sementara Dauphin APMM memantau rapat
|
Bot Kastam memantau situasi |
|
|
Anggota STAR menyerbu tempat persembunyian musuh |
|
Sasaran diletupkan |
Pada demonstrasi kali ini
juga telah mempamirkan buat julung kalinya acara terjun bebas dari ketinggian
5000 kaki dengan menggunakan alat selam dan persembahan keupayaan anggota
Pasukan Khas Laut (PASKAL) dalam keadaan kaki dan tangannya diikat dicampakkan
ke laut.
|
anggota PASKAL membuat penerjunan |
|
Anggota PASKAL menunjukkan kemahiran berenang ke sasaran dengan anggota tangan dan kaki diikat |
Satu lagi pertunjukan yang
mendapat perhatian penonton ialah aksi pesawat Bombardier Maritim Malaysia
turun ke permukaan air untuk melakukan water
scooping. Pesawat ini berkemampuan
menyedut air sebanyak 6000 liter dalam masa 12 saat dan terbang untuk mengambil
posisi sebelum melaksanakan pemadaman api dari udara atau biasa dipanggil water
bombing.
|
Bombardier APMM |
Natijah daripada demontrasi
ini ialah kolaborasi antara elemen-elemen penguatkuasa maritim seharusnya
sentiasa seiring dan berganding bahu memperkemaskan keupayaan bagi menzahirkan suasana
perairan negara aman dan kondusif kepada pengguna-pengguna di dalam zon maritim
negara. Minda Pertahanan
No comments:
Post a Comment