Oleh Hamzah hd.
KEM BUKIT KAYU HITAM: Majlis Penutupan Kursus Asas Tempur Tanpa Senjata (TTS) Peringkat Briged
Sempadan Siri 2/2012 telah disempurnakan
oleh Yang Berhormat Dato’ Saad Bin Haji Man Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Jitra pada 28 Dis 2012 yang lalu.
Dato Saad Man (Adun Jitra) memang tidak asing dalam kalangan warga 5RS. Beliau juga adalah Ahli Kehormat Mes Bintara Bn 5RS |
Dalam ucapan, beliau
menyeru kepada semua penuntut supaya ilmu yang diajar dalam kursus ini
digunakan ke arah kebaikan dan pemankin kepada pembentukan satu generasi
tentera yang mantap, kredibel dan berpengetahuan serta mempunyai tahap
ketahanan diri yang tinggi sesuai dengan penugasan di barisan paling hadapan
untuk mempertahankan keselamatan negara.
Seramai 58
orang penuntut telah mengambil bahagian dan lulus dengan jayanya setelah bertungkus
lumus selama dua bulan setengah bermula dari 21 Oktober hingga 28 Dis 2012. Mereka terdiri dari Batalion ke 2 Rejimen
Sempadan (Bn.2 RS) seramai 2 orang, Bn.4 RS seramai 2 orang dan selebihnya
adalah peserta dari Bn.5 RS yang berpangkalan di Bukit Kayu Hitam.
Majlis
dimulakan dengan gimik pertempuran dengan musuh di hutan dan method of entry
(MOE) ke medan pertempuran serta pertunjukan dari penuntut kursus dengan
beberapa aktiviti lasak seperti Latihan Jasmani sebagai pemanasan disusuli
dengan gerak Tumbukan dan Tangkisan, Lawan Gabungan, Rebahan, Bertarung dengan
menggunakan pelbagai senjata, Lakunan dan diakhiri dengan Lompatan Dan
Pemusnahan.
Pertahanan diri penting untuk berhadapan dengan ancaman yang tidak dijangka |
Pendedahan awal dalam aspek pertahanan diri |
Penuntut
Keseluruhan Terbaik disandang oleh Prebet Mohamad Safuan bin Shabudin. Penuntut Sparing Terbaik di menangi oleh
Prebet Mohd Azam bin Busrak dan dalam Kategori Ketabahan Terbaik dimenangi oleh Prebet Azli bin Che Nordin dari
Bn. 4 RS.
Prebet Mohd Safuan dilahirkan di Negeri 9 dan memasuki tentera pada 3 Jan 2011 |
Turut hadir
dalam Majlis ini ialah Pegawai Memerintah 5RS, Lt Kol. Abd Rashid bin Shahdan, Penolong Pegawai Memerintah iaitu
Mej Uzil bin Hm Said Abdullah, Pegawai-pegawai serta seluruh warga Bn 5RS.
No comments:
Post a Comment