About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Saturday, January 28, 2012

ONUK MRTP16 - BOT PEMINTAS LAJU APMM



Perolehan bot pemintas laju ONUK MRTP16 telah mencipta satu lagi detik bersejarah di dalam pembangunan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sejak pengoperasiannya pada tahun 2005.

Penerimaan 4 daripada 10 buah bot pemintas laju telah mencerminkan suatu komitmen yang tinggi APMM dalam usaha pasukan ini meningkatkan keupayaan operasi di dalam menguatkuasakan semua undang-undang dan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di kawasan Zon Maritim Malaysia (ZMM).

Penggalang 10, 11, 12 dan 13 telah diserahkan secara berperingkat pada 17 Jun (1810), 25 Ogos (1811), 21 Nov (1813) dan 5 Dis 2011(1812) akan ditempatkan di Wilayah Maritim Utara dan Selatan bagi mengawasi ZMM di perairan Selat Melaka dalam misi operasi anti penyeludupan, anti pelanunan dan tugas-tugas mencari dan menyelamat.

ONUK MRTP16 merupakan bot pemintas laju keluaran BYO Marine Sdn Bhd sebuah syarikat joint venture di antara Syarikat Bousted Heavy Industries Corporation Defence Technology dari Malaysia dan Syarikat Yonca-Onuk JV dari Turki.

Kontrak untuk perolehan sepuluh buah ONUK MRTP16 telah dimenterai pada 18 Feb 2011 di antara kerajaan Malaysia dengan BYO Marine Sdn Bhd. Syarikat ini telah melabur dan telah mendirikan infrastruktur khas untuk pembinaan bot jenis komposit terkini di samping menghantar seramai 15 orang anggota-anggotanya ke Yonca-Onuk JV di Istambul Turki untuk latihan kemahiran dalam bidang komposit terkini.

Dimensi

Panjang 17.73m
Lebar 4.19m
Draf 1.20m (diam), 0.90m (bergerak)
Karakteristik Operasional
Kelajuan Maksima (muatan penuh) 60 + knot
(Boleh lebih daripada 70 knot bergantung kepada enjin dan pilihan konfigurasi)
Propulsi Diesel 2xMAN V12-1360 CRM 1360HP@2300 (or equivalent)
Sistem Pemanduan Twin Disc ASD 12B1L
Steerable Arneson Surface Disc
+ Rolla Surface piercing propellers
Jarak 300+nautical mile

Kapasiti

Kapasiti Bahan Bakar 2.60m3
Air Tawar 0.35m3
Ketahanan 2 days without replenishment
Krew 4
Krew Misi 10 (transportasi)
Struktur Advance Composite (DNV approved)

No comments:

Tinggalkan pesanan anda di sini