Oleh Hamzah hd.
Sesuatu yang unik di dalam komuniti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ialah di samping mempunyai ratusan ribu anggota sebagai benteng barisan hadapan, ratusan ribu lagi sebagai anggota simpanan sebagai benteng kedua dan puluhan ribu lagi adalah merupakan bekas-bekas tentera yang dipanggil veteran yang telah melalui masa-masa kesukaran semasa di dalam perkhidmatan samada perkhidmatan 10,15, 18 atau 22 tahun. Tidak dapat disangkal lagi peranan dan pengorbanan yang dimainkan oleh komuniti ini terutama pada era pra pembangunan negara yang menghadapi banyak ancaman telah meletakkan rakyat Malaysia waktu ini berada di dalam situasi kondusif. Jadi tidak hairanlah jika komuniti ini sejak dari dalam perkhidmatan lagi diberi beberapa keistimewaan yang berbeza berbanding Jabatan-jabatan Perkhidmatan awam yang lain.
Sekadar menyebut beberapa keistimewaan disediakan secara percuma seperti tambang percutian bersama keluarga, pakaian, kemudahan rawatan, tempat tinggal yang kondusif dengan kemudahan asas dan riadah, malah menikmati skim gaji yang agak tinggi dengan insentif Lembaga Tabung (LTAT) yang menjamin masa persaraan, kemudahan Koperasi yang memberi pulangan konsisten dan lain-lain lagi.
Momentum pengiktirafan terhadap jasa dan pengorbanan mereka tidak terhenti setakat di dalam perkhidmatan malah kerajaan berterusan menyusun atur perancangan dengan melaksanakan langkah-langkah strategik dengan pengurusan sistematik bagi menentukan kehidupan veteran di alam persaraan terus terbela dengan berusaha menjaga kebajikan dan menyediakan pelbagai kemudahan untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi tanpa mengira kaum, bangsa dan ugama.
Manifestasi ini diserlahkan dengan penubuhan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) pada tahun 2001 yang merupakan usaha berterusan pihak kerajaan ke arah penambahbaikan golongan sasaran.
Veteran ATM yang didefinasikan sebagai warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana pasukan keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Simpanan ATM yang dikerah sepenuh masa tanpa mengira tempoh khidmat, Force 136, Tentera British yang berkhidmat di Malaysia/ Singapura (British Army) dan Sarawak Rangers. Ini bermakna, Platun Artis dalam Askar Wataniah (sebagai contoh) jika diserap dan berkhidmat walau sehari sebagai anggota tetap maka ianya dikira sebagai Veteran ATM dan berhak menikmati apa jua keistimewaan atau faedah-faedah perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).
Rasanya tidak ada organisasi lain yang begitu diberi cakna secara khusus dan serius oleh pemerintah setelah bersara/berhenti dari perkhidmatan wajib. Berbeza dengan komuniti tentera ini yang bukan sahaja diberi perhatian lebih semasa perkhidmatan malah setelah bersurai dari perkhidmatan, JHEV bersedia ‘menatang’ dan menjadi one stop centre kepada mereka dengan melayani segala keperluan supaya veteran ini dapat berdikari meneruskan kelangsungan hidup seawal selepas tamat latihan peralihan sehingga ke liang lahad.
JHEV bertanggungjawab kepada veteran ini mencakupi semua aspek kebajikan dengan menyediakan tempat-tempat latihan kemahiran dan pengembangan ilmu kemahiran dan keusahawanan secara percuma supaya boleh berdikari mencari sumber pendapatan bagi menampung keperluan hidup.
Usaha terkini Kementerian Pertahanan ialah telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh Kursus Peralihan dari 2 kepada 3 tahun bagi melengkapkan veteran ATM dengan kemahiran yang betul-betul diperakukan di sektor awam. Memberi sokongan pinjaman kewangan serta bimbingan berterusan kepada mereka yang memerlukan malah sumbangan kebajikan kepada yang daif malah bantuan pelajaran anak-anak cemerlang dan banyak lagi sehingga ke kemuncak sebuah kehidupan iaitu bantuan pengurusan jenazah veteran dan semua tanggungan yang berumur 18 tahun ke bawah.
Bagi veteran yang tidak mampu menamatkan perkhidmatan sehingga 22 tahun (LLP), disokong pula untuk memohon ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang lain malah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Syarikat-syarikat perkapalan dalam negara turut memberi ruang untuk menerima bekas-bekas tentera yang berkelayakan dengan latihan asas yang minima.
Penambahbaikan Berterusan
Berikut adalah petikan sebahagian kronologi yang menggambarkan kebajikan Veteran ATM sentiasa dipantau, penambahbaikan demi penambahbaikan dilakukan secara berterusan seawal tahun 70an lagi.(Rujukan: Buletin Veteran ATM).
1970- Penubuhan Bahagian Hal Ehwal Bekas Tentera (HEBAT) di Kementerian Pertahanan, susulan Jemaah Menteri (JM) pada 1 Mei 1968. HEBAT bertanggungjawab kepada usaha pemulihan semula kebajikan dan pembangunan bekas-bekas tentera. Latihan Kemahiran kepada bakal-bakal pesara tentera dilaksanakan di Institut Kemahiran Kementah (IKK) di bawah penyeliaan HEBAT.
1994- Penubuhan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) melalui satu perintah di bawah Akta Tabung Angkatan Tentera 1973, susulan keputusan JM pada 13 April 1994. PERHEBAT mengambilalih peranan IKK dan HEBAT di mana pada 3 September 1994, HEBAT telah dimansuhkan. PERHEBAT juga menjalankan aktiviti pinjaman perniagaan.
2000- Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Veteran di bawah Kementerian Pertahanan selaras dengan keputusan JM pada 11 Oktober 2000. JHEV berperanan sebagai One Stop Centre kepada bekas-bekas tentera.
2001- JHEV mula beroperasi secara rasmi.
Jan 2002- Peranan PERHEBAT telah disusun semula di mana perbadanan ini hanya berfungsi sebagai pusat latihan kepada bakal-bakal pesara tentera dan bekas-bekas tentera iaitu sebuah training arm. Peranan-peranan lain seperti program kebajikan, penempatan kerjaya kepada bekas-bekas tentera diambilalih oleh JHEV.
Jan 2002- Pelancaran Skim Bantuan Kebajikan dan pendidikan JHEV menggantikan Skim Kebajikan PERHEBAT iaitu Bantuan Sara Hidup, Bantuan Persekolahan, Bantuan Peralatan Pesakit, Bantuan Kemasukan ke IPT dan Bantuan Bencana Alam.
Ogos 2002- Kad Bekas Tentera dilancarkan.
Mac 2003- Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan Yayasan Veteran ATM (YVATM) dengan Geran Pelancaran bernilai RM10 juta melalui pengambilalihan Yayasan Pahlawan Malaysia.
2004- Bahagian Kewangan dan Akaun (BKA) beroperasi sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan menguruskan peruntukan yang diberikan oleh MinDef, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
2004- JHEV mengambialih pembayaran Elaun Kenangan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP)-RM 400.00 dan Panglima Gagah Berani (PGB)-RM300.00.
Mei 2004- YVATM memulakan operasi. Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965, ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah dengan menyediakan bantuan haemodialisis, bantuan khairat kematian dan tabung zakat YVATM.
Jul 2004- JHEV mengambilalih sepenuhnya pengurusan pembayaran pencen ATM di Semenanjong dari JPA termasuk urusan pembayaran bayaran perubatan kepada Veteran ATM berpencen.
Nov 2004- JM bersetuju supaya Veteran ATM tak berpencen layak membuat tuntutan bayaran balik kos perubatan berkuatkuasa mulai 1 Jan 2005.
Jan 2005- JHEV mengambilalih pengurusan pembayaran pencen ATM di Sabah dan Sarawak dari JPA.
Okt 2005- Pingat Jasa Malaysia (PJM) diwujudkan melalui Warta Kerajaan nombor 22 Jil 49.
2008- JHEV mula membuat bayaran Ex-Gratia Bencana Kerja.
2009- JM bersetuju menaikkan kadar Elaun Kenangan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) -RM 2000.00 dan Panglima Gagah Berani (PGB) -RM1500.00. Jm juga meluluskan bayaran Elaun Kenangan kepada penerima Pingat Keberanian British George Cross (GC) -RM2000.00, Military Medal (MM) –RM1500.00 dan Military Cross (MC)- RM1500.00.
Sep 2009- Veterans Information System (VETIS) dibangunkan merangkumi modiul maklumat veteran, modiul kebajikan, modiul sosioekonomi, modiul maklumat eksekutif, modiul perubatan, modiul latihan dan pekerjaan yang boleh diakses melalui portal JHEV di alamat www.jhev.gov.my
Jul 2010- JHEV menerajui kutipan Rayuan Hari Pahlawan (RHP) dengan kerjasama Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM).
Nov 2010- Bayaran Bantuan Mengurus Jenazah dipanjangkan kepada Veteran ATM Berpencen. RM3000.00 untuk Veteran dan RM1500.00 untuk isteri serta tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
Dis 2010- JM telah meluluskan Cadangan Rang Undang-undang Veteran 2010 (kini dikenali sebagai Rang Undang-undang Veteran 2011).
Jan 2011- Penyata Pencen boleh dicetak melalui Portal JHEV.
Feb 2011- JM telah meluluskan Cadangan Bantuan Pengurusan Jenazah kepada Veteran ATM tidak berpencen dan semua tanggungan.
Mac 2011- Rang Undang-undang Veteran 2011 dibaca buat pertama kali di Parlimen.
Mac 2011- Perasmian Wad Veteran di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan Kuala Lumpur.
Satu lagi pengumuman bermakna oleh YAB Perdana Menteri pada 30 Julai 2011 ialah kerajaan bersetuju untuk membayar Elaun Kenangan Pingat Pingat Tentera Udara (PTU) dan Pingat Jasa Perkasa Persekutuan (JPP) sebanyak RM1000.00 sebulan. Bagi penerima Pingat PTU dan JPP yang telah meninggal dunia, keluarga masing-masing akan diberi imbuhan sebanyak RM10,000.00 bagi setiap seorang. Kelulusan ini menjadikan Anugerah Perkasa ke 7 selepas SP, PGB, GC, MM dan MC yang menerima imbuhan bulanan di atas jasa dan pengorbanan kepada negara.
Persatuan-persatuan Veteran ATM
Veteran ATM walaupun teriktiraf secara automatik keahliannya dengan JHEV namun diberi kelonggaran untuk menubuhkan atau menjadi ahli Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berasaskan unit terdahulu atau kor perkhidmatan masing-masing seperti Persatuan Bekas TLDM (PBTLDM), Persatuan Bekas Tentera Udara, Persatuan-persatuan yang mewakili Kor-kor malah Rejimen-rejimen dari Tentera Darat dan sebagainya.
Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) yang mewakili keseluruhan bekas anggota ATM adalah merupakan dominan dengan keahlian yang menjangkau puluhan ribu orang ahli dari semua peringkat pangkat ATM dan dalam masa yang sama ahli-ahli PBTM turut menjadi ahli beberapa persatuan/kelab yang lain yang mana semuanya berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Adalah dianggarkan lebih daripada 40 Persatuan Veteran ATM telah berdaftar dengan ROS setakat ini bermotifkan silaturrahim dan menjaga kebajikan ahli-ahli.
Satu persoalan yang sering ditanya kenapa JHEV dan persatuan/Kelab yang berasaskan kor perlu ditubuhkan sedangkan perihal kebajikan bekas-bekas tentera sudah lama diambil peranan oleh PBTM?. Persoalan ini agak subjektif dan menjadi perdebatan hangat dalam kalangan bekas-bekas tentera dan ramai yang masih kebingungan kerana ramai yang masih menganggap JHEV juga adalah sebuah pertubuhan NGO yang mana perlu mendaftar dan bayar yuran untuk menjadi ahlinya.
Dalam polemik ini telah banyak merungkai persoalan di atas dan jawapannya adalah masih dalam lingkungan spekulasi yang mempunyai pro dan kontra berkisar kepada kegagalan peranan yang dimainkan oleh PBTM itu sendiri samada dari segi kelemahan kepimpinan peringkat tertinggi maupun kelemahan pemimpin-pemimpin peringkat cawangan di dalam melaksanakan tugas memberi ‘kepuasan’ kepada pelanggan yakni ahli-ahli PBTM sekali gus telah mencalar nama baik persatuan itu sendiri.
Sebagai sebuah NGO, PBTM tidak boleh lari berhadapan dengan kelemahan dan kekangan namun perlu diakui, ianya mempunyai rekod pengalaman yang luas dan jasanya sudah banyak sebelum ini mencurah bakti kepada ahli-ahlinya yang bermasalah tetapi perkhidmatan yang diberi hanya tertumpu kepada ahli-ahlinya yang berdaftar sahaja tidak menyeluruh kepada semua bekas tentera. Ruang kosong yang ditinggalkan ini telah menjadi barah sekaligus menjadi bahan manipulasi politik oleh pihak-pihak tertentu.
Rungutan demi rungutan ahli PBTM maupun bukan ahli PBTM sehingga banyak tersebar di media-media massa yang ‘merasakan’ kerajaan telah mengabaikan kebajikan mereka takkala negara sudah mengecapi kemakmuran yang begitu ketara hasil perjuangan mereka membebaskan negara dari segala ancaman keselamatan. Fenomena ini telah banyak menjejaskan kredibiliti kerajaan sehingga keadaan ini telah diterjemahkan oleh veteran yang tidak puas hati samada dengan kefahaman sendiri atau dipengaruhi oleh golongan yang suka menangguk di air keruh sebagai satu protes di kertas undi pilihanraya-pilihanraya umum yang telah banyak memberi kredit kepada parti-parti pembangkang.
Situasi ini telah memberi satu tamparan kepada kerajaan dan menyedari penyaluran segala bentuk bantuan selama ini adalah kurang berkesan yang mana tersasar dari sasaran sebenarnya kerana tidak semua bekas tentera adalah ahli PBTM. Menyedari hakikat ini YAB Dato’ Seri Mohd Najib selaku Menteri Pertahanan waktu itu telah mengilhamkan satu inovasi kreatif ke arah penubuhan JHEV yang telah mencapai satu dekad pengoperasiannya tahun ini dan dijangka akan menunjukkan impak yang lebih positif di masa-masa mendatang.
Ekoran dari penubuhan dan keberkesanan peranan yang dimainkan oleh JHEV setakat ini dan Persatuan-persatuan Veteran yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan lewat ini telah mencetus satu soalan susulan apakah PBTM masih relevan untuk menjaga kebajikan ahli-ahli mereka?. Pendapat penulis kepada soalan ini adalah ‘ya’ kerana dengan jumlah penempatan JHEV yang terhad mengikut zon dan mempunyai hanya 2 orang pegawai memang tidak mampu untuk turun padang meninjau masalah-masalah yang di hadapi oleh veteran yang berada di segenap ceruk negeri.
Penyelesaiannya ialah samada PBTM atau Persatuan-persatuan Veteran yang mewakili harus berganding bahu dan saling melengkapi antara satu sama lain sebagai mata dan telinga kepada JHEV yang mewakili zon mereka untuk sama-sama merealisasikan misi dan visi organisasi masing-masing.
Persatuan-persatuan Veteran juga tidak harus ‘beku’ dan mengharapkan bantuan JHEV semata-mata sebaliknya harus kreatif dalam menginovasikan peluang dan ruang yang terbuka dengan menjana ekonomi secara berkelumpok dengan mengambil faedah dari segala ruang dan peluang di persekitaran yang ada untuk memajukan persatuan.
Sesuatu yang harus difahami dan perlu diakui secara jujur, veteran ATM adalah masyarakat yang juga gemar dan cenderung kepada politik. Walaupun JHEV mau pun Persatuan-persatuan Veteran berjaya ‘menjinakkan’ masyarakat ini di bawah satu bumbung yang dipanggil Veteran ATM dan diberi segala macam keperluan kebajikan dan sebagainya, namun tidak bermakna sokongan/ideologi politik berpihak kepada kerajaan semata-mata.
Mereka bebas berpolitik di bawah bumbung parti yang mereka cenderung di atas alasan mereka sendiri yang jumlahnya agak tinggi dan sanggup mendedahkan apa saja rahsia perkhidmatan yang mereka sebelum ini telah bersumpah untuk menyimpan rahsia dengan seketat-ketatnya dan tidak kurang jumlahnya yang keluar berdemonstrasi di jalanan mengikut telunjuk/bersekongkol dengan ideologi yang mereka pernah tentang bergalang nyawa pada suatu masa dahulu.
Rang Undang-undang 2011
Selepas tempoh sedekad penubuhan JHEV, satu lagi anjakan bagi memperkasa kehidupan yang lebih bermakna kepada veteran ATM iaitu penggubalan Rang Undang-undang (RUU) Veteran 2011. Telah dibentangkan di Parlimen untuk bacaan kali pertama pada 8 Mac 2011 oleh YB Menteri Pertahanan. Peruntukan yang terkandung di dalam RUU 2011 di antaranya adalah penubuhan Majlis Veteran Kebangsaan (MVK), pendaftaran Veteran ATM dan Persatuan-persatuan Veteran ATM.
RUU Veteran 2011 turut mengundang polemiknya yang tersendiri yang mana ada beberapa kumpulan daripada veteran-veteran yang bersetuju tanpa banyak soal, tidak bersetuju, dan bersetuju dengan pindaan kepada fasal-fasal tertentu. Namun begitu keputusan muktamat samada pindaan harus dilakukan atau tidak adalah bergantung kepada Kementerian yang mempunyai kuasa penuh waima untuk membatalkannya sekalipun.
Di antara fasal-fasal yang banyak diberi tumpuan tentang ketidakpuasan hati dengan RUU ini ialah:
Bahagian I- Tafsiran Veteran pada sub-para (b) “angkatan sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh Angkatan Tentera Malaysia tanpa mengira tempoh perkhidmatan”;
Bermakna jika anggota sukarela dikerah secara tetap walau satu hari ia juga akan dikira sebagai Veteran ATM. Ramai dalam kalangan veteran kurang bersetuju jika tempoh masa tidak diambil kira, dikuatiri ada anggota-anggota kerahan tetap akan mengambil kesempatan memanipulasikan kelonggaran ini semata-semata untuk menikmati keistimewaan sebagai bekas tentera. Sekurang-kurangnya tempoh masa kerahan tetap harus dipinda dan dibaca sekurang-kurangnya satu atau dua tahun. Melainkan seseorang anggota itu terpaksa ditamatkan perkhidmatan kerahan kerana sesuatu sebab yang tidak boleh dielakkan seperti masalah kesihatan dan seumpamanya.
Bahagian II Para 3(2)(e). “Majlis hendaklah terdiri daripada lima orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan atau kepakaran dalam perkara yang berhubungan dengan hal ehwal veteran yang hendaklah dilantik oleh Menteri.”
Apa yang dikehendaki oleh kumpulan ini ialah supaya menamakan dengan lebih spesifik lima orang yang dimaksudkan itu adalah dari kalangan bekas-bekas tentera sepenuhnya.
Bahagian IV Para 17- “Mana-mana persatuan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah terhenti daripada didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan hendaklah dalam tempoh tiga bulan selepas itu memohon kepada Pendaftar untuk didaftarkan di bawah Akta ini sebagai suatu persatuan veteran untuk menjalankan apa-apa aktiviti veteran; dan persatuan itu hendaklah terus menjalankan operasi sebagai suatu persatuan sehinggalah diberitahu sebaliknya oleh Pendaftar.”
Ada yang berpendapat dengan klausa ini bekas tentera/persatuan tiada lagi kebebasan bersuara dan meminta pindaan untuk kekal sebagai NGO tertakluk kepada akta ROS yang kononnya lebih telus dan bebas merencanakan sesuatu agenda. Ada juga suara-suara yang menyatakan bahawa cadangan asal RUU 2011 yang telah dicadangkan oleh Persatuan-persatuan Veteran seperti cadangan supaya veteran yang tidak berpencen diberi pencen bulanan tidak dimasukkan ke dalam RUU 2011.
Walaubagaimana pun segala bantahan dan ketidakpuasan hati segelintir bekas-bekas tentera terhadap RUU 2011 yang menunggu untuk dibaca kali kedua dan seterusnya di Parlimen adalah bukan mewakili semua veteran namun hakikatnya lebih ramai yang menyokong sepenuhnya dan menyerah bulat-bulat kepada kebijaksanaan Kementerian Pertahanan untuk melakukan yang terbaik demi kebaikan semua pihak. Malah lebih malang lagi kumpulan yang tidak tahu menahu langsung tentang kewujudan RUU 2011 lebih ramai daripada yang berpolemik.
Kesimpulan
Pada 29 Julai 2011 untuk kesekian kalinya telah berlangsung Majlis Pelancaran Rayuan Hari Pahlawan 2011 (RHP) yang menyaksikan pada malam tersebut telah lahir penderma-penderma budiman yang telah menghasilkan kutipan RM5.2 juta dan pihak penganjur mensasarkan tahun ini kutipan boleh mencecah RM10 juta. Suatu usaha murni JHEV yang telah mengambil alih dan menerajui program ini setahun yang lalu yang disokong oleh banyak pihak untuk menjayakan RHP yang hasilnya semata-semata untuk membina kesejahteraan Veteran ATM.
Komuniti Veteran ATM seharusnya bersyukur dan memperakukan secara jujur bahawa sumbangan dan pergorbanan mereka kepada negara sebenarnya tidak dipandang sepi atau di kesampingkan oleh pemerintah malah juga masyarakat umum berdasarkan apa yang telah disediakan seperti perbincangan di atas.
Apapun seperti kata perpatah, “Yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipis tidak datang melayang”. Kejayaan mutlak harus disertai dengan usaha dan ikhtiar melainkan golongan yang ternyata kelainan upaya atau juga yang tidak berdaya kesihatannya.
Hakikatnya kuda tidak susah untuk dibawa ke air tetapi tiada siapa yang mampu memaksa kuda itu untuk minum. Budaya menyalahkan orang lain adalah bukan jalan penyelesaian untuk menutup kegagalan diri sendiri yang tidak mahu merebut peluang yang tersedia.
Banyak cara yang boleh diolah dengan kemudahan yang tersedia dipersekitaran untuk merubah sosio ekonomi keluarga. Dengan berbekalkan disiplin, jatidiri dan motivasi yang telah ditanam semasa di dalam perkhidmatan sepatutnya Veteran ATM lebih cekal berbanding orang lain di persekitaran.
Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Juga amat penting kepada veteran ATM supaya kembali bermuhasabah sejenak berfikir dengan waras, bahawa dengan segala macam pengiktirafan, keistimewaan, pemberian dan ambil peduli kerajaan kepada mereka, apakah wajar dibalas dengan tuba? PERAJURIT.
Bersiap sedialah bagi menghadapi mereka (yakni musuh-musuh) dengan segala kekuatan yang termampu kamu sediakan dari pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh lain selain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedangkan Allah mengetahui-Al Anfal Ayat 60
About Me
- Minda Pertahanan
- Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.
Pages
Sunday, August 28, 2011
Saturday, August 20, 2011
PEMINDAHAN JACKSTAY –TRADISI TENTERA LAUT
Oleh Hamzah hd.
Pengaplikasian helikopter sebagai organik di atas kapal-kapal Tentera Laut seluruh dunia sudah menjadi satu trend terkini yang mampu memberi kelebihan dan kemudahan di dalam melaksanakan apa jua operasi yang ingin dijalankan termasuk Replenishment At Sea (RAS) namun masih terbatas untuk pemindahan bahanapi dan air dari tangkai ke tangki.
Namun dalam zaman serba canggih dan mobiliti serba pantas ini, kebanyakan Tentera Laut umumnya masih mengekal dan mengamalkan evolusi RAS ini sebagai suatu aktiviti tradisi yang mampu menjadi terapi kepada semangat berpasukan dan setiakawan walaupun matlamat sebahagiannya mampu dilakukan oleh helikopter dengan lebih pantas.
Terminologi Replenishment At Sea bermaksud pengisian semula atau ulang bekal samada anggota kapal, senjata api, keperluan makanan, logistik, bahanapi dan juga air dari satu kapal kepada kapal yang lain takkala kedua-duanya sedang bergerak di laut lepas.
Kebiasaan bagi sesebuah armada yang mengoperasikan angkatan lautnya untuk sesuatu jangkamasa yang panjang jauh dari pangkalan akan diberi ulang bekal terutamanya dari kapal-kapal besar kepada kapal-kapal yang lebih kecil.
Piawaian yang dikeluarkan oleh negara-negara North Atlantic Treaty Organization
(NATO) dalam evolusi RAS menjadikan pemindahan/ulang bekal peralatan dan lain-lain menjadi lebih cepat dan berkesan yang kadang kala proses ini menjadi lebih cepat jika dibandingkan dengan pemindahan di dermaga Pelabuhan kerana ovolusi ini dilakukan semasa perjalanan dengan kelajuan yang sesuai.
Malah ianya mungkin lebih menjimatkan jika dibandingkan dengan penggunaan pesawat helikopter.
RAS mesti dicapai atau disempurnakan dengan seberapa cepat yang boleh kerana kedua-dua kapal yang terlibat terhad dalam pergerakan dan mudah diserang. Namun begitu faktor keselamatan kapal dan anggota masih diberi perhatian dan keutamaan secara konsisten.
Walaubagaiamana pun kelajuan yang digunakan dalam evolusi ini bergantung kepada pengalaman pengendali kapal di samping keberkesanan peralatan kerja yang digunakan. Oleh kerana evolusi ini terdedah kepada risiko yang agak tinggi, ‘Petugas-petugas Khas Laut (SSD)’ dipanggil yang mana anggota-anggota penting dan anggota Damage Control and Fire Fighting (DCFF) dikehendaki merapat dan bersedia menghadapi segala kemungkinan jika sesuatu yang buruk berlaku.
Kaedah pemindahan di buritan (astern method) untuk cecair seperti air dan bahanapi manakala kaedah pemindahan untuk kategori pepejal/manusia biasanya secara sisi/lambong (beam method). Komunikasi yang digunakan semasa evolusi RAS ini biasanya melalui radio telekomunikasi, telefon, pembesar suara dan bendera tangan (semaphore).
Ketetapan haluan dan kelajuan dipandu oleh Kapal Pembekal dan penjagaan jarak yang betul dan konsisten oleh Kapal Penerima adalah sangat penting di dalam kelicinan perjalanan evolusi.
Dalam pemindahan sisi, jarak di antara kedua-dua kapal ditanda dengan Distance Line sepanjang 45 fathoms (ela) tali yang besaiz 1 inci setengah. Penandaan Distance Line dibuat dengan kepingan kanvas samada dalam bentuk segiempat atau segitiga yang diwarnakan dengan warna hitam, merah, kuning, biru dan hijau yang mewakili angka-angka jarak tertentu yang dilabelkan dalam jarak 20 kaki di antara satu dengan yang lain.
Hujung Distance Line yang bertanda zero (0) akan diikat secara tetap di guardrail Kapal Penerima di suatu posisi yang mudah dilihat oleh pengendali kapal dari Anjungan dan penetapan jarak yang dikira selamat dikawal tegang oleh Kapal Pembekal.
Jika evolusi dilakukan di sebelah malam, Distance Line akan diganti dengan lampu-lampu berwarna dengan kaedah penandaan yang serupa. Kedua-dua buah kapal pembekal dan penerima juga akan menanda di mana di bahagian kapal masing-masing yang akan dijadikan posisi evolusi ini dijalankan dengan menanda huruf ‘P’ pada bendera empatsegi berwarna hijau bagi pemindahan kategori pepejal.
Perlaksanaan Pemindahan Light Jackstay
Pemindahan Light Jackstay adalah digunakan untuk memindahkan personel, barang-barang setor dan lain-lain yang beratnya tidak melebihi 500 paun. Anggota yang terlibat untuk menegangkan Jackstay line (tali manila/nylon 24mm) di Kapal Pembekal adalah sekurang kurangnya 20 orang manakala jumlah anggota penarik Traveller Block (beban) yang disambung dengan Outhaul di Kapal Penerima dan Inhaul di Kapal Pembekal adalah bergantung kepada kesesuaian.
Persediaan peralatan akan dikendalikan anggota-anggota kapal dari Cawangan Kelasi yang menjadi pemain utama dalam evolusi ini manakala lain-lain anggota Cawangan Teknikal dan Bantuan menjadi anggota pembantu.
Bagi kapal yang mempunyai persamaan fasilitas, Kapal Pembekal akan menyediakan tali-temali dan peralatan yang diperlukan untuk pemindahan seperti Inhaul/Outhaul lines, Distance Line, Kabel Telefon (jika ada), Messenger Line dan Jackstay Line. Perlaksanaan evolusi Pemindahan Jackstay ini dibahagi kepada dua fasa iaitu persiapan dan perlaksanaan.
Fasa persiapan biasanya diberi masa lebih kurang 30 minit untuk partisipasi menyediakan dan menentukan keadaan peralatan yang akan digunakan berada dalam keadaan baik dan sedia untuk digunakan. Fasa perlaksanaan evolusi adalah bila mana kapal yang ditugaskan sebagai Kapal Pembekal Peralatan mula mengambil tempat dengan membuat pendekatan ke sebelah kiri atau kanan Kapal Penerima.
Bila Kapal Pembekal selesa dengan pendekatan pada jarak yang sesuai di sisi/lambong kiri/kanan Kapal Penerima, pegawai yang bertanggungjawab akan membunyikan wisel memaklumkan mereka sudah bersedia untuk menembak atau menerima gun line (special nylon) yang sejurus selepas itu ditembak melepasi posisi pemindahan yang dikhaskan dengan menggunakan Self-Loading Rifle (SLR) atau terkini menggunakan Pneumatic Line Thrower yang boleh menjangkau sehingga jarak 230 meter.
Di Kapal Pembekal, Messenger Line diikat dengan Gun Line dan ditarik pantas oleh partisipasi di Kapal Penerima. Pada Messenger Line juga diikat dengan Distance Line, Outhaul Line, Kabel Telefon (jika ada), Jackstay Line dan ditarik bersama dan Grommet Strop di hujung Jackstay Line di matikan di Slip High Point setiba di Kapal Penerima.
Setelah proses pemasangan peralatan selesai, ujian ketahanan Tali Jackstay dilakukan dengan membuat penghantaran pergi/balik pemberat yang beratnya lebih kurang 500 paun oleh kapal pembekal.
Setelah berpuas hati dengan kekuatan/ketahanan Tali Jackstay dan kefungsian makanikal Traveller Block barulah proses pemindahan sebenar barang-barang atau personel dilakukan sehingga selesai. Untuk menentukan pergerakan Traveller Block bergerak lebih lancar, ketegangan Tali Jackstay harus ditarik setegang mungkin yang semestinya penarik Tali Jackstay memain peranan untuk menentukannya.
Semua prosedur penghantaran peralatan oleh Kapal Pembekal kepada Kapal Penerima harus mematuhi prosedur atau protokol Ilmu Kelautan dan pemulangan peralatan setelah selesai evolusi dibuat secara reverse sequence.
Dalam keadaan kecemasan, dilakukan dengan cara memotong Tali Jakcstay dengan seberapa segera untuk memberi ruang kepada kapal melakukan manuvra tanpa halangan namun jika keadaan masih mengizinkan seboleh-bolehnya pelepasan dan memulangkan semula perkakas melalui kaedah biasa namun harus dilakukan dengan lebih pantas dan selamat kerana pelepasan dengan memotong tali menyebabkan kerosakan dan memerlukan masa untuk membaiki malah mungkin melibatkan wang untuk penggantian.
Pada suatu ketika dahulu, TLDM pernah menjadikan evolusi Pemindahan Jackstay Ringan ini suatu acara pertandingan Formasi di daratan dengan mengekalkan peralatan dan kaedah perlaksanaan yang sama seperti dilakukan di laut. Beban yang dipindahkan adalah sebuah gun salute (Meriam Istiadat) yang mana meriam tersebut di uji dengan menembak 3 das.
Kumpulan yang berjaya menyiapkan evolusi dalam masa yang terpantas dan berjaya melakukan pemindahan dengan selamat beserta sukses dalam ujian penembakan meriam istiadat sebanyak 3 das dan mengekalkan garis panduan atau piawaian Ilmu Kelautan akan dinilai sebagai pemenang. Sayangnya acara ini tidak lagi diteruskan atas alasan TLDM saja yang tahu. PERAJURIT

Tuesday, August 2, 2011
Peluru berpandu di kapal peronda TLDM
sumber utusan
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 26 Julai - 'Taring' Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijangka bertambah tajam mulai tahun depan, kerana dipercayai semua enam kapal ronda generasi baru (NGPV) dari jenis KD Kedah, akan dipasang dengan peluru berpandu anti kapal permukaan.
Sumber Pertahanan memberitahu Utusan Malaysia, bajet untuk pembelian peluru berpandu itu akan dimasukkan dalam pusingan kedua Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi Kementerian Pertahanan, yang akan dibentang kepada Kabinet Oktober ini.
Difahamkan, dua jenis berpandu anti kapal sedang dipertimbangkan untuk dipasang iaitu jenis Exocet 40 Blok II, yang mampu memusnahkan kapal musuh sehingga jarak 70 kilometer (km) dan Naval Strike Missile (NSM), yang mempunyai jarak membunuh sejauh 180 km.
Namun, dipercayai TLDM telah memilih peluru berpandu NSM untuk dipasang pada kapal tersebut dan jika diluluskan oleh kerajaan, setiap satu kapal KD Kedah akan dilengkapi dengan lapan peluru berpandu anti kapal dari jenis itu, kerana saiznya lebih kecil berbanding Exocet.
"Kita memilih untuk memasang semua kapal ini dengan peluru berpandu anti kapal permukaan terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan peluru berpandu pertahanan udara. Jika kita memilih untuk memasang kedua-dua jenis persenjataan ini, kosnya terlalu tinggi.
"Sebelum ini semua kapal dari jenis KD Kedah walaupun canggih tetapi hanya dilengkapi dengan meriam utama dan sekunder sahaja kerana konsep pembinaannya adalah 'fitted for but not with'. Jadi, kita fikir sudah sampai masanya kapal ini dilengkapkan dengan peluru berpandu.
"Keputusan untuk memasang peluru berpandu ini selaras dengan kehendak TLDM. Memandangkan semua kapal ini dipertanggungjawab untuk meronda perairan negara maka, menjadi keperluan untuk aset ini dibekal dengan peluru berpandu," katanya.
Kapal ronda dari kelas KD Kedah adalah lambang kepada usaha berdikari industri pertahanan Malaysia, yang dibina berasaskan kapal Meko A-100, hasil kerjasama antara syarikat pertahanan tempatan, Boustead Naval Shipyard dengan syarikat Jerman.
Kapal moden tersebut dibina dengan mengaplikasikan konsep modular, menyebabkan ia boleh ditingkat upaya pada bila-bila masa tanpa perlu mengambil masa yang lama.

23 lagi kompeni AW bakal dilancar
sumber utusan
BUTTERWORTH 28 Julai - Sebanyak 23 lagi Kompeni Askar Wataniah (AW) bagi kawasan Parlimen akan dilancarkan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.
Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahim Mohd. Yusuff berkata, ia selaras dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahu ia dilancarkan sebelum penghujung 2011.
Menurutnya, sehingga kini sebanyak 199 kawasan di seluruh negara memiliki Kompeni AW mereka sendiri dan hanya Kedah, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur belum dilancarkan sepenuhnya.
"Pelancaran kompeni ini adalah bagi memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan remaja di samping mempersiapkan diri bagi mempertahankan negara jika berlaku sebarang ancaman yang tidak boleh diramalkan.
"Penubuhan kompeni ini juga telah memberikan impak yang positif kepada rakyat termasuk penglibatan pelbagai lapisan masyarakat seperti selebriti, ahli sukan dan pemimpin setempat," katanya ketika berucap merasmikan pelancaran enam Kompeni AW di sini, hari ini.
Pelancaran enam Kompeni AW itu meliputi kawasan Tanjung, Jelutong, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Bagan dan Tasek Gelugor melibatkan 600 anggota.
Tambah Abdul Rahim, penyertaan tokoh dan selebriti dalam AW secara tidak langsung boleh mempromosikan pasukan tersebut kepada orang ramai serta meningkatkan kesedaran orang awam tentang fungsi dan tugas tentera melalui latihan, aktiviti dan program yang sama seperti anggota tetap.
Jelasnya, AW juga berupaya meniup semangat generasi baru untuk mencurahkan khidmat murni kepada negara serta menjadi penghubung antara tentera dengan rakyat jelata.

Eurofighter Typhoon mungkin ganti sepenuhnya MiG-29
sumber utusan
KOTA TINGGI 24 Julai - Kerajaan sedang mempertimbangkan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) Eurofighter Typhoon bagi menggantikan sepenuhnya pesawat pejuang MiG-29 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kementeriannya sedang membuat penilaian terhadap jet pejuang tersebut yang bernilai RM3 bilion setiap satu termasuk kemampuannya.
"Memang diakui Eurofighter Typhoon sebuah pesawat tempur yang baik, namun harganya yang mahal membuatkan kita perlu membuat penilaian secara terperinci. Ia turut bergantung pada kemampuan kewangan negara apatah lagi ketika pembangunan negara harus diutamakan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Karnival Jom Masuk UMNO anjuran Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Tenggara di Econsave di sini hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Datuk Dr. Adham Baba; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki dan Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Bahagian Tenggara, Suhaimi Khalid.
Tambah Ahmad Zahid, cadangan tersebut juga tertakluk kepada tawaran timbal balik yang diberikan oleh syarikat pengeluar seperti pemindahan teknologi dan tempoh bayaran yang panjang.
Katanya, kerajaan turut melihat pesawat MRCA lain termasuk Sukhoi SU-35, FA-18 Super Hornet dan JAS Gripen.
Diminta mengulas kenyataan negatif segelintir penulis blog propembangkang mengenai pembelian jet pejuang tersebut, beliau berkata, ia bertujuan merendah-rendahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan menafikan profesionalisme TUDM.
Katanya, masyarakat seharusnya bijak menilai setiap tulisan yang diterbitkan di dalam blog pembangkang dan tidak menerima bulat-bulat kenyataan tersebut.
"Mereka mungkin berpuas hati kalau negara tidak mempunyai aset pertahanan yang kukuh dan apabila sesuatu berlaku, mereka akan menuduh bermacam-macam pula terhadap polis, tentera dan penguat kuasa yang lain," katanya.

Latihan polis dan tentera kemuncak kejayaan
sumber utusan
TELUK KEMANG 28 Julai - Pemikiran Strategi Laut Biru bakal memperlihatkan kesannya apabila kursus bersama melibatkan anggota polis dan tentera yang diadakan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Port Dickson di sini tamat pada Sabtu ini.
Malah, majlis tamat latihan melibatkan 2,107 orang perajurit muda Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 984 konstabel polis itu akan lebih bermakna apabila ia akan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beberapa pelatih yang ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini memberitahu, latihan bersama ini memberikan dimensi baru serta perakuan bahawa polis dan tentera boleh menjadi satu entiti dalam tugas menjaga keamanan negara.
Perajurit muda, Gim Kuei Hoong, 19, berkata, pada awal latihan dia merasa janggal kerana perlu berkawad dengan konstabel polis.
"Cara 'hukuman' dan arahan ketika berkawad berbeza antara polis dan tentera. Namun selepas perbincangan dan latihan bersama, ia akhirnya dapat diatasi dengan semangat cintakan negara," katanya ketika ditemui menjelang beberapa hari sebelum majlis tamat latihan itu baru-baru ini.
Latihan bersama antara anggota ATM dan PDRM adalah lanjutan daripada Pelan Strategik Lima Tahun PDRM pada tahun 2007 untuk menambah bilangan anggotanya sehingga mencapai kekuatan 150,000 pada awal tahun 2011.
Menerusi latihan pertama ini, seramai 3,091 pelatih melibatkan anggota polis dan tentera menjalani latihan secara bersama di beberapa pusat latihan polis dan tentera.
Kuei Hoong berkata, program ini sesuatu yang unik dan tidak pernah dilakukan di negara lain, malahan Malaysia mendahului program keselamatan, latihan dan kursus bersama ini.
Rakannya, R. Aswini, 19, pula memberitahu, hubungan antara tentera dan polis yang dahulunya renggang kerana faktor ego dan kerahsiaan sendiri, kini menjadi lebih akrab dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
"Kini kami lebih memahami kehendak tugas seorang anggota polis dan mereka juga lebih memahami tuntutan tugas seorang anggota tentera," katanya.
Seorang lagi perajurit muda, Mohd. Nur Amirul Muntil, 20, menjelaskan, dia gembira kerana terpilih menjalani latihan bersama pasukan polis.
"Sebelum ini, saya hanya melihat dari jauh anggota polis bertugas dan dengan tamat latihan bersama ini, kami dapat membina disiplin bersama, memahani tugas masing-masing dan paling utama, negara ini dijaga dari segala bentuk ancaman," ujarnya.
Dalam pada itu, konstabel polis, Chee Seong Khoon, 24, memberitahu, hubungan rapat sewaktu latihan pastinya berkekalan sampai bila-bila.
"Program ini memberi impak positif dan satu hubungan berpanjangan. Saya optimis, anggota yang menjalani latihan bersama ini akan menjadi sahabat akrab selepas ini," katanya.
Seorang lagi konstabel, Md. Khairul Razee Ramli, 25, berkata, program ini satu perubahan yang bagus kerana ia membina kematangan dan keperibadian polis dan tentera secara serentak.
"Elemen ini satu subjek yang tidak terlintas di fikiran kita, tetapi direalisasikan melalui Pemikiran Strategi Laut Biru. Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana menjadikan ia realiti," katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
- Agensi Penguatkuasaan (5)
- APMM (17)
- ATM (71)
- Aviation (3)
- Ebooks (3)
- Eksesais (9)
- Exhibitions (4)
- LIMA (6)
- LIMA / DSA updated (9)
- LIMA updated (31)
- LIMA'09 updated (7)
- Luar negara (31)
- Menhan (3)
- National Task Force (7)
- NTF (6)
- Ops Benteng (5)
- PDRM (12)
- PKPP (1)
- SAR (1)
- Sejarah (5)
- Seminar (1)
- TDM (90)
- TLDM (135)
- TUDM (54)
- Umum (54)
- Veteran (31)
- Wataniah (7)
- Wataniah/Simpanan (2)