About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Wednesday, November 24, 2010

IPD Kubang Pasu berwajah baru

Sumber utusan



JITRA 16 Nov. - Kompleks perumahan serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu yang bernilai RM71 juta kini telah siap dibina sepenuhnya bagi memberi keselesaan kepada anggota polis yang bertugas di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Sawaluddin Haminuddin berkata, IPD tersebut merupakan salah satu kebanggaan bagi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota polis Kubang Pasu.

Jelasnya, projek tersebut mula dibina pada 3 Julai 2006 dan siap sepenuhnya pada 30 September yang lalu.

"Banyak kemudahan di kompleks IPD baru ini seperti kompleks perumahan, blok pentadbiran, bengkel kenderaan, surau, dewan serbaguna, pangsapuri, rumah teres dan kemudahan lapang sasar.

"Saya berharap dengan terbinanya kompleks yang serba moden ini, semua anggota polis akan menjalankan khidmat dengan dengan cekap lagi bagi mengurangkan kadar jenayah di kawasan ini," katanya di sini hari ini.

Menurut Sawaluddin, kemudahan lapang sasar yang dibina di kawasan tersebut memudahkan anggota polis menjalankan latihan menembak bagi meningkatkan kemahiran masing-masing.

"Sebelum ini, kami terpaksa meminjam lapang sasar di kawasan lain untuk menjalankan latihan menembak.

"Kini dengan adanya lapang sasar anggota polis di kawasan ini boleh menggunakannya bagi menjalankan latihan mereka dengan lebih mudah," katanya.

Jelasnya, kawasan perumahan yang lebih luas dan moden juga diharapkan dapat memberikan keselesaan kepada ahli keluarga anggota PDRM.

"Kawasan perumahan PDRM di sini juga dilengkapi dengan kemudahan padang bola bagi memudahkan aktiviti riadah anak-anak anggota polis.

"Jadi, saya minta semua anggota PDRM yang bakal tinggal di kawasan ini akan bersama-sama menjaga kemudahan ini untuk keselesaan bersama," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

DALAM POLIS BENDA BARU AJA...LEPAS NI TAK ADA MAINTINANCE PERALATAN PEJABAT DAN PERUMAHAN sampai lah benda tu reput patah, rosak....DAN RAMAI PEG/ANGGOTA JUGA BERFIKIRAN DUNIA KETIGA..TAK SAYANG HARTA KERAJAAN.. PEG/ANGGOTA POLIS SEPATUTNTANYA MENJADI CONTOH DALAM SEMUA BIDANG TERMASUK KEBERSIHAN PERUMAHAN, INI KEJA KERA JAAN BANTAI 24JAM, SEHARI 7 HARI SEMINGGU 365 HARI SETAHUN KERAJAAN KENA LA AMBIL BERAT MASALAH PERALATAN PEJABAT DAN PEWMBAIKAN RUMAH// BALAI BEROPERASI 24 JAM TAK ADA MASA NAK AMBIL TAU HAL2 BOCOR DAN KEURANGAN SEMUA URUS SENDIRI.. PERGI PEJABAT PEGAWAI POLIS SEMUA BARANG BELI SENDIRI.. HARAP KERA JAAN HABOK PUN TAK JAWAP WAJIB" KERAJAAN TAK ADA DUIT " MALAYSIA NAK SELAMAT TAPI KEBAJIKAN POLIS /TENTERA HANCUS ...

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini