Sumber utusan
Oleh WAN NAJIB WAN DAUD
PENGGUNAAN pesawat tanpa pemandu (UAV) oleh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah kini semakin mendapat perhatian negara negara membangun dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan negara masing masing.
Umum mengetahui untuk mencipta dan memastikan sesebuah UAV menjadi sebuah produk yang sempurna bukanlah mudah kerana ia memerlukan modal kewangan yang besar dalam menjalankan kajian dan penyelidikan bagi memastikan UAV itu mampu memberi hasil yang berkesan.
Baru-baru ini Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, permintaan untuk UAV kini semakin meningkat untuk tujuan taktikal dan tujuan-tujuan strategik.
"Kita tidak boleh menafikan yang teknologi untuk pertahanan dan keselamatan kini semakin berkembang pesat. Oleh itu, kita perlu meningkatkan kerjasama bersama pengeluar-pengeluar UAV ini," katanya.
Beliau dilaporkan berkata, informasi yang diperolehi melalui system UAV ini dapat digunakan untuk memberi kelebihan kepada sistem pertahanan.
Ahmad Zahid berkata, kuasa udara tidak hanya setakat daripada jet-jet pejuang dan pesawat tempur pelbagai guna tetapi juga daripada UAV.
Jerman misalnya yang terkenal dengan ketinggian teknologinya sudah lama menggunakan UAV bagi membantu pasukan pertahanannya menjalankan tugas di dalam negara mahupun tugas-tugas antarabangsa.
Salah sebuah syarikat tempatan negara itu yang semakin mendapat perhatian dalam menghasilkan UAV ialah EMT dari Penzberg.
EMT yang ditubuhkan pada tahun 1978 oleh Dipl-Ing. Hartmurt Euer kini menjadi pembekal UAV kepada tentera Jerman sejak 10 tahun yang lalu melalui produk UAV LUNAnya.
LUNA merupakan pesawat taktikal yang telah memberi perkhidmatan kepada tentera Jerman semasa berkhidmat dengan Pasukan Bangsa-Bangsa Bersatu di Kosovo, Bosnia-Herzegovina dan juga di Afghanistan.
Pesawat ini mampu terbang dalam jarak hingga lebih dari 100 kilometer (km) dan berada di udara selama lebih dari enam jam dan telah membuktikan kemampuannya dalam menjalankan operasi rondaan dan pengintipan.
Selain daripada tentera Jerman, EMT sudah memasarkan model LUNA kepada tentera Pakistan.
"Apa yang menarik tentang teknologi kami ialah kemampuannya untuk mengubahsuai seluruh sistem bagi pesawat LUNA bergantung pada keadaan muka bumi sesebuah negara," kata wakil EMT itu.
Terbaru katanya, pasukan tentera Jerman telah menempah empat buah lagi sistem LUNA dalam membantu mempertingkatkan tahap keselamatan dan mutu perkhidmatan angkatan tentera Jerman.
Selain dari system LUNA, EMT juga mengeluarkan UAV jarak sederhana yang diberi nama Aladin.
Pesawat ini mampu terbang selama 60 minit dengan jarak penerbangan sejauh 15 km.
Sementara itu wakil syarikat EMT, Azmi Mustapha berkata, EMT telah mengesahkan penyertaannya dalam Defence Service Asia 2010 Exhibition and Conference (DSA 2010) di ibu negara pada 19 hingga 22 April ini.
"EMT telah mengesahkan penyertaannya untuk terlibat sama dalam DSA 2010 bagi mempamerkan teknologi terkini syarikat itu untuk produk UAV," kata beliau.
Azmi juga seorang perunding perniagaan dan menetap di Jerman berkata, dia akan turut serta datang ke Malaysia pada bulan hadapan bersama-sama dengan EMT.
Maklumat lanjut berkenaan dengan syarikat EMT serta produk-produknya boleh diperolehi dengan menghubungi beliau di talian +491772885535.
DSA kini menjadi antara pameran pertahanan dan keselamatan yang terunggul di dunia dengan syarikat-syarikat tempatan dan luar negara datang bagi memperlihatkan produk-produk pertahanan dan keselamatan yang terkini.
Pameran itu akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) April ini dan EMT sudah menempah sebuah ruang pameran dalam memperlihatkan produk-produk UAVnya
Bersiap sedialah bagi menghadapi mereka (yakni musuh-musuh) dengan segala kekuatan yang termampu kamu sediakan dari pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh lain selain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedangkan Allah mengetahui-Al Anfal Ayat 60
About Me
- Minda Pertahanan
- Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.
Pages
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
- Agensi Penguatkuasaan (5)
- APMM (17)
- ATM (71)
- Aviation (3)
- Ebooks (3)
- Eksesais (9)
- Exhibitions (4)
- LIMA (6)
- LIMA / DSA updated (9)
- LIMA updated (31)
- LIMA'09 updated (7)
- Luar negara (31)
- Menhan (3)
- National Task Force (7)
- NTF (6)
- Ops Benteng (5)
- PDRM (12)
- PKPP (1)
- SAR (1)
- Sejarah (5)
- Seminar (1)
- TDM (90)
- TLDM (135)
- TUDM (54)
- Umum (54)
- Veteran (31)
- Wataniah (7)
- Wataniah/Simpanan (2)
No comments:
Post a Comment