Sumber Utusan
Oleh Mohd. Firdaus Ismail
LEWAT petang tanggal 7 Julai 1979, seekor anjing perang baka German Shepherd bernama Max ligat menjalankan tugasnya mengesan jerangkap samar yang dipasang komunis di sekitar kawasan hutan di Bukit Pertang, Pahang.
Seketika kemudian, beberapa das bunyi tembakan menggegarkan kawasan itu.
Beberapa orang anggota Tentera Darat (TD) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kemudiannya melihat kelibat Max berpatah balik ke arah mereka yang berada kira-kira 50 meter di belakang.
Beberapa minit kemudian, Max sudah tidak mampu untuk berdiri lagi dan akhirnya mati kerana terkena tembakan komunis.
"Itulah sejarah yang pernah berlaku ketika operasi memburu komunis dilakukan 30 tahun lalu. Sebenarnya, komunis naik minyak kerana kami menjalankan operasi selama lima hari berturut-turut, siang dan malam untuk mengesan pergerakan mereka.
"Pihak komunis melepaskan kemarahan mereka dengan menembak anjing perang berkenaan," begitu cerita Ketua Cawangan Anjing Perang Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada), Ulu Tiram, Johor, Lt. Kol. Toh Seng Ho.
Zaman berlalu, pemberontakan komunis yang pernah menggugat keamanan negara telah lenyap, namun sumbangan anjing perang masih relevan lagi dalam ATM khususnya TD.
FUNGSI ANJING PERANG
Walaupun dalam kelompok haiwan, anjing perang boleh digolongkan sebagai sebahagian daripada "warga" ATM. Khidmatnya juga penting terutama dalam misi seperti kerja mencari dan menyelamat.
"Sebagai contoh, pada 2007, insiden helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas di Genting Sempah yang mengorbankan lima pegawainya, menggunakan khidmat anjing pengesan untuk kerja-kerja mencari serta menyelamat," kata Seng Ho.
Menurutnya, khidmat anjing pengesan dalam TD mula diperkenalkan pada tahun 1971 dan pada awalnya ia terlibat dalam operasi memburu komunis di perbatasan meliputi kawasan Semenanjung termasuk di Sabah dan Sarawak.
Di Pulada, terdapat 72 ekor anjing perang yang terlatih dengan lima pegawai bertanggungjawab memantau operasi serta 125 anggota lain-lain pangkat.
Katanya, anjing-anjing perang atau pengesan itu dikelaskan mengikut tiga kategori iaitu pengawal, pengesan dan pencari.
Anjing pengawal adalah daripada baka German Shepherd dan Rottweiler, manakala pengesan yang sering digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat pula, menggunakan anjing jenis Labrado, English Spaniel dan German Shepherd.
Proses pembelian anjing biasanya dilakukan melalui tender terbuka setiap dua tahun sekali dan baka yang terbaik diperoleh daripada United Kingdom (UK).
"Bagaimanapun, kebelakangan ini, tentera mula membeli daripada China kerana faktor harga yang lebih murah. Harga seekor anjing boleh mencecah sehingga RM100,000," katanya.
LATIHAN
Aksi dan kelakuan anjing dalam filem-filem seperti Snow Dogs atau Lasslie terbitan Hollywood kadangkala begitu menghiburkan, namun bagi Seng Ho yang telah berpengalaman hampir 30 tahun dalam lapangan itu, melatih anjing perang tidaklah menghiburkan seperti menonton filem-filem tersebut.
Benar, kajian menunjukkan anjing ialah haiwan yang bijak tetapi bagi pegawai-pegawai di Cawangan Anjing Perang, melatihnya memerlukan masa yang panjang serta komitmen jitu kerana mereka bukan melatihnya untuk tujuan pertunjukan hiburan.
"Untuk sesuatu pertunjukan, masa latihan ialah selama satu tahun setengah dan anjing-anjing ini mestilah mencapai piawaian yang ditetapkan iaitu lulus ujian asas mengikuti arahan seperti duduk serta baring.
"Anjing yang mencapai tahap suku latih (dilatih antara dua hingga tiga bulan) tidak berhak digunakan untuk sebarang operasi, manakala anjing yang capai tahap tiga suku latih pula (menerima latihan selama enam bulan) boleh digunakan sekiranya keadaan memerlukan," katanya.
Seng Ho berkata, standard paling tinggi yang dicapai anjing perang ialah latih penuh. Ketika ini anjing berkenaan, bersedia digunakan pada bila-bila masa dalam apa juga situasi.
Anjing-anjing perang juga dilatih supaya tidak menyalak atau menggigit apabila berhadapan dengan bahaya.
Katanya, apabila ada ancaman, anjing berkenaan akan memusingkan badan tanda enggan meneruskan perjalanan serta mengangkat ekornya dan keadaan itu menunjukkan ada sesuatu yang berlaku.
Sementara itu, Pegawai Waran 2 Pulada, Keko Usah berkata, anjing-anjing perang akan didedahkan dengan pelbagai jenis bau-bauan terlebih dahulu agar ia lebih peka dengan persekitarannya.
"Proses ini memakan masa selama enam bulan, biasanya setiap anjing akan mempunyai seorang penjaga tetapnya. Ketika latihan, pegawai yang terlibat akan membuka baju dan mencampakkannya supaya anjing dapat mengenal bau tuannya," katanya.
PENJAGAAN RAPI
Bagi memastikan tahap kesihatan yang optimum, anjing perang memerlukan penjagaan rapi walaupun ia dilihat lebih lasak dan mempunyai daya tahan yang tinggi.
Menurut Seng Ho, proses penjagaan anjing perang agak remeh dan mempunyai standard "grooming" tersendiri.
"Kandangnya mesti sentiasa dalam keadaan bersih, dicuci dua kali sehari iaitu setiap pagi dan petang. Selepas dicuci, kandang akan dikeringkan sebelum anjing dimasukkan ke dalamnya.
"Anjing juga dimandi selain diberikan ubat-ubatan serta diberikan makanan kering (pallet). Jika jatuh sakit, ada doktor yang akan merawat dan memberikan ubat-ubatan," katanya.
TEMPOH KHIDMAT
Sebagai hidupan bernyawa, tidak ada yang kekal selamanya.
Seng Ho menjelaskan, sepanjang bertugas dengan Unit Anjing Perang, saat yang paling menyedihkan baginya ialah apabila tiba masa "pelupusan".
"Khidmat anjing ini biasanya sehingga ia berusia sembilan tahun. Pada masa ini prestasinya sudah menurun dan tidak cergas lagi seperti berusia enam tahun.
"Ketika inilah kita akan melakukan proses pelupusan melalui suntikan terhadap anjing-anjing ini. Saya sering menangis kerana anjing-anjing ini sudah lama berada di bawah kendalian saya. Tapi tidak ada apa yang boleh dilakukan kerana ini adalah prosedur biasa dalam tentera," katanya.
Bersiap sedialah bagi menghadapi mereka (yakni musuh-musuh) dengan segala kekuatan yang termampu kamu sediakan dari pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh lain selain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedangkan Allah mengetahui-Al Anfal Ayat 60
About Me
- Minda Pertahanan
- Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.
Pages
Thursday, April 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
- Agensi Penguatkuasaan (5)
- APMM (17)
- ATM (71)
- Aviation (3)
- Ebooks (3)
- Eksesais (9)
- Exhibitions (4)
- LIMA (6)
- LIMA / DSA updated (9)
- LIMA updated (31)
- LIMA'09 updated (7)
- Luar negara (31)
- Menhan (3)
- National Task Force (7)
- NTF (6)
- Ops Benteng (5)
- PDRM (12)
- PKPP (1)
- SAR (1)
- Sejarah (5)
- Seminar (1)
- TDM (90)
- TLDM (135)
- TUDM (54)
- Umum (54)
- Veteran (31)
- Wataniah (7)
- Wataniah/Simpanan (2)
4 comments:
kisah anjing perang max ni sangat menarik sekiranya diadaptasi ke layar perak@filem
Sepatutnya janganlah bunuh anjing tersebut tapi tukarkanlah perkerjaannya seperti menjadi anjing terapi ataupun diletakkan untuk adoption dan pastikan dipelihara oleh orang yang boleh diharap kerana mereka telah banyak berjasa kepada negara, takkanlah jasa orang sahaja yang dikenang...
tak dapat... anjing perang dilatih untuk berperang,dilatih untuk menjadi ganas.... sebelum dia menjadi semakin ganas dan makan tuan,maka baik dibunuh,ia akan membahayakan sekira ia dibenar terus hidup
Apa jadi dengan anjing perang hari ini? Pada tahun 2013, saya melihat pertunjukan anjing perang yang amat menarik dan berita tentang latihan/operasi yang dilibatkan. Saya megah dengan nama Anjing Perang tetapi sejak akhir ini,saya menghadiri pertunjukan di Hari Belia 2014 di Putrajaya dan amat terkejut dengan pertunjukan yang dipamerkan. Tidak ada "Standard" langsung. Mana pergi ilmu yang diturunkan?
Post a Comment