About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Monday, November 30, 2009

Pameran LIMA 09 catat rekod lagi

sumber : Utusan

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA 09), sekali lagi mencatat rekod penganjuran apabila seramai 17 menteri pertahanan akan hadir sepanjang lima hari pameran dwitahunan itu yang bermula 1 Disember ini.

Menurut penganjur, HW LIMA Exhibitions, antara negara yang menghantar menteri pertahanan mereka adalah Perancis, Singapura dan Sweden.

"Kehadiran 17 menteri pertahanan tersebut merupakan rekod tertinggi sejak LIMA mula dianjurkan pada tahun 1991.

"Rekod ini adalah suatu yang sangat penting kerana ia sekali gus membuktikan kedudukan LIMA sebagai pameran udara dan maritim terbesar di rantau ini,'' katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah HW LIMA, mereka juga menjangkakan kehadiran pengunjung pada pameran kali ini bakal mencipta rekod baru iaitu melebihi 40,000 orang.

Jelasnya, keyakinan itu timbul berdasarkan kepelbagaian aset ketenteraan yang dipamerkan.

Selain itu, menurut HW LIMA, pertunjukan udara dan maritim membabitkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pameran statik kapal selam, KD Tuanku Abdul Rahman yang merupakan aset terkini milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga bakal menarik perhatian ramai pengunjung.

LIMA 09 yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum ini telah mencipta beberapa rekod antaranya membabitkan sektor maritim yang menampilkan penyertaan 94 buah kapal dan bot iaitu yang terbesar dalam sejarah penganjuran LIMA.

Malah, semalam Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika membuat kenyataan juga mendedahkan bahawa, buat pertama kali pameran sektor maritim dibuka kepada orang ramai setiap hari sepanjang ia berlangsung.

Penganjuran kali ini juga menyaksikan sebanyak 325 syarikat pertahanan daripada 25 buah negara mengambil bahagian untuk mengetengahkan produk ketenteraan masing-masing.

No comments:

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini