About Me

My photo
Insan marhaen yang memanfaatkan penulisan sebagai wasilah komunikasi dan wahana pengembangan maklumat dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.

Saturday, February 21, 2009

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Sumber: Utusan online

Hakikat bahawa terdapat 300,000 pengawal keselamatan asing terutama dari Nepal di negara ini perlu dipandang serius sekurang-kurangnya dari aspek keselamatan dan suasana ekonomi semasa negara.

Angka itu yang melebihi jumlah anggota polis dan tentera kita, boleh mendatangkan kesan terhadap keselamatan. Apatah lagi apabila mengambil kira pengawal keselamatan dari Nepal itu mempunyai latar belakang pendidikan ketenteraan.

Oleh itu, Awang amat bersetuju apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mahu menimbang untuk membekukan pengambilan warganegara Nepal bagi tujuan berkenaan.
Amatlah wajar, dalam memenuhi permintaan guna tenaga pelbagai sektor, pertimbangan utama ialah memberi ruang kepada pekerja tempatan.

Formula perlu dicari bagi menarik minat penduduk tempatan menceburi bidang-bidang yang kurang digemari.

Awang percaya dalam keadaan ekonomi sekarang, yang menyaksikan pengurangan pekerja dalam sektor-sektor tertentu termasuk pembuatan dan elektronik, akan memudahkan usaha tersebut dilakukan yang akhirnya boleh memperbetulkan jumlah pekerja tempatan dan asing mengikut nisbah yang wajar.

Awang – Percaya kita boleh!

2 comments:

Anonymous said...

Negeri Peranchis ade "French Foreign Legion"
Malaysia ade "Foreign Legion " seramai 3 juta warga asing atas bumi kita,
Ini termasuk Rakyat KENYA yang jadi pelari upahan Maraton..
Kalu Malaysia tak mahu hantar PATI pulang, sampai bila kita nak tubuh kan "malaysia foreugn legion" termasuk 300,000 orang Nepal.
changkat lobak.
arjuna waspada.

Anonymous said...

Kita ikut aje contoh French Foreign Legion.
Masukkan 300,000 nepalis(bukan semuanya Ghurka terlatiH) kapda Rejimen Askar Malaysia Foreign Legion dan bagi uniform yang serupa dan seragam dengan CAREFOUR sekurity.
Mereka ini juga bolih ambil alih tugas RELA untuk tangkap 2 juta PATI yang termjulaha dengan warga asing IC merah 1 juta.
Duit pakai levi punye dan lepas setahun bolih caj caregour giant dan tesco cos sekurity.
Polis dan tentera bolih guna Malaysia foreign legion jadi outsos security di Pantai Port Dickson dan Pelabuhan kelang dan muar batu pahat kota tinggi untuk benteras PATI dari Indonesia.
Semua orang puas hati dengan skim ini.
Bagi lesen dan kontak untuk perkhidmatan mesti bagus untuk Malaysia.
Rakyat malaysia bolih buat kerja yang lebih baik......
arjuna waspada.

Labels

Tinggalkan pesanan anda di sini