Telah diterbitkan dalam majalah Perajurit edisi Jun 2015
Oleh Paklang Hamzah
Bila manusia berurusan dengan
laut, mereka selalunya terdedah dengan risiko terjatuh kedalam laut yang boleh
menyebabkan kelemasan malah lebih buruk lagi keadaanya orang jatuh laut itu
akan meninggal dunia jika usaha menyelamat tidak dilakukan dengan segera.
Dalam usaha untuk menyelamat jiwa
mangsa, penolong dan juga mangsa harus memahami cara menggunakan alat-alat yang
ada di persekitaran dan kaedah penggunaanya melainkan dalam situasi yang
melibatkan orang awam seumpama pengoperasian bot/kapal penumpang dan
sebagainya.
Sesuatu kejadian yang tidak
diingini serta tidak dapat dijangka boleh berlaku seperti bot/kapal terbakar,
kebocoran dan risiko bot/kapal akan tenggelam yang disebabkan perlanggaran atau
terjatuh dengan tiba-tiba dan sebagainya adalah di antara risiko seseorang yang
menjadikan kenderaan marin perlu hadapi serta bersedia secara mental dan
fizikal. Justeru, ilmu serta kaedah menyelamat mangsa jatuh laut merupakan
suatu pengetahuan yang sangat penting bagi menyelamat diri sendiri dan juga
orang lain.
Ini adalah selaras dengan dasar
Konvensyen Antarabangsa Keselamatan Nyawa Di Laut (SOLAS) yang menekankan
tanggungjawab memberi pertolongan terhadap nyawa manusia yang berada di dalam
situasi bahaya di laut adalah menjadi kewajipan semua orang yang berada di
persekitaran kejadian.
Teknologi alat bantuan
keselamatan nyawa dunia hari ini telah berkembang pesat dengan ciptaan-ciptaan
yang memberi penumpuan kepada pengendalian yang lebih ringkas serta memenuhi
ciri-ciri ketahanan bagi memberi
keselesaan kepada mangsa bertahan lebih lama di dalam air di samping memiliki
ciri-ciri mudah capai oleh samada penglihatan mata kasar atau transmisi
eletronik dari bot/kapal yang lalu berhampiran atau pasukan mencari dan
menyelamat.
Semasa LIMA’15 lalu penulis
berpeluang menyaksikan demonstrasi dua peralatan yang sangat relevan untuk
kegunaan individu atau organisasi kecil atau besar yang bekerja di dalam
persekitaran laut samada untuk kegunaan krew sendiri atau untuk orang ramai
bagi perkhidmatan yang berasaskan penumpang.
Demonstrasi penggunaan dua
peralatan yang penulis maksudkan telah dikendalikan oleh EUROCLASS SHOPPE (M)
SDN BHD yang mempunyai kepakaran di dalam pembekalan produk dan perkhidmatan
dalam industri Mencari dan Menyelamat (SAR), Keselamatan Marin, Electronik
Marin dan Reka Cipta, Ketenteraan dan Pertahanan serta Melawan Kebakaran. Telah bertanggungjawab memperkenalkan sistem
ini kepada pengunjung seksyen maritim LIMA’15 di perkarangan Hotel World Resort
Langkawi.
SOS Dan Buoy
SOS Dan Buoy adalah sejenis boya
penyelamat kompak yang direka serba lengkap dengan sentuhan teknologi terkini
untuk memberi peluang yang lebih baik dalam usaha menyelamat nyawa orang jatuh
laut. Dengan memasukkan lengan ke dalam
gelung yang direka khas membolehkan mangsa berada dalam keadaan stabil semasa
dalam keletihan sementara menunggu diselamatkan.
Boleh dikendalikan dengan pantas serta boleh
dipercayai dengan hanya membaling peranti ini ke arah orang jatuh laut tanpa
memerlukan aktivasi. Sebuah peranti mudah alih yang mudah dikendalikan dalam
semua keadaan geografi. Peranti kompak seberat 4kg ini berfungsi sama seperti
makanisma jaket keselamatan yang lain yang dikembangkan secara mandiri dengan
bantuan sistem gas karbon dioksida dan boleh digunakan semula dengan
menggantikan hanya satu silinder dan aktivasi katrij.
Setelah beberapa saat alat ini
terendam di dalam air, ianya akan mengembang dan menegak ke atas setinggi 2
meter atas paras air dan boleh dilihat melebihi 1700 meter dengan bantuan kibaran
riben warna floresen kuning sepanjang 2.5 meter untuk penglihatan siang hari
dan dilengkapi dengan lampu otomatik SOLAS
bagi penglihatan di malam hari.
Peranti ini juga boleh dijadikan
penanda lokasi orang jatuh laut serta memberi petunjuk arah tiupan angin dan
arah arus laut dengan jelas untuk operasi menyelamat dengan helikopter. Ianya juga boleh dijadikan penanda sementara
bagi menunjukan lokasi kapal karam, terusan dan lokasi menyelam atau kemalangan
di laut.
SOS 2 person life raft (S2PLR)
juga merupakan rakit keselamatan alternatif yang bersaiz kecil yang boleh
memuatkan hanya 2 orang bagi memberi
perlindungan yang lebih selesa boleh bertahan lama kepada mangsa jatuh laut. Ianya
mudah dikendalikan dengan hanya membaling ke laut oleh sesiapa saja di dalam
situasi kecemasan dan akan terbuka dengan sendirinya. Berbanding boya keselamatan atau jaket
keselamatan, S2PLR memberi rasa konfiden kepada mangsa jatuh laut.
Seperti mana rakit keselamatan
biasa yang bersaiz besar, S2PLR juga menyediakan peralatan kecemasan dalam
rakit seperti pisau, tali keselamatan, wisel dan sebagainya. Untuk tujuan
penglihatan cari lamat rakit ini juga dilengkapi dengan 2 lampu SOLAS dan pita
pembalikan cahaya. Dikembangkan dengan kuasa sistem gas karbon dioksida.
SOS Waterfront Lifejacket Vest
SOS Waterfront Lifejacket Vest (SWLV)
pernah memenangi anugerah inovasi sebagai suatu alat penyelamat nyawa di laut yang mana rekaan
unik ini adalah praktikal memenuhi pelbagai keperluan aktiviti di persekitaran
maritim. Diperbuat daripada material yang berkualiti tinggi dan komponen berketahanan
tinggi kepada lelasan, pancaran ungu dan persekitaran air masin.
Vest Jaket Keselamatan ini
ringan, selesa dan memenuhi piawaian terbaharu antarabangsa (ISO 12402) dengan
kekemasan zip di bahagian hadapan dan saiz boleh laras di bahagian pinggang dan buckle kekunci
yang diperbuat daripada stainless steel. Juga sedia terpasang D-ring
untuk kemudahan mengikat tali
keselamatan. Untuk tujuan penglihatan cari lamat vest ini dilekatkan dengan
pita refleksi di bahagian atas pelampong. Sebagai pilihan disertakan botol
minuman (3 liter) (hydration system hand free) di bahagian belakang vest
untuk bekalan masa kerja atau dalam situasi jatuh laut.
Apa yang penting dengan
memakai vest jaket keselamatan ini mampu mengurangkan risiko kecederaan dan
meningkatkan keupayaan dan keberkesanan pekerjaan serta menyokong piawaian Occupational
Health and Safety terhadap pekerja-pekerja di lapangan.