Telah diterbitkan dalam majalah perajurit edisi feb 2015
Sehari bergelar angkatan
tetap tentera Malaysia, maka seumur hidup seseorang itu diberi perhatian dan
perlindungan kebajikan mengikut kadar dan keadaan tertentu seseorang kerana
sepanjang tempoh perkhidmatan aktif warga tentera seperti juga penjawat awam
yang lain diberi gaji, elaun serta insentif-insentif tertentu di bawah
kementerian. Namun istimewanya warga ATM
ini ialah selepas tamat perkhidmatan pun kehidupan mereka dan keluarga masih
diberi perhatian oleh kementerian yang sama melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran
(JHEV) yang dibentuk khusus untuk menjaga kebajikan veteran ATM. Di samping
pembentukan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) 89 tahun yang
lalu yang mempunyai matlamat yang sama.
Dengan moto ‘Sentiasa
Berjuang’, mereka terus menerus memberi komitmen secara sukarela melalui
persatuan bagi menentukan rakan-rakan sepasukan yang tidak bernasib baik dalam
konteks sosio ekonomi, hidup selesa dan terbela nasibnya. Semestinya
mereka-mereka yang memberi sumbangan besar ini turut diberi anugerah dan
pengiktirafan sejajar dengan usaha dan sumbangan mereka di dalam persatuan.
Darjah Setia Sentiasa
Berjuang
Sempena Persidangan
Perwakilan Tahunan Negara Ke-89 PVATM di TH Hotel & Convention Centre
Alor Setar baru-baru ini, seramai 16
orang individu dalam PVATM telah dianugerahkan Darjah Setia Sentiasa Berjuang
(DSSB) bagi tahun 2014. DSSB adalah darjah penghargaan tertinggi dalam
persatuan sebagai tanda menzahirkan penghargaan dan penghormatan kepada
individu yang telah berjasa dan berkhidmat secara sukarela dalam memperjuangkan
kepentingan persatuan dan ahli-ahlinya selaras dengan dengan visi, misi dan
objektif persatuan.
DSSB mula diperkenalkan
dalam tahun 1996 dan pertama kalinya dianugerahkan kepada semua ahli Jemaah
Eksekutif dan Majlis Tertinggi persatuan pada tahun 1997. Dalam majlis ini YAB Dato’ Seri Mukhriz Tun
Mahathir (Menteri Besar Kedah) dan Laksamana Tan Sri Dato’ Setia Mohd Anwar Hj Mohd Nor
(Bersara) selaku Presiden PVATM mengetuai penerima
anugerah yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan YB
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Di antara kriteria pertama
penganugerahan DSSB ialah mereka-mereka yang terdiri daripada pemimpin negara dan
negeri yang telah mempamerkan sifat keperihatinan terhadap perjuangan PVATM dan
hal ehwal veteran ATM secara menyeluruh serta rela membantu persatuan dan
veteran ATM dan keluarga dalam aspek kebajikan.
Penganugerahan darjah ini mestilah disokong oleh oleh Jemaah Eksekutif
dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi secara majoriti.
Kriteria kedua
penganugerahan DSSB ini ialah penerima dalam kalangan ahli-ahli persatuan yang
terdiri daripada Presiden PVATM yang telah dipilih selama satu penggal atau
lebih yang mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi yang membawa perubahan yang
positif terhadap pembangunan dan
kemajuan persatuan selaras dengan visi, misi dan objektif persatuan. Penerima
juga telah menunjukkan komitmen dan
sifat sentiasa rela berkorban tenaga dan masa dalam menerajui persatuan. Penganugerahan darjah ini mestilah disokong
oleh oleh Jemaah Eksekutif dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi secara
majoriti.
Kriteria ketiga
penganugerahan DSSB ini ialah mana-mana ahli yang telah berkhidmat sebagai Ahli
Jemaah Eksekutif selama dua penggal atau lebih. Mempunyai sifat kepimpinan dan
budi pekerti yang baik dan menunjukkan komitmen dan rela berkorban tenaga dan
masa untuk melakukan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab membantu dalam
pembangunan dan kemajuan selaras dengan visi, misi dan objektif persatuan. Penganugerahan
darjah ini mestilah disokong oleh oleh Jemaah Eksekutif dan diluluskan oleh
Majlis Tertinggi secara majoriti.
Kriteria keempat
penganugerahan DSSB ini ialah mana-mana Yang DiPertua PVATM negeri yang telah
menjadi Yang DiPertua selama dua penggal atau lebih yang telah membuktikan jasa
dan bakti yang cemerlang dalam menjaga hal ehwal kebajikan veteran ATM dan
keluarga dalam kawasannya. Mempunyai
budi pekerti tinggi dan bersifat tidak mementingkan peribadi sendiri serta telah menunjukan komitmen melaksanakan tanggungjawab
dengan sukarela tidak kira masa dalam membantu pembangunan dan kemajuan
persatuan selaras dengan visi, misi dan objektif persatuan. Penganugerahan
darjah ini mestilah disokong oleh oleh Jemaah Eksekutif dan diluluskan oleh
Majlis Tertinggi secara majoriti.
Kriteria kelima
penganugerahan DSSB ini ialah mana-mana ahli yang telah menjadi ahli persatuan
tidak kurang dari 10 tahun dan menjadi sekurang-kurangnya dua penggal menjadi
AJK peringkat negeri atau cawangan. Jasa
dan baktinya dalam membantu dan
menyumbang terhadap pembangunan dan kemajuan persatuan telah terbukti.
Mempunyai budi pekerti tinggi dan telah menunjukkan komitmen dalam membantu
perjuangan persatuan serta sentiasa secara sukarela menghulur bantuan tenaga
tidak kira masa. Penganugerahan darjah ini mestilah dicalunkan oleh YDP PVATM
negeri dan mendapat sokongan Presiden dan Jemaah Eksekutif dan diluluskan oleh
Majlis Tertinggi persatuan secara majoriti.
Anugerah DSSB juga boleh
dilaksanakan selepas kematian (posthumous).
DSSB dizahirkan dalam bentuk selepang yang mengandungi tiga jalur warna
rasmi PVATM beserta dua buah lambang rasmi (insignia) PVATM yang disadur dengan
emas. Iannya hanya boleh dipakai semasa
majlis-majlis tertentu anjuran PVATM
mengikut arahan yang dikeluarkan oleh Jemaah Eksekutif atau Majlis Tertinggi
dari masa ke semasa.
Berikut 14 orang lagi
penerima anugerah DSSB 2014 ialah Allahyarham Lt Kol Dato’ Abdul Hamid Ibrahim
(Bersara) (Mantan President of The World Veterans Federation), Kept Sharuddin
bin Haji Omar (Bersara)-Timbalan Presiden PVATM, Mej Sazali bin haji Ismail
(Bersara)-Naib Presiden I PVATM, Brig Jen Dato Hj Muslim bin Yusof
(Bersara)-Naib Presiden II PVATM, Lt Kdr Hj Jayah bin Hj Said (Bersara)-Naib
Presiden III PVATAM, Kapt Dato’ Yussof bin Yaacob (Bersara)-YDP PVATM Kedah, Hj
Mohd Din bin Hosnin – YDP PVATM Selangor, Hj Abdullah bin Che Muda- YDP PVATM
Trengganu, Kapt Abdul Latif bin Mohd Nor (Bersara)- YDP PVATM Pahang, En Rusli
bin Hj Zinol – YDP PVATM P. Pinang, En Abdul Sanon bin Hj Sapari – YDP PVATM
Sabah, En Spencer Ak Birai – PVATM Sarawak, Lt Kol Tajul Ariffin Chu Johari
(Bersara)- Setiausaha Agung PVATM dan Kol Meor Omar Baki bin Abd Latiph
(Bersara)- Mantan Bendahari PVATM.
Pingat Setia Sentiasa
Berjuang
Dalam majlis yang sama
seramai 5 orang yang telah memenuhi kriteria penganugerahan telah diberi
anugerah Pingat Setia Sentiasa Berjuang (PSSB) yang merupakan pingat
penghargaan kedua tertinggi di dalam PVATM. Pingat ini sebagai tanda
menzahirkan penghargaan dan penghormatan kepada individu yang telah berjasa dan
berbakti secara sukarela dalam memperjuangkan kepentingan persatuan dan
ahli-ahlinya selaras dengan dengan visi, misi dan objektif persatuan. Ianya
mula diperkenalkan dalam tahun 1996, dan pertama kalinya dianugerahkan kepada
ahli pada tahun 1997.
Kriteria penganugerahan
PSSB ialah mana-mana ahli persatuan yang telah menjadi ahli sekurang-kurangnya
selama lima tahun secara berterusan dan tidak pernah dikenakan tindakan
tatatertib oleh persatuan. Telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan sifat
rela membantu perjuangan persatuan tanpa mengira tenaga dan masa. Penganugerahan ini dicalunkan oleh YDP PVATM
negeri dengan mendapat sokongan Presiden dan Jemaah Eksekutif serta diluluskan
oleh Majlis Tertinggi persatuan secara majoriti.
Kriteria kedua
penganugerahan PSSB ialah kepada mana-mana penjawat awam persatuan yang telah
bekerja atau berkhidmat dalam persatuansekurang-kurangnya 15 tahun secara
berterusan. Calun tidak pernah dikenakan
tindakan tatatertib selama bekerja dengan persatuan dan telah menunjukkan
komitmen serta mutu kerja yang tinggi dan sifat rela membantu rakan-rakan
sejawatantanpa mengira tenaga dan masa.
Penganugerahan ini mestilah dicalunkan oleh Setiausaha Agung dengan
mendapat sokongan Presiden dan Jemaah Eksekutif serta diluluskan oleh Majlis
Tertinggi persatuan secara majoriti.
PSSB dizahirkan dalam
bentuk pingat bersadurkan emas dengan lambang (insignia) rasmi PVATM yang
digantung dengan pita 3 jalur warna rasmi PVATM. Ianya boleh dipakai
bersama-sama dengan bintang dan pingat lain yang diterima semasa dalam
perkhidmatan ATM. Kedudukan pingat ini
adalah yang terakhir sekali apabila dipasang (mount) bersama-sama pingat yang
lain.
Penerima-penerima anugerah
PSSB 2014 ialah Mej Hj Mohd Yusoff bin Hj Manap (Bersara)- SU PVATM Ampang
Jaya, Kapt Asiah binti Ariffin (Bersara)- SU Srikandi PVATM Negara, En mapil
bin Tahing- AJK PVATM Sabah, En Mohd Khan bin Abdul Rahman- Pengerusi Beliawira
PVATM Trengganu dan Puan Aminah binti Razali- Staf Ibu Pejabat PVATM.